Pages

Sunday, June 30, 2013

DOAKAN YANG TERBAIK

Assalamualaikum


Hari Jumaat kesekolah Hero bongsu
sampai je kedepan kelas..dia dah sambut dulu
terus cakap..mak keputusan Aimi merosot
Tu la hati mak kan..dan ingatkan
jangan sibuk sangat..belajar..
Selalu mengadu..letih bila malam..tak sempat baca dah lelap
bangun pukul 4..konon nak membaca..
sedar2 dah nak masuk suboh katanya
Bila jumpa guru kelas..bila tengok keputusan..
walaupun tiada yang gagal
tapi tetap jauh merosot dari dulu.. 
guru kelas memang baik la..
dah waktu sekarang..murid jangan dibagi tekanan katanya
ye la cik gu....dah sibuk sangat dengan xtvt..
malam dah penat..bila nak study.
sebelum ni tak pernah tinggal diasrama
jadi acik tau..macam dia berusaha
lebihkan untuk berjaya
masa mula mula tu pengetua bagi ucapan
walaupun sekolah kita sibuk dengan bermacam macam xtvt dari awal tahun sampai bulan mei
tapi keputusan tetap cemerlang..katanya..ye la puan pengetua..
tu bagi yang genius
tapi tak pe la dik...mak sentiasa doakan yang terbaik..jangan selesa..tingkatkan usaha.
Apa pun keputusan terima dengan redha..jangan keciwa.

oklah jumpa lagi,Insyaallah

Friday, June 28, 2013

SAMA TAPI TAK SERUPA

Assalamualaikum

tu dia..samaaaa..
nasib baik sedara akak..
peluk peluk je la bila dah berjumpa
kebetulan pakai baju sama.
ok lah jumpa lagi,In syaa Allah

Wednesday, June 26, 2013

MACAM KEPALA ULAR

Assalamualaikum




Apa kata/pandangan kawan.
macam ni rupa batang paip dalam bangunan/rumah
kalau la dirumah sendiri dah tentu tak mau bayar ni kan 

Saturday, June 22, 2013

PERMINTAAN KHAS

Assalamualaikum
dah siap masak dan hantar keasrama
untuk hero acik tu,,tinggalkan sikit dirumah
pandai buat permintaan nak bagi kawan2 makan
hari ni ada hari koperasi
kelas buat jualan katanya..
tapi yang mak masak bukan untuk jualan
tapi nak bagi makan kawan2 yang bertugas
apa2 lah nak oi..mak  masak kan je
 goreng spaghetti dengan goreng macaroni
yang tinggal dirumah ni
acik campurkan je..dalam satu bekas
yang dah dihantar..lupa nak ambik gambar
oklah..nak rehat jap
jumpa lagi,In Shaa Allah

Thursday, June 20, 2013

TERIMA KASIH

Assalamualaikum
Terima kasih pada kawan kawan yang sudi memberi
yang ingatkan acik..
acik simpan semuanya sebagai kenangan
Irfa,Cik Viva,Jemarisuri,Tihara,Dinas dan Ummiros











Wednesday, June 19, 2013

WW..

Assalamualaikum


update
ok acik bagi tau bunga rockmelon ni


Tuesday, June 18, 2013

BEBEL LAGI

Assalamualaikum
nak cerita hero kedua acik ni
minggu lepas..hari Sabtu
dia cerita..dah berhari hari
Bangah cari kedai jual nasi ayam
tapi tak de jual la pulak..katanya
hari Ahad tu ada kenduri kat dewan
kalau menu nya nasi ayam..mau Bangah
masuk je pi makan..walaupun tak kenal tuan rumah
amboiii..tenat dah budak ni.
jadi hari Ahad tu
acik masakkan la nasi ayam
kesian dan risau pun ada kalau
dia tak dapat makan nasi ayam
acik rasa bukan tak de kedai yang jual
tapi dia yang cerewet tang makan.
abangnya selalu cerita
kalau ajak Bangah masuk kedai
makan..selalu tak mau makan
kalau lapar sangat dia minta roti je..katanya
Bangah tu tak suka makan kat luar mak
dia suka makan dirumah..adu abangnya.
acik pun tau dah
Bangah memang macam tu..
cerewet pasal makan diluar.
ada kawan acik kata
anak acik tu nanti kalau bertemu jodoh
kena orang yang pandai masak.
harap harap macam tu la kan

oklah..dah panjang pulak bebel acik ni
jumpa lagi,Insyaallah

Monday, June 17, 2013

MINUM KE MANDI?

Assalamualaikum
Semalam..seperti biasa
pi jumpa hero acik yang sorang ni
menu semalam nasi ayam
sebahagian bekas bekas air yang sempat acik ambil gambar
punya banyak bekas air dia
tak sampai seminggu dah habis
macam tak percaya je
acik selalu tanya..adik minum ke mandi
dia jawab..minum la..
ish2..hari Jumaat hantar air..hari Ahad hantar lagi
sama je banyak nya. 
air didewan makan  ke kantin ke..tak mau dia minum
sakit tekak katanya..air kotor la..hitam la..
tak tau la..apa2 la dik.
dah tak jauh..boleh la mak hantarkan
 bila je dibagi tau air minuman dah habis.

oklah jumpa lagi,In shaa Allah.

Wednesday, June 12, 2013

WW....

Assalamualaikum


Tuesday, June 11, 2013

SPAGHETTI VS BEEHOON SINGAPORE

Assalamualaikum
Sebelum hero acik balik asrama
sempat masak ni..
acik ambil resepi dari blog Q
memang sedap Q.acik rasa nak buat lagi
tapi ayamm dah habis pulak.
Tapi kan..acik pernah cerita ngan Q
kalau masak spaghetti anak2 kata spaghetti melayu
bila acik masak spaghetti ni..boleh anak2 kata
rasa macam makan beehoon Singapore..ish3
tak betul ke acik masak he he
tapi ada yang tinggal..acik tak letak susu cair
tepung gandum tu acik bancuhkan sampai dapat secawan air.
tapi..licin..sampai ayahnya nya boleh tanya lagi
nak ulang makan.anak2 dah licin kan.
Terima kasih Q..In shaa Allah
akan ada ulangan ni..sedap..

ok lah..jumpa lagi,In shaa Allah



Monday, June 10, 2013

KEK BERSALUT COKLAT CADBURY

Assalamualaikum
Masa tengok di blog Nor secubit garam tu
teringin pulak nak  mencuba
 Acik tanya ngan nor..bekas tu boleh kukus ke
nor kata boleh..Terima kasih nor
masa cuti sekolah..hero bongsu ada...
mula la acik buat operasi
Alhamdulillah menjadi..terima kasih Nor
untuk jalan selamat..sebab acik tak pandai nak buat
topping coklat tu
acik beli je 2 keping coklat cadbury
cairkan..curah atas kek
jadilah..ada jugak coklat atasnya kan.

Jumpa lagi,In shaa allah

Sunday, June 9, 2013

KEMBALI KESEKOLAH/ASRAMA

Assalamualaikum
Hari ni dah pun hantar hero bongsu balik ke asrama
risau juga acik ni
sempat dia bagi tau..locker tak dikunci
sebab barang barang semua dah dibawak balik
tapi masih lagi ada yang gatal tangan kopakan/rosakkan kunci tu.
sementara nak pasang semula
locker dah tentu tak boleh dikunci.
macama mana keselamatan barang2 dia dalam tu nanti kan
masa dia ambil buku 'outing' dipondok jaga pun 
jaga dah bagi tau
asrama /dorm macam tongkang pecah katanya.
sebenarnya sekolah hero bongsu digunakan
selama seminggu untuk perlawanan 'sofball' 
seluruh malaysia 
pelik kan..masih sempat buat perkara jahat.
Masa balik cuti sekolah tu
ramai yang tak bawak balik buku teks
masing2 tinggalkan dalam bilik galery ilmu
acik harap sangat bilik tu tak dipecah.
budak2 dah nak periksa..kesian kan ..

oklah.jumpa lagi,In shaa allah

Friday, June 7, 2013

"KURTA"

Assalamualaikum
dah lama sangat hero bongsu acik
teringinkan baju 'kurta' ni
acik je tak berapa nak minat nak belikan
acik buat tak reti je
sampai la minggu ni
dia bagi tau..
mak Aimi nak beli kurta ye
Aimi beli dengan duit Aimi sendiri
Aimi dah kumpul duit katanya
ooo alahai..sedih lak acik rasa..kesian dia
hari khamis tu
acik ajak dia pi kedai
minat budak ni..memang hitam je la
ada pulak saiz dia
 kemudian nak beli songkok putih pulak
yang dia punya warna dah tak putih
dia nampak pulak yang macam kubah masjid ni
terus minat..sabo je la acik
dah dia minat acik biarkan aja dia pilih.
dah sampai rumah.
punya suka nya dia..boleh lompat2 peluk kurta tu.
kemudian pelok2 dan cium acik
sambil ucap terima kasih
lagi la acik sedih..
rupanya dia memang dah lama sangat 
berangan nak pakai baju ni..
yang songkok putih ni pulak..
rupanya menarik minat ayah dan abang dia juga
lepas sorang2 meletak kan songkok ni atas kepala
sabo je la ..he he.
ok lah..jumpa lagi,Insyaallah


Thursday, June 6, 2013

BUBUR JAGUNG DURIAN

Assalamualaikum
Biasanya kalau acik puasa hari
 Isnin dan Khamis tu
juadah berbuka acik beli je
hari ni..hari khamis 
Negeri Sembilan cuti Israk Mikraj
dapat la acik buat cekodok jagung
dan buat bubur jagung durian
dan yang paling acik tak sangka
en suami acik buat suprise pulak tu.
masa acik merehatkan diri dibilik
dia boleh masak asam pedas ayam tu
 gambar ni buktinya.
dah dua hari sebenarnya waktu lunch
acik pi cari asam pedas ayam
tapi kedai tu tak masak asam pedas pulak.
tak sangka acik..suami acik tak pernah masak asam pedas
kalau masak lomak dan sambal tu
memang dak nombor one dah.
anak2 kata sedap
acik akan rasa masa berbuka nanti
 cekodok jagung suami acik yang tolong gorengkan
acik bancuhkan je

bubur jagung durian.
oklah dah nak sampai waktu berbuka ni
jumpa lagi,insyaallah

Tuesday, June 4, 2013

TV..OH TV..

Assalamualaikum
Acik pernah cerita dulu tv dibilik acik rosak kan
dah lama dibaiki .. 
dah boleh tengok pun.
baru2 ni tv gedabak pulak rosak
padan pun dengar umur tv tu kan
beli tahun 1998.
yang tu tak boleh repair.
hukum panggil lori paper lama je..
sebab tu..kena lah hangkut tv acik
yang dalam bilik tu kedapur
sebab tu la..terjadi la peristiwa seperti dulu2
masa tv dirumah ni cuma satu
ye la..saluran yang acik suka tengok
dengan suami dan anak2 memang 
300% berbeza kan..he he.
acik kalau malam2 memang 393 je la
kadang2 bila acik terlelap..
memang bonus la untuk suami acik
sedar2 je dah cerita lain.
kadang2 tu sedang acik baring tengok tengok tv
dia intai nak tengok..
acik dah terlelap ke belum
kalau acik bersuara.
.eh..ingat dah lelap tadi he he
masa cuti sekolah ni
hero bongsu acik
memang tukang sampai cerita la.
mak..2..3..kali ayah intai kat dapur...
nak tengok mak dah terlelap ke belum
kalau mak lelap..cepat2 ayah tukar tengok
orang lawan tennis..
abih tu..nak buek camano kan
suami acik suka tengok siaran sukan
kalau sukan tak de dia minat
dia tengok cerita tamil
kalau malam tu la 2 saluran yang dia suka
cepat la abis cerita korea ni
senang sikit hati nya he he
oklah..jumpa lagi,In shaa Allah


Monday, June 3, 2013

SEMOGA BERKEKALAN DAN BAHAGIA SELAMANYA

Assalamualaikum
sebelum keBangi..kami kesini dulu
meraikan majlis perkahwenan
cucu sedara pada 1hb.jun,2013
majlis diadakan ke kelang 



 Selamat Pengantin baru
Noorfatihah dan suami,Syed Muhammad Azri
semoga berkekalan selamanya



 Kenduri memang di Klang..tapi sebab
dah asal mak dan uwan Fatihah dari negori
Diimport la..kumpulan cak lempong ni
dari Port Dickson
Dan kumpulan dikir ni dari Astana Raja Rembau
nak cuba upload video dikir..tapi tak menjadi pulak
oklah..jumpa lagi,Insyaallah

Sunday, June 2, 2013

LAYAN GAMBAR JE

Assalamualaikum
Hari sabtu 1hb,jun 2013
BBQ Gathering Blogger bertempat di ME
Layan gambar je..
Terima kasih tuan rumah Dato' dan Datin
Terima kasih dato'
CD cenderahati dari tuan rumah
maaf juga pada semua
sebab dapat singgah tunjuk muka
 hanya sebentar cuma.
Terima kasih pada semua orang kuat 
yang menjayakan perjumpaan ini
tak tulis nama pun semua dah tau kan.













ALAHAI ANAK OMAAKK

Assalamualaikum
oo alohai anak omak
cam mana la pakai kasut
dah berkurap kasut tu
sekolah baru je berapa bulan
tak belikan baru kesian

akhirnya..beli jugak yang baru
dah pesan..pakai elok elok..guna sampai 
tamat peperiksaan SPM
Seperti biasa..jawapan dia
Aimi pakai kasut elok je
mana tau nak jadi macam tu.
yo la tu nak..
oklah..jumpa lagi,In shaa Allah