Thursday, November 29, 2012

PERSIMMONS..IDAMAN KALBU..

Assalamualaikum
dah dua kali tengok gambar ni diblog kakzakie
acik pun teringin nak tayang
bukan sebab apa..
kalau la dapat beli macam kakzakie kata
RM10 dapat 14 biji..
bestnya..dapat banyak.. dah la buah ni sedap
acik suka sangat
tapi mahal
RM10 dapat 4 biji je
ni pun dapat ambik gambar 3 biji je..1 biji lagi 
dah dimakan semalam
hari ni buka puasa je..nak ngap buah ni dulu
harap2 ada la jumpa jual murah buah ni diseremban
nak beli banyak2 .
oklah,jumpa lagi,In Shaa Allah

Wednesday, November 28, 2012

WW-JANGAN PANDANG PADA RUPA

Assalamualaikum

Tuesday, November 27, 2012

KITAB TIB...

Assalamualaikum
nama buku ni
'KITAB TIB' 
maksudnya acik pun tak tau. 
 
hari Ahad masa dikampung
acik kemas dibawah
adik acik kemas diatas
dia jumpa buku ni
"Nah dik..bagi mak..
mak kan suka membaca"..
katanya pada hero bungsu acik
ada sesiapa  pernah jumpa dan baca buku ni?

oklah jumpa lagi,In shaa Allah

Monday, November 26, 2012

DAH SELAMAT SAMPAI

Assalamualaikum
 Alhamdulillah dah sampai
setiap kali masuk ke blog ummiross
acik terpikat sungguh dengan kain ni
cantik dimata acik.
akhirnya..
order jugak
dah pun selamat sampai
terima kasih ummiross.

Sunday, November 25, 2012

OPERASI....

Assalamualaikum
Minggu sebelum pi bercuti
acik ada balik kampung
terkejut tengok dua orang jiran arwah mak
duduk di tangga rumah tinggal tu
bila acik tanya...katanya rindu.
Sebab itu acik ambil keputusan untuk balik kekampung
nak bersihkan sedikit laman yang dah nak jadi hutan
 Pokok jambu air,pokok belimbing
 Pokok rambutan
 dah banyak yang tumbang
pokok limau nipis,limau kasturi
mesta dan pulasan
cuma di cantas sikit je
tak potong habis.
akhirnya nampak la rumah
mak zino.kalau tidak tak nampak
 ada yang dah tinggal tunggul je
lain masa yang entah bila
baru balik lagi
kemas dahan2 yang  telah dipotong.
tadi tak sempat
tak sanggup berperang dengan kerengga yang banyak.

ok lah..jumpa lagi
nak rehat..penat sangat la kononya ni.

Saturday, November 24, 2012

MUZIUM DAN KENANGAN..

Assalamualaikum

Hari ni ada kenduri dikampung
sebelum ketempat kenduri
singgah rumah abang
nak tengok cucu baru
tak de dirumah pulak
dah dibawak ke hospital sebab kuning
kemudian ambik kesempatan kesini
sebab hero acik belum pernah datang kesini
walaupun dekat je dengan rumah kampung.
 Banyak kenangan disini
alat mengangin padi ni
acik pernah guna masa sekolah2 dulu
tolong mak
 jenuh dulu..menggiling cili
tapi guna yang kecik je
kalau yang besar tu tak larat acik
antik kukur kelapa ni
arwah mak punya dulu macam ni jugak
cuma tak de ekornya.

 Mesin getah ni..dulu selalu tolong arwah bapak..
terjengkit2 la memusingnya
maklum la kita sekolah lagi..bukan tinggi mana pun

 Yang lucunya..hero bungsu acik ingat mula2 tu meriam
mana la dia nak kenal kan
tak pernah tengok he he
ni batu kasur
yang tertulis disini
dulu2 sebelum ditabalkan menjadi raja
kena jalani ujian tidur atas batu kasur ni dulu.
pokok dalam pasu ni..kalau tersentuh
boleh jadi gatal2
pokok jelatang
kalau tak percaya boleh cuba..
kalau rajin nak menggaru le..he he
banyak benda dipamerkan 
yang biasa acik tengok kecik2 dulu
semua arwah mak ada..
bila tengok baru la terfikir
kemana la semua tu.
mungkin masih ada 
didalam rumah tinggal tu..
dalam muzium ni lagi banyak yang dipamerkan
kalau yang berminat dengan barang lama2 tu
jangan la lepas peluang kesini
untuk melihatnya

oklah jumpa lagi,In shaa allah


Friday, November 23, 2012

MELAYAN PERASAAN

Assalamualaikum


Semalam ke klinik..macam biasa ada temujanji
dan dapat kan tarikh untuk temujanji 
seterusnya tahun depan
sementara menunggu giliran 
berjumpa doktor..macam biasa
acik suka memerhati keliling
tersentuh hati melihat
anak2 perempuan yang 
mengiringi ibu  yang telah berusia..

bagaimana pulak nasib acik nanti kan..

emosi pulak dah
oklah jumpa lagi,In shaa Allah

Thursday, November 22, 2012

MISTERI..

Assalamualaikum

Acik tak habis fikir lagi ni
Tak tercapai dek akal acik
ada ke..dah lama dok satu opis
tiba tiba..sabtu lepas
acik boleh tak kenal.
tak kenal lansung.
heran..misteri
kenapa ye.
nak kata dia pakai pakaian yang luar biasa
tidak jugak..
kenapa pandangan acik ditutup masa tu..
tak kenal lansung

dah berhari hari fikir.
maleh dahh nak fikir
baik buat cekodok..makan ngan cili sos
sedap..alhamdulillah kenyang.
ok lah jumpa lagi,In shaa Allah

Wednesday, November 21, 2012

WW.REZEKI-ALHAMDULILLAH

Assalamualaikum

Tuesday, November 20, 2012

MATA....CERMIN MATA...

Assalamualaikum
selama ni..pakai cermin yang tak de frame atau yang separuh
selalu sangat patah la..tercabut sekeru la
bengkok la
kemudian nak cari yang plastik
biar tahan tak mudah patah
yang ada cuma  yang ada frame je
mak ai..terasa berat..lenguh hidung menampung nya he he
tak boleh lama.
tapi dari segi lain..selesa betul memandang
luas..pandangan.
Hero bungsu pulak asek komplen je
tak suka betul dia tengok mak nya pakai yang ada frame.
ish2 cerewet betul budak ni
dulu2 masa muda bolehla dik
beli frame ikut yang sesuai dengan bentuk muka\
dah veteran ni tak kuasa dah mak 
hero sorang ni memang cerewet dengan 
apa yang maknya pakai
dari umur 5 tahun lagi..
acik pernah tulis dulu rasanya.
oklah..tak boleh lama dah ni
hidung dah sakit..sampai merah2 
dan lekuk jadinya.
habis la bertambah kemek
hidung yang memang dah kemek ni.

Jumpa lagi,In shaa allah.

CILI YANG SEDAP..

Assalamualaikum
Siang teringat ingat 
 malam termimpi mimpi
bagi yang dah merasa
tentu tak boleh lupa
sedap sangat
terima kasih pada azi dan ibunya
tanpa mereka 
tak dapat la merasa keenakan cili ni

Jumpa lagi,Insyaallah

Monday, November 19, 2012

TERIMA KASIH TUAN RUMAH dan semua yang terlibat

Assalamualaikum
Diberi kesempatan sekali lagi
tetap meriah walaupun tak ramai yang dapat hadir
biar gambar yang bercerita










Dapat juga cenderahati
Dari Tuan rumah Selepas menjawab kuiz yang seronok
 gamat dengan gelak ketawa
pandai tuan rumah Tuan Haji Hamzah
buat soalan
nanti kita minta dia tuliskan
 semua soalan dan jawapan di blog nya sendiri

 Dari azieazah..
Terima kasih pada semua
maaf jika ada kesilapan.
maaf juga sebab gambar kurang memuaskan
guna enpon je
yang selalu mengusung kamera
en zino kita ni lupa pulak nak bawak kali ni.

Jumpa lagi,In Syaa allah

Saturday, November 17, 2012

KALAU DAH KITA PUNYA

Assalamualaikum

Abaikan nampak kasut bersepah tu ye..
ada kisah disebalik plastik beg berwarna biru tu
masa balik..turun dari feri
selepas barang barang semua diturunkan
acik tengok plastik biru ada 2 je
acik kata..ada satu lagi ni.
acik yang beli..mesti acik tau kan
hero kedua kata
ada 2 je la mak..biasa la budak kan
sekali adik acik sokong..ye la cik na..
tadi orang bawak 2 je katanya
acik yakin 3..mesti ada yang salah ambil
disitu ada satu beg plastik biru yang tinggal
walaupun sama..tetap tak serupa..sebab tu bukan acik yang beli
orang yang nak kelangkawi pun dah mula nak naik keferi
kami semua pun keluar
dipintu nampak en suami memegang satu beg plastik biru
haaaa kan acik dah kata..kurang satu
rupanya..en suami acik senyap senyap dah keluar dulu
dia pergi belek setiap beg yang ada atas troli 
orang yang dah keluar dulu
orang yang kelapan..katanya dia nampak
 plastik biru ada tulis nama dia
dia terus cakap..cik..ni saya punya..ada tulis nama ni
nama saya jalal..katanya.
orang tu pulak dengan mudah kata..
kalau betul encik punya ambil lah..katanya.
senang je kan..dah rezeki acik dan dah memang acik yang punya.
acik pun dah biasa..kalau pi Langkawi ke
Kelantan ke..dengan kawan2 masa berkursus
mesti dah siap2 bawak artline.
beli je..terus tulis nama di beg plastik tu
ada guna nya tulis nama atas beg plastik tu
bukan tulis nama atas batu je.he he

oklah jumpa lagi..


LANGKAWI..IDAMAN SURI..

Assalamualaikum

sambung cerita lagi
nak tau lebih banyak cerita acik di langkawi
acik tak ulangkan apa yang dah tertulis disana

hari  pertama sampai di Langkawi
selepas selesai urusan chek in
dan urusan sewa van
cari kedai makan dulu..di Pantai Chenang
masa menanti makan sampai 
hero bungsu dan kedua
zino..kelaparan  dah le hujan..habis kepala ikan pun 
nak dimakan he he.
esoknya selepas sarapan,ke Idaman Suri dulu
tak sabar dah nak tengok2..bukan nak beli..
nak tengok2 je he he
lambakan coklat diIdaman Suri.
dah selesai urusan tengok2 di Idaman Suri
kesini pulak
Bergambar sebelum masuk ke Bird Paradise.
Acik suka kesini..bukan hanya ada burung..
kambing,arnab..ular
keldai dan macam2 lagi lah.
keluar dari sini
apa lagi..ke tempat cable car
yang menjadi idaman mem zino
nak sangat naik..tapi acik..tak mau..takuuuutttt.


Abadikan kenangan di Langkawi cable car
En.suami pun tak boleh naik.. 
kena menemankan acik dibawah
anak anak je naik,bersama adik dan keluarga zino.

oklah jumpa lagi,Insyaallah

Friday, November 16, 2012

BERTEMU DIALAM NYATA

Assalamualaikum

masa percutian acik ke utara..
acik berkesempatan bertemu dengan 4 orang kawan alam maya
dua orang masih aktif berblog dan dua lagi
dah tak aktif diblog tapi masih menulis di FB

Yang mula2 jumpa dah pun acik tulis di N3 yang terdahulu
Azi.
kedua..Suzanna..dah lama tak update blog
 tapi masih ada status difb
su dan puterinya(ambil gambar di fb su)
ketiga acik bertemu dengan pemilik 
blog simatatajam"mai nak cerita"
M(acik ambil gambar dari blog m ye)
dan akhirnya bertemu pulak dengan suri solehah 
(suri..maaf acik ambik gambar dari fb)
yang jugak dah lama tak menulis
 diblog cuma ada status difb je.
tak sangka pulak..asal pak mertua suri dari Rembau dan acik tau dimana kampungnya
dan rumah mak sedara suami suri
betul2 bersebelahan dengan rumah sepupu  acik
mereka berjiran.
suri dan M dua2nya acik jumpa diLangkawi.
Suri acik dijemput kerumahnya
M acik jumpa di Cable car
Azi juga acik pi kerumah
dan Suzanna pula acik jumpa di Tesco Sungai Petani.
Masa bertemu azi..nampak je hero bungsu 
terus sebut..ni hero bungsu ye
begitu jugak suri,bila nampak je terus sebut
tu adik kan..he he..
famous kan hero bungsu acik ni
belum diperkenalkan terus dah boleh kenal..he he

Terima kasih pada kawan yang sudi bertemu ngan acik
Insyaallah jika ada kesempatan dan peluang
acik teringin jugak nak berjumpa dengan yang lain pulak
kebanyakannya semua muda2 lagi
tapi nak buat camana kan..zaman acik muda dulu belum ada benda2 ni..he he
Jumpa lagi,insyaallah

Thursday, November 15, 2012

SEDIKIT GAMBAR DAN DESTINASI PERCUTIAN

Assalamualaikum
10 hingga 14hb.Nov.2012
acik cuti cuti Malaysia ke Utara.bersama acik
keluarga zino,keluarga abang acik dan anaknya serta adik acik ngan kawan dia
 Destinasi pertama 
Jemputan kenduri di Kepala Batas.
kenduri kawen kawan sekerja dan kawan serumah 
adik acik
 Destinasi kedua Sungai Petani
bertemu rakan alam maya azi dan bermalam
 di Homestay Azi
Azi yang cantik dan manis dan sangat rajin 
serta pandai masak
macam2 masakan yang dimasak untuk
 menjamu kami semua
maaf azi jika kami semua buat kecoh dirumah azi.
 Destinasi ke tiga bermalam di Ipoh dan 
sempat jugak bertemu
kawan zino yang ada cafe di Ipoh..sesiapa
 yang tinggal di Ipoh rugi kalau tak pergi kesini..
masakan Terengganu yang sedap sedap semuanya
 Destinasi ke 4..Lumut..semata mata nak beli ikan bilis
(acik le tu) he he
Destinasi ke 5.singgah di Sabak Bernam
kedai kak long Zino.
terkejut kak long tengok acik
seronok dapat suprise kan kak long
dari muda..acik ngan kak long memang baik
selalu ikut kak long ke Tampin.

Sampai disini dulu..Insyaallah jumpa lagi