Pages

Friday, November 11, 2011

MELEPAS KARI KEPALA IKAN

Assalamualaikum

Hari Rabu..abang yang di Pucong datang rumah..hantar ikan jenahak seekor
belum bersiang pulak tu
baru la acik dapat tengok  rupa ikan jenahak.besar jugak 
ikan nya..
acik tengok je suami menyiang ikan tu..
sisik ikan pun besar2 rasa acik ada sebesar duit 20sen.

dalam hati acik dah berangan.
kepala ikan nak buat kari.

Semalam acik balik kerja..keluarkan ikan yang suami dah siap simpan dalam peti ais..
sekali acik tengok..kepala ikan tak dak.
Acik tanya ngan .suami ...kepala ikan mana..
Dia jawap..keras sangat..dia buang je..
aduhai..dipancungnya aje kepala ikan tu dan buang dalam tong sampah.
acik tengok masa dia buang sisik je..lepas tu acik tinggalkan dan pi buat keja lain didalam..

Tak jadi le kari kepala ikan acik.
acik masak asam pedas dan buat sup ikan je.

Tapi tak de gambar..teringat  kak ngah pernah komen..
blogger tak berapa nak tegar acik  ni..he he..ye la tu kak ngah.
malas pulak nak ambik gambar lepas masak2 malam tadi.
sebabnya teruja tengok hero bongsu yang tak berapa nak makan masak2 asam ikan ni
kalau ayam memang laju je.Tengok dia makan..amboi..laju dan banyak kuah.Ikan pun habis sepotong dia makan.

Ni  sarapan acik pagi tadi

Raya haji hari tu..acik rebus 2 peket ketupat segera tu.
2 peket tu ada 66 bungkus kecik tu.
memang acik bercadang nak buat nasi impit goreng ni.
Acik suka makan
kalau acik buat ni..memang tak berenti acik makan 
selagi tak habis.
Tapi tu le dia..acik simpan dalam peti ais tu 
rasanya ada la 15 bungkus.
pagi tadi acik keluarkan nak goreng tinggal 7 aje.
tah bila kena makan lagi 8 bungkus tu.
7 pun 7 le..acik buat jugak
alhamdulillah dapat jugak makan nasi impit goreng pagi tadi.

Terima kasih pada kawan kawan yang tinggalkan komen pada N3 terdahulu ye.
terima kasih banyak banyak


Thursday, November 10, 2011

ADA KE..BOLEH PERCAYA KE.

Assalamualaikum

Acik nak mintak pendapat semua..dan nak bertanya
Boleh percaya ke zaman sekarang ni ada  yang menggunakan cara sihir lagi  untuk menyakitkan
seseorang yang dibenci.

ada lagi ke manusia yang membuat kerja kerja berkawan dengan syaitan macam tu. 
Kalau betul benda ni ada..kalau sakit hati dengan
manusia lain
jangan la sampai macam tu kan
Tak tercapai dek akal acik..kalau betul ada..
kita ni kan manusia ,
berugama islam..kenapa nak buat
perkara perkara yang macam tu.

Maafkan acik..sebab bertanya soalan begini
tapi acik percaya sangat
semua perkara yang terjadi
adalah dengan kehendak allah jua.

Tuesday, November 8, 2011

EMO..

Assalamualaikum


Kesian pulak dengan hero bongsu acik..
hari jumaat ni ada hari kecemerlangan disekolah
Sebab hari Jumaat kena pakai baju melayu
tadi dia kata..nak naik pentas nanti mak
tapi baju melayu aimi tak berapa elok..katanya.
Sedih jugak rasanya..sebab memang pun baju melayu dia tu dari tingkatan satu lagi
Baju melayu cuma pakai hari Jumaat aje
tu sebab ada sepasang aje.
cuma acik gantikan
seluar aje.sebab seluar yang lama dah tak muat.

Nak dibelikan sebelum hari jumaat pun tak boleh jugak
Saiz tak de..baju melayu kena tempah

Macam tu la hati ibu kan
acik asek teringatkan itu je..
sedih sangat rasanya.

Tapi nak pujuk hero bongsu jugak lah
kali ni lain sikit.penjaga kena naik pentas sama.
nanti nak bagi tau..
tak nampak pun baju adik tu baju lama..
sebab ayah pun naik sama
boleh jugak kan..
tapi apasal hati acik ni sedih je..
aduhai hati..

ok lah jumpa lagi..Insyaallah.

Monday, November 7, 2011

BARU TERASA LETIH..

Assalamualaikum


Hari kedua Hari Raya Qurban.
Tak kemana mana pun hari ni..dirumah 
melayan budak ni
 Sampai mengantuk
wan tak nak lepas..asek pegang dia je.
Geram je tengok
kalau digigit gerenti menangis ni.

Semalam dah puas makan ketupat segera,kuah kacang
sup,nasi, lemang dan rendang

Hari ni..
makan ini
 dan minum ini je
ok lah kan..kenyang jugak.
Nak rehat pulak
baru terasa letihnya.
lagi letih bila nampak kain dalam bakul yang dah 
melimpah belum dilipat
dan baju yang belum digosok.
Sabo je le.

Insyaallah jumpa lagi.

Friday, November 4, 2011

RESIPI NASI YANG SENANG..BOLEH CUBA

Assalamualaikum


Acik nak share lagi sekali resipi nasi ni
sepupu acik kata nasi beriani.
Resipi ni..sepupu acik yang bagi.
masa acik dok klia dulu..dia ada 2 kali masak kan nasi ni 
untuk acik jamu kawan kawan makan.
kawan kawan semua suka..makan nasi pun sedap katanya.
kemudian tu sepupu  acik tuliskan resipi ni  
dalam kuantiti yang sedikit 
untuk acik cuba sendiri.

Bahan bahan
7 cawan beras
10 ulas bawang merah*
5 ulas bawang putih*
2 inci halia*
sedikit ketumbar
3 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
2 sudu besar rempah kurma
5 sudu besar minyak sapi
Tomato puree
Air mengikut jenis beras.
Daun pandan
sedikit garam
Cara
Beras dibasuh dan ditoskan.
Panaskan air yang telah disukat mengikut sukatan beras.Biarkan sampai mendidih
Yang bertanda * ditumbuk lumat berasingan..(Sebiji bawang putih,B.merah dan sedikit halia dihiris)
Bancuh rempah kurma dengan air.
panaskan minyak sapi
masukkan bahan penumis,dan bahan2 yang dihiris...kemudian
masukkan halia, bawang putih dan bawang merah yang telah ditumbuk hancur.
masukkan rempah kurma.
kacau sampai betul2 masak.
kemudian masukkan kedalam air yang telah mendidih bersama daun pandan.
Biasanya acik didihkan air dalam rice cooker.
masukkan beras.tutup periuk
bila air hampir kering masukkan susu dan sedikit tomato puree(sebagai pewarna)
tutup semula periuk dan jangan dibuka sehingga 30 minit.

diatas ni betul2 mengikut apa yang sepupu acik bagi.

kemudian bila dah selalu buat
acik cuba tambah sedikit
cara acik buat sendiri ada dibawah


NASI BERIANI(cara sendiri)

BAHAN BAHAN
6 Cawan beras basmathi(cawan rice cooker)
rendam beras 20 minit kemudian toskan
Air ikut sukatan beras dan lebihkan sedikit ikut jenis beras.
10 Ulas bawang merah*
1 biji bawang besar(dihiris)
5 Ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 sudu rempah kurma
1 1/2 sudu rempah beriani(tambah sendiri)
(rempah beriani beli digiant yang boleh timbang ikut banyak mana yang kita mau.)
1 tin kecil susu cair
3 sudu besar tomato puree
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
5 sudu besar minyak sapi.
Garam secukup rasa
daun pandan

CARA CARA

Tumbuk lumat yang bertanda *
Tumiskan halia,masuk kan bawang putih,bawang merah dan rempah2 penumis.
Kemudian masukkan rempah kurma + rempah beriani yang telah di bancuh dengan sedikit air.
Didihkan air yang telah disukat.
Masukkan bahan bahan yang telah ditumis.
Kemudian masukkan beras.
Bila air kering masukkan susu dan tomato puree..
tutup semula periuk.
Jangan dibuka tutup periuk sekurang kurangnya 30 minit.

Kalau ada yang tak balik kekampung 
boleh la mencuba nasi ni ye.
mana tau kena dengan selera.

Selamat Hari Raya Aidil Adha
buat semua.
Pada yang balik  kekampung
berhati hati dijalan raya
Insyaallah jumpa lagi.


p/s..anymz resepi ni cik non bagi akak nim..dia sekarang dah tak boleh cakap kan..kalau tengok resepi ni memang ingat kek dio yang selalu masak nasi ni bila ada kenduri kawen di kampung kito.




Thursday, November 3, 2011

TUAN RUMAH KURANG SIHAT

Assalamualaikum


Dua hari lagi nak aidiladha.
acik tak sihat pulak
sakit kepala yang amat sangat malam tadi
bawak ke pagi

tak kan sebab kerap sangat berhujan kot..
BERHUJAN bukan sengaja
main air hujan ye..he he 
Ingatkan darah tinggi ke.
doktor kata tak de pulak.
kata nya..sebab gastrik.
ia la agaknya tu.
siap pesan lagi..jangan makan itu ini..
macam biasa la pesanan tu.

Camana nak masak masak ni..
dah la kita sorang je perempuan nya dalam rumah ni.
Harap harap menjelang sabtu..kesakitan dan ketidak selesaan ini  akan beransur pergi.
sian hero hero dalam rumah ni

semoga acik sihat menjelang sabtu..doakan acik ye.



Wednesday, November 2, 2011

TAK JADI WW ..DAGING 'LOMPAP'

Assalamualaikum
tak jadi la acik bisu hari ni
sebab ada yang tanya resepi..acik dah tuliskan ye..
sukatan..agak2 sendiri je.

Daging lompap yang
dah dipotong kecil .masa masak kan daging potong besar dan nipis
nak makan tu kena gunting bagi kecik.


Ada tak yang tak tau apa dia daging "lompap"..orang yang asal dari negoghi...dah tentu tau kan...

"DAGING LOMPAP"
Daging segar(batang pinang) dipotong nipis nipis..tapi lebar lebar..
bawang putih,bawang merah, 
halia dan sedikit lada hitam ditumbuk
gaulkan dengan daging yang telah siap dibasuh.
jangan lupa letak garam..
susunkan daging dalam kuali.
tutup dengan daun pisang
kemudian letak tutup periuk
dan himpit dengan lesung batu.
bila air daging hampir kering
buka penutup tadi
masukkan santan pekat .
tak perlu ditutup lagi..balik kan daging
supaya santan  mesra dengan daging.

tunggu sampai santan kering.
dah masak makan panas2 sedap.
kalau yang ada kuali  flip on macam Tijah punya
lagi senang.

acik biasa buat bila nak raya aidilfitri dan aidiladha.
sebab senang dapat daging fresh masa 'mantai' tu.

anak2 acik suka sangat makan ni..tu sebab seminggu lagi nak raya dah sibuk tanya..mak buat ke tidak.

Minta maaf ye..
sukatan boleh la agak2 sendiri.
arwah mak acik dulu..cara dia mengajar
suruh tengok aje..
kalau acik tanya.alamat kena marah le
tadi tak nengok..katanya.
jadi..apa pun yang arwah masak tu..perati betul2 
sebab lepas tu..bila masa kita nak masak pulak
dia tak kan bagi tau lagi dah..pandai2 sendiri la..
kalau masak lomak cili api tak betul tu.
arwah akan cakap
"boleh buek air basuh muko"
ha..tu maknanya cair la tu.
bila dia dah senyap je makan tu..
dah betul la tu.

ish..kelaut pulak perginya..
ok..jumpa lagi
Insyaallah.

Ucapan terima kasih dari acik
pada yang meninggalkan komen diN3 1.11.11
al-lavendari
kak long
Iman shah
Tihara
Azi
Ibuhani
Nur Nba
Ibu Intan
a.z.r.i.n.a.03.07
Tijah
Nuwairani
Mak Encik/SZ
Kak Ngah
Fatin marz
Yus
Ida,Japan
secangkir madu merah
kasihredha
Mulut payau
cik Azz
Anamarza
mak-imma
Ibundo
Happyirfa
Amy syaquena
kunang kunang
Wahida
ucu Faridah
Embun Rosaliza
Ros
papamifz
zaitun
mulan.

p/s.Daging lompap ni..dulu acik pernah letak resepi dan iBu GuRu pernah mencuba dan ibu guru jugak telah sharekan dengan kawan2 yang lain untuk mencuba resipi ini..anak2 suka kata ibu guru.terima kasih pada ibu guru.

Tuesday, November 1, 2011

1.11.11

Assalamualaikum.


Cerita pendek acik hari ni
anak acik dah mula kata
'mak nanti ada daging fresh buat lompap ye'

ish2 tak habis ngan 'lompap' budak ni.
Insyaallah..panjang umur nanti acik buat jugak

Anak acik bawak balik teka teki..
mungkin ramai yang dah tau jawapannya .
acik tulis jugak..
takut lupa
nanti boleh buat kenangan
untuk anak anak

Teka teki ulangan untuk suka suka je..

Banyak banyak pokok
pokok apa yang ada diNegeri Sembilan sahaja

cik gunya yang bagi teka teki ni.

oklah..jumpa lagi 
Insyaallah.

Monday, October 31, 2011

SAMBAL CACAMARBA

Assalamualaikum

Rasanya ramai yang dah tahu..acik tak pandai memandu
bukan tak de lesen..
tapi sebab tak pernah dibenarkan..jadi tak tau lah kan

Bukan acik nak cerita tentang tu sebenarnya
Tapi..akibatnya.

hari Sabtu..acik tak kepasar..sebab nak pergi jumpa kawan..
yang ada acik buat cerita baru baru ni.

Kononya nak kepasar pagi pagi Ahad..
Belum sempat pergi lagi..baru pukul 6 lebih.pagi..kiranya lepas subuh la
kawan cik abang datang
ajak teman dia pergi berurut..sebab katanya dia tak sihat sakit sakit badan.

Alamak..apa nak masak ni..dalam peti ais dah hampir kering
acik pi dapur tengok
ada baki sotong sikit,ada ayam sikit
ikan bilis pun tinggal sikit.
Tengok beras herba ponni...dah habis...pulak.

Tinggalkan dulu..baik acik ngadap lappy..
dapat baca blog ngan FB
sekali acik tengok didapur yatie sinar kehidupan ada resipi
Nasi Lemak guna basmathi.yatie kata dia dapat resepi 
dari dapur CMG.
acik tak pernah buat nasi lemak guna basmathi
biasanya acik buat guna beras herba ponni je.

Acik panggil hero bongsu
tanya dia nak tak pi kedai belikan santan.
dia kata boleh.sementara hero kekedai..acik rebus telur 
yang ada 4 biji
acik keluarkan ayam dan sotong,kemudian ikan bilis.

Ayam acik goreng macam tu aje.
ikan bilis yang sejemput pun acik goreng
telur yang dah siap direbus.acik goreng jugak.

Acik keluarkan cili yang dah siap dimesin.
acik buat sambal sotong yang dah tinggal sejemput tu.
dah masak sotongnya.
acik masukkan telur yang dah digoreng dan ikan bilis tadi.
acik letak bawang besar sampai 2 biji.

Boleh bayangkan macam mana rupa sambal acik..
caca marba..ada ikan bilis sikit..ada sotong sikit dan 
ada jugak telur.
kalau la mak mertua acik ada lagi..memang tak lulus  
jadi menantu.

Akhirnya..masak la nasi lemak dan sambal acik
kami makan sarapan sampai
Makan  tengahari.nasib baik acik masak lebih sikit
Cik Abang balik pukul 4 petang..jauh pergi 
menemankan kawan dia
sampai ke melaka sana.

Serik..tak boleh buat lagi dah peti ais kosong macam ni.
Nasib baik hero bongsu memang tak banyak kerenah..
apa yang mak masak sedap aje pada dia.
Alhamdulillah

Pada yang belum pernah mencuba
buat nasi lemak guna basmathi
jangan tunggu lagi
memang sedap dan lembut
sampai ketengahari nasinya.

Terima kasih pada Yatie dan CMG.

Sunday, October 30, 2011

SILAP SEBUT

Assalamualaikum.


 Baca N3 kak pah masa bagi resepi chicken chop 
yang Anymz minta tu
tentang cerita anak kak pah  sebut chicken chop tu chopstick.

Mengingatkan acik  pada..kisah yang melucukan ni
 anak kak pah masa tu baru berumur 13 tahun
..ok jugak kan.

kisah acik ni berlaku..belum lama lagi

suami acik dengan yakinnya
mengorder 'chicken pox' satu..katanya..
budak tu terlopong je..
lepas tu..suami acik ulang lagi..'chicken pox.'.
sudahnya budak tu tak tahan..gelak besar dia..

'cik..bukan chicken pox..chicken chop..katanya..
chicken pox tu penyakit..dia kata..
alahai..baru la..suami acik perasan  kesilapan dia..
silap sebut tu..
ingat ye..silap sebut..bukan tak tau..he he
masa menulis ni pun..acik boleh gelak lagi.


Sekadar selingan hari ini

ok lah..acik berenti dulu..
Insyaallah jumpa lagi.

Saturday, October 29, 2011

AKHIRNYA DAPAT BERSUA MUKA.

Assalamualaikum.
Acik peluk dia macam tak sanggup nak lepas..he he

Acik pernah buat cerita tentang ini pada n3 yang bertarikh 22/09/2011.
Pertemuan semula hanya melalui FB
tapi hari ni..kami dapat bersua muka.
seronok tak terkata.
kawan acik boleh pulak cakap..nanti jap..nak nangis dulu..
aduhai...memang seronok sangat.
acik berjumpa juga dengan semua adik beradik kawan acik ni
yang paling seronok..semuanya ingatkan acik..
bila tengok je acik..terus cakap kak ina kan..
siap dengan nama sekali tu
dan yang paling lucu..mana boleh lupa..nampak tahi lalat je dah tau dah.kata adik beradik dia.
acik je yang dah lupa.
malu jugak sebab dah tak ingatkan adik beradik dia yang lain.

Acik berharap kami akan dapat berjumpa lagi.
Kalau la suami kawan acik ni mesra alam mesti lagi best
tapi kawan acik dah cakap awal2 dah suami dia tak mesra alam katanya..sebab dari kalangan dato datin..
cakap pun benda yang fakta aje..tak pandai bergurau katanya.
Acik pun dapat tau.kawan acik pun ada gelaran tu
tapi alhamdulillah...kemesraan dia bila berjumpa dan menalipun acik tidak berubah.'masih seperti dulu'.

Dalam bergembira pun sedih tetap ada
kawan baik yang sorang lagi
sepupu pada kawan acik ni
sedang sakit(kanser) katanya
tapi kuat semangat
masih bertenaga untuk bekerja kesana kemari
walaupun dah buat kimo beberapa kali.
Acik harap dapat berjumpa dengan kawan ni
dan acik juga berdoa semoga kawan ni
berjaya melawan penyakitnya dan sembuh
sepenuhnya dari penyakit yang dihidapinya.

Terima kasih pada kawan kawan yang meninggalkan komen di N3 'Hati Seorang Ibu'
Insyaallah acik akan buat buat yang terbaik
dan semoga yang empunya diri jugak bersemangat
untuk perubahan diri.
Azi
Luah Fikiran
Mokjadeandell
Roha
Nieda
Tihara
Sal
Cik Rose Cute
Ms.Lilies
Ati Masrif
Nuwairani
Kak ngah
Mama aini
Kamariah Awang
Ros
Akuzle
kak long
Iman shah
Mulan
Parijah
a.z.r.i.n.a.o3.07.
Kasih Ibu
mamasyaza
CT Norizah
Ibuhani
Acik
Mulut Payau
h4ni3
Yus
kakyong
Azatiesayang
Nieza
Gadisbunga
Ladybird
Terima kasih sekali lagi.