Thursday, May 29, 2014

PANAS...PANAS..

Assalamualaikum
Rezeki di petang khamis
Alhamdulillah boleh buat berbuka puasa
terima Kasih KNJ.
yang baik hati buat kan roti ni untuk acik
KNJ ni acik kenal
melalui blog..tapi dah lama blog KNJ dibiarkan sepi.
 roti butterscotch katanya
ni roti inti labu
 sedap sangat kedua dua roti ni
lembut sangat..
terima kasih sekali lagi KNJ
acik memang tak pandai buat roti
dapat makan roti panas ni rasa sedap sangat.
oklah..jumpa lagi

Wednesday, May 28, 2014

MACAM CANTIK JE..TAPI....

Assalamualaikum
Semalam acik cuti sempena cuti
israk mikraj.
ajak hero bungsu
pi beli baju.
nanti bila dah masuk belajar
takut tak sempat nak pegi lagi
dah nak raya sangat
(gambar semua ihsan google)
mata mak yang dah berusia dengan mata anak bujang memang tak selari kan
acik nampak kemeja petak2 ni macam cantik je..macam comel je
lagi lagi warna merah tu.
hero acik tak minat lansung hi hi
dia nak kosong cam gambar bawah ni
warna pun nak hitam dan kelabu
alahai anak omak ni

kemeja T pun nak yang kosong dan warna hitam kelabu
kecik2 dulu boleh la gaduh2kan
dah besar ni tak boleh dah
nanti dia tak mau pakai.
bila la acik nak ada cucu
nak belikan kemeja petak2 ni
oklah jumpa lagi,In Syaa allah

Monday, May 26, 2014

MELAYAN ANAK TEKAK

Assalamualaikum
cerita hari Sabtu..cerita bergambar
acik pi kedai tempat buat kuih ni
tuan punya buat dengan anak2nya dapat la acik tengok

Tuan nya kata..tempahan tart bengkulu dah tutup
nak bagi ruang pada kuih raya
dapat juga la acik beli kuih kegemaran hero acik ni
belum banyak lagi kuih raya
untuk sample katanya

hari Ahad pulak ada kenduri kawen anak jiran lama
di Sekinchan..
dan jumpa juga dengan jiran yang
suka bagi acik sukun
 balik tu terus jadi bubur/pengat sukun
dan goreng sukun cicah sambal kicap
oklah.jumpa lagi,In syaa allah

Thursday, May 15, 2014

SALAH KE KALAU ANAK LELAKI YANG TUNJUK SAYANG..

Assalamualaikum
10/5 yang baru lepas ni
acik ke Jusco dengan hero bongsu acik 
masa lalu nak pergi makan ada yang bagi bunga 
ngan senduk tu kan.
entah promosi apa acik pun tak tau
tapi bila lalu berdua
dia tahan dan tanya..
ni anak ke puan..
bila jawab iya.
dia bagi la senduk  ngan bunga tu pada
hero bongsu acik
bagi pada mak dan ucap
selamat hari ibu katanya.
hero bongsu acik ambik
bagi ngan acik ..ucap selamat hari ibu
kemudian cium pipi..
perempuan yang bagi tu nampak terkejut
boleh keluar perkataan eh..dan berkerut muka
tak sangka agaknya kan
pelik ke kalau anak lelaki cium mak dia
hero bongsu acik ni
memang lansung tak de rasa malu
peluk dan cium mak dia
walau dimana saja.
kalau acik beli kan dia apa2
barang tu pulak dia suka
disitu juga dia peluk dan cium sambil ucap terima kasih.
pada acik tak de salahnya.
anak manja kan macam tu la..
bulan depan dah sambung belajar
sunyi la acik.
abang ngah awal2 dah usik..
belajar kat u..bukan macam sekolah tau dik
mak tak boleh datang tiap2 minggu.
dia boleh jawab..nanti kalau duit dah habis macam mana
hi hi..alahai anak omak..
alasan..
pengsan mak kalau 
nak datang tiap minggu dik.
sekolah dulu tak jauh boleh la mak
datang seminggu 2 kali.
oklah..jumpa lagi,In Syaa Allah

Wednesday, May 14, 2014

DAH HABIIISSS???

Assalamualaikum
maafkan acik
kena tayang lagi sekali
ada permintaan
nak tengok apa yang ada didalam
acik beli 6 bekas
last petang ni khas untuk ambil
gambar..dah licin..ish3
makan ke apa tak tau la..
sedaap beno la tu
ayah ngan anak2 dok ulang sampai licin
inti kelapa
 inti jem nenas
dok sebelah sebelah
oklah jumpa lagi,In syaa Allahh

Monday, May 12, 2014

DAPAAATT JUGAK

Assalamualaikum
dulu acik pernah buat N3 kan
tanya pasal kuih tat ni.
akhirnya acik dapat juga semalam.
selepas telefon pengusahanya.
kebetulan anak dia belajar diMelaka
dalam perjalanan ke Melaka
keluar tol Senawang dan jumpa di tesco
Seremban Jaya.
Alhamdulillah anak anak acik yang 
tak cerewet pasal makan tu
semua suka kuih tat ni
Tat Bengkulu nama kuih ni.suami acik lagi le
sambil makan boleh pulak kata..sama..sama..
sama rasaya macam yang arwah mak selalu beli katanya.
acik usaha juga mencari sebab tu la
En.suami memang selalu sebut kuih yang tak pernah
jumpa lagi selepas mak meninggal katanya
yang bentuk bulat tu inti kelapa
dan yang panjang sikit tu inti nenas
dulu2 tak jumpa inti nenas..
sekarang ni ada permintaan katanya.
oklah..jumpa lagi.In syaa Allah

Sunday, May 11, 2014

MAK..IBU..UMMI..

Assalamualaikum

Thursday, May 8, 2014

SAPE LA PUNYA KERJA

Assalamualaikum
tah sape la punya kerja ni
acik belum dapat tangkap pesalah
belum ada yang mengaku.
4 beranak tu buat selamba je
macam tak de yang buat salah.
tah apa lah yang dipotongnya
sampai patah pisau seramik acik ni.
sabo je le..
nak buat camana kan
benda dah jadi..
Anak anak dan ayah anak
tau tak tak pisau ni mahal...
okla..jumpa lagi..insyaa Allah

Wednesday, May 7, 2014

"WHATSAPP" TU APA?

Assalamualaikum
Malam tadi..hero sulung kata..
mak..tadi ayah tanya..WhatsApp tu apa
abang tanya balik..apa yah
ayah cakap lagi..WhatsApp tu apa..
tu la kan..he he..dah kawan2 suruh..WhatsApp je la bang
Baru la En.suami acik tanya anak dia
nak tanya isteri malu kot
acik dah tua jugak..tapi ambik tau
lagi pun hero bongsu acik tu rajin sangat
apa pun benda yang ada..
semua nak download ke telefon mak
lepas tu siap ajar macam mana nak guna..
sampai mak pandai..
tapi dia lupa nak ajar ayah ..
malam tadi baru la
dia ajar..sian agaknya ayah sampai bertanya
ngan abang dia WhatsApp tu apa.
ada ke orang lain yang tak tau
selain dari en suami acik..
oklah jumpa lagi,Insyaa Allah

Tuesday, May 6, 2014

DAH LULUS..

Assalamualaikum
terima kasih pada semua yang mninggalkan komen
hero bongsu acik dah pun lulus
masa kena maki tu..
dia cuma jawab satu je..katanya
"SAYA MINTA MAAF"
itu je yang dia cakap..sepanjang kena maki
macam yang acik kata..
dia dah kena masa test motor tu
masa nak test motor..seawal nak daftar masa bagi kad pengenalan dah kena katanya
untuk kereta..dah boleh terima dah dia kena maki.
Alhamdulillah dah lulus tak mengadapkan kena maki lagi.
Belum apa apa dah berangan dia
nanti kalau ayah pi kursus..
mak tak yah cuti dah Aimi hantar..
he he..ye ye je..ingat ayah nak bagi..
acik ni lesen ada..tapi dah gantung buat loket
tu sebab asal en.suami pi kursus
acik pun bercuti.
masa hero bongsu ada dirumah lagi ni
best juga cuti cuti ni
ada geng masak2 dan makan2
lepas tu..bila nak masuk kerja..
habis semua seluar baju..kecut..
sebab dah seminggu tak pakai kan hi hi.
bila timbang..ooo..timbang acik dah nak habis bateri
patut la bacaannya tak betul
saja je nak bebel..
ok lah jumpa lagi..Insyaa allah.

Friday, May 2, 2014

SESEDAP MULUT JE BERKATA KATA

Assalamualaikum

Ada tak kawan2 blog acik yang masih muda
mengalaminya..
dari hero kedua acik test jpj lagi dia kata
kalau yang bertugas tu perempuan kan mak..
suka maki2 orang katanya
tapi dia tak la cerita maki yang macam mana
baru baru ni..hero bongsu acik balik dari test motor
muka kelat je..acik tanya kenapa
dia kata orang tu maki2 katanya.
hero bongsu kan jadi sensitif sikit..
hari rabu lepas..test kereta pulak..
tapi dia dah kena maki masa test motor..
dah boleh terima kot
tapi kali ni..acik tanya..
orang tu maki macam mana dik..
macam macam mak..katanya
salah satunya..
bila nak bawak kete untuk test tu
orang tu cakap..hah..bawak elok2..
kalau nak mati..ko mati sorang
jangan heret aku sekali
Ya Allah terkejut acik
sampai macam tu sekali..
tu anak orang tau ke dia
ada mak ayah nya..sesedap mulut je.
oklah..saja nak luah perasaan
malu pun ada rasanya
sebab anak acik kata yang PEREMPUAN je
suka maki2 tu.
zaman acik test kete tahun 1989 dulu
tak de pun dengar maki2 orang ni
jumpa lagi,Insyaa allah.