Pages

Friday, November 16, 2012

BERTEMU DIALAM NYATA

Assalamualaikum

masa percutian acik ke utara..
acik berkesempatan bertemu dengan 4 orang kawan alam maya
dua orang masih aktif berblog dan dua lagi
dah tak aktif diblog tapi masih menulis di FB

Yang mula2 jumpa dah pun acik tulis di N3 yang terdahulu
Azi.
kedua..Suzanna..dah lama tak update blog
 tapi masih ada status difb
su dan puterinya(ambil gambar di fb su)
ketiga acik bertemu dengan pemilik 
blog simatatajam"mai nak cerita"
M(acik ambil gambar dari blog m ye)
dan akhirnya bertemu pulak dengan suri solehah 
(suri..maaf acik ambik gambar dari fb)
yang jugak dah lama tak menulis
 diblog cuma ada status difb je.
tak sangka pulak..asal pak mertua suri dari Rembau dan acik tau dimana kampungnya
dan rumah mak sedara suami suri
betul2 bersebelahan dengan rumah sepupu  acik
mereka berjiran.
suri dan M dua2nya acik jumpa diLangkawi.
Suri acik dijemput kerumahnya
M acik jumpa di Cable car
Azi juga acik pi kerumah
dan Suzanna pula acik jumpa di Tesco Sungai Petani.
Masa bertemu azi..nampak je hero bungsu 
terus sebut..ni hero bungsu ye
begitu jugak suri,bila nampak je terus sebut
tu adik kan..he he..
famous kan hero bungsu acik ni
belum diperkenalkan terus dah boleh kenal..he he

Terima kasih pada kawan yang sudi bertemu ngan acik
Insyaallah jika ada kesempatan dan peluang
acik teringin jugak nak berjumpa dengan yang lain pulak
kebanyakannya semua muda2 lagi
tapi nak buat camana kan..zaman acik muda dulu belum ada benda2 ni..he he
Jumpa lagi,insyaallah

Thursday, November 15, 2012

SEDIKIT GAMBAR DAN DESTINASI PERCUTIAN

Assalamualaikum
10 hingga 14hb.Nov.2012
acik cuti cuti Malaysia ke Utara.bersama acik
keluarga zino,keluarga abang acik dan anaknya serta adik acik ngan kawan dia
 Destinasi pertama 
Jemputan kenduri di Kepala Batas.
kenduri kawen kawan sekerja dan kawan serumah 
adik acik
 Destinasi kedua Sungai Petani
bertemu rakan alam maya azi dan bermalam
 di Homestay Azi
Azi yang cantik dan manis dan sangat rajin 
serta pandai masak
macam2 masakan yang dimasak untuk
 menjamu kami semua
maaf azi jika kami semua buat kecoh dirumah azi.
 Destinasi ke tiga bermalam di Ipoh dan 
sempat jugak bertemu
kawan zino yang ada cafe di Ipoh..sesiapa
 yang tinggal di Ipoh rugi kalau tak pergi kesini..
masakan Terengganu yang sedap sedap semuanya
 Destinasi ke 4..Lumut..semata mata nak beli ikan bilis
(acik le tu) he he
Destinasi ke 5.singgah di Sabak Bernam
kedai kak long Zino.
terkejut kak long tengok acik
seronok dapat suprise kan kak long
dari muda..acik ngan kak long memang baik
selalu ikut kak long ke Tampin.

Sampai disini dulu..Insyaallah jumpa lagi

BERTEMU LAGI

Assalamualaikum

(semua gambar dalam cerita2 acik nanti adalah dari kamera canggih zino)
Apa khabar semua
rindu acik nak kerumah kawan semua
Insyaallah dah selesai urusan dobi mendobi
acik akan kerumah semua kawan2 ye.

Jumpa lagi,Insyaallah

Thursday, November 8, 2012

ROJAK AYAM?

Assalamualaikum

tunjuk makan lagi kan..
bukan apa..masa ditanya nak makan apa..
acik tanya ada apa
kemudian bile disebut "rojak ayam" acik pun 
teringin pulak nak rasa
bila dah sampai rupanya
rojak sama je..tapi diletakkan ayam seketul
acik dok bayangkan macam mana la 
rupa rojak ayam tu
Tapi..Alhamdulillah seddapp..
boleh
pergi lagi nanti

oklah jumpa lagi..Insyaallah.

Wednesday, November 7, 2012

WW-MASAK LOMAK CILI API

Assalamualaikum


Tuesday, November 6, 2012

BUKAN MUDAH NAK MEMBESARKAN ANAK2

Assalamualaikum

Cabaran menjaga/membesarkan anak
tak kira lah lelaki atau perempuan
kisahnya..
setiap malam dari isnin sampai khamis malam
acik pi kelas mengaji
ada la yuran yang dikenakan
sebab ustaz/ustazah tu pun nak bayar sewa 
rumah kedai kan

malam tadi..sebelum sampai giliran acik
ada sorang budak masuk
sebelum ketempat kanak kanak..dia lalu 
di tempat perempuan
sambil lalu..terus dengan tangan kiri letak duit
 atas meja ustazah
ustazah pun tanya..lama tak ngaji..pi mana
sambil lalu jugak dia jawab..demam...
kalau tengok badannya..tahun 3 atau 4 je acik rasa.
tak lama lepas tu naik pulak sorang perempuan
(mak budak tu acik rasa)
tanpa pedulikan ustazah yang sedang mengajar
dia terus bercakap..sambil cekak pinggang lagi
sah la dia sedang marah.
bukan la acik nak ambil tahu..tapi terpaksa
 ambik tahu sebab dia
dah mengganggu orang yang mengaji tanpa
 sempat nak menunggu kelas habis
rupanya dah sebulan anak dia tak naik mengaji
bila dah hantar anak..dia balik
sianak pulak terus melencong ketempat lain..
khabarnya pi cc.
mak tu pulak boleh menuduh ustazah asek minta yuran
tu sebab anak dia tak mengaji..pi masuk ke cc.
dengan lembut ustazah tu bagi tau..saya tak minta..
tapi bila dah beberapa bulan tak bayar..
saya cuma pesan dengan dia suruh bagi tau mak
kata ustazah.
lepas tu dia minta nak tengok kedatangan..ada tak dicatitkan anak dia ada datang ke tidak
ustazah pun tunjukkan...tak puas hati..mak tu turun lagi
kemudian naik semula masa acik sedang mengaji
acik tak berhenti pun..walaupun dia datang sebelah..bercakap dengan ustazah tu. 
sepatutnya tunggu la kan
ni tak sabar2.

sebagai ibu.acik pun faham perasaannya 
bila anak sendiri menipu.
tapi tetap juga kena sabar dan cari masa
yang sesuai untuk berbincang dan selesaikan masaalah
bukan main terjah tak kira masa/tempat.
ish..panjang pulak dah
berenti dulu ye

Jumpa lagi,Insyaallah

Friday, November 2, 2012

CUKUP SUDAH..

Assalamualaikum


Tak tau lah..sama ada..acik ke yang dah tua2 ni
mudah terasa..
atau pun memang orang yang jual kuih 
dan goreng pisang tu yang tak mesra alam.
acik mintak dah..nak tu nak ni..berapa2
 dia buat tak tau je
asek berborak ngan kawan dia
lepas tu boleh pulak dia bungkuskan 
goreng pisang untuk kawan dia
kemudian..eh..kau punya aku belum bungkuskan..
katanya pulak pada kawan dia sorang lagi
acik dok terpaku disitu dia buat tak reti je
kawan dia dah beransur pergi baru dia bungkuskan apa yang acik nak
bila masa bayar acik bayarkan duit oren
boleh pulak dia bercakap sendiri..ramai pulak yang bagi duit oren ari ni
masa aku nak tak de pulak..rungutnya..
acik kata dia merungut sebab masa tu 
dia tak pandang pun muka kita.
rasanya tak mau kesitu lagi dah..
kali kedua  jadi macam ni
Hari ni hari bekerja..tak sempat nak masak apa2
 nak pi tengok hero bungsu..
tu yang acik beli je

ok lah..jumpa lagi,Insyaallah

Thursday, November 1, 2012

DAH TERLUPA..NAK KATA APA KAN..

Assalamualaikum

selalunya bila baca blog Kak Pah(Ibundo)
 acik selalu gelak sorang
semalam kena kat diri sendiri (maaf yo kak pah)
gelak tu bukan nak ngata..tapi suka..
baca pengalaman kak pah

semalam..sementara tunggu en.suami..
acik dok dalam kete
bila dia masuk kete..terus jalan
kebetulan hujan..baju sebelah kiri acik basah
en.suami tegur..tingkap tak tutup rapat tu katanya
acik naikkan periksa tinggap..dah..acik kata
lepas tu..dia rasa tempias hujan sampai ketempat dia
tak tutup betul tu ulangnya.
 acik cuba lagi...sudah acik kata.

kemudian bila menghampiri tol..kete perlahankan
 sebelah tu ada satu kereta buka tingkap
dan jeritkan.."PINTU KETE TAK TUTUP" katanya
ooo alahai..acik boleh tak perasan.
pintu kete acik tak tutup rapat.
terima kasih la..pada yang prihatin tu
bak kata adik acik.."bang cik suka tolong orang..orang pulak tolong dia" katanya

en suami memang pantang nampak pintu kereta orang tutup tak rapat
dia akan berusaha dengan apa cara pun 
untuk bagi tau pemandu tu.
semalam..orang lain pulak bagi tau dia.

Alhamdulillah tak jadi apa apa kan
kot tak apa la rupanya andai acik tercampak 
keluar dari kereta tu.

oklah jumpa lagi..Insyaallah

Wednesday, October 31, 2012

APA YANG HARUS DIBUAT..

Assalamualaikum

Semalam acik keluar duit di mesin ATM
acik tekan untuk 2 helai
patut keluar 2 helai
tapi yang keluar satu je
puas acik belek belek..
ada terselit ke..tertinggal ke
tapi tak ada pulak
lama acik menung didepan mesin tu..
ada la sorang hamba allah datang nak guna
acik tanya..dia kata tak tau pulak..
cuba tengok baki katanya..betul.
yang tertulis disitu pengeluaran memang 2 helai
yang acik dapat memang satu
sampai hari ni acik dok musykil
tapi acik nak tanya ngan sape
kalau mesin tu dibank senang
tapi mesin tu dikedai.
dan pertama kali acik guna mesin disitu.

lepas tu acik malas dah nak fikir
dah bukan rezeki acik la tu.

pernah tak kawan2 mengalaminya
apa yang kawan2 buat untuk mengatasinya
cuma persediaan jika berlaku lagi
(minta pada Tuhan janganla berlaku lagi kan)
taulah acik nak buat macam mana nanti.

oklah..jumpa lagi,Insyaallah

Tuesday, October 30, 2012

CENDOL SANTAN SAWIT?

Assalamualaikum..

Pernah makan cendol santan sawit?
acik pun tak tau nak kata macam mana rasanya
semalam acik dah cuba
tapi masih jugak tertanya tanya
betul ke santan sawit?
sebab acik belum pernah rasa.
kalau ada kawan2 yang pernah makan boleh
kongsi ngan acik..
macam mana sebenarnya rasa santan sawit tu.
Gambar cendol ni bukan guna santan sawit
ni acik buat sendiri
guna santan kelapa je
 
Ok lah jumpa lagi,Insyaallah

Sunday, October 28, 2012

TERIMA KASIH Q.

Assalamualaikum

Hari ni cuti lagi dan masih lagi xtvt masak
dan mencuba resepi dari Q
Harap Q ada masa baca blog acik dan tengok gambar2 ni
 ayam masak beriani
tapi anak acik kata rupa macam rendang
bila dia makan..dia kata..hhmmm sedapnya mak
tak rasa rendang pun.
Alhamdulillah..terima kasih Q.
rupa tak jadi..tak pe janji rasa ada kan
 Yang ni nasi beriani cara Q juga
tapi Q..kelemahan acik kan
malas nak hias2 boh daun bagai tu
nanti nak makan susah 
nak kena ketepikan daun2 tu semua
kismis pun tak letak.masak rajin(he he puji diri pulak dah)
tapi nak menghias memang malas
tapi kata2 kawan acik dulu tak boleh pakai
kawan2 acik selalu kata.
patut tak ada bunga(anak perempuan)
malas sangat nak hias rumah dan tanam pokok bunga
tapi Q acik tengok elok je rajin menghiaskan.
Ni apa lagi..badak berendam
hero bungsu yang suka sangat makan ni

oklah jumpa lagi,Insyaallah.

Saturday, October 27, 2012

PROGRAM SEHARIAN...

Assalamualaikum

acik harap kawan2 semua sihat
belum sempat nak jalan jalan kerumah kawan kawan
penuh aktiviti acik hari ni.
jam 10.45 acik sampai kekampung
kerana ada kenduri aqiqah cucu zino





Selesai majlis..acik kerumah abang pulak
abang ajak kerumah dia
sebab ada kacau dodol.
Acik tolong kacau masa cair je
lepas tu acik mula la buat xtvt sendiri
Tu dia sempat ambik daun pisang
Pisang pun dah masak.
kelapa pun dah siap dibuat inti
esok dah ada menu acik.
heran budak ni tak jemu2 makan kuih lepat
acik ikutkan aje la 
kebetulan pisang pun dah dapat..
dah masak pulak tu.

oklah..hari ni rasa penat sangat
insyaallah esok akan kerumah kawan2 semuanya.

Jumpa lagi,Insyaallah

Friday, October 26, 2012

MENU HARI RAYA QURBAN

Assalamualaikum

Hidangan EidulAdha acik
sempat jugak masak selepas berbuka semalam
 Rendang ayam pencen
 Serunding Kelapa yang mintak resepinya dari Q.
terima kasih banyak Q..percubaan pertama kali 
yang menjadi
dari segi rasa tidak pada rupa..he he
rasa sedap la ditekak anak2 dan acik dan 
anak2 sedara yang makan.
Insyaallah Q nanti acik cuba lagi perbaiki
mana yang kurang.
kuah kacang dalam proses,
ketupat segeranya dah siap hero bungsu rebuskan
masa acik ditempat kerja lagi.

anak sedara balik bawak buluh lemang
pukul 12 tengah malam baru siap masak
adui la budak2 ni.
lambat sebab jalan jem katanya.
sudahnya tengok buluh lemang guna lampu suluh je.

Selamat Hari Raya Qurban buat semua
Insyaallah jumpa lagi

Thursday, October 25, 2012

BALIK KAMPUNG?..

Assalamualaikum


Hari ni kerja lagi..mesti ramai jugak yang bekerja kan
malam nanti lepas berbuka baru acik 
nak mulakan operasi
siang ni..hero bungsu ada dirumah
dia dah bagi tau maknya
nanti aimi kupas bawang,potong dan rebus cili tau
balik nanti mak buat kuah kacang
baru je maknya kata
tak yah buat  kuah kacang masa raya haji nanti
tapi dia rajin siapkan semua
kesian pulak kan..buat jugak la nanti
kawan2 semua macam mana
dah buat persiapan?..
ataupun dah balik kampung?.

acik..nak balik kampung pun...nak balik mana..
malas acik nak buka rumah kosong tu
acik bukan ada sape kat kampung tu pun kan
abang2 acik ada lah,..tapi bukan dok kampung
masing2 dah ada rumah sendiri.

oklah..jumpa lagi,Insyaallah

Wednesday, October 24, 2012

SELAMAT MENYAMBUT KEDATANGAN 10 ZULHIJJAH

Assalamualaikum


2 hari tak dapat nak jenjalan rumah kawan alam maya
ada kursus..
mulanya pergi untuk cukupkan 7 hari je
sekali dah ikutinya..
seronok jugak
banyak yang dah berubah..banyak yang dah bertambah
Alhamdulillah bertambah Ilmu..
tapi Ilmu pertanian la..bukan masak masak.
oklah tu kan..
tapi dah tua2 ni letih dan mengantuk juga 
bila menjelang malam

Acik ucapkan Selamat menyambut Hari Raya EidulAdha buat semua
sesiapa yang nak beraya dikampung 
hati hati dijalan raya.

Jumpa lagi,Insyaallah

Sunday, October 21, 2012

RESIPI KUAH KACANG

Assalamualaikum

Untuk menunaikan permintaan dik Nik Ja
acik letak lagi sekali resepi kuah kacang disini
yang acik dah edit sikit.
dulu punya seringgit cili bawang tu dah tak sesuai
sebab seringgit dulu dengan sekarang dah tak sama kan 



KUAH KACANG

Bahan bahannya..

1 kg kacang tanah
digoreng tanpa minyak..dan di mesin..
jangan halus sangat..

(a). 7 batang serai
(b). 1 1/2 inci  lengkuas muda(kalau dapat lengkuas  padi lagi sedap) 
(c). 8 ulas bawang putih
(d). 14 ulas bawang merah
(e).1 inci halia muda
(g).1 sudu udang kering
4-5 senduk cili kering yang dah siap dimesin
1/2 kg santan-campur air lagi

bahan (a) hingga (g) dikisar halus.

1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk jintan putih

Gula( tambah sekeping gula kabung), garam..air asam jawa secukupnya..

Tumis semua bahan2 hingga betul2 masak..
masukkan air asam jawa..biarkan mendidih..
masukkan santan yang dah dicairkan dan 
biarkan mendidih lagi
masukkan kacang tanah, gula dan garam secukup rasa..biarkan betul2 masak
kepekatan ikut suka..ada yang suka pekat dan ada suka cair sedikit.
kemanisan ikut tekak sendiri sebab ada yang suka manis dan ada yang suka pedas.
anak2 acik suka manis dan ada rasa pedas juga.
mak ai..susah kan..tu la selera anak2 acik ni.
tu yang acik guna cili kering sampai bersenduk2.
tapi masa beli cili kering jangan yang jenis pedas sangat.dan jangan yang tak pedas lansung tu..
tak ada rasa nanti.

oklah..nanti dah nak raya Qurban ni kan..kalau rajin boleh la mencuba resepi acik ni.

jumpa lagi,Insyaallah

DENGARKAN LAH..

Assalamualaikum
Langit yang mendung
makan sedap hujan2 ni
dah siap masak..apa lagi kan
ni hero bungsu punya..bukan mak nya.
sambil2 tu dengar ni.
acik dah suka sangat dengar ni sekarang
macam2 lagu ada.
ni pun hero bungsu tolong..
acik tak pandai nak masukan video 
dalam blog ni

oklah..jumpa lagi,Insyaallah