Thursday, June 2, 2016

"CAKAP SIANG PANDANG PANDANG...."

Assalamualaikum
hero kedua acik ni sedang bercuti.
tak juga cuti sepenuhnya sebab dia kena
praktikal 2 minggu.
semalam hari kedua dia praktikal 
balik ..dia cerita
tadi kan mak
bangah malas nak pi cari kedai makan
dekat situ ada kfc
bangah pegi la situ
masa beratur tu
ada orang tu
kemain lagi mulut dia
nak ngata tak agak2
dan tak pandang2 katanya
sedap je mulutnya ngata..
tengok la tu budak2 pelatih
mentang2 la dapat elaun 800 lebih sebulan
makan kfc..telefon pun 
telefon mahal..katanya
dia nampak telefon bangah agaknya
telefon ni kan telefon mak.
ye la tu betul la.
hero acik guna telefon acik 
yang dah 2 tahun en.suami acik belikan
telefon dia kejap hidup kejap mati
dah nazak.
acik memang sayang guna telefon ni..
siap siap pakaikan baju
takut calar ke apa ke
tu yang sentiasa nampak baru.
dulu kan acik pernah cerita telefon hilang di opis
lama dah tu kan..
tu la en.suami belikan lain buat ganti.
baru2 ni masuk worksyop
dah ok..hero pun telefon nya meragam
bagi dia guna..mak pun dah pencen kan.
hero kedua acik ni paling jimat budaknya
pandai jimat duit.
dapat elaun tu tak perlu dah acik tambah
dia tak mau..suruh bagi adik je
tapi kalau sesekali balik tu
acik bagi juga sikit tak sampai hati kan.
apa acik rasa bila dengar dia cerita tu
hati mak kan..terguris juga
bila orang sedap2 je ngata
 tak tau cerita sebenar.
tak pe bangah..sabar je
oklah jumpa lagi in shaa Allah