Assalamualaikum
Apa khabar semua.ingat acik lagi..
lama betul rasanya tak muncul
macam2 hal..line internet sakit
tuannya pun tak berapa sihat jugak
Allah nak uji kan..
Alhamdulillah masih boleh juga
bangun...Alhamdulillah..
nak cerita tentang hero bongsu acik la
Hero acik memang selalu mesej acik
tapi minggu lepas acik yang tiba2
tanya..walaupun dah kol 10 malam
adik ok ke..
dia jawab tak ok..demam selsema
batuk..susah nak nafas
mak ai terkejut acik
terjerit juga la malam tu..suruh cari kawan
pi klinik malam tu juga
baru la..dia telefon..
mula2 telefon nombor yang ada dia simpan..
tapi budak tu jawab..
dia cuma bertugas masa minggu orientasi je
dia call lagi kawan yang lain
kawan tu tu naik bilik tengok keadaan
dia dan terus telefon 'staff'
dan bawak pi klinik
marah la doktor katanya..
bukan doktor marah sebab kerja malam
tapi sebab keadaan dia yang dah teruk tu.
awak masih belum ada asma..
tapi kalau awak biarkan nanti
mungkin akan dapat asma
itu kata doktor .doktor nak hantar hospital..
dia kata dah ok
tapi kol 5 pagi dah telefon acik
kata belum ok..hari tu jugak acik pi Batu pahat
sebelum sampai asrama
singgah belikan nasi
tak lalu makan dia..kalau tidak 'hantu ayam'
masa makan ni la dia cakap
yang buat kan acik nak meraung atas kesilapan acik
hero cakap.
mak emi minta maaf
emi tau..mak dah pesan suruh berdikari
emi dah besar..dah masuk u..
semua kena urus sendiri
sakit demam pi hospital atau klinik
tapi masa sakit tu mak..emi rasa kosong.
yang emi ingat mak je katanya..
aduhai la anak..telefon la..mak tak marah
4 hari jugak acik berkampung di batu Pahat
sampai dia dah tinggal batuk sikit sikit baru acik balik
tu la dia..berhujan 2 minggu
memang tak tahan dia..
selama 2 minggu tu pi kelas..balik kelas
hari jumaat pi masjid..balik masjid berhujan.
sebelum balik tu acik pi beli baju hujan..beli payung
agak2 hero acik guna tak ye..
dan pi cari mesin cuci dan kering ni jugak
basuh semua baju dan selimut dia.
dah basuh baju acik juga hi hi
dah mana la tau nak tinggal sampai 4 hari kan.
maaf ye,,terpanjang pulak bebel acik
tu la lama tak menulis kan
in syaa Allah nanti acik pi ketuk pintu
rumah kawan2 semua
Jumpa lagi,In syaa Allah.