JellyPages.com

Sunday, September 30, 2012

Assalamualaikum



Nampaknya acik pun dah dapat
penyakit kawan2 yang susah nak update blog
banyak rasanya nak cerita
tapi bila ngadap laptop ni
macam tak sesuai pulak nak tulis
lama lama nanti mau acik pun tiba2 hilang
dari dunia blog ni kan
oklah hari ni cerita hero bungsu acik je la

Hero acik dah berapa hari dok rumahkan
hari ni nak kena hantar jugak balik keasrama

Tadi dah masakkan ayam kampung masak lomak cili api
kemudian dia nak lepat..dah siap buatkan
nak makan bubur pisang
pun dah siap..dah makan pun.
Harapan acik dah nak hampir cuti sekolah
dan nak periksa akhir tahun ni
hero akan sihat dan tak demam2 lagi.

ok ..jumpa lagi,Insyaallah


Friday, September 28, 2012

DALAM DILEMA

Assalamualaikum

Hari ni hero bungsu pi sekolah dari rumah
Sebelum tidur..masak nasi
dan awal pagi dan bangun buatkan nasi goreng
 Dah siap nak kesekolah...tak mau ambik gambar
dia tau dah maknya nak letak kat mana he he
 Gelap lagi..dah kena hantar
Naik motor senang ..kata ayahnya..tak jem.
Kesian ..gelap lagi dah keluar rumah
Mula lah dok memikir je lagi ni.
dalam dilema la pulak.
tak pe lah..tahun depan baru fikir.

oklah jumpa lagi,Insyaallah

Tuesday, September 25, 2012

DEMAM LAGI..

Assalamualaikum


Petang pukul dua..acik dan suami nak ke Rembau
baru melepasi Sungai Gadut
telefon acik berbunyi
Hero bungsu yang telefon...mak..aimi demam,batuk,selesema dah 2 hari
tapi hari ni dah mula sesak nafas katanya
cemas acik sekejap
minta En.suami pusing
lambat jugak acik sampai..dah setengah jam
 tunggu di pondok jaga katanya.
terus bawak pi klinik..
doktor bagi cuti untuk rehat 2 hari..
Sekarang ni dia sedang tidur selepas 
makan ubat..lega hati acik
dah jumpa Pengetua tadi...mintak izin kesekolah dari rumah selepas habis cuti sakit nanti.
Doakan sama semoga hero acik cepat sembuh ye
Rasanya tahun depan biar susah sikit pun tak pe 
tak mau dah dia dok asrama..biar dari rumah je
kerap sangat demam dalam tahun ni..buat risau je kan

oklah jumpa lagi,Insyaallah

Sunday, September 23, 2012

KALAU DAH BUKAN REZEKI..

Assalamualaikum


Perancanganya acik nak kesini hari ni
acik cadang nak pergi waktu pagi
jadi elok acik bawak sarapan je la..nasi lemak
awal pagi dah bangun
masak nasi lemak..buat sambal tumis udang ngan petai
rebus telur..goreng ikan bilis,goreng 
sambal ikan masin sepat
malamnya tu acik dah masak sambal tempoyak
dan buat rendang daging.
dah siap semua..acik dah masukkan dalam bekas
ada yang dah masukkan dalam kereta pun
acik dapat berita
suami anak sedara..ada di wad  hospital melaka
menurut kata doktor 
kanser kelenjar(kilang air liur) acik pun tak faham sangat
Termenung sekejap
acik dah janji pulak dengan Irfa.
 katanya dia dari cheras..suami hantar..
nanti bila balik acik pulak 
yang akan hantar dia balik kerumah.
kalau acik tak pergi kesian Irfa.
dalam acik dok memikir..acik dapat sms dari Irfa
dia kata MILnya tak sihat
rasa tak boleh pergi dan serba salah nak bagi tau.

Acik rasa lega..selesai satu masaalah
yang sakit perlu acik utamakan.
Sebelum tu..makanan yang banyak tu
acik hantarkan pada adik dan kawan dia
dan yang lain anak2 acik makan.
Alhamdulillah tiada pembaziran berlaku.
kata hero bungsu acik
sedap  mak..aimi dah makan 3 kali
ish3 budak ni..kalau maknya yang masak
tak ada la yang tak sedap bagi dia.

Acik juga dapat melawat suami anak sedara.
memang nampak kesakitan yang ditanggungnya
dah 4 hari diwad katanya.
semoga suami anak sedara acik
bertemu penawarnya dan sembuh 
serta sihat semula.

Jumpa lagi,Insyaallah


Saturday, September 22, 2012

MENDUNG TAK BERERTI HUJAN

Assalamualaikum


Padi tadi keluar rumah tengok mendung
tapi nekad je acik
mendung tak bererti hujan kan
dapat jugak acik pi pasar
tujuan utama nak cari pisang
teringat sepupu acik si anymz ni
dia ada sebut
"sok rayo se datang mah akak buek timpan yo"
biar boto budak ni.
rayo makanla kuih rayo kan he he.
Insyaallah esok selepas zohor dia dan suami akan berangkat ketanah suci
untuk menunaikan ibadah haji
Tak sampai hati pulak acik
tu yang pagi2 pi cari pisang dan daun pisang
tak ada la pulak pisang kapas
acik beli pisang ni
Tak tau namanya..janji boleh buat lepat
en..suami pi beli tepung pulut
lain pulak jenih yang dibelinya
tak kisah lah.
Alhamdulillah..siap jugak acik bungkus lepat
Q..bungkusan acik lain kan he he

 Ni yang dah masak.
Alhamdulillah petang tadi acik dah pun
kerumah Anim untuk menghantarkan kuih lepat pisang berinti ni.
walaupun pisang kesukaan acik untuk buat lepat tak ada.
menjadi jugak la lepat ni..Alhamdulillah.

Selamat berangkat keTanah Suci buat
Anim.suami,Shariah dan NurulUyun
semoga dipermudahkan semua 
urusan dan mendapat haji yang mabrur
serta selamat pergi dan selamat kembali.

Ok lah jumpa lagi,Insyaallah

Thursday, September 20, 2012

GEERRAAAMNYA

Assalamualaikum


Tengahari tadi..acik masuk pasaraya besar tu
beli tisu dan lain lain barang sikit
beli tisu..lebih dari satu bungkus
yang sebungkus 5 kotak tu,
kemudian tisu gulung untuk dapur lagi
tak dimasukkkan dalam plastik..
bila acik tanya..tak de plastik besar katanya
acik kata..macam mana nak bawak ni
dia pun tunjuk ada tempat yang ada lobang kecik untuk masukkan jari
acik bagi tau..tangan ada dua je..
nak bawak macam mana ni
dia buat tak tau je
eeeeeeeeeeeeeee geram nya acik.
rasa nak marah je.
tapi lepas geram disini je la.
tak kan acik nak marah disitu kan
malu la orang tengok..
lagipun salah sendiri
sape suruh tak ambik troli.

jenuh jugak acik mengepit..
kalau ada yang curi gambar tadi..
memang hodoh la rupanya
orang tua terhegeh hegeh kepit barang 
tak dibagi plastik
aduuuiii ai..bukan hari sabtu pun.

oklah dah lepas sakit hati dah
kita ni manusia biasa kan..ada masa rasa sakit hati dan nak marah jugak.

Jumpa lagi,Insyaallah

Wednesday, September 19, 2012

KERAMAHAN TERLAMPAU

Assalamualaikum

Kalau sesiapa yang dah mengenali suami acik dah tau kan
macam mana ramahnya dia
tak kira kenal atau tidak..mesti nak tegur
tak kira perempuan ke lelaki sama aja.
pernah jugak dia kena kata
"apa ni..gatalnya tegur2 orang"he he 

mula acik pindah dok Seremban
tahun 2007 ada orang di tempat kerja baru bertanya
"ada tak orang tak layan dia kalau dia tegur"
acik jawab..setakat yang acik nampak tak de la pulak
kalau masa acik tak nampak tak tau lah

Ahad baru ni..masa pi jemputan dirumah anak sedara
memang acik nampak sendiri
kebetulan masa en.suami sedang  makan 
ada yang baru sampai
En.suami yang memang terlebih peramah 
pun tegur "makan bang "
acik perhatikan orang tu menoleh pun tidak
dia panggil lagi sekali..pun macam tu..lansung tak toleh ke angkat tangan ke
kemudian anak sedara cakap..dia tu pengerusi di taman ni
en suami ubah pulak panggilan..Pengerusi..makan..katanya
pun macam tu..langsung tak toleh..
en.suami pun teruskan makan

masa balik acik tanya lah nak tau apa perasaan 
en.suami tak dilayan.
en suami boleh kata..dia tak dengar tu.
orang kalau jenis cakap kuat dan suka menjerit
 memang telinganya tak berapa dengar 
katanya.. oooo alahai
tak kan la tak dengar..bukan jauh pun..dekat bebeno..

Tapi itulah dia..en suami acik..tak jadi hal pun pada dia
tetap juga dengan keramahan dia menegur siapa saja 
kenal ataupun tidak.

oklah jumpa lagi,Insyaallah.

Tuesday, September 18, 2012

PERTEMUAN SEMULA

Assalamualaikum
semalam ada jemputan dari kawan sekolah
walaupun dah habis raya
tapi dia tetap nak kumpulkan
kawan kawan
mana mana yang dapat hadir.
acik sampai awal..
sebab nak kena balik awal.
masa acik sampai dah ada sorang kawan sekeluarga
yang sampai dulu.
seronok cerita2 sampai tak ingat nak ambik 
gambar ngan dia 
ada juga yang dah lebih 30 tahun tak berjumpa
yang bestnya tu bila nampak acik
eh..na..dia dah gemok la..
adui ai..kawan ku
masa kawin 30 tahun dulu pun berat acik 43 kg
apa lagi masa sekolah.
kalau berat acik macam dulu
mesti tak elok kan..ada yang kata acik kurus kering nanti.
nasib baik muka kenal lagi kan he he

sebahagian dari kawan sekolah dengan 
isteri dan suami masing2 
gambar zino jugak yang ambik ni.
Pasangan suami isteri
tuan rumah.
yang perempuan kawan sekolah acik 
dari sekolah rendah lagi
dengan kawan ni acik sentiasa berhubung
sebab dia dan suami rajin bawak anak anak
berjalan raya kekampung acik
tu sebab anak2 dia pun semua 
kenal sangat ngan acik.
kalau jumpa mesti bergurau senda dan peluk2 acik
macam rindu sangat..acik pun suka.

tuan rumah dengan 3 dari 4 anaknya
semua perempuan dah berkahwin dan dah ada anak
ada juga gambar acik..tak sedia untuk bergambar pulak
dengan  kawan yang membelakangkan
 kamera tu dan anak2nya

semoga akan ada lagi perjumpaan selepas ini
Insyaallah'
ok lah..jumpa lagi Insyaallah

Sunday, September 16, 2012

IDAMAN KALBU..TERTUNAI SUDAH

Assalamualaikum

Terima kasih pada semua yang mendoakan 
hero bungsu acik
Alhamdulillah dah berkurangan
walaupun muka masih pucat
muntah dah berhenti
tadi acik masak sup ayam untuk dia
Alhamdulillah..lepas makan dah tak muntah.

Hari ni ada jemputan kenduri,
sepupu nak menunaikan haji
acik tempah cistat ni
dulu dah pernah tempah dengan anna qawina ni
sedap..tu yang acik tempah lagi
untuk dibawa ketempat kenduri
 Ni pun sama.acik beli ..tapi tak bawak ketempat kenduri..acik makan sendiri je
sedap sangat rasanya..Terima kasih anna.
 Ini pun sama..acik tempah kuih kuih ni share kan adik..tu yang tempah banyak jenis tu.
 kek idaman qalbu..dah lama teringin nak merasa
makan air tangan anna..akhirnya berjaya jugak hari ini.

kuih dan kek dah ada untuk hero bungsu bawak balik nanti
mudah sikit kerja acik.
tak la terkejar kejar nak buat untuk bekalan dia balik petang esok.
boleh la acik pi jemputan  makan2 dirumah kawan sekolah acik di Jelebu.

oklah jumpa lagi,Insyaallah

Saturday, September 15, 2012

SEMOGA CEPAT SEMBUH ..

Assalamualaikum


hari ni sepatutnya acik  nak ke jemputan kenduri
di pucong sana.
Tapi kita hanya merancang dan Tuhan yang menentukan

Hero Bungsu dari pagi kata sakit perut
lepas tu mula cery bery
bawak ke klinik satu malaysia
dibagi paracetamol dan air garam
dah minum air tu 
muntah muntah pulak dia
sampai dekat 10 kali muntah..berpeluh peluh badan dia
acik dah tak tentu arah dah
suruh ayahnya bawak pulak ke klinik swasta
balik makan ubat lagi

kemudian dia kata rasa lega sikit
Alhamdulillah..
sekarang ni hero sedang tidur keletihan.
semoga hero acik akan sembuh sepenuhnya nanti.

Jumpa lagi,Insyaallah

SUATU HARI DIPETANG JUMAAT

Assalamualaikum
 Langit petang semalam
hero bungsu ambil gambar guna telefon je
Katanya kalau Pak Ngah nampak cantik macam ni
mesti ambik gambar...he he 

balik kerja ambil hero bungsu
kemudian pi pasar malam
nama pasar malam tapi petang kol 5 
dah ada yang jual makanan
 Baru sampai rumah
orang dari kesihatan dah sampai
nak menyembur katanya
rumah yang hujung ada yang dah kena demam denggi
tunggu la kami diluar.

lepas tu
nak masuk dalam rumah tak boleh dah bau racun
hero bungsu kata dah lapar
apa lagi..ibarat berkhemah lah kami diluar
buka makanan yang dibeli
masuk dalam ambil mangkuk dan sudu
terus ngap
Syukur Alhamdulillah..lega..
bak kata hero acik ni
kalau balik rumah lapo je he he.

Kalau di Asrama pulak
bila ada pembesar suara panggil nama dia
kata ayah datang
bila sampai kedorm..mesti dah penuh katanya
sampai kan kawan2 dorm yang jauh dari dia pun ada tunggu he he
lucu pulak acik..kesian kan..tu sebab bila nak hantar makan kena banyak
biar dapat semua merasa.

Hari ni air tak de pulak tu
dah rancang nak masak ayam kampung
 masak lomak cili api
tak tau la macam mana nanti

oklah jumpa lagi..Insyaallah

Friday, September 14, 2012

KALAU DAH LAPAR...JANGAN MAIN MAIN..MAU NAIK ANGIN

Assalamualaikum

Ini je yang sempat makan pagi tadi
 Ini jugak
tengahari ni mau habis berpingggan pingan ni
lapar bebeno ni.

Jangan jadi macam bos acik dah le
tadi sempat dia bercerita
lapar sangat sampai
termarah anak
kemudian dia menangis.
sebab sedih..tak pasal2 anak kena marah
sebab kes kelaparan. he he

ok lah nak cari nasi jap
jumpa lagi,Insyaallah

Wednesday, September 12, 2012

KALAU LA DAPAT MACAM NI..

Assalamualaikum
 
best nya kalau dapat lena macam ni
umi ajaa..pinjam gambar ajaa ye

Mengantuk bebeno ni
dah beberapa kali buat kerja asek tak lepas
asek error
mengantuk pun datang.

oklah nak cuba lagi..
jumpa lagi,Insyaallah.
 

Monday, September 10, 2012

JANJI DITUNAIKAN

Assalamualaikum

Seperti yang acik janji untuk kongsikan gambar yang ada
tak banyak gambar yang dapat acik kongsikan
acik memang tak sempat  nak
ambik gambar kan
hero bungsu acik kalau ada dirumah
siap dari basuh ayam dia ambik gambar


 Ni gambar aja tidur..hero sulung yang ambik
puas dia tunggu ajaa bangun
 Ni gambar dari Irfa
 Amani..dari lahir..acik dah tengok gambar
amani di blog ibu dia..
akhirnya bertemu juga
 Aziah kawan acik masa diklia..Rosaliza..Iqa dan acik
 Acik ngan Ati radzuan
 Rai ngan anak daranya yang mudah senyum
tak seperti kata ibunya yang kata susah nak senyum he he
 Ni buktinya senyum lagi
 Anak dara comel kak long
kacau kak long makan kejap..nak bergambar

ni je satu gambar menu
tu pun dari irfa.

masa Rosaliza tanya..dah ambil gambar semua ke
tak teringat pun nak ambil gambar he he.

antara kawan ada blog yang datang
Tijah(dah lama tak menulis),cikviva,Rai dan Rosaliza.

Ok lah jumpa lagi,
Insyaallah
(maaf tak banyak ambil  gambar makanan)

Sunday, September 9, 2012

SERONOK TAK TERKIRA BILA DAH BERSUA MUKA..

Assalamualaikum


Bermula dari kawan kawan yang sms dan
 ada juga yang inbox
 untuk datang kerumah pada minggu lepas.
Minggu lepas pulak acik ada banyak kenduri untuk dihadiri

acik bagi tau datang la minggu depan..hari sabtu 8hb.
dah kebetulan ada yang nak datang
acik masak lebih sikit untuk ajak sedara
 dan kawan2 yang lain
kawan2 blog yang acik ada no.talipon dan ada FB
ada juga yang acik jemput.

Tak sangka pulak..tu  bila disenaraikan ada 9 orang yang ada blog..
walau pun ada yang dah lama tak menulis
ada yang suam2 kuku bak kata mokwonik.
tak kisah lah kan.
tapi betul acik rasa seronok semalam..
maaf pada yang acik tak jemput
kalau ikutkan nak ajak semua..
tapi tak de kemampuan acik nak masak banyak
kalau muda2 dulu ok lagi rasanya.
kalau acik tempah pulak..kawan2 yang datang 
nak merasa air tangan acik.
bukan pandai pun acik masak kan..cuma tau masak je
menu acik semalam sikit je
ayam rendang Kuala Pilah..kawan acik kak norcek
 yang masak kan
nasi beriani, rendang daging,sambal tempoyak daun kayu
masak kari daging itik,
ada jugak lemang,kuah kacang dan ketupat segera.
pemanis mulutnya acik cuma sempat masakkan bubur jagung durian.

terima kasih pada semua yang sudi hadir
dan maaf jika ada kekurangan.

hari ni tak sempat nak upload gambar
lagi..Insyaallah nanti acik letak gambar ye
tak banyak pun sebab hero bungsu tak balik.

Ok lah..jumpa lagi.Insyaallah