Pages

Thursday, February 28, 2013

SEMOGA CEPAT SEMBUH..

Assalamualaikum

 Semalam hero bungsu pagi pagi dah telefon
"mak pagi ni boleh datang tak
aimi demam"

Sebelum pukul lapa acik dan ayahnya dah sampai
dia pun dah tunggu di pondok jaga
cari klinik 24 jam..Alhamdulillah ada
doktor bagi la rehat 2 hari
kena la juga ayahnya mengadap guru besar 
minta izin bawak balik
Guru besar mood baik pulak pagi semalam
"Aimi ni budak baik..pandai pulak tu
tak pe la boleh la bawak balik rehat"
Alhamdulillah ..amiin..mudah2 an betul kata GB tu.

petang ni nak hantar balik asrama semula
tak mau dia lama2
ada perubahan tahun lepas dengan tahun ni
ye la kan dah nak SPM
tak boleh lama2 cuti katanya..nanti ketinggalan

hati mak tetap risau
semoga hero bungsu acik sembuh sepenuhnya..

oklah jumpa lagi,Insyaallah

Monday, February 25, 2013

"GAJI"

Assalamualaikum

Hari ni..hari Gaji
apahal acik cerita gaji 
pepagi ni..he he..
sebab nya ..malam tadi acik jumpa di FB
anak2 jiran acik masa dok Sungai Burung
seronok sangat..rindu ngan budak2 tu
masing2 dah besar sekarang ni

masa anak2 kecik..masa bermain..
anak jiran acik selalu cakap
"nanti dapat gaji mak aku nak beli itu la..ini la"
bila selalu anak jiran cakap macam tu
akhirnya anak acik tanya..
"mak..mak ada gaji ke"
"kenapa" acik tanya balik
mama(anak2 acik panggil jiran acik tu mama)
ada gaji katanya..Ijul..kak Ti selalu cerita 
 mama dapat gaji.

 alahai..silap acik kot masa tu..
tak pernah cerita pasal gaji ngan anak2,
sampai anak2 tak tau..
kalau nak beli apa apa..acik cuma cakap..nanti bila mak ada duit mak belikan

macam mana agaknya zaman sekarang ni ye..
cerita ni masa anak2 acik kecik.
sama la dengan cerita..anak2 acik tak pernah makan meggi
sampai anak2 boleh bercerita ngan acik
"mak..tadi cik Jam(pengasuh)masak mee..sedap mak..
nama mee nya tu mee meggi katanya..he he..
acik pun masa tu tak makan meggi
sebab tak mau bagi anak2 makan
macam mana acik nak masak kan meggi..he he..
bila diingat gelak sorang acik sampai sekarang. 
agaknya tu la kekurangan acik sebagai ibu masa anak2 kecik dulu kan..

oklah jumpa lagi,Insyaallah
 

Saturday, February 23, 2013

INDAH DIPANDANG MATA..

Assalamualaikum
cantik kan
acik suka sangat
acik ambir gambar ni dari kawan FB
acik dah minta izin dengan dia letak
di background PC
kemudian acik kongsikan pulak disini

 Yang ni..cucu sedara acik le
dah besar dah..dah pandai memilih
kalau lama tak jumpa puas bodek dulu baru nak
oklah jumpa lagi,Insyaallah


" Contest Kaca Mata PapaMifz.com "...

Assalamualaikum.

Acik pun nak bagi sokongan pada PapaMifz.com
sebab acik berkacamata
acik akan menuliskan berpandukan 
apa yang PM tuliskan diblog dia
 Kacamata acik sekarang ada dua
yang ini dah lama tapi masih guna lagi
bingkai jenama Bonia

sebab yang bingkai bonia tu cerminnya 
dah tak jelas pandangan
acik buat lagi satu guna plastik.
jenama givenchy.
bermula lah kisah pahit acik berkaca mata
Kaca mata ni acik buat di Focus Point Terminal One.
kaca mata yang acik guna 
Multifocal katanya jenis zeiss(betul ke ejaanya PM)

kisah pahit yang acik kata tadi..nak cuba guna 
bingkai plastik
rupanya tak tahan acik
asik pening kepala..sebab plastik bila berpeluh
 melorot ke bawah
acik tukar bingkai..minta staff disitu carikan yang sesuai
dia dapat kan pulak bingkai jenis loewe ni
dah tak kisah ikut sesuai dengan muka ke tidak
rasa nak nangis acik..bingkai ni pun mahal.
terpaksa juga bayar.
tak tau dimana silapnya..mungkin sebab dah 
tak sama bingkai
tak selesa pemandangan acik masih juga pening
sudahnya yang lama juga acik pakai
sayang..dah la nak tukar bukan senang kan..
harga kacamata..4 angka jugakla..abis bonus acik. 
nak kata menyesal..tak baik pulak kan..tapi sabo aje la..
kerana mulanya nak mencuba plastik..
konon nak tahan lama
bila dah tak boleh..tukar lagi
menjadikan duit habis..kacamata tak selesa dipakai

Ok..itu je kisah acik dan cermin mata
pada kawan yang ingin menyertai
boleh la..ke blog www.papamifz.com

jumpa lagi,Insyaallah



Friday, February 22, 2013

?

Assalamualaikum
dua ekor je tapi bunyinya kemain bising.
sembelih buat rendang kang baru dia tahu he he
mau kena kejar dek tuan nya
kalau dilepaskan
gaya nak mengejar orang je
cemas dibuatnya
 ok lah..merepek kejap
jumpa lagi,Insyaallah

Tuesday, February 19, 2013

KEK KUKUS..susah ke nak buat?

Assalamualaikum

tengahari tadi rasa macam kenyang
tapi keluar jugak teman en.suami
bila dia order
nasi impit kuah kacang
ngan rendang ayam seketui ni..
terbuka la pulak selera acik
tapi tak mau order lah..tadi kata kenyang kan
konon malu la jugak he he
acik kacau je en.suami makan..sedap..
 Dikedai makan tu ada jual kek kukus
kedai kedua acik jumpa kedai makan jual kek kukus ni
yang ni 200gm RM8.00
kedai yang sebelum tu..500gm RM16.00
dua dua sedap..
susah ke nak buat kek kukus ni ye
acik suka makan..tapi tiap kalinya..beli
ada jumpa yang sedap
ada yang tak de rasa lansung
harga tetap sama walau pun tak sedap..he he

oklah jumpa lagi,Insyaallah




Thursday, February 14, 2013

POTONG JANGAN TAK POTONG

Assalamualaikum

habis dah pokok mangga depan rumah
lepas ni..nak makan mangga beli je la kan
baru2 ni ada yang ambik gambar pokok pokok 
depan rumah
risau jugak kan..sebab memang dah sah2
bukan tanah kita..
tumpang tanam pokok pokok je 
masa budak ni cuti sekolah dapat la
minta tolong.

oklah jumpa lagi,Insyaallah

BETUL KE?

Assalamualaikum

setiap kali pi minum di restoran ni
acik suka baca apa yang tertulis didinding tempat membuat air minuman
puas juga acik fikir..betul ke..
cuba tolong acik fikir dan beri pendapat..boleh?
Terima kasih pada semua

BATU YANG KERAS ITU,AIR YANG LEMBUT DAPAT MELEMBUTKANNYA
TAPI HATI YANG KERAS ITU.
TIADA SEBARANG BENDA DAPAT MELEMBUTKANNYA,
SEBAB ITU GUNUNG LEBIH SENANG DIUBAH,
DARI MERUBAH HATI.


dua baris terakhir tu betul ke..

oklah jumpa lagi,Insyaallah

Wednesday, February 13, 2013

WW?..

Assalamualaikum
dah lama cuti..
jom kerja

Tuesday, February 12, 2013

HARI KETIGA..LAYANNN...

Assalamualaikum

cerita makan lagi..tapi bukan acik yang masak kali ni

kesini la kami pergi
anak2 acik suka disini..sambalnya sedap..katanya
banyak juga nasinya
hero bungsu tolong maknya makan separuh lagi
acik tak minta ayam..cuma sotong
tapi tak ada gambar la pulak
Yang tudung hijau tu la adik acik yang belanja makan

oklah jumpa lagi..Insyaallah


Sunday, February 10, 2013

HARI KEDUA..LAYANNNN....

Assalamualaikum..

hari kedua sessi melayan tekak
 Kari itik
 sayur brokoli..goreng je
durian crepe untuk hero2 acik
beli je..ada pulak orang jual tadi

oklah..lepas layan tekak ni nak layan mata pulak
jumpa lagi,Insyaallah

Saturday, February 9, 2013

LAYANNNN.....

Assalamualaikum

Cuti empat hari kali ni
acik tak kemana mana pun
dok rumah je layan tekak
perancangan dah ada
nak buka lansir
nak cantas pokok
tapi semua belum menjadi he he.
Bila baca status kat FB
ramai yang kata jalan jem
tu la yang buat kan acik malas nak kemana2 tu
anak sedara balik Kelantan
pukul 7.30 pagi tadi baru sampai Gua Musang
tak sanggup acik.

oklah..jumpa lagi,Insyaallah

Friday, February 8, 2013

TAHNIAH

Assalamualaikum

acik tayang gambar baby
suka tengok..comel
baby ni lahir pada 25hb.januari,2013
 berumur 2 hari
ni genap 2 minggu
ni la mak baby
ayahnya tak dak pulak..
puas acik cari gambar sanding tak jumpa
gambar maknya masa hari persandingan
 pada 25hb.12.2011
maknya ni sama keje ngan acik.
dia tau sangat acik suka ngan baby
tu yang mms kan gambar anak dia
ok lah..acik ucapkan selamat bercuti pada semua
dan kalau balik kampung..berhati hatilah
dijalan raya..semoga selamat perjalanan pergi dan balik

jumpa lagi,Insyaallah

Thursday, February 7, 2013

BUKAN IKLAN YE..TAPI KALAU NAK MENCUBA APA SALAHNYA


Assalamualaikum
acik bukan buat iklan
saja nak cerita..he he
 dulu disini ada kedai nasi arab
sekarang sudah tukar pemilik..en.suami acik yang 
memang nya peramah tu..siap bertanya lagi
katanya baru 2 bulan dibuka
Lazeez nasi arab ni disenawang pun ada satu
acik pernah pergi..tapi ada nasi arab sahaja
 yang di Seremban2 ni..ada nasi kabsah
ada roti..nama lupa dah
ada pulak kentang goreng bagai
tapi acik tak order
nasi dan roti pun tak habis dah kenyang
kesedapan nasinya buat acik teringat2.
sop dia memang sedap..tapi tak de gambar 
 lupa nak ambil gambar

acik kongsikan disini..sebab..
acik pernah pi belajar mengaji ngan ustaz
tuan punya kedai ni.
dan sampai sekarang masih lagi mengajar

oklah jumpa lagi,Insyaallah

Wednesday, February 6, 2013

BERKAKI AYAM...

Assalamualaikum

Acik rasa lucu pulak malam tadi
kami gelak sama sama
sambil menuju kereta...sambil gelak
dengan berkaki ayam

tak sangka betul
seperti biasa..malam tadi acik dan adik 
pi kelas mengaji
malam tadi kami lambat turun dari kelas
dah jam 10 malam
sekali turun tengok ada selipar acik je
selipar adik tak de.
eh..mana selipar katanya
acik tengok pun memang tak de
dia naik keatas semula
tak de jugak
 sudahnya sambil berjalan..aduh..aduh..aduh katanya
he he..berkaki ayam memijak batu2 dijalan tu
memang menyakitkan kaki
tah sapa la punya kerja agaknya

oklah jumpa lagi.Insyaallah

Monday, February 4, 2013

SUASA?..OK..KITA TUKAR...EMAS

Assalamualaikum

Dalam N3 acik yang terdahulu acik
mengaku warga suasa kan
tapi semalam
acik terpaksa la akur..
memang nak menghampiri warga emas la acik ni
alkisahnya semalam masa nak buat badak berendam tu
acik malas nak mesin daun pandan
acik nak guna paste pandan je
acik ambik cermin mata
nak tengok exp.date dia kan
acik tengok tapi tak nampak
cuba lagi tak nampak
sudah..apa hal ni..kenapa mata acik ni
dah teruk sangat ke
kemudian acik ambik cermin mata satu lagi
(acik memang ada 2 cermin mata
yang lama acik masih simpan untuk emergency) 
nampak pulak .

 Petang tu selepas balik dari jumpa hero bungsu
acik menyapu la kat dalam bilik kan
sekali tu acik tersapu cermin 
acik ambik..belek2
cermin apa pulak ni
cepat2 acik ambik cermin mata acik
laaaa..sah sah berlubang satu
cerminnya dah tanggal
patut la masa acik nak membaca tu tak nampak apa pun
rupanya sebelah lagi tu cerminya tak ada
tah bila tercabut acik  pun tak perasan
nasib tak terpijak
kot tak...tak tau nak kata
bukan murah nak ganti tu kan.

macam tu la..kalau dah berusia  
abih camano.
oklah jumpa lagi Insyaallah

Sunday, February 3, 2013

AKHIRNYA....BERTEMU JUGA

Assalamualaikum

Hari ni acik rasa teruja dan seronok
nak tau sebabnya
haa..tu dia..
acik hari ni dapat jumpa sorang teman alam maya
katanya acik la kawan alammaya yang pertama dia jumpa
seronok betul acik rasa
dan terima kasih banyak pada Aidah
 yang sudi berjumpa acik
dan sudi jugak belikan shitake untuk acik
insyaallah esok acik akan cukupkan bahan2 lain
yang acik beli awal dah kecut mecut semuanya.
Aidah kata..dia malu nak jumpa ngan kawan alamaya
apalah nak malukan Aidah..
Aidah dah cukup sempurna.
hidung mata telinga semua cukup.cantik.

balik dari jumpa Aidah
acik sempat la buat kuih ni..sebab nak pi tengok hero bungsu diasrama
kuih kegemaran dia ni
dan dah rezeki sedara acik yang diklang tu
kuih acik masak je..dia orang sampai
Alhamdulillah..rezeki..dapat la merasa
oklah jumpa lagi,Insyaallah

p/s Aidah..acik nak bisik ni..dongar yo
tadikan..maso aidah sobut milo ada kek dalam keto
acik keliru sikit..sobab acik nampak barang2 masih ado dalam troli..maso bilo pulak peket milo dah dimasukkan dalam keto.
maso dalam keto baru acik golak bosa..
baru acik toringat kan Atuk Milo buah hati Aidah tu
aduhai..maaf yo Aidah

Saturday, February 2, 2013

YANG HILANG DAH BERGANTI

Assalamualaikum

yang hilang dah berganti.
redho je la kan.
petang semalam dah telefon
mak nanti emi nak gotong royong kat sekolah
 nak pakai apa
katanya..harapnya kali ni  hero acik
pandai simpan..
 oklah jumpa lagi,Insyaallah