Assalamualaikum.
akak dah kena tag ngan budak yang dok jepun ni.
anie,nagoya dan ida,japan
Tak mau menghampakan anie dan ida
akak ambil jugak award ni dan jawab tag.
anie, ida..akak jawab ni. ye..harap2 berpuas hati
Dah ambik award ni kena buat pulak cerita 7 perkara tentang akak.
Nasib 7 je kan..tu pun susah akak nak fikir ni
7 perkara tentang diri kita
1.Akak tulis sambil tutup mata ye..malu sebenarnya..
tapi biarlah anak2 adik tau ye.
akak sebenarnya tak pandai bancuh air..
sila percaya ye..dah tua2 macam ni pun
tak pandai tau.
bukan la semua air..cuma tak pandai
bancuh air panas dan yang sewaktu denganya
air kopi,teh,milo nescafe..semua tu akak tak pandai.
kalau ada orang datang rumah akak
selalunya akak akan
buatkan air batu,
dirumah akak tu segala macam kordial ada..sebagai persediaan
ada kordial mangga,strawberry,sarsi,anggur,roselle,
orange dan laici
boleh katakan sentiasa ada tak pernah kurang.
kalau nak minum air panas..tunggu suami akak yang buatkan.
akak tak minum segala jenis air panas tu.camana akak nak buat kan.
nanti kot pahit ke..tawar ke..kan malu.
2.akak jugak tak pandai masak asam pedas..
setiap kali akak masak..
akak sendiri rasa tak sedap.
tapi sejak adanya blog masak2 kawan2 ni alhamdulillah..masalah tu dah dapat diatasi
mula akak masak asam pedas
yang habis licin sampai kuah2nya pun
akak ambil resepi dari blog izah..
lama dah tu..
terima kasih izahdaut.
3.Penakut,seriau.apa lagi..
tak tau la kenapa penakut tu
tak hilang sampai sekarang..
cuma berkurangan
kak pah kata,,dia penakut naik kapal terbang.
akak lagi la..kapal terbang berenti pun akak takut.
masa kerja pq diklia..
ada kapal2 tertentu yang kita kena masuk untuk cek kat dalam kapal tu kot ada barang pertanian.
akak selalu mengelak.
bila disuruh jugak.akak kata akak takut.
mana tau akak kata.kot kaki akak jejak je dalam tu..dia pun terbang.
teruk akak diketawakan.
pilot pun dah balik mana boleh terbang dia orang kata..akak tetap dengan keputusan..biar akak tunggu di pintu aje.
4.ada perkara yang memalukan yang
akan kita ingat sampai bila2 kan.
satu hari tu akak balik dari kerja..
masa kerja tanjung karang.
konon nak shorcut..lalu depan rumah kawan..
tah macam mana..
tiba2 akak terjatuh la pulak.
akak cepat2 bangun..ingat tak de sape2 nampak.
bila akak bangun je..
ada suara menegur..dapat ke..katanya..
aduhai..ada ke patut dia kata akak nak tangkap katak..
5.tak tau le ramai ke yang macam ni..
tapi dulu akak cukup takut
naik esculator.
kalau tak de lift..akak sanggup merayau dibawah je.
anak2 ngan ayah dia naik tingkat atas.
akak tunggu je kat bawah
sampai boring.
akak mula belajar naik masa kerja di airpot subang.
mula2 naik..sampai pucat lesi,menggeletar
dan sesak nafas..
kena kawan pi beli air mineral bagi akak minum
untuk memulihkan semangat
yang dah terbang..he he..
dahsyat kan..malu kalau diingatkan semula.
6.walaupun ni cerita lama..
tapi nak tulis jugak.buat teladan pada anak2 dan adik2 semua..jangan ikut macam perangai acik ni ye.
masa baru2 kawen dulu..
suami akak mintak buatkan pulut..
baru kawen mana ada kukus kan.
akak pulak masa tu belum pernah
masak pulut guna rice cooker.
akak pun masak le macam biasa..
macam masak nasi tu le..
sekali dah masak akak tengok..
mak ai..lembik semacam je.
suami akak pun tengok..
dia pun tanya..ni pulut ke apa.
kemudian dia kedepan.
bila dia dah keluar dari dapur..
akak pun ambik plastik..
masukkan semua pulut lembik tu..
akak buka pintu dapur..
masa tu dok kuaters..belakang rumah tu belum ada rumah2 lain..semak lagi.
akak pun..dengan sekuat hati..
ala ala baling peluru la.
akak balingkan pulut tu melepasi pagar.
ha puas hati.
Bila suami akak tanya mana pulutnya..
tak hidang pun..akak buat dek je.
.sepatah pun tak jawab.
ish burok betoi.perangai masa tu kan.
7.Alhamdulillah..selesai jugak..
lagi sekali akak nak tulis disini..
akak cukup suka tengok baby..
gambar baby yang comel2 tu..
kalau dapat peluk,cium gomoi lagi best.
setiap hari akak akan cari blog
yang tunjuk gambar2 anak ke cucu ke..
sangat comel..
tak puas menatap gambar2 tu semua.
masa sekolah2 dulu..kalau balik sekolah terus basuh baju..arwah mak akak dah tegur
anak sapo lah yang didukong e tadi tu..dah tontu kono koncing tu..kata mak akak.
he he betul la tu..balik sekolah..dalam bas kalau ada baby..akak akan dekat2 pegang2
akhirnya akak akan dapat jugak dokong.
tak kira la..baby melayu ke cina ke india ke..
tu yang mak akak selalu marah.
akhirnya anie dan ida kata kena taq kawan2.tapi tak buat pun tak pe ye anie.
tapi sebagai syarat..akak tag dua orang je.
azirie dan happyirfa...sory adik2 ye..