Assalamualaikum
cerita hero kedua acik ni
hari sabtu lepas diopis dia ada buat gotong royong
memang selalu kalau ada gotong royong
memang bos suruh dia yang uruskan
acik dah faham dah hero kedua ni
kalau buat kerja dirumah pun
mulut dia bising juga.
kalau tidak kerja tak jalan.
bos dah biasa tengok..sampai tanya dia..
pernah jaga stor ke
sebab stor yang berterabur..memang boleh kemas
hero acik jawab..tak pernah bos..
tapi dah orang susah kan..
dah biasa buat kerja susah jawabnya.
yang acik nak cerita bukan tu sebenar nya
cuma acik kesian sangat ngan hero acik
dia cerita masa gotong royong dah nak siap
dia ngan sorang kawan lagi..
kena pi hantar sampah2 kotak2 buang
dah 4 kali angkut sampai berpeluh2
balik opis..dia tengok ada kotak pizza yang dah kosong
rupanya bos belanja pizza..
dan kawan2 yang tinggal diopis dah habis kan semua.
bukan tak pernah makan pizza dia kata
tapi kecik sangat rasa hati
kita yang berpeluh2 buat kerja..orang lain
yang makan tak ingat nak tinggalkan
untuk dia dan kawannya.
sebagai mak..acik pun ikut terasa..kesian sangat
dia bagi tau bos..bos kata
alaaa itu pun nak merajuk
hari isnin baru ni..
hero acik hantar surat
perletakan jawatan notis sebulan
masa tu la bos cakap..
ala takan sebab tak dapat makan pizza
merajuk
sampai letak jawatan..
mai kita bincang katanya
berapa gaji yang awak nak..he he..
seharian bos bebel2 kat pejabat katanya
orang yang boleh buat kerja semua nak berhenti.
sebenarnya anak acik dah dapat dapat tawaran
belajar lagi
Alhamdulillah syukur..
saja..je dia bagi surat selepas
dia kecik hati pasal pizza.
bukan sebab makan pizza..
tapi sikap yang tak ingat kawan.
doa acik semoga hero kedua berjaya
dalam bidang yang dipilihnya nanti.