Pages

Monday, October 13, 2014

AURA SPRAY

Assalamualaikum
Hero bongsu acik selalu mengadu
mata kelabu
kalau malam je mata kanan lansung tak boleh nampak
dah bawak klinik..tak elok jugak
Tapi kan..Tuhan gerak kan hati acik
untuk beli benda alah ni
Alhamdulillah
dah dapat maklum balas dari dia
selepas 3 kali spray dalam mata
ada macam benda putih
katanya..emi tarik keluar
panjang dia kata
sekarang ni dah boleh tengok guna mata kanan
kalau tak walau pun pakai cermin
mata kanan tak boleh tengok lansung waktu malam.
Syukur Alhamdulillah.

Friday, October 10, 2014

SIMPAN AIR

Assalamualaikum

kalau betul ikut tarikh tu..
air tangki cukup kot untuk mandi
untuk masak je kena simpan air.
tapi tu la maasalahnya..
bekas simpan air tadak

Tuesday, October 7, 2014

SAMBUTAN EIDUL ADHA 2014

Assalamualaikum
Masih ada yang cuti lagi ke
macam mana sambutan 
Hari Raya Aidil Adha kali ni
acik macam biasa..masak untuk anak anak

hero bongsu acik pun balik
walaupun  sekejap
acik pujuk juga dia suruh bawak balik ketupat rendang
bagi kawan2 yang tak balik merasa
Alhamdulillah malam tu dia sms bagi tau
seronok kawan kawan dapat juga
 makan rendang raya katanya.Alhamdulillah.
hari ni dok dalam gelap di opis..lampu padam
dia suruh cuti agaknya 
oklah jumpa lagi,In Syaa Allah

Friday, October 3, 2014

SUKA NYA NAK BALIK

Assalamualaikum
sukanya la bujang acik nak balik rumah
semoga selamat sampai.

Monday, September 29, 2014

SEDAAP..GULA NISE..

Assalamualaikum
acik pernah kata..tulis nama gula ni 
dengan betul kan...
bukan apa..gula ni sedap
nanti kalau nak beli lagi
di Kelantan nun..
tak tau nak sebut
ada yang kata gula nisan
ada pulak yang sebut..nise.
yang betul nya apa kan..
kalau dinegeri acik gula kabung tu 
rupanya lain..
gula melaka pun lain jugak..
acik biasa tengok di Melaka.
tapi yang ni memang sedap
semalam buat bubur/pengat ubi
untuk abang dan kakak ipar yang dari
segamat dan abang ngan kakak ipar 
yang dok Seremban ni
suka betul dia orang makan.
memang sedap dan wangi je
buat air gula untuk cendol pun sedap jugak


kalau dapat makan untuk berbuka 
nanti sedap jugak ni.
oklah jumpa lagi,In syaa allah

Wednesday, September 24, 2014

CUBA TULIS NAMA GULA NI DENGAN BETUL

Mula2 beli sebungkus..jual ditempat kursus je.
pi rasa..sedap.terus beli lagi sebungkus.
.maklum.le kan..
nak datang lagi  jauh.

Monday, September 22, 2014

JUMPA LAGI...

Assalamualaikum
Minggu lepas acik pi Kelantan
ada kursus..2 hari
di Pertanian Melor.
tapi dah jauh kan
jadi la 4 hari
2 hari perjalanan pergi dan balik
kalau balik kampung 12 jam perjalanan tu 
mesti tak rasa letih kan..sebab nak balik kampung
acik masa pergi pun tak rasa letih sangat
tapi masa balik..
letih betul rasanya
tapi seronok jugak..
dapat makan makanan disana yang sedap dan
dapat sarapan nasi yang sedap ni

masa nak balik pagi lagi acik 
dah kepasar Siti Khadijah
beli kuih .beli sikit2 je
tapi kan.sekali masuk kete
mak ai..banyaknya bungkusan kuih.
sepanjang 12 jam perjalanan
yang cuma berhenti solat dan isi minyak kereta tu
susut jugak bungkusan tu hi hi
sampai tak berhenti makan tengahari la
kenyang dengan pelbagai jenis kuih.
oklah..nanti2 acik nak melawat rumah
kawan2 semua..seminggu tak baca
rindu jugak acik
jumpa lagi,In Syaa Allah.

Thursday, September 11, 2014

"NAK MARAH KE NAK GELAK" CE BANTU...

Assalamualaikum

Bila dah usia emas
dan dah lama kawen macam acik ni la kan
ada je yang buat kita kadang2 rasa nak marah
kalau acik cakap  suara kuat mesti orang akan kata
garang nya bini dia..betul tak
walau pun marah2 kita tu dalam gelak.
kadang acik telefon sampai 16 kali tak berangkat
kena la acik pi merayau pusing2 cari dimana parking
sekali nampa elok je berdiri dekat kete tu
bila tanya..apasal tak angkat telefon
boleh dia jawab..eh ada telefon ke tadi
lepas tu tengok telefon..ye la..
tadi ada dengar lagu..eh..sedap pulak lagu ni
sabooooo je la.
lepas tu..yang acik nak pergi tempat lain
kemudian..acik nampak signboard
"MUTHU CURRY HOUSE"
saja la acik baca sebab sebelum tu tak pernah nampak
tiba2 dah terlajak tempat yang acik nak pergi
dah sampai kedai muthu tu.
acik cakap..acik bukan nak pergi sini..nak pergi kedai lain
padahal dah cakap tadi kan..hu hu hu
logik la sikit..nak buat la acik pergi kedai muthu tu kan..
adui la hai..
tadi bos ada bercerita sambil gelak2
dia jumpa bos..telefon bunyi..boleh dia cakap
puan telefon bunyi tu angkat la dulu
Eh..bukan telefon en.j ke bunyi
ohh ye ke.katanya..
macam mana nak buat tu..
sabo je leee kan..

Wednesday, September 10, 2014

MAKAN ITU JEEEE

Assalamualaikum
Hari Ahad balik dari Batu Pahat
sampai rumah tengahari
pergi dapur tengok bang ngah sedang makan
alahai..kesian lak acik tengok
masak nasi..kemudian goreng sosej ngan daging burger
bila acik nampak..terhangus pulak mak..katanya
tu la perangai budak bang ngah ni
kalau abang..lapa je..siap..terus keluar beli dikedai
atau pun kalau ada kawan..dia makan dikedai
si angah ni lain..sanggup dia masak nasi goreng telur
 ngan kicap pun jadi
susah beno nak makan dikedai kalau masa cuti
kalau waktu kerja tu..tak boleh buat apa dah
kalau tak lapoo la kan.
itu la kita mak mak ni kan..
kalau boleh nak senangkan hati semua anak2
tapi tak mampu dah..
anak nya tak apa2..mak pulak yang lebih2 kesian
 dan sedih tengok dia makan macam tu je
ok lah..jumpa lagi,In Syaa Allah.

Monday, September 8, 2014

"PUTU BAMBU SPECIAL"

Assalamualaikum
6hb.9 dah hantar balik bujang acik sorang ni
selepas bercuti 2 minggu.
masa dia cuti ada la kawan acik dan ayahnya pi kenduri
dan jalan jalan cari makan.
masa hantar..dia kata belum ada pi Ayer Hitam
ok lah..jom kita pergi kata ayah
dapat la merasa putu bambu special yang ada jual di sana
rasanya memang betul2 sedap
harus diulang lagi setiap kali pi hantar hero acik ni
tak tau nak cerita kelainannya
dengan putu bambu  yang lain..
cerita putu bambu untuk hilang lan pening ni
hari ni pening kepala sikit
komputer opis..demam..
semua icon menyuruk..
yang peliknya bila acik hantar kekedai
elok je semua tu muncul.
esok..orang tu pesan bawak monitor pulak
kot monitor yang problem.
sabo je la..
ojklah jumpa lagi,In syaa Allah


Sunday, August 31, 2014

SELAMAT HARI LAHIR....MERDEKA


Assalamualaikum
selamat menyambut hari
kemerdekaan yang ke 57
(Terima kasih pada yg.berkenàn pinjam gambar)
Dan selamat hari lahir
buat hero sulong yang ke 27 tahun
semoga menjadi anak yang solleh
dan cukup cukup la
membesar bagai johan
risau mak.

Saturday, August 30, 2014

MINYAK KELAPA?

Assalamualaikum

malam tadi.mak kata..dik ambikan 
mak minyak kelapa.
Nampak dia terintai intai je lagi.
Cepat la dik..
dia jawab..minyak kelapa tak de mak..
minyak jagung je ada..
ooo alahai..tu..mak dari jauh dah nampak.
botol yang kamu  pegang tu.
ni bukan minyak kelapa mak..
ni minyak 'SAJI'
ooo aloh..minyak saji tu mak panggil
minyak kelapa ka dik oii.

Friday, August 29, 2014

HIIITTAAAAMMMM JUGAK..

Assalamualaikum
cerita semalam..
hero bongsu nak baju kemeja
sebab wajib kemeja tangan panjang
setiap hari isnin kataya.
macam biasa..
warna HITAM
letih dah acik bebel..tang warna
memang dia tak mau dengar kata.
pilihan dia tetap hitam kelabu.
cantik ke?..aduhai la jang oii..
nak beli 2 helai..cukup la kan.
tapi..keduanya nak hitam juga..
maunya mak tak bebel.
macam tak salin baju la dik.
raya hari tu beli kemeja tangan pendek
hitaaaammmm juga.
kalau dia nak kurta untuk pi masjid tu
acik relakan je dia pilih hitam.
ni kemeja nak pi kelas pun hitam jugak
kang bebel2 merajuk lak nanti kan.
tapi bila balik dia seronok sangat dapat kemeja
hitam siap kata..cantiknya mak..
luruh jugak hati maknya ni.
oklah..cukup la mak bebel
acik ni pun..dah macam apa tah
setiap pagi sampai opis mesti 
cari telefon dulu..
walau pun en.suami dah 
gantikan yang baru
masih berharap yang hilang ditemui.
setiap hari acik masih baca yassin
dan solat hajat
semoga ada petunjuk.
banyak no.telefon dan gambar dalam tu.
jumpa lagi..in syaa Allah.

Wednesday, August 27, 2014

WW..

Assalamualaikum


Tuesday, August 26, 2014

"MISTERI BUNYI"

Assalamualaikum

cerita malam minggu
acik terdengar bunyi
macam dekat sangat
macam atas siling je
acik tengok jam di telefon suami 
betul2 jam 3.09 minit pagi
acik yang dah memang penakut ni
bangun kan en.abang.
tikus tu katanya
ai..mana lak datang tikus besar sangat
senyap sekejap..kemudian bunyi lagi
acik terus bangun..pasang lampu
en.suami pun bangun,cari lampu suluh
bunyi makin kuat.
tapi acik tak pun intai keluar rumah
masih dalam bilik..
last dengar bunyi kuat..
tak lama tu dengar bunyi
tayar motor dan bunyi motor
press kuat..sampai sagat jalan rasanya
 yang macam nak cepat tu 
lepas tu..terus tak de bunyi..senyap terus sampai pagi
pagi pagi acik dengar kecoh
rupa2nya kereta anak jiran sebelah 
dah kena pecah cermin nya.
acik rasa ada yang nak menceroboh rumah
tapi tak sempat.
Alhamdulillah.
dikawasan perumahan acik
dah banyak rumah yang
 kena masuk pencuri
ada yang siap masuk
 ikat tuan dan puan rumah.
risau betul dibuatnya.
semoga kami semua selamat dari
kejadian yang tidak diingini.

Monday, August 25, 2014

HARI KE 5..MASIH MENARUH HARAPAN

Assalamualaikum

Dah hari ke 5..maknakata
memang tak dapat la dah telefon acik tu
kalau la betul ada orang yang "terambil" 
Ya Allah bukakan la pintu hatinya untuk memulangkan pada yang punya
kalau betul tercicir..Ya Allah..berilah petunjuk untuk ditemui kembali.
sesiapa yang kehilangan barang
kesayangan mesti 
tahu apa yang acik rasa kan.

Thursday, August 21, 2014

PERLUKAH DI UCAP SELAMAT TINGGAL..

Assalamualaikum


sedih betul la..
tak tau la boleh jumpa lagi ke tidak
dari semalam acik cari
hari ni hangkut hero bongsu sekali datang opis
cari lagi ditempat2 yang mungkin ada
masih belum jumpa.
sayang sangat.
macam2 ada dalam tu
dah hampir 2 tahun guna
tak tau la mana peginya
yang acik ingat last jawab whatsApp 
dari dik irfa lepas tu letak je atas meja.
kemudian keluar ke toilet
kawan seopis pun keluar 
lepas tu la cari tak jumpa
ingatkan ada dalam beg tak de..
dalam laci pun tak ada
perlukah diucapkan selamat tinggal..
adui ai..

Wednesday, August 20, 2014

WW..

Assalamualaikum

Monday, August 18, 2014

AKHIRNYA BERTEMU JUGA

Assalamualaikum
Sabtu dan Ahad.beraya lagi di penghujung syawal
Sabtu 2 rumah dan Ahad jugak sama
Bertemu Adik ajaa di putraja
encem boy Muaz..akhirnya dapat juga
berjumpa..dari Muaz lahir dapat 
tengok gambar je.
Bersama mak adik Ajaa..kakak dia dan mak adik Muaz
oklah jumpa lagi,In syaa Allah.


Wednesday, August 13, 2014

SELFIE?

Assalamualaikum
mak tak tau la apa ke bendanya selfie
rupanya macam ini ye dik.

Tuesday, August 12, 2014

CATATAN SEHARIAN

Assalamualaikum
ni la catitan hero bongsu acik
mak..mana yang lebih sikit tu masa lapar sangat katanya
alahai anak omak..makan la
tak pe..tu sehari punya makan dik.
dari pagi sampai malam
mana nak cari murah dari tu sekarang ni kan
mak dirumah lebih dari tu kot.
nak belajar perlu tenaga
nak dapat tenaga kena makan
jadi jangan risau
makan lah ye nak..

Monday, August 11, 2014

SOALAN CEPU EMAS

Assalamualaikum
Bila dah sampai umur emas ni kan
mula la ada soalan cepu emas bila kita menghadiri
kenduri atau jalan2 raya kerumah
kawan..teman dan saudara mara
"berdua je ke".."amboi berdua je"
abih tu cam no..
dah anak dah besar2 kan..
ada yang kerja..ada yang sambung belajar
dan dimusim2 raya ni
anak2 pun nak pergi rumah terbuka 
kawan2 masing2 pulak kan.
semalam sempat juga acik ke jemputan
 kenduri kawen dan
jemputan rumah terbuka kawan blog
yang dah lama tak menulis
terima kasih anie kerana menjemput.
jumpa lagi,In syaa Allah

Friday, August 8, 2014

ANAK PEREMPUAN?????

Assalamualaikum
sebelum mula acik minta maaf dulu ye.
bukan kes perasan 
cuma kes kesian 
Ahad minggu lepas acik hantar hero bongsu
balik BP..sebelum tu pi beraya rumah abang
 dan anak sedara  dulu di Segamat.
sebab dah petang acik cari hotel bajet
dulu untuk tidur ..hero bongsu kata
nak ikut mak tidur hotel.
esoknya masa nak balik..
en.suami acik turun dulu..
acik siap2 kemas2 dulu dengan
hero bongsu.
masa turun dan serah kunci.
en.suami dah tunggu dalam kereta
acik masuk je dia terus cakap
melampau betul orang perempuan tu
perempuan mana..dan kenapa
ada ke dia cakap..pak cik hantar anak perempuan
masuk u ke..katanya..
melampau betul..tua beno ke aku ni katanya
en.suami bercakap sambil pandang ke depan
dan acik nampak sedih sangat.
alahai..aduhai..memang betul la
melampau kan..tah apa lagi la orang tu dah cakap
sebab en.suami acik ni memang cool
jarang sentap..tapi hari tu sampai keluar air mata dia.
kesian sangat acik tengok..
pernah sekali ada juga kawan2 kata..
acik ni  nampak macam anak sulong en.j katanya
acik tegur kawan..jangan sampai
dia dengar..kesian kat dia
rupanya..ada orang lain pulak
yang kata..acik pun rasa
memang melampau dan mustahil..
beza umur 2 tahun je..
nasib baik kawan2 alam maya acik ni baik2
cuma kata nampak muda je..tak lebih2 kan.
saja nak lepas perasaan acik ni
nak kurangkan rasa bersalah
dan kesian dengan en.suami.
kalau betul
acik nampak muda pun kerana dia juga
banyak kerja suri rumah yang dia buat
dia banyak menyenangkan acik..tak mau
acik susah..tak mau acik sakit..
makan pun kalau boleh dia nak suapkan
tak mau acik suap sendiri..selalu jugak acik mengelak
tak kenyang rasanya..nak makan sendiri jugak
demam sikit pun..siap masakkan bubur dan hantar kebilik lagi tu..mana nak cari macam tu kan.
acik je tak dapat nak jadi isteri yang baik
dari mula kawen sampai dah 32 tahun
tak pernah sekali pun acik kata sayang ngan dia
acik kawen kan kes kena pinang.
dah tua2 ni baru nak cakap lagi la MALU..hi hi.
oklah dah puas dah..terima kasih
pada yang sudi membaca bebelan acik ni.

Tuesday, August 5, 2014

SELAMAT HARI LAHIR BANGAH

Assalamualaikum
Selamat hari lahir bangah
doa dari mak sentiasa
semoga berjaya dan dirahmati dunia akhirat
Anak kedua yang paling perit semasa mengandung
mabuk muntah sampai nak masuk labour room.
sampai nurse cakap..saya belum jumpa orang
mabuk sampai nak beranak katanya hi hi.
susah masa nak melahirkan
12 jam dok dalam labour room yang sejuk
dan ujian jugak ketika berpantang
demam dan kena naik ambulan hantar 
ke Hospital Tuanku Ampuan Rahimah,Kelang
sebab demam tak baik2 selepas 10 hari  balik 
dari Hospital..
rupanya ada cebisan uri yang tertinggal.
Allah panjangkan umur mak untuk melihat anak2 membesar
itulah dia anak kedua ni.


SEBAHAGIAN TETAMU RAYA 2014

Assalamualaikum
Alhamdulillah tetamu yang datang
yang sempat bergambar
Abah Zino mem dan adik
kak Pah


Saripah..bersama suami anak2 dan adik2
Terima kasih pada semua yang sudi datang..kak ngah tak sempat bergambar
Kasih A.kadir juga tak de gambar
Anymz bersama suami dan anak2
kalau dah bercerita tu kan..tak ingat dah
dan pada semua abang2 dan anak2 sedara acik
terima kasih
oklah jumpa lagi,In syaa Allah