Pages

Monday, December 19, 2011

SALAM BERSAMBUT UKHWAH BERTAUT

Assalamualaikum
Terima kasih banyak pada Dato' dan Datin
serta kak cik ,ayu dan AzieAzah.
Terima kasih yang tidak terhingga.



 Terima kasih jugak pada cik abang yang nak bawak acik
ke perjumpaa ini.














 Terima kasih mamawana
 Terima kasih GB gadis manis.
 Ini bukti acik dah kesini,jangan tak percaya.

Terima kasih pada hero bungsu,
semua gambar dia yang ambil
maknya langsung tak pegang kamera.

Terima kasih sekali lagi pada semua 
maaf..apa yang acik dah rancang nak tulis pun dah hilang
sebab kes hero kedua acik
acik masih lagi rasa kesian ngan dia
Hilang motor,hilang topi keledar dan hilang handset.
Badan pun sakit kesan kemalangan

Insyaallah jumpa lagi.

HILANG??? BETUL KE POLIS???

Assalamualaikum
Alhamdulillah hero kedua ada dirumah
tiada kecederaan yang lain cuma kaki
yang luka..
membuat kan Angah agak sukar untuk berjalan
Terima kasih pada semua yang sama mendoakan.
Tapi kes belum selesai
masa hero dibawak naik ambulan
ada orang katanya mengaku polis
bagi tau hero acik.
jangan risau katanya..
pergi hospital dulu
nanti motor tu dia akan hantar 
ke balai polis Rahang.
Angah bagi tau..masa tu dia antara sedar dan tidak
bila kata polis angguk je katanya
Tapi sehingga sekarang
jam 12 tengahari motor
masih belum ditemui.
Hilangkah?
betul ke yang kata nak tolong hantar motor 
ke balai tu.. polis?

lapuran kemalangan pun
belum dapat dibuat
sebab motornya tak ada.
nasib baik no.kereta tu dapat
dicatitkan.
risau jugak kalau tuan punya kereta 
buat lapuran dulu.
Tak tau nak fikir apa dah.
acik harap dipermudahkan semua urusan.

p/s terima kasih pada semua..alhamdulillah..setelah seharian suami acik mencari motor angah..dah kebalai polis dan ada yang nasihatkan cari di bengkel2 motor tetap tidak ditemui tapi.. masuk hari yang kedua alhamdulillah malam tu ada yang menalipun dan memberitahu.
motor telah ada dibalai polis..alhamdulillah..terima kasih pada semua kawan kawan..

CEMAS

Assalamualaikum


Malam tadi lebih kurang pukul 11 lebih talipun rumah berbunyi.
waa..hati acik terus berdegup kencang..

Acik terus keluar dari bilik..
tengok suami acik jawab talipun.
bila dengar dia sebut Astaghfirullah..
menggeletar terus acik..siap tanya..kenapa.kenapa.
cemas tak tentu arah..rasa susah nak bernafas.

rupanya dari hospital
bagi tau hero kedua acik jatuh motor
nak balik dari kerja shif petang
kena dijalan Rahang..dah dekat dengan rumah pun.

Alhamdulillah syukur..tidak serius sangat.
hari ni acik dan suami mintak cuti segera/kecemasan
nak tengok keadaannnya macam mana.

Macam tu la hati ibu kan
cepat je cemasnya.
risau ya amat bila anak2 keluar rumah.

Acik selalu kena marah ngan sedara mara dan kawan2
kata anak acik tu lelaki..biarkan keluar rumah
tak payah bagi tau pun acik dah tau
lahir2 je doktor dah bagi tau
'anak puan lelaki' betul tak..
semua pun macam tu kan.

Semoga hero acik cepat sihat dan tiada yang serius.

Insyaallah jumpa lagi.

Saturday, December 17, 2011

TELUR PINDANG

Assalamualaikum


Telur Pindang
sedap..acik suka betul makan
dapat masa pi kenduri di Muar tadi.
dapat 4 biji
sebiji dah selesai dalam kete je.

Letih ni..nak tidur awal dan esok bangun awal.
nak masak sikit untuk dibawa ke BBB.

tak sempat nak buat macam macam
acik nak bawak nasi,
goreng ayam,sambal tempoyak dan goreng ikan masin je.
Orang kampung..kena la bawak masakan kampung aje kan..
Tambahan nasi impit goreng
dan kuihnya bahulu,kuih bombai(nak tau camana rupanya 
tengok esok aje ye... dan bubur jagung.

Buah kundang manis ni pun acik bawak
jugak .kot ada yang suka makan kundang.

Insyaallah.
panjang umur kita jumpa disana.

KE MUAR PULAK..

Assalamualaikum


Hari ni tak masak lagi
nak pergi ke Muar pulak mengantar pengantin
orang Negori kata ' hantar MENYALANG' sebab hantar
Pengantin perempuan kerumah pengantin lelaki.

Acik mohon maaf sebab dihari cuti sekarang ni 
mungkin kurang dapat bertandang ke blog kawan2 dan tinggal komen
faham aje lah kan..musim kenduri ni
Terima kasih pada semua yang meninggalkan komen diblog acik.

Insyaallah jumpa lagi.

Wednesday, December 14, 2011

LEMAU

Assalamualaikum.
Rasanya semua dah tahu bila tengok gambar dibawahkan
Acik je yang ketinggalan.
semalam kawan acik ajak pi beli benda alah ni.
Acik pun tanya..boleh beli ke
sambil ketawa dia jawab..boleh la..
sape kata tak boleh.bukan orang tengok wayang je boleh beli.katanya
bila tengok bekas tu..
terus mulut acik tersebut.
besarnya..boleh habis ke.he he
sampaikan budak yang jual tu pun gelak
mana lah acik nak tau..dah berkurun acik tak tengok wayang.
kawan acik kata..nanti kalau dah mula makan
acik tak boleh berenti katanya.
sungguh la bagai dikata.
walaupun tak boleh habis tapi acik makan sampai kenyang.
sampai malam tak makan lagi dah.
jam 12.45 pagi..acik rasa perut pedih.
haa sudah..gastrik dah datang tanpa diundang.
acik cuba bertahan tapi tak boleh.
bangun jugak cari ubat.
dah makan pun tak hilang lagi..bergulung kejap..sapu minyak
lama jugak acik berperang dengan sakit tu
Alhamdulillah hampir jam tiga pagi..rasa sakit berkurangan.
dan..dapat la acik tidur.
pagi ni rasa 'lemau' pinjam ayat mama aini.
rasanya petang ni baru nak keklinik jumpa doktor.
ok la acik berhenti dulu 
jumpa lagi insyaallah.

Sunday, December 11, 2011

Assalamualaikum

Terima kasih pada kawan2 semua yang tingal komen 
di N3 sebelum ni..maaf belum sempat nak membalas komen.
Hari ni rasanya nak masak satu lauk je
sebab nak mengemas,melipat dan menggosok
Tapi kakak dan kakak sedara singgah rumah
acik tambah jugak dengan
goreng telur dan.goreng ikan masin

Alhamdulillah dapat juga menjamu makan tengahari
dengan hidangan ringkas.

Dari Hari Jumaat lagi acik ke Bangi.ada kenduri kawen
Jumaat malam sabtu majlis akad nikah dan 
Hari Sabtu kendurinya.



gambar ni ambil dari fb pak ngah pengantin-Abah Zino
Sebelah kanan sekali tu la bapa pengantin(Tuan Rumah)
adik kepada  zino.
Hero bongsu acik tak dapat ambik
gambar banyak sebab
bateri kamera kong..acik lupa nak caj.
dia ambik gambar guna talipun maknya.
Alhamdulillah ada jugak la gambar kan.

Jumpa lagi Insyaallah

Thursday, December 8, 2011

TERIMA KASIH ADIK

Assalamualaikum


Terharu..
terima kasih buat hero bongsu acik.
Tadi balik kerja.
kakak ada dirumah.
kakak siap bercerita
hero bongsu yang bagi makan
siap sendukkan nasi
buatkan air
dan selepas makan pandai hidangkan 
bubur jagung durian yang maknya buat semalam
nasi dan lauk dah siap masak pagi tadi
sebelum acik pi kerja

Syukur Alhamdulillah
walaupun acik tak de anak dara,
anak bujang acik pun pandai melayan
dan bagi makan ibu dia(Ibu panggilannya untuk kakak acik)
tak la lapar menunggu sampai maknya balik kerja 
pukul 5.30 petang.

Terima Kasih dik.

JAWAPAN WW

Assalamualaikum

Terima kasih pada yang sudi tinggal komen 
pada WW semalam.
Jawapannya pokok SALAK.

Ada sebab kenapa pokok tu jadi macam tu
Minggu lepas pejabat dapat panggilan dari 
tuan tanah/tuan punya pokok
melalui talipun dia kata pokok salaknya semua betina 
dan tak berbuah
minta datang tengok

masa pergi tengok pokok tu acik pergi sama
 kami yang datang terkejut tengok pokok salak
apa sudah jadi.
rupanya bila kami berjanji nak datang tengok
tuan punya pokok dah cantas pokok sampai jadi macam tu.
katanya malu nanti kalau orang dari pejabat pertanian datang
pokok rimbun macam tak berjaga.
Tak pe lah kan..belum tahu..macam tu la jadinya..
insyaallah lepas ni  dah  tentu tak jadi macam tu lagikan
dah diajar dan dibagi tau cara2 yang betul.

dan pokok salak tu pun bukan semuanya betina.
ada pokok jantannya.
gambar yang acik letak tu bunga jantan pokok salak.
dan kami juga dah jumpa buah salak 
cuma buahnya tak besar.
kalau di jaga dan dibaja,Insyaalh.

kakzakie
lieynilaz
kak asma
tirana
junaina
ucufaridah
kak ngah
ms.lilies
ieda
alien
yunus badawi
tihara
nazayiena
kunang kunang
cikk azz abu bakar
sal
zaitun
mama aini
ieta
azatiesayang
embunrosaliza
nieda
ladybird
yati
mulan
azi
anymz
zareda
ratusiput
maya mayana
kasihredha
yan
mulut payau
anie
papa mifz
kasih ibu
rai
Fatin Mraz

Terima kasih pada semua
Insyaallah jumpa lagi



TERIMA KASIH TIHARA


 


Assalamualaikum.
Terima kasih pada Tihara
Hadiah dah sampai semalam
dah dua kali akak mendapat kiriman hadiah dari Tihara
Terima kasih banyak banyak.
Cantik sangat acik suka.

Wednesday, December 7, 2011

WW-ADA YANG TAU POKOK APA


 

Tuesday, December 6, 2011

MARI BERKENALAN

 
Assalamualaikum

Suatu hari kepasar tani
berjalan dengan hero bungsu
nampak kuih seperti gambar atas tu

Acik pi tanya kuih apa ni
penjual menjawab perlahan acik tak berapa dengar
Tanya lagi..baru jelas sikit.
masih lagi perlahan
Hero bungsu acik kata.
kenapa orang tu macam malu nak sebut mak..katanya
entah la dik mak pun tak faham
ada sesiapa yang tahu kuih ni
sedap..
tu yang gambar tak berapa cantik
ambik gambar masa dalam kete guna enpon je
sebelum kuih tu habis dimakan.
belum sampai rumah kuih dah licin.

Mari lah kita berkenalan dengan kuih ni

'APAM MEK AU'

ke ramai yang dah tau..acik je yang ketinggalan he he

Jumpa lagi.. Insyaallah

Sunday, December 4, 2011

TUGAS HAKIKI

Assalamualaikum


Tugas hakiki dah siap
menu hari ni
Goreng kerang,goreng ikan talapia
Gulai betik campur ayam.

nak sambung pulak bahagian kedua
melipat dan menggosok baju

jom kita jalankan tugas..he he

Jumpa lagi..Insyaallah.

Saturday, December 3, 2011

REZEKI YANG TIDAK DISANGKA

Assalamualaikum


Rezeki lagi..he he..

Kali ni rezeli lain
dulu masa baru berpindah kesini 
hujung tahun 2006

teringin la nak tar jalan depan rumah tu
sebab masa tu banyak pasir..dan dah jadi tempat 
kucing melepas
bila kena tayar..bawak masuk ke porch..
baunya boleh tahan

Bila tanya tanya..rasa mahal beno.. hampir dua ribu.
tapi yang nak letak sikit je.

Tapi tak semena mena..petang tadi
dengar bunyi bising diluar rumah..depan gate
rupanya..ini lah dia..rezekinya 'FREE'


Belum siap digelek.

Ok..jumpa lagi semua
Insyaallah.


JOM MASAK SAMBAL TEMPOYAK

Assalamualaikum


Mari kita masak sambal tempoyak daun kayu.

Bahan Bahannya
Pucuk ubi
Pucuk kunyit
 Pucuk lampin(kalau tak tau jangan tanya acik)
Acik pun tak tau nak cerita macam mana..he he)
 Pucuk Labu
 Petai(tak de pucuk ye)
Serai
 Cili api(mesin dengan kunyit hidup
Tempoyak

Daun2 dihiris semua..halus macam nak buat bunga rampai.
selain tu..santan kelapa
dan ikan bilis(ada jugak yang tak letak)

masakkan santan dengan cili mesin dan tempoyak
dah mendidih
masukkan daun yang dah dihiris dan ikan bilis
kemudin masukkan petai.
kaco kaco kaco  sampai masak dan pekat

dah pun masak.

cepat dimasak sedap dimakan.

Masa acik kerja diklia..ada kawan tanya 
macam mana nak buat.
acik dah cerita semua.
kemudian dia kata tak menjadi..tak ada rasa.
acik tanya
letak tempoyak banyak mana..
dia jawab 2 sudu.

Ooo alahai..mana nak cukup
kalau pucuk ubi seikat macam yang acik buat ni pun tempoyaknya acik letak 
4 senduk nasi  tu.
Baru le jadi sambal tempoyak.
ada tak yang tak pandai makan sambal ni.
kalau pandai nanti acik buat
dan bawak masa 18hb.tu
kalau tak tau makan
malas acik nak bawak
nanti tak de sape nak makan.

Ok..jumpa lagi Insyaallah.


p/s.acik simpan tempoyak..memang dah siap2 letak garam dan gula.
sebab itu tempoyak tak masam sangat..kalau yang guna 
tempoyak yang dah lama dan dah masam..sambal ni kena letak gula 
untuk mengurangkan masam tempoyak.kalau sambal tempoyak ni 
masam sangat pun tak sedap.

Thursday, December 1, 2011

REZEKI LAGI

Assalamualaikum

Cerita makan lagi.
rezeki acik lagi hari ni
makan tengahari dipejabat.

Acik kongsikan disini sebab nak menghargai kawan yang bawa bekal ni.
mak dia yang masak..walau pun 
tak banyak jenis lauk
tapi
kami makan bertambah2 hari ni
Lauk rendang udang
 Comot sikit..sebab nya sedang makan..
dah tinggal 2 ekor.
baru teringat nak ambik gambar.
Kari telur puyuh lansung tak sempat nak ambil gambar.
 Yang ni..sambal sotong bertempoyak
acik buat sendiri
bawak ke pejabat nak bagi kawan ni makan
Yang ni la acik paling tak boleh tahan
sebab ikan masin ni le
acik makan bertambah hari ni
(salah ikan masin ke salah acik ye KELIRU la pulak..he he)

Hari ni punya sedap makan
sampai acik terlupa..untuk risaukan baju2 yang dah banyak mengecut dalam almari tu.

esok pun cerita makan lagi
sebab acik nak tunaikan permintaan
kawan..sian pulak.
memang minggu makan2 betul kan.

Ok lah..jumpa lagi ye.
Insyaallah.