Assalamualaikum.
Hari Sabtu dan Ahad biasanya adalah hari2 yang acik ada kelapangan untuk menjelajah kesemua N3 yang ada dibloglist acik.
tapi minggu ni tak dapat acik nak buat macam tu
laptop acik masih dikedai.mesti banyak cerita2 yang menarik dari kawan2 yang takdapat acik baca.Tapi tak pe nanti acik khatamkan semuanya bila laptop acik dah baik dari sengugutnya.
Apahal pulak gambar kunci kete tu ye.
tu le dia kan
kisahnya..hari jumaat lepas
kawan opis acik melilau cari kunci kete dia..
habis suruh acik tengok dalam beg acik kot ada termasukkan.tapi tak de jugak.
dia dah panggil kawan opis yang lelaki mintak tolong bukakan pintu dengan apa cara pun.
sekali acik cuba tanya en.suami acik.
ada nampak ke kunci kete mar.
terus dia pi ke laci yang terdapat banyak kunci2
kenderaan jabatan.
kunci ini ke..katanya..
dia ingatkan kunci kete jabatan.
tah sapa lah yang letak merata rata..kalau hilang
nanti kan susah..katanya.
ooo alahai..kecoh satu opis dibuatnya.
ok lah..jumpa lagi,Insyaallah