Pages

Friday, October 28, 2011

HATI SEORANG IBU.

Assalamualaikum
Sekali lagi terima kasih pada yang 
tinggalkan komen diN3 WW.

Sebelum acik sambung ni..tolong la jangan 
salahkan acik ye.he he
(Acik tau nanti ada yang kata acik suka masak)

Kisahnya..acik beli basikal tu dulu
untuk Abang(hero sulong) acik ni
acik risau sungguh
umur muda lagi
tapi berat badan dah melebihi 120kg.
Abang ni tak rajin buat xtvt luar selain dari
main bowling dan futsal
tapi tu la..bak kata ayahnya.
main futsal rajin..tapi  setakat peluk tiang gol aje.
acik pun beli lah basikal tu..
Dah lebih setahun jugak la.
masa baru2 beli dia kayuh la sekejap
lepas tu..pening kepala mak dia kata
turun dari basikal tu terus terbaring disitu jugak.
Abang suka tengok tv.jadi acik  letak
basikal tu depan tv.
tak jalan jugak.
Acik tak tau nak buat apa dah..risau betul
Kalaulah..acik tau..kita tak boleh sebut 'kalau'..
tapi itulah sebenarnya perasaan acik..kalaulah acik kaya
banyak duit..acik dah hantar dia pi slim world(eh..ada ke orang lelaki pegi sana ye)
atau pun acik hantar dia pi London W.M tu..janji dapat turunkan sikit berat badan dia.
Dari  tingkatan 5 lagi..dah mula naik..acik dan suami pernah berpakat tak mau 
bagi dia makan malam.
masa tu dia dah besar..pukul sepuluh malam
 dia masak nasi dan goreng telur sendiri.

Makin lama..acik makin risau.
acik tak kisah lah..ada yang tegur..apa dibiarkan budak ni jadi besar macam ni
acik tak biarkan..acik pun tak mau dia jadi macam tu.
tapi acik tak tau nak buat macam mana dah
acik selalu jugak tengok dia makan..tak la banyak sangat
sebab acik pun tak pernah masak lebih dari 2 cawan rice cooker tu
untuk 4 beranak tu makan.
Acik memang jarang makan nasi.



Acik pun tak tau dah nak buat macam mana.
kalau ikutkan sebelah ayahnya..semua ada penyakit darah tinggi,kencing manis,buah pinggang
tu lah yang buat kan acik risau sangat.
Tapi acik pun tak tau nak buat apa .dah puas 
 acik bercakap... acik tegur
kadang acik kesian dengan dia..sampai satu tahap dulu dia tak mau ikut pi rumah
sedara mara acik..pandai dia malu bila orang tegur
besarnya azri.
lepas tu acik pulak kena sekali..'apa lah dibiarkan budak ni jadi besar macam ni'
aduhai..acik pun tak nak dia besar macam tu.

Kalau acik je yang bersungguh sungguh
tuan punya badan tak usaha
tak jadi jugak kan.

sekarang ni hero bongsu pun nampak macam senang
nak naik..tapi dia rajin kayuh basikal tu
bangun tidur, lepas subuh kalau tak sekolah
mesti dia kayuh jugak walau pun dapat setengah jam aje.

Gambar raya baru ni..dah sebulan puasa pun cam tu jugak.

Kalau kawan kawan ada cara yang boleh dikongsikan  insyaallah acik akan cuba.
Terima kasih semua

Insyaallah jumpa lagi.

Thursday, October 27, 2011

PERTAMA KALI

Assalamualaikum

Terima kasih pada semua yang meninggalkan komen di N3 WW acik tu ye..sebenarnya ada sambungan dia..
Insyaallah nanti acik sambung,

Sekarang ni di opis tak de line internet.
belum dibaiki selepas tragedi hari tu.

Kemudian kawan acik kena emailkan laporan ke Putra Jaya.
dah beberapa kali dia ke CC dan ajak acik sama untuk menemani
Tapi acik tak pernah lagi ikut.
Tapi hari selasa lepas selepas hantar laporan..dia dah lupa ambik pendrive.
hari ni dia ke CC lagi untuk emailkan laporan dan mencari pendrive yang tertinggal.
Acik ikut sama menemankan dia.

Dan itu lah yang sebenarnya  acik nak cerita
Hari ini 27hb.Oktober,2011
Hari ini dalam sejarah.
Pertama kali acik menjejakkan kaki ke CC.

Agak agaknya ada tak kawan kawan lain
Yang Tak pernah ke CC macam acik ni.
 jangan ketawakan acik ye.
ketinggalan komuter.

Ok lah jumpa Lagi Insyaallah.

Wednesday, October 26, 2011

WW..

Assalamualaikum.


Saturday, October 22, 2011

ALHAMDULILLAH SAMPAI JUGAK

Assalamualaikum


Alhamdulillah hari ni berjaya jugak sampai kerumah anak sedara ditaman kelab ukay dan dapat berjumpa
dengan ramai sedara mara disana.
bukan acik tak pernah pergi
tapi tu la dia..suami acik ni..kalau nak ke kuala lumpur la memang dia malas.
malas nak tempuh jem..malas nak fikir mencari jalan nak ketempat tu..walaupun dah pernah pergi..
kalau nak pergi lagi.mesti bermasalah..kadang tu yang buat acik geram..geram jugak sesekali kan..
dah nak sampai baru dia cakap..betul la ni..ni la tempatnya.alahai.

Kali ni..acik nak pergi jugak..nak jumpa anak sedara yang nak berangkat ketanah suci malam ni
jadi sebelum tu.acik mesti akan sms talian hayat acik dulu..yang sedia berkhidmat.
yang selalu jadi penyelamat acik kalau nak kerumah sedara mara acik diKL tu.
itu pun kalau ada hal..kalau sesaje jalan..malas acik..
suami acik ni.kalau nak rumah abang..anak sedara yang jauh sampai kejohor tu boleh aje.
kalau nak keKL..baaaannnyyyyaaaakkkk sangat alasan dia..
bukan tak mau pergi...tapi macam acik cakap le...kalau acik tak usaha sendiri sms talian hayat tu..maknanya tak sampai la acik kesitu.

tu sebab keinginan acik nak ke perjumpaan blogger esok dirumah kakcik seroja anjuran Dr.faiz tu..
terpaksa acik lupakan..sebab acik malas nak bersoal jawab..nanti jawapan nya..mesti tak tau nak cari..kalau setakat ada alamat aje.ish..susahkan..

Eh..kan dah..dah bebel pulak acik ni.
oklah .berenti bebel dulu..jumpa lagi  Insyaallah.
Tak sabar nak tunggu cerita dan berita dari kawan2 yang ke perjumpaan tu.
dapat merasai kemeriahannya melalui gambar2 pun dah cukup baik bagi acik.

Wednesday, October 19, 2011

SMARTAG

Assalamualaikum.

Dah bertahun guna smartag.masih silap lagi
Sepatutnya yang atas tu dihalakan kan kedepan kan..

Boleh tersilap..yang bawah ni pulak..

patut tak terangkat.
undur kebelakang pun tak jugak.
sampai datang budak yang jaga tu.
"CIK TERBALIK TU."
ha ha ha..aduhai..camana nak pencen sampai 60 tahun ni.
penumpang yang dok sebelah  ni pun boleh tak perasan.
nasib baik lepas tu
tak perlu pandang belakang dah..
kalau tidak..mau tutup muka ngan tudung.
MALU!!!!!!

Tuesday, October 18, 2011

TRAGEDI

Assalamualaikum

Petang semalam jam 4 lebih petang
hujan turun.
Tiba tiba..angin bertiup kuat..dari dalam pejabat wanita
kedengaran bunyi benda jatuh
rupanya.atap
Dah berlubang.
seorang pegawai ada didalam masa tu.
alhamdulillah.
atap yang jatuh tu.tidak terkena ke badan dia
cuma habuk dan kotoran dari syiling aje yang terkena kebadan
 ada sesetengah paku yang dah hampir tercabut
kalau angin kuat tidak berenti lagi..rasanya mau habis semua atap terbang.
 Ada jugak kereta yang diparking depan pejabat pentadbiran
satu kereta.calar sedikit..dan yang satu lagi selamat.
 keadaan dalam pejabat.
bila dah terbang atap..ramai2 bergotong royong dalam hujan tu mengalihkan
semua komputer,printer,mesin fax dan mesin photostate
ketempat yang selamat 
Teruk..jugak keadaan dalam bilik ni.
dengan kepingan2 atap yang jatuh.

begitu lah keadaannya kan..
kebanyakan pejabat lama yang dah uzur.

Sekarang ni bila hujan je..
acik dah tak berani rasanya nak dok dalam opis.
Tapi  nak keluar pun takut jugak..
dibuatnya atap terbang lagi
tak ke naya.

Apa apa pun Alhamdulillah..
semuanya selamat

Sunday, October 16, 2011

BICARA SANTAI

Assalamualaikum

Dah siap semua kerja..
acik ngan hero bongsu..dok relax kat depan rumah.
acik pun saja tanya ngan dia..
nanti kalau dapat dok asrama..nak pergi ke.

Kalau ada yang masih ingat..acik pernah bercerita disini macam mana
kelam kabutnya kehidupan acik selama sebulan
masa dia diterima masuk asrama selepas upsr dulu.
satu hari 7/8 kali  menalipun..menangis setiap kali talipun.
sampai kan maknya ni 
makan tak kenyang..mandi tak basah..tidur tak lena..
selepas sebulan..terus uruskan..pertukaran dia.
bawak balik dan bersekolah dekat dengan rumah..
baru senyap.

Acik saja tanya ngan dia..lepas PMR ni pulak 
macam mana.
Senang aje dia jawab..kalau dapat aimi pergi la ..katanya.

Acik tanya lagi..betul ke..
Tapi..eh..dah ada tapi pulak dah..
Tapi kalau dapat sekolah Teknik yang boleh ulang dari rumah..
aimi nak masuk sekolah teknik je..katanya.

Sebenarnya kawan kawan opis 
masih ingat lagi macam mana acik kelam kabut masa yang dia asyik menalipun tu.
Tu sebab ada yang bertanya.
"kak nanti aimi macam mana..nak dok asrama ke'

tu sebab bila dok berdua dengan dia tu acik saje2 tanya.
walaupun macam mana pun hari tu akan tiba 
dan acik harap hero bongsu akan berubah.
dia pun dah besar kan.

Acik doakan aje yang terbaik buat hero bongsu.



Saturday, October 15, 2011

DUA TAHUN TELAH BERLALU

Assalamualaikum..


Tadi bila baca blog SariYusa..baru teringat
Acik jugak mula menulis pada tarikh yang sama 2 tahun lalu.

Terima kasih pada happyirfa. dan zino.
kerana mereka berdualah adanya acik menulis disini.
walaupun tidak ada yang membanggakan..cuma tulisan biasa.
serta bebelan dan leteran seorang acik yang bukan muda lagi
(he he..kenapa tak tulis dah tua.
tak mau tulis..sebab nanti kak long marah)
tapi acik tetap rasa seronok menulis dan beceloteh disini.

Adik Irfa dan sedara acik.. zino kata...acik dah lawan tokeh
tak tau la apa yang acik dah lawan 
mereka berdua tu  he he.

Apa pun acik ucapkan terima kasih pada 
mereka berdua dan pada semua
yang sudi berkunjung ke sini..mewarnai hari hari acik
dengan komen2 yang sangat2 acik hargai.

Jutaan terima kasih sekali lagi.

Friday, October 14, 2011

KENANGAN

Assalamualaikum

Terima kasih pada kawan semua yang meninggalkan komen supaya kawan acik tabah.
Acik memang  dah lama berkawan dengan dia.
sebagai jiran dia memang baik
 kawan acik ni kerja sebagai jururawat..jadi ada syif.
kalau dia kerja petang.
pagi mesti masak dulu kan
waktu rehat tengahari..acik mesti balik rumah
waktu tu..dia dah siap buka pintu dapur.
nampak je acik lalu..mesti dia panggil
"na..mai singgah sini dulu..ambik lauk" katanya..
apa lagi..seronok sangat la kan.
kalau waktu nak raya..acik sama sama berkongsi buat kuih raya dengan dia.

Kalau sakit demam dia la yang dulu membantu
Pernah anak yang tua kena air panas masa tinggal dengan 
pengasuh..dia jugak yang bawa kehospital
dan tiap2 hari datang untuk cuci luka kesan melecur tu.

semuanya tu tak mudah untuk acik melupakanya.
18 tahun lamanya kami berjiran.
acik dan suami jugak kenal baik dengan mak,ayah dan adik beradik dia.
mak ayahnya pernah datang kekuaters tempat kami tinggal dan acik jugak ada beberapa kali ke Perlis 
ikut kawan ni balik kampung.

Sekarang ni dia dalam kesedihan..
sayang nya..acik dah berada jauh..
yang dapat acik bantu..
cuma berdoa
dan memberikan kata kata semangat 
semoga dia  tabah.

Thursday, October 13, 2011

SEMOGA TABAH

Assalamualaikum.


Tarikh yang tidak pernah acik lupakan..AlFatihah.
11 tahun telah berlalu arwah bapak meninggal kan 
kami semua.

Selepas solat dan membacakan ayat2 suci al quran.
acik dapt sms dari kawan/jiran lama acik 
masa tinggal diSungai Burung.
acik memang baik ngan dia..masih baik
sampai kini walaupun acik dah 
meninggalkan selangor  sejak
awal tahun 1998  lagi.

kawan bagi tau  ayah dia sedang sakit dihospital.
ada ketumbuhan diotak dan telah merebak 
kehati dan paru paru dan 
dia jugak mintak acik doakan 
yang terbaik buat ayahnya.

kawan acik jugak risau sebab anak bongsu dia akan menduduki peperiksaan SPM.dia pula perlu berulang alik dari selangor kePerlis untuk melawat ayahnya.

Sekinchan ke Perlis tu boleh tahan jugak jauhnya kan.
Semoga kawan acik tabah menghadapi dugaan ini.
Yang baju pink..kawan/jiran acik .
dan anak dara dia dua orang yang pakai tudung hitam.


Wednesday, October 12, 2011

WW..HOMEMADE CENDOL



 

Monday, October 10, 2011

HARI AKHIR PMR..

Assalamualaikum..
Hari akhir PMR ni..acik dah siap masak nasi ayam untuk dihantar kesekolah
Buat makan tengahari hero bungsu.
Nasi Ayam
 Sup
 Ayam goreng
 Cili sos
Timun dan salad..memang tak potong masa ambik gambar ni.
Sebabnya cik abang balik dari kedai sejak mingu lepas lagi.
mesti cakap..'Melantak lantak betul mahal barang sekarang ni' kata dia.
..dia balik tadi tunjuk apa yang dibeli
tengok timun ni..kecik je..sebiji seringgit.
salad yang comel ni pun dua ringgit lebih.kata dia.
Itu la yang terpaksa kita hadapi sebagai pengguna
 sekarang ni.
gaji naik 7-13% ..tapi barang naik lebih dari itu..

Apa nak buat kan..terpaksa hadapinya.

Saturday, October 8, 2011

MENU 'LUNCH' HARI NI

Assalamualaikum.
menu hari ini
nak memenuhi permintaan Azi..yang nak jugak tengok gambar apa yang acik masak hari ni.
Hari ni kurang rajin.
cuma goreng kacang botor,goreng ikan
dan ..rendang ayam.
Kalau rasa malas lebih..memang acik masak rendang ayam atau daging je
senang..biar je..dah nak kering baru kacau.
kalau masak lomak nak kena kacau  selalu.

 Puding tauhu resepi dari Nor secubitgaram
nor memang ada berbagai jenis resepi puding.acik pulak memang suka makan puding/agar agar.
kalau letak warna merah aje pun acik suka.
Nor..akak letak jugak gambar..walaupun tak secantik nor punya.
 Dah siap puding tauhu teringat pulak nak buat puding jagung.
sebab hari tu tengok di blog kak ngah dan rosaliza.
dan..kalau semua nak tahu.inilah cara acik makan puding
acik suka makan puding jagung yang masih panas dan belum beku.
anak2 pun ikut sama.
tapi ada jugak yang acik sejukkan di peti ais..untuk ayahnya pulak.

Dah pun siap kerja masak dan makan hari ini..
nak rehat pulak.
jumpa lagi ...Insyaallah.

TAJUK APA YE.

Assalamualaikum..


Rasa macam tak de mood nak menulis..
tapi nanti kalau kawan kawan datang rumah tak de cerita baru pulak kan..(ade ke yang datang..he he)

Sebenarnya bukan berkaitan dengan acik pun..
Tapi tu la acik ni  susah nak kawal hati ni.

kisah 1..ada kawan cerita..anak dia baru sebulan lebih..tiba2 tak bernafas..sampai biru
masuk wad..masuk icu..3 kali mesin berenti katanya..
tak tau sebab apa..doktor kata bukan jantung.
doktor buat keputusan ambik air tulang belakang baby tu..
aduhai  kesian sungguh..sampai berhari hari acik memikirkan nya..sian baby yang kecik tu dah kena buat macam2.
dah ambik air tulang belakang..pun tak ada penyakit  serius yang dapat dikesan...doktor kata..mungkin lendir banyak..nanti kalau tak boleh bernafas lagi..bawak hospital..sedut lendir aje..aduhai..kesian betul ngan baby tu.

kisah 2....kejadiannya hari rabu.
rakan sekolah hero bungsu..acik kata rakan sekolah sebab hero bongsu kata tak kenal sangat..mungkin tengok muka kenal katanya..ye la kan..sekolah anak acik tu..form 3 aje ada sepuluh kelas.
Sementara nak tunggu periksa yang sessi petang..murid ni keluar naik motor..dua orang..dah dilarang jaga..tapi keluar jugak katanya..
dan baru sampai simpang 4 yang tak jauh dari rumah acik tu..accident..dengan lori..masuk icu..dah tak boleh sambung periksa.
yang acik fikirkan..kesiannya ibu bapa dia..ingatkan anak disekolah..ambik periksa..tiba2..dapat panggilan..ada di ICU..mesti sedih kan..tak tau nak kata apa..macam mana la budak yang belum ada lesen diizinkan pi sekolah naik  motor..
Itupun buat kan acik kesian..sampai teringat ingat..bukan acik kenal pun kan..
nak buat camana kan..tu la dia acik ni..suka sangat susah kan hati sendiri pasal orang..

dah ketentuan tuhan..harap ibubapa yang ditimpa musibah dapat bersabar..

Ok lah..baik acik fikir dan cari idea nak masak apa hari ni
jumpa lagi ..Insyaallah


Wednesday, October 5, 2011

BUAT BISKUT

Assalamualaikum.

Semalam cuti..dah siap masak dan hantar nasi ke anak disekolah... dah solat zohor
...apa nak buat ye..nak duduk diam..tak boleh,.nanti kepala ni asek memikir je kan.

Acik tengok tengok le resepi yang pernah acik printout
Sekali tengok  ada 2 jenis biskut yang bahan bahan dia ada dirumah

Apa lagi..mula jalankan operasi
biskut yang mula2 dibuat ambik dari blog yang selalu acik terjah  nor secubitgaram.terima kasih nor.
biskut bunga cina..(nor gambar tak de ye) acik suka biskut ni..rasa macam makan biskut bangkit sagu sedap.

kemudian buat pulak german cookies..biskut ni pun sedap rupanya..buat pun senang sangat.

dah siap..cik abang bawak balik 2 biji pisang tanduk muda..
apa lagi..jadilah pulak kerepek pisang.

Lepas tu kan..bila anak2 balik..tanya..mak buak kerepek? buat kuih raya?

eh..iya la kan..camana boleh buat biskut raya pulak ni..
apa nak jawab ni
biasanya acik buat kek aje..
Tapi tak pe..ari ni cuti lagi..petang nanti bila dah siap semua kerja..boleh buat lain pulak

Ok lah..acik nak masak pulak..nanti nak hantar makanan kesekolah lagi..pagi tadi hero bungsu dah pesan..
mak hantar lebih boleh tak..nak bagi kawan kawan..
mak kawan tak datang hantar makanan katanya..
Iyo lah dik..nanti mak bagi lebih..

Jumpa lagi insyaalah


Monday, October 3, 2011

SELAMAT BERJAYA ANAK2 SEMUA

Assalamualaikum..


Esok 4hbOktober,2011 ..mulanya peperiksaan PMR..Acik harap anak acik dan anak2 kawan2 semua yang sama sama akan menghadapi peperiksaan ini akan berjaya melaluinya.
Semoga anak anak akan dapat dapat menjawab dengan tenang.

Anak anak tabah dan tenang..dan harapan acik ibu ibu jugak begitu.Sama sama kita iringi anak2 kita dengan doa.

Tapikan..dapat ke acik ni bertenang..acik tak beri tekanan langsung buat hero bongsu acik ni.
tapi macam mana dia boleh gelabah ni..risau nya acik..
tadi acik cuma tanya..adik dah sedia..sudah katanya.

Tapi kejap tadikan.
dia datang ke bilik maknya sambil gelak
acik tanya..kenapa dik...Dia jawab..macam mana boleh jadi macam ni mak katanya.
jadi apa..acik tanya balik..
tadi emi ambik wuduk..katanya..tah macam mana  boleh tersasul..
"sahaja aku ambik PMR kerana Allah Taala.
Nasib baik emi tersedar..cepat katanya..

Alahai anak omak..kan mak dah kata..relax..emi dah berusaha..
kemudian bertawakkal..tenangkan hati.
Elok2 mak nya relax..dah ikut gelabah pulak.

saja acik share disini..nak hilangkan kerisauan acik pulak.
bermula esok acik jugak akan bercuti..
nak hantar makan tengahari dia kesekolah..

ok..jumpa lagi..Insyaallah.

Saturday, October 1, 2011

JOM MAKAN..

Assalamualaikum
Dah lama rasanya acik tak cerita masak dan makan ni
Hari ni teringin pulak nak letak gambar apa yang acik masak hari ni
Hari ni pun tak tinggal masak lomak cili api..masak lemak cili api cendawan..tapi tak ambik gambar pun
kemudain masak ikan talapia ni
GARLIC FISH kata norsecubitgaram.
nor dapat dari MasDuniaku.
terima kasih pada kedua2nya.
Kemudian tak lupa jugak buat mee goreng.
acik ambil resepi dari Izah Muffin Lover.
izah kata dia ambil resepi dari nor secubit garam juga.
Terima kasih lagi sekali pada nor dan izah.


Nor..terlebih cili api akak letak..pedas betul.
Pedas2 pun sedap..letak pulak daun kari
wangi sungguh.
 Nasib baik la ada cendol ni..boleh melegakan kepedasan mee goreng yang acik masak
Tak lupa jugak..jagung yang menjadi kesukaan arwah mak dan bapak ni.
setip kali nak buat jagung rebus dihiris dan gaul dengan kelapa dan gula ni..
Acik mesti teringatkan kedua ibuayah yang tersangat la suka makan emping jagung ni.

cukup sampai disini dulu..insyaallah 
jumpa lagi.