Assalamualaikum
Tahniah kepada yatie kerana semalam blog dia dah ada 1000 followers.
yatie..bagi bunga yang cantik ni..dan akak pun teruja nak letak kat blog...sangat cantik..bunga rose lagi..

Selalunya kalau hari sabtu atau ahad..akak suka cerita masak ..masak dan makan..
tapi minggu ni..walau pun akak tetap jugak masak..tapi tak de gambar..
Akak cerita aje apa yang akak masak semalam..
simple je..asam pedas ikan pari,masak lomak cili api pucuk ubi campur udang
pengat ubi.,goreng ubi,goreng tempe dan kek batik.
Sebenarnya akak nak cerita..tak tau lah kenapa..
kawan kawan lain pun mungkin ada perasaan yang sama.
selama menulis disini..ada blog yang akak selalu baca..ada yang tinggal komen dan ada yang tidak..
tapi heran kan..bila yang selalu kita baca tu..menyepikan diri..maknanya lama tak menulis..akak rasa risau...dan tertanya tanya....kenapa dia tak menulis..sihat ke tak..atau pun .sibuk sangat ke..
kalau sihat alhamdulillah..kalau sibuk tak pe..dahulukan yang penting
pelikkan..padahal..akak bukan pernah jumpa pun.
akak pun dah berfikir dah..tak boleh jadi ni..mau akak pun nanti berhenti menulis..kalau apa yang akak rasa ni tak boleh di hilangkan dari hati ni.
kalau tiba tiba akak menyepi nanti..maafkan akak ye..