Friday, November 28, 2014

MAHA 2014

Assalamualaikum
semalam sempat juga ke MAHA
tak lama pun dah tenghari panas
sebetulnya balik dari HQ 
Putrajaya..singgah sekejap

macam biasa kalau di MAHA
makan memang mahal
..makan 3 orang..RM50+ tak de sayur pun
ikan je ..tu pun ambil 2 ketul
kongsi 3 orang.
setiap 2 tahun sekali ke MAHA kan
acik lebih nak jumpa kawan2 dari negeri2 lain tu
tapi kali ni dah tengahari tak larat nak jalan.
tapi orang..memang ramai ya amat
yang tak bestnya
berlaga bahu..tu yang acik tak lama tu.
oklah jumpa lagi,In syaa Allah.

Thursday, November 27, 2014

GORENG DURIAN BELANDA

Sedap ..rasa macam goreng sukun
Bijinya pun tak buang..nak tunjuk kan durian belanda bukan sukun

Wednesday, November 26, 2014

WW..




Tuesday, November 25, 2014

KAKAK VS ABANG

Assalamualaikum
kisah en.suami acik..
dia kalau jumpa orang tak kenal
kecik..besar tua muda...
dia suka panggil abang.
sebab dah 20 tahun menetap
di Tanjung Karang dulu kan
memang dah biasa macam tu.
dulu ada sekali..acik pi jemput sedara
balik umrah..di parking..ada la jumpa
anak beranak ni..kalau ikut
bunyi cakapnya orang negeri acik la
bila tak tau nama..
en.suami mesti akan panggil "abang"
bukan la bermaksud nak kata
budak tu tua dari dia
tapi dah terbiasa kan
budak2 umur 2..3..tahun pun dia panggil
macam tu..tapi dia bahasakan la
diri dia pak cik ke..atuk ke..
masa tu..mak pada budak yang dipanggil
abang tu dengar..melenting la mak dia
anak dia budak lagi..dia kata
tak sedar diri..dah tua panggil anak dia abang
bebelnya..acik yang dengar pun
suami acik dah kedepan..
tapi acik malas nak menerangkan
acik abaikan je.
tadi lunch tengahari..kena lagi
tapi bukan budak la..
macam biasa..mulut ramah dia tu
suka menyebut bang..makan bang..
orang tu siap tanya umur
lahir tahun berapa..bulan berapa
dan kebetulan tahun lahir sama
bulan je berlainan....
ikut bulan..dia muda lagi katanya
ikut kan saya yang panggil abang..
oo alahai...tapi nak buat camana
susah acik nak ubah..
dulu selalu2 acik tegur..dia ubah ke tuan
jumpa siapa pun tuan..tuan..disebut nya..
ada pulak yang tak berapa nak suka.
susah jugak kan..acik kata..
sebut je la kau..kamu ke awak ke
tak nak pulak dia
macam tak sopan katanya.
masa acik kerja di Tanjung Karang dulu
pernah juga bos acik terkena
bila jumpa orang..mak cik tu panggil
acik "kakak" .sekali bos acik terus
tegur..eh..kenapa mak cik panggil
dia kakak..kan mak cik lagi tua dari dia
he he..tak sempat nak bagi tau bos
masa tu..dah balik baru bagi tau.
acik lak yang kena..
apasal sal awak tak bagi tau awal2
kan dah malu saya katanya.
ok la tu dah panjang acik bebel
jumpa lagi,In syaa Allah.

Monday, November 24, 2014

NAK CUTIIII

Assalamualaikum
cuti sekolah dah bermula
jemputan kenduri pun banyak
Hero bongsu pun dan telefon
mak datang la minggu
sebelum emi final exam
dah tu boss dah pesan
15 hingga 17/12/14
tak boleh cuti
audit nak datang
nak datang lagi awal
tak boleh sebab
tiap minggu ada test katanya..
ayo e la hai..
kalau kita dan sediakan 
semua
tak boleh juga ke.
sian pulak bujang acik tu
oklah jumpa lagi,
In syaa allah.

Friday, November 21, 2014

MASIH INGAT?

Assalamualaikum
Apa khabar semua.ingat acik lagi..
lama betul rasanya tak muncul
macam2 hal..line internet sakit
tuannya pun tak berapa sihat jugak
Allah nak uji kan..
Alhamdulillah masih boleh juga
bangun...Alhamdulillah..
nak cerita tentang hero bongsu acik la
Hero acik memang selalu mesej acik
tapi minggu lepas acik yang tiba2
tanya..walaupun dah kol 10 malam
adik ok ke..
dia jawab tak ok..demam selsema
batuk..susah nak nafas
mak ai terkejut acik
 terjerit juga la malam tu..suruh cari kawan
pi klinik malam tu juga
baru la..dia telefon..
mula2 telefon nombor yang ada dia simpan..
tapi budak tu jawab..
dia cuma bertugas masa minggu orientasi je
dia call lagi kawan yang lain
kawan tu tu naik bilik tengok keadaan 
dia dan terus telefon 'staff'
dan bawak pi klinik
marah la doktor katanya..
bukan doktor marah sebab kerja malam
tapi sebab keadaan dia yang dah teruk tu.
awak masih belum ada asma..
tapi kalau awak biarkan nanti
 mungkin akan dapat asma
itu kata doktor .doktor nak hantar hospital..
dia kata dah ok
tapi kol 5 pagi dah telefon acik 
kata belum ok..hari tu jugak acik pi Batu pahat
sebelum sampai asrama
singgah belikan nasi
tak lalu makan dia..kalau tidak 'hantu ayam'
masa makan ni la dia cakap
yang buat kan acik nak meraung atas kesilapan acik
hero cakap.
mak emi minta maaf
emi tau..mak dah pesan suruh berdikari
emi dah besar..dah masuk u..
semua kena urus sendiri
sakit demam pi hospital atau klinik
tapi masa sakit tu mak..emi rasa kosong.
yang emi ingat mak je katanya..
aduhai la anak..telefon la..mak tak marah
4 hari jugak acik berkampung di batu Pahat
sampai dia dah tinggal batuk sikit sikit baru acik balik
tu la dia..berhujan 2 minggu
memang tak tahan dia..
selama 2 minggu tu pi kelas..balik kelas
hari jumaat pi masjid..balik masjid berhujan.
sebelum balik tu acik pi beli baju hujan..beli payung
agak2 hero acik guna tak ye..



 dan pi cari mesin cuci dan kering ni jugak
basuh semua baju dan selimut dia.
dah basuh baju acik juga hi hi
dah mana la tau nak tinggal sampai 4 hari kan.
maaf ye,,terpanjang pulak bebel acik
tu la lama tak menulis kan
in syaa Allah nanti acik pi ketuk pintu
rumah kawan2 semua
Jumpa lagi,In syaa Allah.