Followers

Sunday, December 2, 2012

PERTEMUAN YANG TIDAK DISANGKA

Assalamualaikum

hari ni jauh perjalanan acik  pi kenduri
sampai ke Serting Hilir nun.
dah siap ambik nasi..dah duduk pun..
tiba tiba mata acik terpandang
kawan yang seorang ni
Hai tak disangka sangka bertemu lagi kita ye sya
balik dari kenduri dah ikut jalan Kuala Pilah
sempat berhenti di tepi jalan..
ada kedai jual buah
kawan acik sama kerja dulu
tapi dia dah opsyen buka gerai buah
tengok ada kuini
lama dah tak jumpa
tak lepas peluang..beli dan
ini lah hasilnya
bubur kuini.
jiran acik masa dok Sungai Burung ,Tanjung Karang
dulu yang bagi tau acik cara makan kuini macam ni
dia asal dari Pahang.
ada yang pernah makan tak.
acik suka ni..sedap
satu piring tu dah selesai masuk perut acik sorang


oklah..nak buat kerja hakiki setiap minggu pulak
jumpa lagi,insyaallah

Saturday, December 1, 2012

AIS KRIM DURIAN? KE..DURIAN CREPE

Assalamualaikum

Semalam..hero bungsu buat permintaan
macam biasa..
kalau nak apa2 caranya dia memang berbelit sikit.
Malam tadi..dia tanya..
"mak esok ada pi mana mana ke"
acik jawab ada ..esok ada 2 kenduri
"oo ye ke..tak apalah"katanya
dah maknya memang dah tau cara hero yang sorang ni
terus tanya..
adik nak minta mak masak apa esok
..kalau tak kemana mana emi nak mak buat
 kuey tiew goreng
tapi dah ada kenduri tak apa lah..katanya
Pagi pagi tadi acik minta ayahnya pi pasar
 beli bahan bahan 
nak goreng kuey tiew.
sekali balik
bawak benda alah ni
2 tu 4 ringgit.
nah..rasa lah katanya.
oo selama ni en.abang dengar je rupanya acik sebut DP ni
tu la dia belikan buat acik rasa.
yang mula2 rasa..hero bungsu
terus dia cakap..
mak tak payah buat la..emi tak suka..he he
tu la dia hero bungsu acik..
kalau pasal makan..pandai sangat memilih.
tapi acik rasa..mungkin yang dibeli
ni tak kena ngan tekak
belum cuba lagi orang lain punya kan
mesti ada yang sedap ni
acik dah rasa..dan dah tengok
tak sama macam gambar
yang ni macam dah siap diblend
 durian ngan creamnya tu.

oklah..panjang pulak dah.
kuey tiew goreng pun dah masak
dan dah selamat dimakan buat sarapan pagi ni

jumpa lagi,In Shaa Allah