Pages

Sunday, May 9, 2010

MACAM MACAM CERITA


Assalamualaikum..


Salam dan Selamat Hari Ibu untuk semua ibu ibu yang dikasihi di dunia ini..
Bila aku buka dan baca n3 kawan2 semua..kebanyakanya bercerita hari ibu..sebak juga rasanya..dah pun 2 bulan lebih aku kehilangan ibu.

Semalam ..cuti..jadinya saperti biasa.....pagi aku dan keluarga ke padang tenis paroi.(jah..betul la namo e tepian gelanggang...abang akak cakap..hish..malu betol jah..orang perak lak lobih tau ni)


kali ni..kami balik awal..kerana ada jemputan kenduri..selepas satu jam..kami pun balik..tak sempat la nak ikut tarian poco2 ke aerobic ke..tak taulah..yang ada tiap pagi sabtu dan ahad tu..


pukol sebelas..aku ke banting dulu..memenuhi jemputan kawan..dan malam nya pula ....aku ke sungai buluh pulak..anak abang aku kawin..abang aku ni dah menduda dah 4 tahun rasanya..jadi kenduri anak nya ini..dibuat di sungai buloh..rumah anaknya yang sulong...


Gambar2 ditempat kenduri di sungai buloh..ika..cucu sedara yang sorang ni, mesti ada..dipangkuan mak ngah nya..
adik,kakak, dan kakak sedara..sedang menjamu selera..
aku ngan pasangan pengantin..kenapa la aku nampak rendah disamping anak sedara ni..betul juga kata kak G..makin meningkat usia kita,..makin kurang ketinggian kita....
pasangan pengantin ngan mak usunya..adik aku la tu..
aku dengan pengantin perempuan..yang baru jadi anak sedara..orang batu pahat johor ni..




O.k habis cerita kenduri..tak dapat nak ambik banyak gambar..kamera kehabisan bateri..
Hari ni en.abang tak sehat pulak..agaknya letih semalam..takde rehat..



semalam juga jumpa abang aku yang kaki pancing tu..dia pi mancing..dapat ikan siakap..jadi ari ni..menu aku..ikan siakap masak lomak cili api..


o.k jumpa lagi..hari ni nak bagi layanan lebih sikit untuk orang demam ni..insyaallah jumpa lagi..

Thursday, May 6, 2010

GOTONG ROYONG.






Assalamualaikum.






sekarang ni..kat opis..dah kurang pekerja..tapi kerja tetap juga kena buat..jadi..bos syorkan untuk menanam..buat gotong royong..


pada 4hb..tu..semua la kena naik ladang..untuk menanam kacang tanah.sayang betul la..puas aku menunggu,..entah kemana pulak gambar masa menanam kat ladang ni..dah siap upload..gambar lain pulak yang keluar..tak apalah..janji ada gambar kan..



dah penat penat berpeloh peloh kat ladang..makan la pulak..apalagi kan...
batas yang telah siap ditanam..tutup ngan plastik untuk mengelakan rumpai..gambar ni batas bendi...batas kacang tanah dah kelaut..tah mana peginya...tak jumpa dah...
menjamu selera lagi..nasi lemak aje..syukor dah tu kan..janji kenyang..



alahai..entah ape la masalahnya ni..puas dah aku cuba..tak keluar juga dia..aku nak tunjukan ..batas2 kacang tanah diladang tu...saujana mata memandag..nampaknya tak ade rezeki nak share pemandangan tu ngan kengkawan semua...minta maaf la ye..




Assalamualaikum...

untuk tidak menghampakan ibuhani..akak jawab juga la tag ini..itu pun dah tanya dulu camana nak buat..sebab akak tak pandai


maaf la ye..kalau tak menepati kehendak soalan..





1. Siapakah kawan baik anda ?..

kawan baik..ialah kawan yang bolih menerima kita seadanya dan tidak mengumpat kita bila dibelakang..kita..
susah juga nak ditulis siapa kawan baik..sebab..semuanya baik...


2. kenangan manis & kenangan pahit
Kenangan manis

-kenangan manis..bila bersama keluarga.saat saat yang tak bolih dilupakan..

Kenangan pahit-nak kata pahit ke tak tau lah..semasa mengandongkan hero ketiga,,,suami sakit..masuk wad selama 14 hari..dihospital klang..hero2 yang berdua dicutikan sekolah..sebab jauh nak ulang alik kehospital...tumpang rumah saudara...masa tu rasanya..saperti tiba saat nya ditinggalkan..dan alhamdulillah..akhirnya suami sehat kembali..dan hikmahnya..akak beli rumah diseremban..sebab masa suami sakit tu la..baru terasa pentingnya berdekatan dengan saudara mara dan adik beradik..


3. Kalau anda diberi 1 minit untuk kawan anda,apakah yang
akan anda katakan padanya

- akak sayang semua..


4. TAG 3 org rakan yang anda rasa mampu menjadi sahabat
di alam blogger

ramai sahabat..dan semuanya bolih mencuba jawab tag ini..

Wednesday, May 5, 2010

CERITA TERTANGGUH..




Assalamualaikum..


yang aku nak tulis ni, cerita hari ahad..hari ni dah rabu kan..tak apelah..nak cerita juga..
Hari ahad lepas..aku ke Kuala Selangor..pergi jemputan kenduri kahwin anak kawan yang sama sama kerja masa dikuala selangor tu..

menunya..memang banyak betul..macam macam ada,..tapi sayangnya..aku terlupa nak ambik gambar..gambar pengantin pun lupa nak ambik..acara pengantin baling gula2 dan kanak..kutip pun aku tak ambil..

masa aku dok disana tahun 80 an lagi dah ada acara ni..sampailah sekarang dah tahun 2010..masih lagi ada...budak2 seronok..tetamu pun seronok tengok..tapi dari dulu lagi.aku kesian dengan buak2 yang mengutip gula2 yang jatuh ketanah...ke jalan..walau pun ada bungkusan nya.... tapi mungkin acara itulah yang memeriahkan suasana...


Yang buatkan aku terlupa ambil gambar ialah..sebab berjumpa kawan kawan lama..lepas sorang sorang..lepas satu keluarga...satu keluarga...terlampau seronok berbual dan becerita..tak ingat lansong dengan camera aku yang ada dalam handsbag..



gambar diatas ni la..satu satunya gambar yang aku teringat nak ambil..tu pun hero bongsu tolong ambilkan..



Gambar aku dengan kawan baik..masa di Sungai Burong ,...Tanjong Karang..kawan ditengah..dengan anak daranya yang kedua....akan sambong belajar anaknya..ni..dah dapat pun tawaran keuitm..diploma sains...


Bila bertemu ni..aku teringat la..masa kecik2 dulu..anak2 daranya yang dua orang..berebut nak jadi girlfriend..hero aku yang sulong..sungguh manis kenangan tu..dan ..anak kawan aku ni akan tersipu malu...bila kami bercerita semula..

Monday, May 3, 2010

CERITA KURSUS




Assalamualaikum..


Hari isnin lepas..26hb.april,2010..aku pi kursus kat PLPPAH..tajuk kursus... KURSUS ASAS TANAMAN HIASAN DAN BUNGA BUNGAAN.
Tak lama pun kursusnya..sehingga hari khamis tengahari sahaja..



Tajuk kursus pun asas kan..jadi yang diajar pun cuma buat cantuman bunga kertas dan pemasuan semula..orkid..juga diajar pembiakan secara keratan dan belahan..

Peserta kursus juga diajar pengurusan tanaman edible..yang ini banyak berkaitan dengan kerja aku..
Sebahagian peserta dari negeri 9..
Posing la sekejap..sebelum mula kelas lagi..





Semasa kursus tu juga..kami semua diberi MUTIARA KATA, sebagai selingan......aku tuliskan disini untuk renongan kita bersama.


Anda tidak bolih mencipta pengalaman.Anda mesti menghadapinya.....Albert camus....

Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.

Manusia tidak perlu dihukum kerana lupa,tetapi manusia perlu dihukum kerana sengaja lupa.

Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang....Cecil B.DeMille...

Hidup memerlukan pengorbanan...pengorbanan memerlukan perjuangan, perjuangan memerlukan ketabahan, ketabahan memerlukan keyakinan,keyakinan pula menentukan kejayaan,kejayaan pula menentukan kebahagiaan..

Setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya.


Pada malam mula kursus tu..aku sampai dah malam..selepas dapatkan kunci bilik..aku ke bilik..berehat sekejap, kemudian aku mula la menggosok baju..aku kalau pi kursus selalu macam tu..siap gosok baju..semua yang aku bawak tu, dan gantong dalam almari..

semasa aku sedang buat kerja tu..aku terasa macam baju aku ditarik..aku pusing keliling..mencarik..tersangkut kat mana..tertarik sebab apa...tapi aku tengok tak de apa2 pun..waaa...aku dah mula rasa takut...

kemudian..aku mandi dan sembahyang..selepas sembahyang..aku baca yassin...belum habis satu muka..aku terasa seram ya amat..tegak berdiri bulu roma..aku cuba beranikan diri..baca lagi..lagi terok aku rasa..

akhirnya..hampir kol 12 malam..aku talipon kawan..kawan datang kebilik aku..dan aku bagi tau dia..aku takut dan nak tumpang tidur..sudahnya..kami heret tilam yang berat tu..bersama....dan hingga akhir kursus..aku tidor kat bilik dia...



Saturday, May 1, 2010

TENIS

Assalamualaikum...


saja gempak je..tunjok riadah kat padang tenis..

sejarahnya bermula..en.abang aku ni..memang suka sangat bersukan..dari dia bujang lagi..masa baru kahwin dulu..bila pindah dok serumah ..aku tengok..mak ai..banyaknya piala..segala macam game dia dapat piala..dari bola sepak..tenis,badminton,ping pong..indoor macam carrom..semua ada pialanya..johan..dan naib johan..cuma nasib tak menyebelahi en.abang la..dia kawin ngan aku yang kaki bangku..anak anak pulak..sorang pun tak ikut jejak ayahnya..tiga2 hero tak berminat bersukan...


Akisahnya..dah 3 tahun pindah dok seremban..dari mula..puas la dia cari kawan nak main tenis..tapi semua kata tak biasa main...
asek la dia memujok aku ajak main..aku pulak tak makan pujok..

satu hari tu..ketika aku berjoging..aku tengok dia ke hulu kehilir menyandang reket tenisnya..nak cari kawan untuk main..laaa..kesian nya..akhirnya aku pun setuju untuk main tenis...

bila dah mula..eh..seronok juga ye,..main tenis ni....walaupun masa mula main..aku cuma penat gelak aje..bola asek terbang ke laut..punya la tinggi pagar padang tenis tu..bola bolih lepas..


hero sulong..ari ni hari pekerja..jadi dia cuti..bolih temankan main..

ayahnya..yang jadi tenaga pengajar..

mak kat luar padang..eksen bergambar je..

hero bongsu berpasangan ngan ayah dia..



mak pulak beraksi dipadang..letih hoo..peluh banyak keluar..banjir...
o.klah..penat lagi ni..saja nak tunjok aksi je..dulu2 pi main..lupa pulak nak ambik gambar tu..yang tak bolih nak cerita..






Friday, April 30, 2010

XTVT PERTAMA..

Assalamualaikum...
Beberapa hari yang tiada sambongan internet...aku dah kembali ke hobi yang biasa aku lakukan..ia itu membaca..buku/novel..
sebenarnya sejak mengenali dunia blog ni..aku dah kurang juga membeli majalah dan novel..aku cuma membeli buku2 agama sahaja..untuk menambahkan pengetahuan..
sedara aku juga yang mula2 sekali memberikan urlnya..untuk aku buka dan baca blog dia..sebelum tu..aku tak tau dan tak ambik tau pun..zino..ialah orang yang mula2 sekali mengajar aku membaca blog..sebelum tu dah berkali kali juga dia tanya..ada internet tak..kalau ada..bolih baca apa yang dia tulis..aku pun tanya juga..apa ke bendanya yang dia tulis dan apa yang nak dibaca..selepas dia memberi urlnya..aku cuba buka dan baca...
kemudian..aku tengok..ada orang komen pulak..tah macam mana..aku tertekan ke ape kebendanya..keluar pulak orang lain punya blog..(malu nak cerita ni..betul2 buta IT)..aku pun baca..eh..bolih menjangkit pulak kelain rupanya...selepas tu..aku dah jadi pembaca tetap blog..dan dah kurang beli majalah..seronok membaca,..macam2 ada..macam2 kesah..tapi..aku masih lagi tak ada blog..cuma membaca sahaja..tanpa memberi salam pun pada tuan punya blog..tak tau sebenarnya..o.k..nanti sambong lagi..dah melalut..nak cerita tentang xtvt kan....




sebahagian dari majalah yang setiap bulan..pasti beli..
sebahagian buku buku yang aku beli..sementara tak ada..internet tu..aku ulang2 baca la..
sebahagia dari novel2 yang ada dalam simpananku..aku ni kalau tak dapat membaca satu hari..ibarat tak dapat makan..
sebahagian lagi koleksi novel yang aku ada..dan banyak juga ditangan kawan..yang pinjam baca.
cukup dulu disini..banyak lagi..nanti aku sambong kemudian..selain dari pergi kursus..siap menanam pokok limau dan cili juga tu..betul saperti kata tijah tu...

Thursday, April 29, 2010

BERTEMU KEMBALI

Assalamualaikum...


alhamdulillah..dapat juga menulis lagi disini..rindu nak menulis dan membaca perkembangan terkini kawan2 blog...


lama tak menjengok blog kawan2 kerana masalah...talipon tak berfungsi..bila talipon rosak...internet pun terlibat sama sebab guna streamyx..

o.k aku stop dulu saja buat n3 pendek nak..bagi khabar sebab kenapa lama tak jengah blog kawan2..ye..aku nak pi jelajah blog kengkawan dulu..kemudian baru aku ceritakan apa xtvt aku ketika streamyx tak de..

Monday, April 19, 2010

HERO KEDUA..






Assalamualaikum...



Hari sabtu lepas..hero kedua ku balik ke rumah..naik motor lagi..dah letih aku bercakap..jangan balik naik motor..jauh tu..seremban ........kuantan..


Tapi tak tau lah..bujang sorang ni..ada2 aje alasannya..kadang2 tu dah terpacul je kat rumah..dengan motor..dia tau kalau bagi tau..nanti mak bising.

gambar semasa dia baby..
bergambar di cameron highland masa umur 5 tahun..
masa umur 6 tahun..aku dah hantar kesekolah agama..



masa balik hari sabtu tu..dia terlanggar ayam..dan terjatuh motor katanya..kemudian ada yang tolong dan bawak pi klinik..kena injek sekali katanya..
lepas tu dia berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan..masa berehat tu la dia terlelap..
sampaikan dia tak sedar..tau2 duit dalam purse dah hilang..yang lain2 tak diambil..cuma duit rm250.00 aje yang hilang..

masa dirumah..aku ajak pi urut..dia tak mau..katanya dah o.k..hai entahlah...apa yang bolih aku lakukan hanyalah berdoa untuk keselamatanya..


semasa melahirkan anak kedua ni..aku dah pun berumur 31 tahun..sebab kan aku lambat dapat anak..yang sulong pun lahir selepas 5 tahun aku kawin..
mengandong dan melahirkan hero kedua ni..memang..cabaran buat aku..masa mengandong saje..keluar masok wad..kerana alahan.(mabok mengandong)sampaikan masuk air 164 botol..sebab aku lansong tak bolih makan..



sewaktu nak melahirkan..aku berada didalam labour room selama 10 jam.dalam tempoh berpantang..selama 1o hari aku demam..sehingga cik abang panggil doktor kerumah..doktor cuma bagi ubat..kemudian panggil pulak bidan..bidan kampong kan lebih berpengalaman....bidan kata..saperti ada sesuatu yang tak kena....entah apa yang bidan tu jampi dan bagi aku minum..aku terus turun darah dan dikejarkan kehospital lagi..barulah doktor dapat kesan..ada uri yang tinggal..itu lah yang menyebabkan aku demam...


alhamdulillah..tuhan panjangkan umor ku..dan aku ditahan diwad lagi..sehingga sepuloh hari...
sehingga semboh sepenohnya..


dan..bila dah berumor 20 tahun..masih lagi membuatkan aku bimbang..apa yang bolih aku lakukan sebagai seorang ibu..hanyalah sentiasa mendoakan yang terbaik buat anak2 ku..semoga tuhan bukakan pintu hati anak2ku kearah kebaikan.tidak tinggal solat..dan menjadi anak2 yang solleh..

Saturday, April 17, 2010

CILI SOS



Assalamualaikum...




minta maaf ye..sebab tunjok gambar kasut...bukan ape..kasut ni..buat hal..kita bersemangat nak keluarkan peloh...joging pagi pagi..kat stadium,.... paroi lagi..tetiba..dengar bunyi lain macam..cari kerusi..dudok..nak cek ape masalahnya..sekali tengok kasut....alahai.




kasut yang ternganga..aku la punya pandai..tak bolih kasut kotor..aku rendam ngan sabun..kemudian basuh..
kasut ni pun bukan lama lagi aku pakai..baru tiga tahun setengah..he he baru la tu..









Disebabkan kasut buat hal...aku balik awal..singgah kepasar tani..pi beli cili kering,bawang putih dan bawang merah..nak mulakan operasi buat cili sos segera..cili sos dah lama habis..hero2 dah bising.
antara bahan bahan yang digunakan untuk membuat cili sos ialah cili kering..bawang putih dan bawang merah..
dan juga sos tomato kimball.


cili kering dipotong dan direbus, kemudian di blend bersama dengan bawang merah dan bawang putih...dah siap mesin..campurkan dengan sos tomato kimball..garam dan gula...gula kena banyak ..untuk kurangkan pedas cili kering tu..
ini lah hasilnya..sos yang aku buat tadi..sos ni bolih makan dengan cekodok, kerang rebus ataupun..kalau buat nasi ayam tu..bolih juga gunakan sos ini..buat rojak pun guna sos ini atau pun cucor udang...banyak kegunaannya..bolih simpan lama..tapi selalunya aku buat tak bolih nak simpan lama..cepat habis..ape saje yang dibeli..saperti beli keropok ke..keropok lekor ke..hero2 ku akan buang sos yang dibagi..dan dia kaan makan dengan sos yang mak dia buat..



sos ni biasanya kakak aku yang buat..aku pun belajar dari dia..kalau aku malas aku order je..mintak kakak yang buat..tapi bila,kakak sebok..kenalah aku buat sendiri..sebab hero2 bising kalau sos takde kat rumah..


tambahan..kalau ada yang berminat nak mencuba membuat cili sos.


bahan bahannya..


satu ringgit cili kering
satu ringgit bawang merah
satu ringgi bawang putih
2 botol sos tomato kimball
garam
gula..


cara..

potong cili kering.buang biji sedikit pun tak pe..
rebus sampai lembik..
blend cili kering campur bawang2 dengan air masak kalau tak nak masakan atas api
dah siap blend..masukan dalam bekas..tuang kan sos tomato..campur garam sikit dan gula..kacau sampai gula larut(hancur)..rasa..kurang masin.tambah garam .atau terlampau pedas..tambah lagi gula..

Cara aku yang malas nak kacau lama sampai gula larut..aku masuk kan dalam periok..letak atas dapor..kacau..sekejap je gula larut..dah sejok simpan ..

Friday, April 16, 2010

GORENG SUKUN..

Assalamualaikum..
Semalam aku ke Komoditi, Titi Gantong ,perak..macam biasa la..kerja..ambil benih jagung..untuk jualan di negeri sembilan..


sambal kicap
goreng sukun
Perjalanan balik..aku talipon kawan/jiran semasa di sungai burong ,tanjong karang..sekarang dia dah tinggal dirumah sendiri di taman suria indah, ditanjong karang...
biasa la..bila aku talipon..dia mesti suroh singgah dirumahnya..siap aku tumpang solat sekali dirumahnya..
dan yang paling best..aku dibekalkan .buah sukun..sebab dia memang tahu..buah sukun adalah kegemaran ku...digoreng aku suka,..dibuat bubor suka..dan dah jadi kerepek sukun pun aku suka makan...dan yang teroknya tu..aku rasa sukun ditanjong karang aje yang sedap..maklumla kan..dah menetap selama 18 tahun disana..
dan petang ini tadi..minum petang aku ialah..goreng sukun cicah sambal kicap...sedap..jemput makan...

Sunday, April 11, 2010

AHAD DAN SABTU





Assalamualaikum...



Alhamdulillah..selesai sudah..
Hari ni..kami adik beradik berkumpol lagi di kampong..rumah kakak..buat sedikit kenduri..tahlil..untuk arwah..



menu yang dimasak untuk menjamu tetamu hari ni..pajeri nenas..pajeri ni..kakak aku yang masak, semalam..hari sabtu..sebab katanya..untuk masakan pajeri..kena masak awal..baru sedap..
lagi menu..yang jarang tinggal..mulanya kakak dan adik..bercadang nak masak daging sahaja..tapi..aku pergi beli telor itik....memang pun..nampaknya..lauk telor itik lagi menarik minat..dari lauk daging..
rendang ayam..
lauk daging..campur tulang..masak cili api juga..selain dari yang aku paparkan disini..ada juga goreng ikan dan goreng sayur buncis..




selesai kesah kenduri..kisah cucu sedara baru pulak...



Hari sabtu..pagi2 lagi aku dah balik kekampong..sampai tak dapat la memenuhi..jemputan kawan..yang dibuat di dewan ttj....sebabnya aku kena awal..biasanya..aku adik beradik dan anak2 sedara aje..yang buat persiapan untuk kenduri...kupas bawang, potong daging..ayam..ikan...kali ni pulak..ada satu lagi agenda...melawat anak sedara yang baru melahirkan...
ini lah gambar baby yang istimewa..sebabnya...tarikh lahirnya adalah sama dengan wan enok dia ni...(enok=indok..orang n.s..tau la ni..tapi dulu2 anak2 sedara semuanya pelat masa kecil..dia orang dah ubah aku punya panggilan.)
Gambar dua diatas ni..pada 11hb..selepas seminggu cucu dilahirkan..
ini pula..sejurus selepas dikeluarkan dari bilik bedah..pada 4hb.april yang lalu..

Thursday, April 8, 2010

TUKAR TAJUK..

Assalamualaikum...

saja nak bagi tau..tajuk album dah tukar..nama pun tukar sikit.
buka sebab ape pun..aku terpaksa tukar juga...untuk nama erna..aku tambah kak..untuk tajuk blog aku tukar jadi coretan ku aje..


puncanya atau pun sebab musababnya..setiap kali aku nak daftar untuk apa apa pun..contohnya nufnang tak dapat dapat..dia tulis..dah ada nama erna tu wujud..cuba yang lain..katanya..aku pun cuba buka..ish ish..versi indonesia..

jadinya aku tukar la..tapi yang ini belum buat apa apa lagi..cuma tukar aje dulu..harap2 tak ada yang rasa salah rumah..dan mudah untuk membukanya..pada yang sudi..terima kaih..


Minggu ni..pun kerja kurang seronok..tapi dah kerja kan..aku pergi jugak la..aku ni kerja dah 30 tahun..tak pernah la jadi macam ni..susah jugak kerja dengan orang yang ada kepentingan dan..tak ikut peraturan..


nak buat cemana kan..nak kerja betul memang ada cabaran..tapi aku kena kuatkan semangat..aku tak mau terjebak..aku dah nak menunggu pencen..aku tak mau membawa nama buruk..biarlah aku jadi bahan umpatan....aku tetap akan menjaga amanah yang diberikan...kau mengadu la dengan sapa pun..aku tetap dengan pendirianku

Sunday, April 4, 2010

HARI LAHIR


Assalamualaikum...


4hb.april,1959...bersamaan 25 ramadhan..51 tahun yang lalu..aku telah dilahirkan kedunia ini...
Segan dan malu juga nak buat N3 ni..dah berumorkan..apalah yang nak di hebahkan..tapi aku sengaja buat N3 ini..tujuanya..cuma satu...

kalau selama ini..ada yang lebih muda dari aku..aku terpanggil kakak..aku mintak maaf..banyak2 sebab dialam maya ni..kita tak mengenali...tak pernah bersua muka...malu juga kan..kalau aku terpanggil yang muda2 tu kakak....sebab kita orang melayu ni..memang adatnya..menghormati orang dengan panggilan..

dengan adanya N3 ni..kalau yang muda sangat tu..menjengok kesini..bolih la panggil mak cik...bolih saja..aku tak kesah...

Selama ni..kalau di tempat kerja..ada yang muda2 datang untuk buat LI ..aku akan sebut diri aku ni mak cik..sebab sedar diri dah setengah abad..tapi..pelik betul budak2 ni...di panggilnya juga aku ni 'kakak'..kat tempat kerja lama pun macam tu..aku pernah juga tegur..jawapan mereka..kalau panggil mak cik..macam ada sekatan..katanya..tak seronok..puulaaak...entahlah kan..macam2 budak2 ni....yang jadi masalah..aku lah....bila dah berkawan baik macam tu....bila berjumpa dengan mak mak dia orang tu..aku nak panggil apa pulak...




aku dan hero bongsu..malam tadi...meraikan maknya..di McD..JJ ..
Pagi pagi tadi..nak berjoging la ..sikit2 je..dah tua macam ni pun nak jaga kesihatan juga kan...
hero bongsu meneman kan maknya joging..



Saja tepek gambar...wajah ku dusia 51 tahun...satu je yang aku rasa..setelah menjangkau keusia ini...kematian semakin hampir..cukup ke persediaan...kalau lah..tuhan mengambil umor ku diusia 60 tahun..berapa lama masa yang aku ada lagi...

Ya allah ya tuhan ku..aku bersyukor kepada mu..kerana telah sampai keusia ini...ampuni lah segala kesalahan..dan kesilapan ku..berkatilah..hidup ku dan keluarga ku...bukakan pintu hati ku kearah kebaikan....semoga kehidupan ku dan keluarga dilimpahi rahmatMu..