Pages

Tuesday, April 26, 2016

"KELOPONG"

Assalamualaikum

kukur dah ada kan
ada ke yang tak tau kukur
rasanya semua tau
jom la kita buat buah melaka
hujan petang ni..Alhamdulillah
semalam pun hujan
hari ni kita makan buah melaka
"kelopong"kata orang kampung acik
abaikan besar besar tu..sekali ngap
masuk mulut sebiji cukup
Alhamdulillah
ok lah jumpa lagi,In shaa Allah

Sunday, April 24, 2016

'JAGA ISTERI?"

Assalamualaikum

Baru ni acik pi jemputan kenduri
kawan sama sama belajar dulu
masa disana jumpa la kawan kawan lama
lelaki dan perempuan
seronok berjumpa semula
ada la sorang kawan yang datang tu
dia cerita ngan kawan2 semua
"aku dulu kalau tau
 dia ni asal dari R tu 
aku dah ngorat dia dah katanya
merujuk ke acik la tu
suami acik pun ada masa tu.
tapi dia tak cakap apa2 pun
tapi bila kawan tu tanya suami acik
dah pencen ni  buat apa
suami acik boleh jawab
"JAGA ISTERI"
ha ha..jangan ingat dia tak kisah 
dengan apa yang didengar 
gelak sampai balik acik .
aduhai..dah tua dah bang oii
oklah jumpa lagi In Shaa Allah

Saturday, April 23, 2016

JOM NYAMAN KAN TEKAK

Assalamualaikum
cuaca sekarang ni
makan ini je yang sedapkan

Friday, April 22, 2016

"NAK MAKAN BUAT SENDIRI"

Assalamualaikum
bukan saja nak tunjuk gambar makan je
cuma nak cerita..
kena la ada gambar kan
masa hero bongsu acik cuti seminggu tu
dia cerita beli cheesekut
kecik je
 bekas nya mak
lapan ringit katanya
acik pun beli bahan2
buat sendiri acik kata
gambar tu la bukti dan hasilnya
rupanya tu abai kan je la
kan he he
gambar atas..
dia letak nestum dengan creamcheese
yang kedua tu 
letak milo dengan whipping ceram
yang dah tinggal separuh ni
creamcheese campur dengan whipping cream
dan letak jem strawberry
suka bebeno rupanya budak ni makan
patut 8 ringgit bekas kecik pun sanggup beli.
puas hati acik tengok dia makan
buat sendiri makan sendiri.
acik boleh suruh dia buat sendiri
sebab tak de guna oven kan
susun susun simpan peti.
ok lah jumpa lagi,In shaa Allah

Wednesday, April 20, 2016

RABU TANPA KATA

Tapi acik nak cerita juga
kek carrot dah tinggal sepotong

acik tak pandai sangat nak buat topping tu
janji sedap dimakan kan
esok nak buat lagi
sesiapa yang dok dekat tu
boleh la..datang minum petang.
ok la jumpa lagi
in shaa Allah



Monday, April 18, 2016

LEBAI TAK MALANG...

Assalamualaikum
Suatu hari dulu pasangan pencen ni 
konon nak makan diluar
letih kononnya tak mau masak.
belum jumpa kedai..
hujan turun....lebat,lansung tak jadi
pusing semula balik rumah.
ni la jadi hidangan nya..masak nasi.
goreng ikan masin..goreng telur
goreng ikan bilis
panaskan kuah kuning semalam nya lauk
Alhamdulillah.kenyang
mak makan ringkas
sekali hero bongsu tunjuk gambar masak rendang ayam
di rumah sewa dia.

sekejap je licin katanya.
tapi sejak masuk sem baru ni belum sekali pun
dia orang masak.
sibuk agaknya masing2.
masak nasi je beli lauk katanya.
ok lah..lama2 nanti habis lah gambar 
dalam draf acik ni kan he he
jumpa lagi in shaa Allah.

Friday, April 15, 2016

BERSUA KEMBALI..APA KHABAR DISANA

Assalamualaikum

Apa khabar semua..masih ada yang ingatkan acik,
lama betul tak munculkan..
dah setahun 2015..
sekarang dah 2016.
rasanya lepas ni dapat la sesekali menulis
boleh pinjam simerah ni.

nak tulis setiap hari mungkin tak sempat
acik ingatkan dah pencen
banyak masa lapang
tapi dah setahun pencen..makin sibuk pulak.
menyibukan diri pun ye jugak
dah pencen kan..dah tak de gaji
anak 2 orang belajar lagi
jadi sesekali tu
ambik lah tempahan buat roti,
buat kuih. 
ni kuih apam kampung..apam guna gula merah
ramai juga peminat kuih apam kampung acik ni..
kalau ada kawan yang nak acik buat la
buat sikit je,ikut kemampuan..ikut tenaga orang tua
lebih pada mengisi masa
jangan tak buat apa2 kan
kalau pagi Rabu,Khamis dan Jumaat
acik ikut program disurau.
rasa nak tulis sikit je tadi
terpanjang pulak,
ok la nak buatkan roti untuk hero bongsu acik
esok nak hantar dia balik Batu Pahat.
ada sebab acik dok belakang hero bongsu tu
nak nampak kecik ha ha
ok lah jumpa lagi In Syaa Allah