Tuesday, February 28, 2017

SEMOGA BERJAYA

Assalamualaikum
Alhamdulillah  hero dah tamat Diploma
dah boleh mohon UPU untuk sambung Ijazah
acik cuma mampu tolong dengan doa..semoga
permohonan dia ke University yang
dipilihnya nanti berjaya

Tuesday, February 21, 2017

BERTEMU KEMBALI

Assalamualaikum
cerita sabtu lepas.blogger  happyirfa
mesti ada yang masih ingatkan
walaupun dia dah jarang2 menulis
macam acik jugak la
irfa bersama anak anak
datang kerumah.
ingatkan boleh la acik hilangkan rasa rindu
tapi bertambah pulak kerinduan
bila dah berjumpa
acik memang dah lama mengenali irfa
dari irfa anak dara sampai la
irfa dah ada anak dara.
 bersama sibongsu irfa sehingga kini
yang akan datang tak tau
he he..jangan marah irfa
 anak anak irfa 3 heroin sorang hero
bersama Aisya yang comel
semoga berkesempatan berjumpa lagi.
dengan irfa dan anak2.

Sunday, February 12, 2017

ALHAMDULILLAH BERKESEMPATAN MEMENUHI JEMPUTAN..

Assalamualaikum
hari Jumaat acik berkesempatan 
ke Tanjung Karang
sebab hari sabtu ada jemputan 
kenduri kawen anak
jiran acik masa dok
kuater pertanian batu 12 Sg.Burung
acik kuatkan jugak semangat nak pergi
sebab kawan merangkap jiran acik 
selama 18 tahun tu
sanggup datang kerumah
menghantar kad jemputan.
hari yang sama ada 3 jemputan
tu sebab acik pergi yang jauh dulu
balik boleh singgah di 2 kenduri lagi
di kajang dan kuater klia..
jiran acik juga selama 9 tahun menetap di kuaters klia.


masa di kajang kenduri kawen

anak kawan sekolah
ni 2 orang kawan sekolah acik yang teringat nak bergambar dan hantar gambar ke acik
dapat la acik abadikan disini.
bila dah ramai2 dalam group tu 
ada la yang melucukan
kawan2 sekolah yang lelaki kata
kenapa kawan2 perempuan tak nampak
tua sangat..
banyak makan jamu ke
kalau kita yang lelaki ni dah nampak teruk sangat
he he lucu pulak kawan2 ni
orang perempaun memang la ada makan jamu..
setiap kali lepas bersalin kan
kalau acik lepas bersalin  memang makan la jugak
waktu2 lain memang acik tak makan.
ok la panjang lak bebel acik
jumpa lagi..in shaa allah.