Pages

Thursday, December 28, 2017

YATIM PIATU

Tinggal tak berapa hari lagi sekolah akan dibuka.
Tentu ibubapa yang anak masih ada yang bersekolah sibuk kan.
Walau pun anak2 acik dah tiada bersekolah..tapi ada jugak yang acik fikirkan
Anak bongsu arwah abang yang masih bersekolah.
Semalam baru dia datang kerumah acik.selepas ayah nya meninggal dia tinggal dengan kakak sulong nya di Pasoh.
Dah tinggal beberapa hari lagi nak sekolah baru kakak dia hantar balik.
Acik tanya ngan dia..pak su dah beli baju dah kasut sekolah ke.kakak dia jawab kan..baju boleh pakai lagi.
Tapi acik tak senang hati..panggil anak kedua acik..
Bangah..tolong bawak pak su pi kedai..belikan kelengkapan sekolah dia..
Balik tu baru bangah cerita..sedih sangat mak tengok pak su pilih baju..aduhai remuk hati acik..sedih sangat2.
Semua barang dia tengok harga dulu mak..mahal dia letak balik kata bangah.kesian anak buah acik yang dah yatim piatu.pak su bagi tau bangah..sebenarnya baju dah tak muat.seluar sukan dah koyak..
Alhamdulillah..walaupun dah tak kerja..masih ada rezeki acik untuk dikongsi kan untuk menggembirakan anak buah sorang ni.berseri muka dia bila nak balik semalam.
Syukur Alhamdulillah.

Tuesday, December 12, 2017

GENAP SEBULAN

Al Fatihah genap sebulan abang acik pergi meninggalkan kami semua.semoga ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman dan beramal solleh.