Pages

Thursday, June 18, 2015

SIAN BUJANG OMAK


Assalamualaikum
Dapat mesej dari hero bongsu



Ha ha..sabo je la dik.

Monday, June 15, 2015

SEBELUM DAN SELEPAS..

Assalamualaikum
bawah ni gambar sebelum
yang ni pula gambar  selepas
ada nampak beza tak
acik memang malas nak beli
taugeh kasar ni
sebab acik cuma makan kepala dia
yang warna kuning tu.
yang lain tak makan.
dah tadi en.suami yang belikan
nak buat camana..
dah TER membazir je kan.
agak agak ada tak  kawan  disini
yang makan macam acik makan ni.

Tuesday, June 9, 2015

KURSUS LAGI...

Assalamualaikum
n3 lepas acik ada letak gambar kan
amboi  MD mintak acik lentok ye
dulu2 pun tak pernah lentok MD.
apa lagi dah tua ni he he.
tujuan acik untuk menghadiri kursus ni le
di adakan di Pulau Langkawi.
bos dah kata..akak pegi naik flight
kenderaan jabatan akan digunakan untuk
program lain..berdebo juga acik yang penakut
 naik kapai terobang ni.acik penakut naik ni dah lama ye
bukan baru 2..ke 3 tahun ni.
en.suami acik tak payah ajak pun
dia dah tau dah...dah tentu kena teman acik
kalau tak nanti ada yang meraung..katanya.
amboii..sedapnya ngata ye.
sepanjang masa 45 minit penerbangan tu..berdebo je 
en,suami acik pulak suka nyakat.
suruh acik tengok luar la..
ada kapai terobang lain la
ce tengok..kapal apa tu katanya..geram je acik
tengok luar pun tak boleh.
nampak awan tu..pening terus.
boleh pulak sesedap mulut je dia kata
masa pergi..tengok la luar..
dah sampai pantai cenang katanya
masa balik buat lagi..ce tengok luar
dah sampai lukut..katanya..
dulu masa naik dengan anak2
kurang la sikit
hero bongsu acik memang pandai
buat maknya lupa ..
dipasang mp3 ngaji la..
sumbat ke telinga maknya ni
tak dengar ayahnya nyakat.
aduhai tu baru 45 minit
macam mana la kalau lama nanti..
acik teringin sangat nak ke
Mekah Madinah tu.tak kan tak pergi kan..
mau acik makan ubat tido nanti..biau lelap je
sepanjang masa penerbangan.

oklah jumpa lagi,Insyaa allah

Thursday, June 4, 2015

JUMPA NANTI YE

Tuesday, June 2, 2015

"TER..KOYAK"

Assalamualaikum
ni gambar tudung acik
semalam punya cerita
masa gosok seterika terpanas
habis la berlubang.
gosok waktu pagi pulak tu
acik malas nak gosok yang lain
pakai la jugak.
punya la ramai yang menegur
bila acik kata dah lambat
ada yang menjawab jugak tu
selalunya kalau lambat pun mana pernah
akak pakai tudung dah koyak macam ni.
acik jawab balik
orang tua dah nak pencen gitu le
bukan peduli lagi dah he he he
jawapan selamat..