Thursday, January 29, 2015

LAWAN SAPE BESAR..

Assalamualaikum
berlawan dua beranak ni sape beso
baju sama..memang mak punya kerja
dah saiz besar kan....bukan senang nak cari saiz
bila jumpa ada yang saiz besar acik beli je la
mulanya acik belikan hero bongsu
sebulan lepas tu belikan ayahnya pulak
masa nak pi kenduri
hero bongsu keluarkan baju hijau
kemudian dia nampak
eh..ayah pun pakai baju hijau?
alaa..dik..pakai je la..sama pun..tak salah kan
hero bongsu tak banyak songeh..ikut je
siap suruh ambik gambar lagi
masa ditempat kenduri..
kawan2 ayahnya kata
kalau tak bagi tau pun..
kita tau..ini anak kau katanya ha ha..
ok la jumpa lagi Insyaa Allah.

Tuesday, January 27, 2015

WW..

Assalamualaikum

Monday, January 26, 2015

MERIAH JUMPA KAWAN2 DIMAJLIS KENDURI

Assalamualaikum
Hari sabtu 24.1.2015
acik ka Tanjung Karang
ada jemputan dari kawan/jiran masa acik
dok sana dulu.
bila tengok gambar selepas nikah
acik pulak yang rasa sedih
ye la kan..anak kawan ni
dari kecik acik dah tengok dia 
daaahhh kawen..
cepatnya masa berlalu
dah tuaaa sangat dah acik rasanya.
Tahniah kak long,semoga berkekalan dan bahagia
selamanya.



masa kenduri ni memang ramai sangat jumpa kawan2.
bak kata hero bongsu acik(dia ikut pi kenduri)
pening kepala emi.
kiri kanan orang bersalam ha ha.
dari dalam dewan,bawak keluar jumpa lagi kawan2
sampai acik kata dengan en.suami..dah penat
elok la kita beredar dulu..
tak dapat jugak..diluar dewan jumpa lagi
dah masuk kereta ada lagi yang ketuk pintu kereta
keluar balik..memang meriah betul jumpa kawan2 lama.
hero bongsu acik kata
mak ngan ayah jadi penyambut tetamu diluar
dewan..acik ana didalam katanya
pandai je dia.
oklah jumpa lagi,Insyaa Allah.


Wednesday, January 21, 2015

WW

Assalamualaikum

Tuesday, January 20, 2015

SYAIR ORANG PENCEN

Assalamualaikum
Acik kongsikan syair orang pencen
acik 'copy' dari whatsapp
suami acik.ada kawan dia hantar.

Orang pencen hati gembira
Hidup aman sebagai pesara
kerja tak perlu hidup disara
Nilai prestasi sudah tak dikira

Cukup bulan dapat bayaran
Buat belanja lauk sayuran
Sekali sekala cari hiburan
pergi melancong bersama kawan

Bangun pagi tidak tergesa
Senaman ringan diri selesa
Sarapan sedikit sekadar rasa
Tahap kesihatan sering periksa

Makan dan pakai hanya ala kadar
Jangan la sampai masih tak sedar
Amalan yang buruk wajib dihindar
Jangan ditentang qada dan qadar

Perkara yang penting amal jariah
Menjaga kebajikan surau jariah
Anak dan cucu menambah meriah
Tiada masaalah bimbang tak payah

Orang pencen orang hormati
Teladan baik budi pekerti
Disana sini orang menanti
Mendengar cerita simpan dihati

Hidup bersara terasa lega
Tiada musykil serta curiga
Tak banyak hati perlu dijaga
Hanya bermesra jiran tetangga

Orang pencen anak dah besar
Cucu ramai sedang membesar
Rumah selesa biar tak besar
Yang penting tiada masaalah besar

Begitu kisahnya usia dah tua
Suami dan isteri tinggal berdua
Pengalaman hidup dirasa semua
Kepada Yang Esa berserah jua.


Wednesday, January 14, 2015

TUMPANG SERONOK

Assalamualaikum
lama tak tayang gambar cucu
walaupun cucu sedara je
hati pun dah cukup seronok dah
baru 4 bulan umurnya
Nur Arissa Zaharah
ayah dia anak sedara acik
anak sulung abang acik ni.
nak rasa ada cucu sendiri
 tak tau la sempat ke tidak
ok la jumpa lagi,In syaa Allah

Sunday, January 11, 2015

MAJLIS MERAIKAN YB DAN YAB

Assalamualaikum
Jumaat malam Sabtu majlis ni diadakan
untuk YB(Yang Bersara)
dan YAB(Yang Akan Bersara)
ramai juga ada 16 orang
Majlis anjuran Negeri
tapi diraikan juga 
3 orang kakitangan persekutuan
termasuk la suami acik.
Terima kasih pada semua.