Pages

Thursday, January 31, 2013

HILANG LAGI?

Assalamualaikum

Pagi pagi hero bungsu acik dah telefon
dengar suara je...tau dah...
ada masaalah la tu
rupanya betul
"mak..kasut sukan emi hilang"
Haaa....terjerit acik dibuat.
tu la..jawabnya..dah tingkatan 5 pun nak mencuri lagi
aduhai...anak...orang kalau dah biasa..
tak kira tingkatan dan tak kira usia
sendiri la kena beringat dan berjaga..
jaga barang sendiri
sorok la kat mana patut
tu la dia..bersangka baik je dia
tak kan ada yang nak mencuri
diri sendiri yang susah

ok lah dah bebel pulak pagi2 ni..maaf ye
jumpa lagi,Insyaallah

Wednesday, January 30, 2013

MEMENUHI JEMPUTAN

Assalamualaikum

Hari Sabtu lepas
berkesempatan pi jemputan kenduri
dengan adik ajaa,abam dan ummi dia
Terima kasih pada zar yang sudi menjemput
makanan memang sedap2 semuanya.
lagi lagi kambing goleknya
bertambah tambah ummi adik ajaa makan kambing.
suka betul acik tengok adik ajaa
yang asek sangat makan buah
lansung tak nak makan benda lain

 bersama ummi ajaa dan puan rumah
puan rumah yang setiap kali jumpa bertambah cun
apa la rahsia puan rumah ni kan
boleh la share dengan kawan2 yang masih muda
acik dah tak perlu..dah warga suasa..he he

ok la jumpa lagi,Insyaallah

Monday, January 28, 2013

LEMPENG PISANG

Assalamualaikum

Petang ni hujan di tempat acik....bila dah hujan
perut lapar la pulak
jom makan lempeng pisang je la
kenyanag jugak kan..Alhamdulillah

Sunday, January 27, 2013

HATI UNTA,MADU DAN TELUR AYAM KAMPUNG

Assalamualaikum

Acik pernah tulis disinikan.
yang hero bungsu acik kena "semput"
susah nak bernafas
walaupun sejak kecil memang tak de 'asma'
dia dapat tu selepas dok asrama tahun lepas
masa adik acik pi umrah
dia beli hati unta
katanya elok bagi pada hero bungsu acik
acik pun cuba juga la
acik kongsikan disini
 perlu telur ayam kampung
 hati unta digoreng garing dan ditumbuk
campurkan dengan telur ayam kampung tadi
dan sedikit madu.
elok pulak hero bungsu acik
pasrah je dia menelannya
kalau acik sendiri..rasanya tak sanggup..he he
mulanya acik buatkan sekali
lepas tu....dia suruh buatkan lagi sekali
katanya..lepas minum tu..dia rasa lega
senang nak bernafas katanya.
ada ke kawan2 pernah cuba
sama tak macam apa yang hero bungsu acik kata.

oklah jumpa lagi,Insyaallah

Friday, January 25, 2013

TOLONG KAMI..BANTU KAMI..

Assalamualaikum
(cuba tengok gambar acik yang dah gemok bandingkan dengan gambar anak sedara tu)
Risau..risau..risau
tak tau lah apa nak jadi
setiap minggu acik dah siap siap gosok baju
 nak pi kerja
bila pagi nak pakai..
tak selesa..ketat.
kata dik irfa baju acik tu kecut 
sebab dah gosok awal2..he he
tak tau lah..sejak yang acik tak berapa nak sihat tu..pergerakan kurang agaknya..
bila timbang..haa..sah2 timbang rosak
3kg sebulan..tolong..
acik pi klinik
mintak doktor ubat nak kurus balik..
nak kurus sikit je..bukan banyak pun
takut penyakit datang..
tapi sedih..doktor tak bagi..
kalau nak beli yang banyak dipasaran tu.
acik pulak takut

Tolooong..
oklah jumpa lagi..Insyaallah

Wednesday, January 23, 2013

RINDU LA PULAK

Assalamualaikum
masa mula2 buka sekolah dan hantar hero bungsu
balik keasrama
acik pesan ngan dia
nanti jangan asek nak telefon mak je
jangan nak telefon sebelum suboh lagi
jangan selalu sangat telefon
waaaa...banyaknya jangan
sekali kan..padan la muka acik
seminggu sekali dua je dia telefon
acik pulak yang kerinduan
nak tau keadaan dia.
acik pulak yang asek tertanya tanya
macam mana keadaan dia

Apa yang pasti..acik sentiasa mendoakan hero acik ni 
sihat dan dapat belajar dengan tenang.
maklum la kan..dan tingkatan 5 ni..katanya
kerja banyak sangat
baru 2 minggu sekolah buku latihan dah penuh..katanya

oklah..jumpa lagi,Insyaallah

Monday, January 21, 2013

CEKODOK CICAH SAMBAL TEMPOYAK

Assalamualaikum


Balik kerja petang tadi..rasa perut pedih sangat
sejak kurang sihat tu acik tak dapat nak puasa 
hari Isnin dan Khamis
menggigil je rasanya..acik stop dulu
in shaa allah akan cuba juga buat semula nanti

dah lapar sangat tu ..teringin pulak nak buat cekodok bilis
ini lah hasilnya
mulanya acik makan cicah cili sos..
sekali en.suami keluarkan sambal tempoyak yang acik masak semalam
eh..sedap jugak makan ngan sambal tempoyak ni
apa lagi..laju je makan ..sekejap je dah selamat
cekodok masuk perut.

oh ye..lupa lak nak jawab
acik jawab disini
cucu baru acik tu lelaki
baru berusia 2 bulan.

oklah jumpa lagi,In shaa allah

Sunday, January 20, 2013

AHLI BARU

Assalamualaikum

Ahli baru dalam keluarga acik
cucu abang yang dok Astana Raja
cucu sulong  ni
gambar ni dimajlis bertunang pak long dia semalam





Seronok kan..dapat pegang baby
dapat tumpang cucu abang pun dah seronok
ok lah jumpa lagi,Insyaallah

Saturday, January 19, 2013

SELAMAT BERTUNANG ALONG..

Assalamualaikum

Hari ni..acik ke Ulu Beranang
hantar anak sedara
bertunang ngan orang sana.
abang buat kecik je
adik beradik je yang pergi


 ni la anak sedara acik 
anak abang yang sulong
 sedikit dari lelaki
balasan dari perempuan 
Alhamdulillah dah selamat bertunang.
Selamat bertunang Along
Semoga selamat sampai kehari bahagia.

ok lah..jumpa lagi,In shaa Allah

Thursday, January 17, 2013

BEBEL SIKIT BOLEH

Assalamualaikum

sebagai manusia biasa..ada masa 
kita pun terasa jugak kan
Acik pelik betul la..ada juga manusia yang tak pernah berpuas hati dengan orang lain
boleh katakan semua orang salah..dia sorang je yang betul..habis bos2 pun dia marah dan tengking
begitu kot sifat orang yang dah sepatutnya berpencen tapi nak sambung sampai 6o
sepatutnya kita ni sedar diri hanya pembantu..
sama je dengan acik pembantu je
kalau macam tu la..acik tak mau lah sambung..
sampai 56 pun cukup la..

Maaf ye acik lepas perasaan sikit pagi2 ni.
ok la jumpa lagi..Insyaallah

Tuesday, January 15, 2013

APA KHABAR MU DISANA

Assalamualaikum semua

Apa khabar..selamat tahun baru 2013
walau pun dah 15 hari 
Acik minta maaf pada semua
dah lama tak menulis dan lama jugak tak menjenguk blog kawan kawan

Semalam hero bungsu balik sekejap
acik minta dia tolong betulkan blog ni.

Alkisahnya kerana "kepandaian" acik
rupanya blog dah jadi private..
tu pun adik irfa kita ni yang call..
menjerit dia..tanya kenapa tak invite dia
acik pun terkejut badak..bila pulak acik buat
macam tu he he
lepas tu..bila dah boleh buka..
tak jumpa pulak mana perginya ruangan new post
sampai la hari ahad tu  hero penyelamat acik
 dapat balik sekejap
selesai jugak masaalah.

Acik pun sebenarnya kurang sihat..lebih sebulan.
.ujian Tuhan
hari jumaat lepas baru pi cek mata pulak
Alhamdulillah takd e apa2 semua doktor kata ok
dari darah tinggi,kecing manis,jantung,buah pinggang
tak tau lah apa lagi..acik pun masih belum rasa 
diri sihat sepenuhnya
masih lagi tak boleh bergerak cergas..
Tapi acik gagah kan diri..rasa rindu dan rasa bersalah pada yang bertanya
maafkan acik ye..in sya allah acik akan 
cuba kuatkan semangat

Panjang umur kita jumpa lagi,In shaa allah
tapi jika sebaliknya..maafkan lah semua kesalahan acik.