Pages

Monday, February 16, 2015

BESO NYA..

Assalamualaikum
sabtu malam minggu..
adik acik ajak keluar... belanja makan
ajak abang ngan anak2 sedara  semua
sempena bulan kelahiran dia kot.
restoren pilihan hero kedua acik.
acik suka..sebab kedai tak berdinding
rasa luas pandangan.
tapi dah ramai 22 orang termasuk cucu2 sedara
memang lama la kan menunggu.
dari jam 8 lebih jam 10 pun ada yang belum dapat makan.
lain kali acik kena pi dulu dan order
ikut suka acik je..
yang lain2 sampai terus makan..senang kan.
ye la selalunya tak ramai sangat.
kali ni dah ada 2 keluarga anak sedara
yang dah berpindah dok Seremban juga.
dok lama menunggu..sempat la acik 
leka peratikan kipas tu
mak ai..besonya..kalau la terjatuh kipas tu
memang semua yang ada disitu 
kena hempap ngan kipas tu.
tu la..lambat lagi..kan dah macam2 yang acik fikir..hi hi
ok lah..jumpa lagi,Insyaa Allah

Thursday, February 12, 2015

KISAH NYA..

Assalamualaikum

Tadi kan waktu makan tengahari
dah tak sempat dah nak ke kedai kegemaran
sebab dah terlama lak sikit kat bank..ramai..
gaji kan awal..untuk selamat
tak terguna
kena pindahkan ke akaun lain dulu..
dah masa sepatutnya gaji nanti
baru ambik balik.
acik masuk je kedai yang ada disitu
dah lapar..dah 1.30 tengahari
nampak la ada dua orang duduk..elok je borak
sekali bila pekerja kedai tu bagi menu
dia macam terkejut pulak
haahh..menu? katanya..
saya nak duduk menunggu je dalam sejam
tak tau lah kenapa..bila nampak 
dia terkejut masa mula2 tu pun acik dah rasa kesian
en.suami acik kata..dia tak biasa agaknya
dia ingat kedai ni boleh duduk2 gitu je
tak perlu order apa2..
tapi kan sementara acik tengok2 buku menu tu
dah hilang dah orang tu.
tak tau la dia pi tunggu dimana.
ish dah tua2 ni teruk betul la..
sampai sekarang ni acik teringat ingat
kesian nya dia..
ok lah jumpa lagi,Insyaa Allah

Monday, February 9, 2015

MELAYAN ANAK TEKAK

Assalamualaikum
hari Sabtu Ahad melayan tekak
anak anak..hero bongsu yang lebihnya
nak makan badak berendam
dah buat kan..
kemudian nak lepat dah jugak
nak buah melaka pulak
sepeket tepung pulut acik buat
pun licin..rezeki anak sedara juga
semua nya suka makan kan
teringat kata kata kawan acik masa keje KLIA
"kau ni suka sangat buat kuih lama2
nanti bila bila anak2 kau dah kawen
susah isteri dia..budak2 muda sekarang bukan
pandai buat kuih kuih ni"
masa tu acik diam kan je..
anak2 acik pun sekolah lagi.
semalam masa buat kuih2 tu
acik bercerita la dengan hero bongsu
apa yang kawan acik cakap
dia boleh kata
tak pe la..nanti emi la yang buat
emi kan dah selalu tengok mak buat.
amboi jang kemain lagi
belajar dulu sampai habis ye.

ok lah..jumpa lagi,Insyaa Allah


Thursday, February 5, 2015

ANAK AYAH

Assalamualaikum
Waktu petang masa cuti tu
acik nak basuh kain
tengok pewangi kain tu dah habis
acik bagi tau en.suami
tolong belikan "Downy"
dia tanya lagi.."Downy???"
eh tak dengar ke betul la beli "Downy"
sekali balik memang betul2 la
dia bawak "Downy"
acik kata..apasal beli "Downy?"
kan selalu beli "Daia"
terus hero bongsu kata
memang la mak suruh ayah beli Downy
lepas tu hero kedua pulak
betul la bangah dari dalam bilik pun
dengar mak suruh ayah beli Downy
ambooii..anak2 ayah ni
kemain kuat jadi penyokong ayah.
terus en.suami cakap
tu sebab dia tanya banyak kali
sudah tukar ke..katanya he he
tu la dia..mulut ni kan main sebut je
rasa hati sebut Daia..tapi mulut sebut Downy
nak salahkan sape tu.
guna je la nak buat camana kan..

Wednesday, February 4, 2015

JOM BELAJAR KE JOM BELI..

Assalamualaikum
Semalam cuti..sempat la
ikut sama kelas meroti katanya
bila acik tengok
kelas ni lebih kepada
penggunaan oven noxxa.
nak kena beli baru dapat buat apa
yang dibelajar ni
tapi kan..mahal la pulak
kalau beli..
takut nanti oven tu jadi
 tukun je kat rumah acik tu
oklah jumpa lagi,Insyaa Allah.