Monday, March 31, 2014

SESAT YANG LUAR BIASA..

Assalamualaikum

Jumpa lagi kita
Hari Sabtu acik ada jemputan kenduri
tapi kan..pertama kali dalam sejarah
acik pi jemputan tapi tak sampai
walaupun sesat tu biasa..
tapi kali ni sesat luar biasa
sebab akhirnya jumpa jalan balik..
tak jumpa lansung rumah kenduri..hi hi

hari Ahad pulak kebetulan.hero sulung acik
minta maknya masakkan kari itik..
acik masak la nasi minyak untuk dimakan dengan kari tu
ok lah kan..makan nasi minyak jugak.
oklah jumpa lagi.Insyaa Allah

Thursday, March 20, 2014

DEBARAN DAH PUN BERAKHIR

Assalamualaikum
 
Alhamdulillah keputusan dah pun dapat
walaupun tidak semua A,
acik tetap bersyukur.
Syukur Alhamdulillah..
sedih jugak bila dia peluk mintak maaf
acik sabarkan dia..bersyukur la
dengan keputusan yang dapat.
Cemerlang tertinggi dan kepujian tertinggi
tu dah cukup baik bagi acik.
Acik tidak terkilan..sedih atau marahkan dia.
Acik mengucapkan syukur pada Illahi.
Kalau yang selalu baca blog acik ni mesti tau
bagaimana kerapnya hero acik ni demam
semput..tak boleh bernafas sejak duduk asrama.
minggu pertama periksa pun demam
berkejar keklinik..lepas tu tiap petang
acik pergi keasrama
bawak madu la..telur ayam kampung la
siap dengan hati unta la kan
selain ubat hospital
janji dia boleh bertahan untuk periksa.
tapikan..sejak tunggu keputusan 3 bulan dirumah..Alhamdulillah
selsema pun tak kena.. sihat wal'afiat.
Acik nak kongsi pengalaman acik
ikut sejarah hero bongsu ni
dari tahun satu..hingga PMR..susah nak tengok
 dia tak lulus ada c atau pun d
dikertas ujian nya.
lepas UPSR dapat 5A..dapat asrama
menangis nak balik..acik bawak balik..
tapi lepas PMR..acik cuba bertahan
tapi bila tengok keputusan nya teruk..
bincang semula dengan en.suami
tapi tak boleh nak buat apa ..
sebab dia memilih ke Sekolah Menengah Teknik
memang tak boleh nak bawak balik dok rumah
jauh jugak nak hantar..
masa tingkatan 4..satu xtvt pun dia tak mau masuk
kata dia semua xtvt banyak hari Sabtu dan Ahad
dia nak balik rumah.
bila dah tingkatan 5..baru dia nak aktif..
sebab koko akan kosong tak de markah
tu la dia mula sibukan diri..terima jadi pengawas
la dan macam2 xtvt lagi.
periksa bulan 5.
memang keputusan dia merudum.
dan bila keputusan SPM sebenar ni..
walaupun dia belajar last minit
acik memang bersyukur sangat dengan keputusan dia.
Akhir celoteh acik ni..
sebenarnya acik nak bagi tau
kalau anak kita tak mau dok asrama..
tak payah paksa
memang dia tak boleh nak tumpukan
pada pelajaran asek rindu rumah.
itu anak acik la..bukan salah anak acik tu manja..
tapi salah acik sebab memanjakan dia
kalau acik tak manjakan dia..
dah tentu dia tak berani nak manjakan
ok..tu je yang acik nak kongsikan
Tahniah buat adik..Berjaya dalam peperiksaan SPM..teruskan usaha
perjalanan masih panjang.

DEBARAN..BERMULA..

Assalamualaikum
Hari yang ditunggu tunggu oleh semua
calon SPM dan ibubapa.
semoga keputusan cemerlang menjadi
milik anak2 kita semua.
doa kan kejayaan anak2 kita ye.
pagi lagi..balik dari masjid solat subuh
hero bongsu peluk acik ketat ketat
acik memahami perasaan dia..tapi
tiada kata yang terluah
Nampak sangat dia menahan tangisan
alahai adik..
adik kan dah berusaha..apa pun keputusan
terima dengan redho.
teringat acik malam tadi
dikelas mengaji
ada ibu yang sama2 anak tunggu SPM
menyatakan kerisauannya.
dan ada pulak ibu yang bercakap
nak risau apa..benda dah lepas.
ada juga yang tak sensitif rupanya kan
sebagai ibu rasanya semua risau kan
oklah..jumpa lagi..In Syaa Allah

Wednesday, March 19, 2014

WW

Tuesday, March 18, 2014

HATI SEORANG IBU..

Assalamualaikum
Petang semalam pi bawak hero acik tukar mykad
kemudian singgah ke pasaraya gergasi
tiba tiba ada budak perempuan cantik..manis
tersenyum datang salam acik
acik 'blur' sekejap..sebab tak kenal
tapi tetap sambut salam yang dihulurkan
terus dia bagi tau.."saya kawan sekelas Aimi"..ooo kisahnya
lepas tu dia kata..dia kerja sambil tunggu keputusan
focus point nak cari pekerja
Aimi nak nanti saya bagi tau katanya
dalam perjalanan menuju ke kereta
hero acik cakap ngan acik
tak nak la mak..keje kat focus point
mata Aimi pun tak betul katanya.
Ya Tuhan..masa tu jugak acik rasa nak menangis..
sedih rasanya
kesian dia..tapi nak buat macam mana kan
bukan itu yang kita pinta sudah takdir yang maha Esa.
masa lahir..mata hero acik normal
masa umur 4 bulan baru jadi
macam tu..nak cerita pun panjang kan.
sampai sekarang ni masih rasa sempit dada acik ni
oklah..jumpa lagi,In Syaa Allah

Sunday, March 16, 2014

SELAMAT HARI LAHIR

Assalamualaikum
Selamat Hari Lahir
Hero Bongsu
semoga diBerkati dan di Rahmati dunia dan akhirat
semoga menjadi anak yang solleh selamanya.
Juadah yang sempat dimasak 
untuk meraikan hero bongsu acik ni



Jumpa lagi,In Syaa Allah

Thursday, March 13, 2014

WW

Assalamualaikum
(sumber dari kawan)