Followers

Wednesday, October 31, 2012

APA YANG HARUS DIBUAT..

Assalamualaikum

Semalam acik keluar duit di mesin ATM
acik tekan untuk 2 helai
patut keluar 2 helai
tapi yang keluar satu je
puas acik belek belek..
ada terselit ke..tertinggal ke
tapi tak ada pulak
lama acik menung didepan mesin tu..
ada la sorang hamba allah datang nak guna
acik tanya..dia kata tak tau pulak..
cuba tengok baki katanya..betul.
yang tertulis disitu pengeluaran memang 2 helai
yang acik dapat memang satu
sampai hari ni acik dok musykil
tapi acik nak tanya ngan sape
kalau mesin tu dibank senang
tapi mesin tu dikedai.
dan pertama kali acik guna mesin disitu.

lepas tu acik malas dah nak fikir
dah bukan rezeki acik la tu.

pernah tak kawan2 mengalaminya
apa yang kawan2 buat untuk mengatasinya
cuma persediaan jika berlaku lagi
(minta pada Tuhan janganla berlaku lagi kan)
taulah acik nak buat macam mana nanti.

oklah..jumpa lagi,Insyaallah

Tuesday, October 30, 2012

CENDOL SANTAN SAWIT?

Assalamualaikum..

Pernah makan cendol santan sawit?
acik pun tak tau nak kata macam mana rasanya
semalam acik dah cuba
tapi masih jugak tertanya tanya
betul ke santan sawit?
sebab acik belum pernah rasa.
kalau ada kawan2 yang pernah makan boleh
kongsi ngan acik..
macam mana sebenarnya rasa santan sawit tu.
Gambar cendol ni bukan guna santan sawit
ni acik buat sendiri
guna santan kelapa je
 
Ok lah jumpa lagi,Insyaallah

Sunday, October 28, 2012

TERIMA KASIH Q.

Assalamualaikum

Hari ni cuti lagi dan masih lagi xtvt masak
dan mencuba resepi dari Q
Harap Q ada masa baca blog acik dan tengok gambar2 ni
 ayam masak beriani
tapi anak acik kata rupa macam rendang
bila dia makan..dia kata..hhmmm sedapnya mak
tak rasa rendang pun.
Alhamdulillah..terima kasih Q.
rupa tak jadi..tak pe janji rasa ada kan
 Yang ni nasi beriani cara Q juga
tapi Q..kelemahan acik kan
malas nak hias2 boh daun bagai tu
nanti nak makan susah 
nak kena ketepikan daun2 tu semua
kismis pun tak letak.masak rajin(he he puji diri pulak dah)
tapi nak menghias memang malas
tapi kata2 kawan acik dulu tak boleh pakai
kawan2 acik selalu kata.
patut tak ada bunga(anak perempuan)
malas sangat nak hias rumah dan tanam pokok bunga
tapi Q acik tengok elok je rajin menghiaskan.
Ni apa lagi..badak berendam
hero bungsu yang suka sangat makan ni

oklah jumpa lagi,Insyaallah.

Saturday, October 27, 2012

PROGRAM SEHARIAN...

Assalamualaikum

acik harap kawan2 semua sihat
belum sempat nak jalan jalan kerumah kawan kawan
penuh aktiviti acik hari ni.
jam 10.45 acik sampai kekampung
kerana ada kenduri aqiqah cucu zino





Selesai majlis..acik kerumah abang pulak
abang ajak kerumah dia
sebab ada kacau dodol.
Acik tolong kacau masa cair je
lepas tu acik mula la buat xtvt sendiri
Tu dia sempat ambik daun pisang
Pisang pun dah masak.
kelapa pun dah siap dibuat inti
esok dah ada menu acik.
heran budak ni tak jemu2 makan kuih lepat
acik ikutkan aje la 
kebetulan pisang pun dah dapat..
dah masak pulak tu.

oklah..hari ni rasa penat sangat
insyaallah esok akan kerumah kawan2 semuanya.

Jumpa lagi,Insyaallah

Friday, October 26, 2012

MENU HARI RAYA QURBAN

Assalamualaikum

Hidangan EidulAdha acik
sempat jugak masak selepas berbuka semalam
 Rendang ayam pencen
 Serunding Kelapa yang mintak resepinya dari Q.
terima kasih banyak Q..percubaan pertama kali 
yang menjadi
dari segi rasa tidak pada rupa..he he
rasa sedap la ditekak anak2 dan acik dan 
anak2 sedara yang makan.
Insyaallah Q nanti acik cuba lagi perbaiki
mana yang kurang.
kuah kacang dalam proses,
ketupat segeranya dah siap hero bungsu rebuskan
masa acik ditempat kerja lagi.

anak sedara balik bawak buluh lemang
pukul 12 tengah malam baru siap masak
adui la budak2 ni.
lambat sebab jalan jem katanya.
sudahnya tengok buluh lemang guna lampu suluh je.

Selamat Hari Raya Qurban buat semua
Insyaallah jumpa lagi

Thursday, October 25, 2012

BALIK KAMPUNG?..

Assalamualaikum


Hari ni kerja lagi..mesti ramai jugak yang bekerja kan
malam nanti lepas berbuka baru acik 
nak mulakan operasi
siang ni..hero bungsu ada dirumah
dia dah bagi tau maknya
nanti aimi kupas bawang,potong dan rebus cili tau
balik nanti mak buat kuah kacang
baru je maknya kata
tak yah buat  kuah kacang masa raya haji nanti
tapi dia rajin siapkan semua
kesian pulak kan..buat jugak la nanti
kawan2 semua macam mana
dah buat persiapan?..
ataupun dah balik kampung?.

acik..nak balik kampung pun...nak balik mana..
malas acik nak buka rumah kosong tu
acik bukan ada sape kat kampung tu pun kan
abang2 acik ada lah,..tapi bukan dok kampung
masing2 dah ada rumah sendiri.

oklah..jumpa lagi,Insyaallah

Wednesday, October 24, 2012

SELAMAT MENYAMBUT KEDATANGAN 10 ZULHIJJAH

Assalamualaikum


2 hari tak dapat nak jenjalan rumah kawan alam maya
ada kursus..
mulanya pergi untuk cukupkan 7 hari je
sekali dah ikutinya..
seronok jugak
banyak yang dah berubah..banyak yang dah bertambah
Alhamdulillah bertambah Ilmu..
tapi Ilmu pertanian la..bukan masak masak.
oklah tu kan..
tapi dah tua2 ni letih dan mengantuk juga 
bila menjelang malam

Acik ucapkan Selamat menyambut Hari Raya EidulAdha buat semua
sesiapa yang nak beraya dikampung 
hati hati dijalan raya.

Jumpa lagi,Insyaallah

Sunday, October 21, 2012

RESIPI KUAH KACANG

Assalamualaikum

Untuk menunaikan permintaan dik Nik Ja
acik letak lagi sekali resepi kuah kacang disini
yang acik dah edit sikit.
dulu punya seringgit cili bawang tu dah tak sesuai
sebab seringgit dulu dengan sekarang dah tak sama kan 



KUAH KACANG

Bahan bahannya..

1 kg kacang tanah
digoreng tanpa minyak..dan di mesin..
jangan halus sangat..

(a). 7 batang serai
(b). 1 1/2 inci  lengkuas muda(kalau dapat lengkuas  padi lagi sedap) 
(c). 8 ulas bawang putih
(d). 14 ulas bawang merah
(e).1 inci halia muda
(g).1 sudu udang kering
4-5 senduk cili kering yang dah siap dimesin
1/2 kg santan-campur air lagi

bahan (a) hingga (g) dikisar halus.

1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk jintan putih

Gula( tambah sekeping gula kabung), garam..air asam jawa secukupnya..

Tumis semua bahan2 hingga betul2 masak..
masukkan air asam jawa..biarkan mendidih..
masukkan santan yang dah dicairkan dan 
biarkan mendidih lagi
masukkan kacang tanah, gula dan garam secukup rasa..biarkan betul2 masak
kepekatan ikut suka..ada yang suka pekat dan ada suka cair sedikit.
kemanisan ikut tekak sendiri sebab ada yang suka manis dan ada yang suka pedas.
anak2 acik suka manis dan ada rasa pedas juga.
mak ai..susah kan..tu la selera anak2 acik ni.
tu yang acik guna cili kering sampai bersenduk2.
tapi masa beli cili kering jangan yang jenis pedas sangat.dan jangan yang tak pedas lansung tu..
tak ada rasa nanti.

oklah..nanti dah nak raya Qurban ni kan..kalau rajin boleh la mencuba resepi acik ni.

jumpa lagi,Insyaallah

DENGARKAN LAH..

Assalamualaikum
Langit yang mendung
makan sedap hujan2 ni
dah siap masak..apa lagi kan
ni hero bungsu punya..bukan mak nya.
sambil2 tu dengar ni.
acik dah suka sangat dengar ni sekarang
macam2 lagu ada.
ni pun hero bungsu tolong..
acik tak pandai nak masukan video 
dalam blog ni

oklah..jumpa lagi,Insyaallah

Saturday, October 20, 2012

SARAPAN PAGI..NASI IMPIT KUAH KACANG..

Assalamualaikum

Pagi tadi kepasar tani Rembau lagi
yang seronoknya tu sebab dapat beli ni
nasi impit,kuah kacang ngan rendang
 Lepas tu..kuih putu bambu warna hijau ni
sedap.
 Tapi yang tak bestnya..beli ubi..6 ketul
yang eloknya satu je
yang lain semua busuk.
masa potong ubi tu..mulut acik pun pok pek
berleter..sebab orang tu jual ubi busuk.
tau tau dah tinggal sorang
rupanya diam2 en.suami pi kedai
balik dari kedai
dia bagi ngan acik ubi keledek.
buat la pengat katanya..ubi tak de jual..ganti la keledek
oo alahai..tapi Alhamdulillah
siap jugak pengat ubi+keledek acik hari ni.
puas hati dapat makan pengat hujan hujan ni
tu dia pengat dah masak..jom makan

oklah jumpa lagi,Insyaallah

Friday, October 19, 2012

RINDUNYA KENANGAN LALU

Assalamualaikum

Petang tadi..buka facebook..Azie ada buat contest
"persandingan unik"
acik pun teringin la nak meriahkannya
cari la gambar2 sanding 30 tahun dulu
hero bungsu ada balik.
jumpa la gambar dia ni
umur 2 tahun.
pandai dia kata..mak jangan la
malu la aimi..he he
lagi dia kata malu lagi la acik suka letak.
 Gambar bawah ni..hero kedua
bang ngah masa kecik
yang ni je yang betul2 kecik
bawah ni abang ngan bang ngah
rumah kuaters pertanian di Sungai Burung..
Tanjung Karang.
nampak tak jaring tu.
masa kecik2 dulu..abang ni suka sangat pecahkan barang
gelas kaca..pinggan..pasu..
kalau lepas minum
dia terus keluar keberanda tu
campak gelas ke cawan kebawah
bila dia nampak pecah
siap tepuk tangan bersorak
pecah..pecah..pecah..katanya sambil tepuk2 tangan tu.
ooo alahai anak omak..gitulah perangai dia kecik2.
dah besar tak de dah buat perangai
tapi jaring tu tak bukak pun.biarkan aje..

ok lah jumpa lagi,Insyaallah

Thursday, October 18, 2012

TAU LA GULA DAH NAIK HARGA..

Assalamualaikum
 
Sarapan pagi acik biasanya kuih je
tengahari nanti baru makan yang berat
pagi pagi biasanya en,suami akan belikan acik kuih
pagi ni..acik tengok serimuka
waaah..sedap ni..nampak menyelerakan
sekali makan..mak ai..apahal ni
tau lah gula mahal
jangan la buat kuih guna garam
tak jadi makan.
cari biskut la dulu
sementara nak menunggu tengahari

oklah jumpa lagi,Insyaallah.

Tuesday, October 16, 2012

SEDAAPNYA..MEMANG TAK LEPAS PELUANG

Assalamualaikum
 Nasi.labu masak lemak putih sambal belacan
sedap ni.Alhamdulillah kenyang.
kalau masak lemak labu
acik suka campurkan dengan pucuk daun labu sekali.
di Seremban 2 ada satu kedai
yang masakan nya memang ngam ngan acik
dan masak lemak labu pun campur daun 
memang tak lepas peluang la acik
letak kuah banyak2 biar banjir.
masa nak makan tu..gaulkan semua rata2 dulu..
baru makan
mak ai..cerita makan pulak dah.
tapi betul..cuba la..sedap.
Ni..acik kongsikan dari FB kawan acik
acik suka tu sebab acik kongsikan pulak disini

ok.jumpa lagi,Insyaallah

Saturday, October 13, 2012

AKHIRNYA ..DAPAT JUGAK..

Assalamualaikum

minggu ke 3..akhirnya dapat jugak
sesat di pasaraya.
 Jagung
 durian..ni la yang dah 3 minggu acik cari
nak buat bubur jagung durian
hero bungsu acik nak makan
puas la acik dan en.suami mencari
tapi tak de..
hari ni memang rezeki.
dapat dah..walau pun mahal..
tak pe la bukan selalu kan.
Alhamdulillah rezeki.
dah masak.
tunggu nak sejukkan dalam peti ais je
hero bungsu ni kalau makan bubur suka 
yang dah disejukkan dalam peti ais.

oklah jumpa lagi,Insyaallah

Friday, October 12, 2012

AMBOI..BESARNYA...

Assalamualaikum
 
Boleh baca tak tulisan tu
boleh kan.
kalau ada kawan kawan di pejabat yang nampak
 mesti dia orang gelak kan acik
amboi..besarnya tulisan
katanya.
nak buat macam mana kan
dah nikmat melihat tanpa cermin mata
dah lama dah ditarik 
acik sedar tu..peringatan untuk diri acik
bukan acik tak nampak
tapi kalau acik tengok juga tanpa bercermin mata
kejap lagi berlapis lapis tulisan tu
yang ada satu baris
mau acik nampak 3..4  baris.
lepas tu kepala acik mula la ting tong.
acik tak marah pun walaupun selalu jadi bahan gelak
budak2 muda di opis acik ni.
saja je buat cerita disini
sebab acik pun akan gelak sama.

oklah jumpa lagi,Insyaallah.

Thursday, October 11, 2012

STRAWBERRY..coklat?oh tidak...gula..

Assalamualaikum
Alhamdulillah rezeki strawberry lagi
dah siap tabur gula
kemudian simpan dalam freezer
biar tahan lama sementara menunggu
hero bungsu balik rumah
dia sorang je yang minat makan strawbery.

jumpa lagi,Insyaallah

Wednesday, October 10, 2012

KEJAP ADA..KEJAP......

Assalamualaikum

sebab hujan ke
atau sebab memang line ni teruk
kejap ada
kejap tak de
macam biskut
dah la perut lapo ni..
ada yang kena makan nanti ni
he he..garang betul ni sampai nak makan orang

oklah jumpa lagi,Insyaallah

Monday, October 8, 2012

MACAM NI RUPANYA YE...

Assalamualaikum
asek la dengar cerita..jadi teringin la pulak
ni rupanya burger bakar
apa pulak guna lidi yang dicucukan kat tengah tu
agaknya sebab sate bakar ada lidi kot
acik ni bukan peminat burger
tapi teringin jugak nak rasa bila disebut bakar
sebiji ni RM8.00
mak ai..mahal tu.sebab susah nak bakar kot
sedap jugak daging tu dibakar
tak muak sangat bila makan
tapi tak boleh makan sorang
larat makan separuh je.
Alhamdulillah jadilah..janji dah rasa kan

jumpa lagi,Insyaallah

SEDANG ELOK JE SAMPAI..KOT TAK MAU MERAH..

Assalamualaikum
Gambar ni kejadian pagi tadi

 kalau pagi hujan macam ni la..dari rumah acik nak u-turn
kejalan sebelah tu makan masa setengah jam.
patutnya 20-25 minit acik dah sampai opis
ni tak... baru sampai bertentangan dengan rumah sendiri.
tapi acik tak marah.. hujan tu rahmat Allah
dah biasa dah
bila hujan semua ibubapa bawak kereta
 hantar anak kesekolah
kalau tak rasanya masing2 naik motor je hantar
tu sebab jalan tak jem
biasa 7.35 acik baru keluar rumah
kalau hujan..pukul 7 dah keluar rumah..
pagi tadi sampai je...jam punch kad tu 7.59.
Alhamdulillah sempat..tak merah.

oklah jumpa lagi,Insyaallah

SESEKALI MENYAKAT SERONOK JUGAK..

Assalamualaikum



Pagi pagi teringat hero bungsu
semalam sempat menyakat dia
muncung he he..ish2 dah besar pun muncung
geram nya nengok 

minggu lepas acik tak hantar dia balik asrama
 suruh ayah dia je
petang semalam dia dah tuntut..
mak dah janji minggu ni antar aimi balik katanya.
acik pun kata lah..bila masa mak janji?
ayahnya pun sambung..tak yah la mak anta..senang ayah hantar naik moto je
aimi peluk la mak sekarang ni sebelum balik
mula la dia muncung dah nak menangis dah he he

masa tu acik tengah seronok la pulak tengok 
cerita lama "Naga Tasik Chini"
dah habis cerita tu acik bersiap la jugak hantar dia
lagi pun minggu ni peperiksaan akhir tahun kan..
tak mau la kacau mood dia.

ok lah jumpa lagi,Insyaallah