Thursday, August 29, 2013

BUNTU..TOLOOONGGGG

Assalamualaikum
poning kepalo acik ni
nak mintak tolong la ngan anak2 adik2 
kawan2 semua
macam mana acik nak buat ni
hari ahad 1hb,september ni
abang(hero sulong awal lagi dah
bagi tau..mak nanti kawan abang 
nak datang raya
dalam 20 orang..acik ok kan je
tiba tiba..hero bongsu pulak telefon
mak culcalutor hilang
terjerit la maknya..macam mana boleh hilang
letak mana..dia kata dalam beg sekolah je
tapi dah tak de katanya
adui ai..mahal culculator tu nak oi.
nanti 1hb,kol 9 pagi mak datang ambik Aimi ye
nak keluar pi beli barang,katanya
macam mana pulak ni..dah janji dengan abang
nak masak untuk kawan2 dia datang
adik tu sah2 tak mau dengan ayah je
kalau mak tak ikut..mau muncung je nanti
dia nak kekedai cermin mata jugak
cermin yang sekarang asek pening kepala
katanya..kalau dah kekedai cermin mata
bukan boleh sekejap.
macam mana nak buat pun belum tau ni.
tolong bagi idea ngan acik nak masak apa
yang mudah..cepat dimasak sedap dimakan
tapi tak mau la meggi ye he he
tak boleh nak tidur ni ha..
macam mana nak buat ni
nak bawak hari sabtu..
outing dia hari Ahad.
buntu acik ni..kesian jugak ngan abang
adik pun penting nak beli barang2 tu
hari Isnin dah percubaan SPM.
dah la sekolah di NS katanya kena 
dua kali percubaan
tak faham acik.
malas nak fikir la..nak tidur dulu...
moga esok ada jalan penyelesaiannya.
jumpa lagi,In syaa Allah


Wednesday, August 28, 2013

LUPA???SABO JE LAAA

Assalamualaikum
Semalam..acik pi bank
nak masuk kan duit
beli online..nak bayar guna maybank2u
tak de dan tak pandai pun.
biasanya suami acik yang buat semua
semalam nak ikut..
kena pulak tak de parking
acik cuba beranikan diri
nak buat sendiri
yakin je isi borang
tak tanya2 pun..ambik nombor
bila sampai giliran
orang dikaunter kata
salah borang ni..
pi turun balik..isi borang semula
tak payah ambik no baru katanya.
acik pun turun semula ke tingkat bawah
isi borang baru..dah siap
acik pegi semula kekaunter
duduk dulu ye..katanya
acik pun tunggu..
tunggu punya tunggu..tak panggil2
sampai la dah 23 orang 
kita ni manusia kan..mula la
nak hangin.
acik telefon en.suami dari atas tu
dah dapat parking ke belum
kalau dah 
tolong ambikkan nombor
dia pun pelik agaknya..
tapi bila tengok muka acik..dia faham dah
tak tanya apa apa pun.
kebetulan..nombor baru
dikaunter yang sama
acik terus cakap..ni ha
saya dah ambik nombor baru
baru la dia kata..
Ya Allah kak..saya lupa nak panggil akak
katanya..aduhai..kalau tak de aircond 
mau dah berasap dah.
oklah jumpa lagi,in syaa Allah

Tuesday, August 27, 2013

XTVT HUJUNG MINGGU

Assalamualaikum
Acik dapat Jemputan dari kawan 
dah janji dan zino nak pergi sama
dulu dah janji jugak ngan dia
tapi tak dapat sebab ada urusan
ngan hero bongsu.
kali ni seminggu selepas cuti sekolah
dan cuti raya..hero bongsu tak balik
dapat la acik pergi.
Janjinya nak konvoi pagi sabtu 24/8
berkumpul di tol gombak.
tapi bila acik fikirkan
yang en.suami acik ni jenih 
bawak kete perlahan
acik ambik keputusan  pergi awal
jadi acik pergi 23/8..bermalam
dihotel dan esoknya tunggu zino
untuk sama sama ke rumah pengantin.
 ni la pasangan pengantin yang sama cantik.
sepadan
terima kasih pada keluarga
pengantin atas jemputan



menu yang banyak,pelbagai dan sedap

(terima kasih RSA..gambar2 acik ambik dari fb ibu pengantin)
dan akhirnya jumpa juga dengan chef suami isteri ni
mee yang dimasak memang sedap
siap dapat tapau lagi
terima kasih chef.
ni la xtvt acik hujung minggu lepas
jumpa lagi,In syaa Allah

Monday, August 26, 2013

BERTEMU LAGI..

Assalamualaikum
lamanya rasa tak bertandang ke blog kawan2
nanti pelan2 acik terjah semua ye..
Hari Rabu lepas acik cuti
sampai la hari ni.
hari rabu malam khamis tu
kelas hero bongsu ada buat bacaan yassin
untuk kelas sahaja.
acik tanya dia..ada makan apa nanti lepas baca yassin
dia kata..kuih raya je.
terus acik bagitau dia..nanti mak buatkan nasi lemak
lepas tu mak hantar kesekolah
adik jangan bagitau sesiap dulu tau..
hero acik tu..mana tau diam
tau2 ada call dari no yang tak dikenali
3 kali...kali ke empat acik call semula
rupanya guru kelas dia
ucapkan terima kasih sebab nak masak kan 
makanan untuk bagi budak2 makan.
ayo e la hai..anak omak ni
tak boleh nak tutup mulut lansung.
menu acik simple je..nasi lemak..sambal udang
acik buat sikit nasi impit,rendang daging
ayam goreng rempah dan kuah kacang
jam sebelas lebih malam..hero telefon
habis.. mak katanya..
disebabkan acik tak pernah masak banyak
kiranya acik gagal jugak la..
nasi ada lagi..sambal udang dah licin he he
nasib ada rendang..
hero acik kata..kawan2 dia cakap
apa sal mak ko masak sambal udang..kegemaran aku ni
katanya..dah semua cakap macam tu
yang kemudian tak dapat sambal.
satu kelas termasuk cik gu ada 40 orang
acik masak sambal udang 3kg.
letak bawang besar banyak2 ngan santan 1/2kg
memang acik tengok banyak la 
kuah sambal tu pun banyak.
tapi tak pe mak katanya..semua dapat makan
seronok sangat hero acik.
acik pun seronok dapat menggembirakan hero acik
acik selalu bagitau dia..kita bukan orang kaya
mak tak mampu nak bagi/hantar makanan yan mahal2
yang mak mampu..masakkan apa yang mak boleh je
Alhamdulillah..hero acik faham
yang buatkan acik senyum sendiri tu
sebab hero acik tu malu2 nak cerita
ada kawan dia kata
kenapa kau tak de adik perempuan ye..kalau ada
aku nak kawen dengan adik perempuan ko
dah tentu dia pandai masak macam mak ko..
he he..alahai..anak2..pekse SPM dulu hujung tahun ni ye
ok lah..jumpa lagi,In syaa Allah

Sunday, August 18, 2013

KENA SERBU

Assalamualaikum
sabtu..pagi tu acik masak nasi
dengan lauk kari itik
goreng spaghetti.
sebab Ahad hero bongsu 
nak balik ke asrama
dah lama jugak dia sebut nak buat bbq
hari jumaat tu acik dah siap
 perapkan ayam.
dah siap masak
acik ngan anak2 kerumah 
anak sedara di Rasah Kemayan
balik dari rumah anak sedara
dah tentu kekedai buku
hero bongsu acara wajib dia kalau balik
sayangnya buku yang dia nak tak ada pulak
buku soalan SPM sekolah2
 berasrama penuh yang dicarinya
bila ditanya..add maths dah habis katanya
kesian pulak acik tengok.
balik tu..lepas solat asar
adik ngan bang ngah mulakan operasi
membako ayam.

 Sedang elok anak2 menghidupkan api arang tu
sepupu acik ngan anak dan menantunya sampai
3 kereta lagi tu..
nasib baik la pagi tu acik dah siap masak...
baru sepupu acik..keluar rumah..
sampai lagi satu kereta..
anak sedara yang dok pekan..Pahang
belum anak sedara acik balik..satu2nya
 sedara acik yang bagi tahu nak datang pun sampai
bila sedara acik dah balik..waktu maghrib sampai pulak
kawan satu keluarga..
memang betul2 acik tak sangka la.
7 keluarga yang datang
petang sabtu tu aje
Tapi kan..keluarga yang last je yang dapat merasa
ayam bako hero2 acik ni..
acik pun tak tengok2 
tak tau lah macam mana budak2 ni buat
lambat betul masaknya
sampai hitam.
boleh pulak dia kata..hitam pun tak pahit mak..sedap..he he
dah sendiri yang bako..tak kan nak kata pahit pulak kan.
malamnya..tak sempat kemas..acik dah kedebum
tidur..bangun pagi tengok dah bersih.
dan siap basuh pinggan mangkuk
terima kasih pada hero hero acik.
Hari ni tadi..dah pun hantar hero bongsu balik
sunyi pulak rasanya..
oklah jumpa lagi,In syaa Allah



Friday, August 16, 2013

TAKUT SANGAT LA PULAK

Assalamualaikum
banyak juga blog yang acik baca
pasal takut nak ke Dentist.
acik pun sama..tapi tak sangka
pulak..bujang kedua acik ni
lagi hebat takutnya..
dari bulan puasa lagi
dia mengadu sakit gigi.
acik kata pi la klinik
bila acik tanya..macam mana
dia kata dah kurang
tapi acik tengok
dia tak boleh tidur
kalau dah mak ni kan..tau je
walaupun kita tak tidur sebilik ngan anak2
habis lah semua ubat demam
yang ada dirumah tu dimakan nya
risau pulak acik kan
semalam kononnya nak suruh jugak ayahnya
bawak pi klinik gigi lepas maghrib
dia boleh jawab..tadi bang ngah 
dah pegi klinik biasa
dia kata tak de lubang
bagi ubat susut bengkak.
hei tak tau lah budak ni
apa lah yang takut sangat.
acik takut jugak..
tapi lagi takut sakit gigi.
oklah..pepagi mak dah bebel pulak he he
jumpa lagi,In syaa allah.

Wednesday, August 14, 2013

BEKAS KUIH RAYA BAGAIMANA PILIHAN ANDA

Assalamualaikum
Dah seminggu bulan syawal
cepat je masa berlalu kan
saja nak share..
acik ni memang jenis tak pandai sangat 
bab bekas2 kuih raya ni
kalau pi rumah kawan kawan tu
nampak cantik2
ada yang beriben la
macam macam lan kan.
tapi acik tetap la guna tupperware
memang tak de seni lansungkan
 ni lama dah..masa tahun 90'an
kalau ada yang ingat..bujur bentuknya
kemudian keluar pulak 4 segi bujur
 lepas tu keluar pulak jenis ni..acik guna pulak yang ni
 kemudian yang bulat
 tahun 98 kot..yang bulat ada bunga bunga pulak sikit
 lepas tu..yang ni anak2 acik panggil tupperware bentuk mata
 kemudian pesen tekan tutup nya ni
 Last dan acik guna sekarang ni
yang bulat ni  ada dua warna..pink dan purple
macam tu le acik..nak kata selera orang tua macam acik ni
masa acik muda2 dulu pun
tupperware juga acik guna..
sebabnya..kuih tak cepat lemau..kekal rangup
tu yang acik setia sangat dengan bekas tupperware ni.
oklah..jumpa lagi,In syaa Allah

Tuesday, August 13, 2013

MEMANG SEDAAAPPP SANGAT

Assalamualaikum
malam tadi..acik dah dapat makan ni
nasi impit goreng kegemaran acik
acik rasa..sedara acik yang sorang ni kalau buat
memang ngam sangat dengan tekak acik
sedap sangat

gambar ni acik dapat dari google
rupanya gambar dari blog sepupu tuan rumah
he he..sama la tu kan
(anim halal ye)
oklah..jumpa lagi,In syaa Allah

Monday, August 12, 2013

SEBAHAGIAN GAMBAR RAYA 2013

Assalamualaikum







satu yang acik tengok dikampung kali ni
ramai yang pasang khemah
diluar rumah.
macam kita pi kenduri tu
mudah..semua dah dihidang
makan cara buffet.
ok la jumpa lagi,In syaa allah

Sunday, August 11, 2013

EMPAT HARI TELAH BERLALU

Assalamualaikum
Alhamdulillah dah pun 4 syawal hari ni
acik sakan berjalan raya
pada raya pertama je
raya kedua..abang dah bagi tau nak datang
awal pagi lagi acik dah siap masak
menunya..seperti gambar dalam pinggan hero bongsu tu le
acik bukan ingat nak ambik gambar pun
sibuk la masak..kononnya kan he he
Syawal ketiga pun ada tetamu..
acik masak2 juga..walaupun acik dah mula puasa
sebab tukang rasa ada ramai kan 
 hari ni punya menu..
sebab zino kata nak datang sarapan
nasi lemak la yang sesuaikan
esok..dah mula kerja.
oklah jumpa lagi,In syaa Allah

Friday, August 9, 2013

MOHON MAAF..

Assalamualaikum
baru acik berkesempatan nak mengucapkan 
selamat hari raya pada semua
maaf zahir dan batin.
maaf ye kot silau pulak
nak buat camana kan
dah tu pilihan anak2
mak ayah ikut je.he he

Sunday, August 4, 2013

JARI JARI KU SAKIT SEMUA

Assalamualaikum
orang lain pun puasa gak kan
tapi rasanya tak le macam acik ni
  nak buat camano..dah tua2 ni cam tu la
konon nak goreng macaroni
rebus dulu bagi lembut
kat dapur acik memang ada tv
tetiba pulak terleka
tengok cerita korea
lepas tu..terbau hangit
ooo alo hai..dah rentung macaroni ku.
tak tangguh dah,,terus angkat kesingki
panas2 tu acik letak sabun
ambik sudu..mula la buat kerja
Alhamdulillah..setelah jari jari ku sakit semua
dah kilat balik periuk acik.
oklah jumpa lagi,In syaa Allah

Thursday, August 1, 2013

APA ADA PADA RUPA..


Assalamualaikum

saja acik nak tunjuk ni
acik kalau nak makan kuih ketayap ni
biasanya beli je
tapi masa 1 ramadhan tu beli
mak ai..kerasnya
dah la inti dia dari hampas kelapa 
kawan acik pernah cerita
ada yang buat inti kelapa ni
selepas ambil pati santan
perah sekali la..untung katanya
jadi betul la ada inti dari hampas kelapa kan.
baru baru ni acik tengok
gambar kuih ni di blog liza..(intai didapur tu)
teringin pulak nak buat
Alhamdulillah menjadi..rasanya sedap..terima kasih Liza
Tapi..tu la rupanya gulungan acik he he
terkeluar sana sini.tak seni lansung..
acik buat sikit..sebab selalunya budak2 tak berapa suka
kali ni..siap tanya..mak buat ke..
ye la..acik jawab..sekali acik tengok tinggal dua je..
ish2 budak2 ni..selalunya tak suka
kalau beli dua pun tak nak usik.
acik ngan suami la kena makan sorang satu.
ok lah jumpa lagi,In syaa allah