Pages

Saturday, November 30, 2013

AISKRIM DURIAN

Assalamualaikum
Anak teringin nak makan aiskrim durian
mak dah terbeli aiskrim matkool
untuk penyelesaian
mak beli je durian
makan la dengan aiskrim
jadi la aiskrin durian
tak gitu?


MINI GA KAKNI EDISI TUPPERWARE


Assalamualaikum
acik memang minat sangat 
dengan tupperware eco ni
mana tau kan ada rezeki.
meh ramai ramai kita meriahkannya.
untuk menyertai baca syarat2 dibawah,


















syarat syarat penyertaan
1. Terbuka kepada blogger yang ada alamat di Malaysia sahaja.
2. Anda mestilah follower blog kakni; goncar.blogspot.com
3. Like FB page KakNi; KakNi Shoppe (preferable) atau pd yg tiada FB, FOLLOW blog Kakni Shoppe di goncar-mall.blogspot.com
4. Letakkan banner di atas di dalam entry penyertaan anda
5. Letak tajuk Mini GA KakNi Edisi Tupperware di dalam entry penyertaan anda
6. Letak link entry penyertaan anda di ruangan komen entry ini
7. Tempoh penyertaan GA: 28/11/2013 hingga 6/12/2013

Friday, November 29, 2013

BERLONGGOK DAAHHH

Assalamualaikum

Petang semalam hero acik telefon
suruh ambik..nak kena balik
katanya..warden suruh balik
sebab dewan makan cuti..
hari ahad nanti kena hantar semula
untuk 3 hari lagi peperiksaan dia.
tu la sebahagian dari barang yang dah dibawak balik
ni kali kedua acik bawak barang2 dia balik
lepas ni kena kemas pulak
mana la acik nak letak lagi.
mau buku tingkatan tiga kena jual juga ni.
dulu tahun 2011 selepas PMR
acik yang jual novel ke lori paper lama.
bila buku SPM dah balik ni..yang PMR pulak la kena jual
kalau tak buat macam tu tak de tempat nak letak.
oklah..jumpa lagi,In syaa Allah.

Wednesday, November 27, 2013

EMOSI

Assalamualaikum
Tadi..acik baca blog zai..yang dah lega
sebab adik kertas akhir hari ni.
terharu acik baca kesungguhan adik
belajar..sampai ke masjid.
sebenarnya itulah yang acik rasa
acik sedih sangat bila tengok kesungguhan
hero bongsu acik..kalau asrama
dia akan tidur awal..tapi
akan bangun semula untuk solat
malam/hajat jam 3 atau 4 pagi
sebelum mula ulang kaji
kalau dirumah waktu cuti
dia akan tidur jam 2 pagi..untuk ulang kaji
dan solat dulu sebelum tidur.
hari Isnin dan Khamis dia akan puasa sunat
tu yang buat acik sedih sangat
melihat kesungguhanya untuk berjaya.
sebelum acik diserang gastrik yang teruk ni
memang acik yang akan berpuasa
tapi keadaaan tak mengizinkan sekarang ni
dia berpuasa sendiri.
acik dah tengok kesungguhan dia
acik tak pernah paksa dari dia upsr sampai ke pmr
semuanya atas usaha dia sendiri
terima kasih pada yang sama sama
mendoakan hero acik.
apa pun keputusan dia acik akan redha dan
berpuas hati..tambah lagi bila melihat
kesungguhan dia..
acik mohon pada Allah s.w.t semoga
memperkenankan doa2 hero bongsu.
ok lah..emosi pulak acik menulis ni
jumpa lagi,In syaa Allah

Tuesday, November 26, 2013

LAGI 3 HARI...

Assalamualaikum
Alhamdulillah bertemu lagi kita..
walaupun lama juga acik bercuti menulis
memula anak tak sihat..lepas tu mak.
tu yang tak mampu nak menulis
rindu jugak nak baca tulisan kawan2
yang selalu menceriakan suasana
dan boleh buat acik senyum sendiri.
minggu depan lagi 3 hari
2hb.3hb.dan 5hb.12.2013
hero acik menjawab soalan peperiksaan
lepas tu baru la dia merdeka.
buat sementarakan..in syaa allah

Thursday, November 7, 2013

ALHAMDULILLAH DAH BOLEH SENYUM

Assalamualaikum
Terima kasih pada semua
yang bermurah hati turut sama
mendoakan hero bongsu acik

petang semalam acik pi sekolah
Alhamdulillah dah berkurangan
senang hati mak nya ni
nampak muka dah cerah
dah boleh senyum.
cuma tak boleh lasak.
bergerak banyak sangat..
mudah penat katanya.
semalam acik bawakkan
 madu+ telur ayam kampung
bagi dia minum..Alhamdulillah
sebab semangat kuat nak sihat untuk periksa.
dah dua hari acik pi sekolah hantarkan madu+telur tu 
elok je dia telan..tak tolak pun
kalau acik pun tak tertelan mentah2 tu.
Terima kasih sekali lagi.
jumpa lagi,In syaa Allah

Tuesday, November 5, 2013

RISAU..DOAKAN YANG TERBAIK..

Assalamualaikum
Salam Maal Hijrah kepada semua
Acik juga mohon doakan 
hero bongsu acik ..Muhammad Aimi
supaya sihat dan dapat menjawab 
peperiksaan dengan tenang
pagi pagi dah telefon..tak sihat rupanya..
demam batuk dan selsema
kejap lagi nak pi ambik dia bawak klinik juga
dia tak mau ..tak nak makan ubat 
nanti mengantuk katanya.
jumpa lagi,In Sya allah

Monday, November 4, 2013

JEMPUTAN KENDURI

Assalamualaikum
semalam acik ke Tanjung Karang
lebih tepat lagi ke sini

Jemputan dari kawan acik
kenduri kawen anak sulung dia.
acik dah lama kenal dengan bapa pengantin ni
dari tahun 1983 sama satu opis
di Sungai Burung
acik dah kawen masa tu..tapi dia masih bujang lagi
tahun 1998 pindah ke airport Subang
sama juga..kemudian ke KLIA..
tahun 2006 awal tahun dia pindah
 semula ke Tanjung Karang
buat rumah di kampung Sri Tiram Jaya
dan acik  mintak pindah ke Seremban.
lama kan..tu yang acik pergi
juga memenuhi jemputan kenduri dia
 tapi tak de gambar la..
kalau dah jumpa kawan2 lama 
memang acik selalu miss 
nak ambik gambar seronok
 sangat berborak sampai lupa semua 
kecuali hero bongsu acik ada
baru acik ada gambar
sebab hero bongsu acik tu..senyap2 je
tah bila2 masanya..dia ambil
tapi selalunya ada je gambar 
acik nak kongsikan disini.
oklah jumpa lagi,In syaa allah

Saturday, November 2, 2013

AL FATIHAH

Assalamualaikum
semalam 01/11//13..ada dua berita
yang acik terima..
pertama kembali ke rahmatullah
suami kawan acik
acik sempat melawat arwah dirumah..
kemudian dapat telefon lagi
dari kawan yang sama kerja di KLIA dulu
kawan yang muda setahun dari acik
meninggal mengejut.
pagi tu pi keluar bersarapan
dengan suaminya
lepas sarapan mengadu sakit dada
katanya..terus rebah
dibawa keklinik.
arwah menghembuskan nafas terakhirnya
diklinik..dah sampai masanyakan
yang buat acik teringat dan terbayang
dan rasa sangat sedih..sebab
kasihankan anak tunggalnya
yang akan menghadapi 
peperiksaan SPM..hari Rabu nanti
Anak tunggal perempuan arwah
sebaya dengan anak bongsu acik
masa sekolah rendah pun sama sekelas dengan
hero bongsu acik..
semoga anak arwah tabah dan dapat
menghadapi peperiksaan dengan tenang.
ok lah jumpa lagi,In syaa allah