Pages

Friday, July 29, 2011

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA

Assalamualaikum

Dua atau Tiga hari lagi kita akan menyambut ramadhan
teringat masa arwah mak dah bapak ada lagi,
masa tengok anak bulan..
akak akan balik kekampung.
masa tu kalau ni N9 ni kita panggil hari mantai
sibuk la buat lemang dan rendang untuk menyambut puasa.
 Sekarang ni..dah tak buat lemang
tapi rendang akak tetap jugak buat untuk sambut 
permulaan puasa.
Selamat Menyambut Kedatangan Bulan Ramadhan pada semua.
dan maafkan salah silap akak.
 N3nyang lepas..nasi aje kan..air tak de.
hari ni air pulak ye..
silakan minum

Seperti tahun2 lepas..rasanya bila bulan ramadhan 
kurang menulis disini.

Insyaallah kita tetap akan berjumpa jika ada masa terluang.
Jumpa lagi dan 
Selamat berpuasa untuk semua.

Wednesday, July 27, 2011

MAKAN JANGAN TAK MAKAN.

Assalamualaikum

Ada yang pesan ngan akak..makan aje
lupakan semua.
janji sihat.

.Ok la..ni lah dia..
makan la ni..
sebelum bulan puasa ni..
selepas ni lama tak de lunch.

Terima kasih pada semua..

Monday, July 25, 2011

KALAU NAK TEGUR..GUNA LA AYAT YANG SESUAI..BETUL TAK.

Assalamualaikum.


Alhamdulillah kenduri yang dirancang dikampung dah selesai.
Rumah pun dah tinggal kosong semula.

Yang akak nak cerita ni kan.
masa kat kampung tu..
ada yang tegur.

"Eh..na..ko dah gemuk sekarang
betul la..dah gemuk betul"

Adui ai..selama ni..akak guna..ayat yang menyedapkan hati je..baju kecut  dok lam almari la.
Timbang akak rosak la..bateri habis la.

Yang perempuan..guna ayat yang menyedapkan hati akak jugak la..
"badan ko dah berisi sikit sekarang ni ye"
walau pun bukan itu hakikat nya...ha ha ha..

Kena yang lelaki..macam ayat yang diatas tu la tadi..
terkejut akak
walau pun yang sebenarnya tuan punya diri dah tahu dah.

Masa tu en.abang dengar..dia yang tolong jawab..
mesti la kena gemuk sikit bang..
kalau tidak tak belen la ngan saya ..katanya..
ayat penyejuk hati dari en.abang kita..
terima kasih bang..he he.

Akak pun tak tau la..apa sebab musababnya..makan sama aje..dalam tempuh 6 bulan..naik 6 kg.
Nombor yang keluar ditimbang akak tu dah jadi 66kg.dah
aduhai..risau jugak akak.
seumur hidup akak belum pernah sampai 70kg.
ni dah 66kg..dekat sangat dah tu.

banyak makan ubat ke..ye la..sejak dah masuk usia setengah abad ni..macam2 penyakit datang dan macam2 ubat yang doktor bagi kena telan.

Tak pa lah kan..nak tulis ayat penyedap hati lagi.
gemuk pun gemuk la..janji sihat.


Saturday, July 23, 2011

BALIK KAMPUNG

Assalamualaikum.
Baca tajuk macam la jauh sangat kampung akak kan..
tak  sampai sejam dah sampai.
tapi tetap teruja

Akak nak balik kesini..dah hampir dua tahun rumah ni ditinggal kosong.
Adik beradik akan berkumpul disini
 untuk buat kenduri menyambut ramadhan.

 Akak dah buat kuih ni.yogurt steamed cup cake.
akak ambik 
resepi dari rumah norsecubitgaram

 Kek ni yang akak dah biasa buat..resepinya akak lupa ambik dari mana.

Yang ini..puding aiskrim ambil resepi dari rumah izahdaut.
izah..akak pun tak tambah warna..tapi jadi pucat sangat warna purple dia tu.

Esok sesiapa yang ada ke NS tu..boleh la datang kerumah kampung akak tu ye
Boleh makan tengahari.
menu esok dah tentu tak tinggal gulai telur itik,
sambal tempoyak daun kayu,rojak
dan rendang itek.
Ok jumpa lagi..Insyaallah.

Friday, July 22, 2011

AWARD DARI KAK PAH DAN HAZWANI

Assalamualaikum.

Dua award yang akak dapat
Bunga rose.ni akak dapat dari Wani.
Wani akak kenal semenjak kerja diNS..
akak diseremban dan dia di Tampin..tapi jumpa jugak la..
baru2 ni kawan dia cerita..wani dah pi sambung belajar ke UPM Bintulu serawak.
Mulanya terkejut jugak akak..ye la kan..dia baru je kawen dan belum pun ada anak.
sejak di Bintulu ni..dia rajin tulis blog.
akak selalu baca..tapi tak pernah tinggal komen,
Rasa sedih dan terharu..sampaikan akak tak tau nak tulis apa.
sedih bila baca kerinduan dia..bagaimana dia berjimat cermat 
sebab dia kan cuti tanpa gaji (betulkan kalau akak silap ye wani)
Betapa besar pengorbanan yang dibuat wani untuk masa depan dia.
Semoga wani berjaya dan lulus cemerlang.
Terima kasih banyak2 wani bagi award ni.Insyaallah panjang umur kita jumpa lagi.

Award kedua akak dapat dari kak Pah.
Terima kasih kak Pah..ingat yo nak bagi saya ni


Rasanya dah ramai yang dapat award ni..

ok..jumpa lagi Insyaallah.