Pages

Showing posts with label A. Show all posts
Showing posts with label A. Show all posts

Thursday, October 24, 2013

MOHON PENCERAHAN

Assalamualaikum
Hari Deepavali Sabtu 2/11/2013 ke..
hari Ahad 3/11/2013
dalam kalendar kuda yang selalu acik gantung
dirumah tu..2/11 hari Sabtu..
tapi ada satu lagi kalendar dan dalam diari
jabatan  3/11/2013
kalau 3hb,tu kan Ahad..hari isnin
 tu tak perlu ambik cuti kan
sebab hari selasa tu cuti Awal Muharram
dalam minggu ni baru perasan
 ramai yang tak de di opis ni nak bertanya
acik tanya en suami petang semalam
entah..mana satu yang betul..
katanya.. saja je kan.
boleh bantu acik..terima kasih acik ucapkan..
oklah jumpa lagi,In Syaa Allah.

Tuesday, October 8, 2013

PAKAI SUSUK?????

Assalamualaikum

sebelum acik mula..maaf ye
ni bukan n3 puji diri..
acik sedo acik dah tua
tapi n3 sentap jugak la sikit
acik pun tak tau la selama ni
ada orang sangka acik ni pakai 'susuk'
Astaghfirullah..tak pernah acik terfikir
acik bukan orang kaya..orang berduit
dan bukan orang glamor pun.
patut la selama ni..cuba2 perangkap
acik dengan soaalan
tanya....makan pisang ke..makan pisang mas ke
sate suka ke tak..dan macam2 lagi
rupanya nak test..
ni bukan kata orang..tapi pengakuan
tuan punya diri sendiri.
dari mula dia kata
dia tengok acik ni berseri semacam
macam orang pakai susuk
kalau orang dah tua macam acik ni
ada juga yang nampak muda
tapi tak la nampak berseri semacam..katanya
acik tak tau nak kata apa
tapi..mak bapak  acik tak pernah
ajar acik buat perkara2 yang dilarang
macam tu..
dan acik pun tak pernah terfikir
 acik ni berseri ke apa
semua yang dilihat adalah anugerah Illahi.
jumpa gambar 2 tahun lepas je..

oklah..dah tulis ni lega sikit..
Allah maha mengetahui
rupa susuk pun acik tak tau
macam mana nak pakai.

jumpa lagi,In syaa allah.

Monday, October 7, 2013

BELI ONLINE JE..

Assalamualaikum
Baru baru ni ada yang bertanya ngan acik
dimana tempah baju kurung
di Seremban..acik tempah
 di Taman Ros Mewah
acik dah cuba email..
no.telefon..tapi tak dapat katanya
disini acik minta maaf..sebab
acik tak dapat nak tulis diruang komen
no.telefon rumah kawan tu
tidak mendapat keizinan.
lagi satu tempat acik tempah baju
gambar diatas tu
jual online
tapi kita boleh bagi ukuran baju kita sendiri
aznani akan jahitkan
ikut ukuran badan kita.
acik ni jarang sangat keluar beli baju kurung
last masa sehari sebelum puasa tu
yang acik pernah buat n3
acik tengok baju tu sama je..
warna je lain2..pening acik nak pilih
akhirnya acik beli je online
abih cerita kan..tak pening nak pilih
lagi pun beli baju siap
memang masaalah sikit..
dulu2 masa saiz M..senang je
sekarang ni dah lain saiz susah sangat
nak tempah pulak..
tah bila la sempat nak pi beli kain
ni la jalan penyelesaian acik
tempah je dengan aznani.
acik harap yang bertanya 
diruang komen acik baca n3 ni
dan maaf lagi sekali .
acik pun tak tau mana silapnya email tak sampai
oklah..jumpa lagi,In syaa Allah

Thursday, October 3, 2013

GANDINGAN MANTOP..SEDAAAPPP

Assalamualaikum

tu dia gandingan mantop
sedap..
sambal kicap anak sedara
buat kan
jauh datangnya dari Segamat tu


LAIN KALI GANTUNG DILEHER

Assalamualaikum

malam tadi..macam biasa kekelas mengaji
bila ustazah suruh baca..
buka je Quran..
alamak..apasal huruf ni tak berapa nak nampak
belapis lapis..
Ya allah..terjerit sekejap
terkejut ustazah..kenapa..katanya
camana la boleh lupa ni
cermin mata tak pakai..tinggal dirumah
ooo alahai...acik ni sedo diri dah tua..
tapi tak sangka la..teruk beno..he he
oklah..jumpa lagi
In syaa Allah

Tuesday, October 1, 2013

REZEKI JANGAN DITOLAK...

Assalamualaikum
rezeki acik hari ni
ada kawan kirimkan
acik ambik banyak ni je
baki nya yang lagi banyak dari ni
acik bagi sedara acik yang dok satu taman.
esok boleh buat pengat keledek
lepas tu goreng
boleh juga dibuat 
kuih keria..cukup la tu kan.
oklah..jumpa lagi,In syaa allah

AKHIRNYA...BERPISAH JUA ..

Assalamualaikum
Sedih betul rasa dihati
pada mulanya tak perasan pun
sekali diperhati betul2..la..sayangnya
5 tahun dah ni..bak kata hero bongsu
dompet paling lama mak guna
aimi tau..mak mesti sayang ni..katanya
walaupun..selalu sangat
harga dompet lebih mahal
dari duit yang ada didalamnya..
tapi apakan daya sebab dah 
jatuh cinta pandang pertama dulu tu..
acik beli jugak..
tapi bukan terus dapat beli pun
pandang2 jeling2 pegang2 dulu
letak balik..
dah lama baru dapat beli..
nampaknya sampai disini jasa dia
akan acik simpan sebagai kenangan.
ni la rupanya




kedua dua belah dah ternganga.
akan dicuba juga hantar kedai ni..kot boleh dijahit
ok lah..jumpa lagi, In syaa Allah

Sunday, September 22, 2013

MASAK ...FB..,

Assalamualaikum
semalam masak inti
lepas tu masa masak..
teringin pulak nak ambil gambar
dan upload kat FB
sambil tu ..kedepan sekejap
rupanya hero kedua sedang online
tiba tiba acik dengar suara dia
eh..bila pulak inti mak ada kat sini
ha ha..tu la..
lain kali jangan mandai2..
kalau nak masak tu masak je
malu lak rasanya
mak sambil masak pun boleh ber FB
oklah..nak jadikan kuih jap inti semalam
jumpa lagi,In Syaa Allah

Thursday, September 19, 2013

JARUM BESOOO????

Assalamualaikum

selesai dah..
tadi kebetulan kawan yang jaga..
nampak je muka acik
haaa..nak ambik darah ye
siap..kak Ju guna jarum besar nanti katanya..he he
sekali masuk kena kat orang lain
pandai lari ye..
takut jarum besar la tu..usik kak Ju
macam tu la..kalau jumpa kawan2 sekolah
mesti dia orang semua ingat lagi
acik ni penakut
dah tua2 ni takut apa kan
he he..pandai tulis je ni
dulu masa kecik
mana la mak acik pernah bawak pi 
klinik untuk cucuk2 ni semua
bila masuk sekolah
kan ada van kesihatan datang sekolah
masa tu la nak kena injek bagai tu
dah acik penakut ngan jarum
sampai sekolah menengah pun
kalau diarahkan pergi 
ke kantin tu..acik mesti melencong
masuk tandas
dah agak agak selesai 
orang tu dah balik baru acik keluar dari tandas
masuk kekelas..Selamaat he he

oklah jumpa lagi,In Syaa Allah

Tuesday, September 3, 2013

BAIK PUNYA ALASAN....

Assalamualaikum

En.suami acik kata
memandu bila dah tua ni susah
bila memandu perlahan
orang akan cakap..
ish dah tua..patut la perlahan
kalau laju pulak
orang akan cakap
ish..tak sedar diri 
dah tua tua pun bawak laju

keee..alasan dia je
rasanya dah 31 tahun acik kawen 
tak pernah pun dia bawak laju

oklah jumpa lagi
In syaa Allah

Thursday, August 29, 2013

BUNTU..TOLOOONGGGG

Assalamualaikum
poning kepalo acik ni
nak mintak tolong la ngan anak2 adik2 
kawan2 semua
macam mana acik nak buat ni
hari ahad 1hb,september ni
abang(hero sulong awal lagi dah
bagi tau..mak nanti kawan abang 
nak datang raya
dalam 20 orang..acik ok kan je
tiba tiba..hero bongsu pulak telefon
mak culcalutor hilang
terjerit la maknya..macam mana boleh hilang
letak mana..dia kata dalam beg sekolah je
tapi dah tak de katanya
adui ai..mahal culculator tu nak oi.
nanti 1hb,kol 9 pagi mak datang ambik Aimi ye
nak keluar pi beli barang,katanya
macam mana pulak ni..dah janji dengan abang
nak masak untuk kawan2 dia datang
adik tu sah2 tak mau dengan ayah je
kalau mak tak ikut..mau muncung je nanti
dia nak kekedai cermin mata jugak
cermin yang sekarang asek pening kepala
katanya..kalau dah kekedai cermin mata
bukan boleh sekejap.
macam mana nak buat pun belum tau ni.
tolong bagi idea ngan acik nak masak apa
yang mudah..cepat dimasak sedap dimakan
tapi tak mau la meggi ye he he
tak boleh nak tidur ni ha..
macam mana nak buat ni
nak bawak hari sabtu..
outing dia hari Ahad.
buntu acik ni..kesian jugak ngan abang
adik pun penting nak beli barang2 tu
hari Isnin dah percubaan SPM.
dah la sekolah di NS katanya kena 
dua kali percubaan
tak faham acik.
malas nak fikir la..nak tidur dulu...
moga esok ada jalan penyelesaiannya.
jumpa lagi,In syaa Allah


Wednesday, August 28, 2013

LUPA???SABO JE LAAA

Assalamualaikum
Semalam..acik pi bank
nak masuk kan duit
beli online..nak bayar guna maybank2u
tak de dan tak pandai pun.
biasanya suami acik yang buat semua
semalam nak ikut..
kena pulak tak de parking
acik cuba beranikan diri
nak buat sendiri
yakin je isi borang
tak tanya2 pun..ambik nombor
bila sampai giliran
orang dikaunter kata
salah borang ni..
pi turun balik..isi borang semula
tak payah ambik no baru katanya.
acik pun turun semula ke tingkat bawah
isi borang baru..dah siap
acik pegi semula kekaunter
duduk dulu ye..katanya
acik pun tunggu..
tunggu punya tunggu..tak panggil2
sampai la dah 23 orang 
kita ni manusia kan..mula la
nak hangin.
acik telefon en.suami dari atas tu
dah dapat parking ke belum
kalau dah 
tolong ambikkan nombor
dia pun pelik agaknya..
tapi bila tengok muka acik..dia faham dah
tak tanya apa apa pun.
kebetulan..nombor baru
dikaunter yang sama
acik terus cakap..ni ha
saya dah ambik nombor baru
baru la dia kata..
Ya Allah kak..saya lupa nak panggil akak
katanya..aduhai..kalau tak de aircond 
mau dah berasap dah.
oklah jumpa lagi,in syaa Allah