Followers

Friday, August 31, 2012

25 TAHUN SUDAH..ALHAMDULILLAH

Assalamualaikum,

Alhamdulillah..25 Tahun dulu
selepas 5 tahun menanti lahirlah hero sulung acik.
Alhamdulillah syukur padamu Ya Allah.
Alhamdulillah masih bersama sehingga kini
walaupun banyak masaalah kesihatan ketika kecil
kerana terlewat di bedah untuk melahirkannya.
acik masih ingat sehingga kini..3..4 kali
disorong kebilik bedah dan dibawak ke wad
alasan yang diberi
bilik bedah penuh..doktor oncall tak ramai
malam 31 ogos masa tu..xcident banyak dan doktor kata
orang nak bersalin boleh tunggu tapi yang xcident tak boleh tunggu kena diselamatkan dulu.
 Hali lahir yang ke 3

Semoga Abang menjadi anak yang soleh
dan Allah sentiasa melindungi Abang.
semoga abang pandai menjaga diri dan berdikari
walaupun mak dah tiada didunia ni nanti.

Semoga abang dibawah lindungan yang Maha Esa 
didunia dan akhirat.

Thursday, August 30, 2012

IKUT KATA HATI...

Assalamualaikum..

Rasa nak menulis..tapi tak tau dari mana nak mula
tapi ada jugak rasa..simpan je sendiri
tapi hati berkata kata sendiri
kejam sangat ke diri ini

Tapi  hati jugak berkata kata
kena bagi pengajaran jugak bila dah sampai
 ketahap melampau
tapi..tapi...tapi..
sudah tentu nanti dijadikan bahan umpatan 
dan kutukan

tak tau..tak pasti..dan masih lagi berperang dengan perasaan sendiri..kejamkah diri ini?

Wednesday, August 29, 2012

ROTI DAN BISKUT...ALHAMDULILLAH..

Assalamualaikum
Alhamdulillah..hari ni acik raya.
semalam dah habis puasa sunat syawal
rancanganya nanti tengahari nak makan dikedai.
tapi kan..semalam juga dapat tau
en.suami kena pi raptai perbarisan hari merdeka
laaa..acik tanya jugak..tak de yang muda2 lagi ke..he he
sebabnya masa MAHA dulu dah dibagi baju 
masa bertugas di booth
untuk jimat belanja..sesiapa yang dah ada baju tu 
kena pi perbarisan
jadi seragam la nantikan.
Pukul 7 pagi acik dah terpacak diopis.
apa pun tak sempat beli.
 
Alhamdulillah  ada juga roti

 
dan biskut ni.berisi jugak la perut nanti

oklah jumpa lagi,Insyaallah

Tuesday, August 28, 2012

CAKAP BIASA VS CAKAP NEGORI

Assalamualaikum.

 Ada masanya bila kawan kawan 
atau sedara datang berkunjung kerumah 
anak anak acik tak tau siapa(tak kenal) 
biasanya anak2 yang ada diluar rumah 
 kalau yang dia kenal..masuk kedalam
 bagi tau mak..dan sebut nama sesiapa yang datang. 
 kalau yang tak kenal..dia akan dengar dulu
macam mana tetamu tu bertanya..
 kalau tetamu tanya 
"dik..omak kau ado ghumah?" 
dia masuk dan bagi tau..mak orang kampung datang..
 kalau tetamu tanya
 "dik..mak ada rumah?'
 dia akan bagi tau mak kawan mak datang..
 Boleh gitu? hehe..
tu la yang selalu buat acik gelak..
raya baru ni berlaku lagi macam tu.
 
 ada yang faham tak apa yang acik cuba sampaikan. 
anak2 acik bila dengar bahaso negori
terus kata orang kampung maknya
walaupun yang datang tu kawan2 acik.
kalau yang bertanya tu.
cakap biasa je..yang biasa dia dengar
terus anggap tu kawan2 maknya..walaupun
yang datang tu sedara mara acik ..

tu la pengaruh lohgat negori
pada anak2 acik.

oklah jumpa lagi,Insyaallah


Sunday, August 26, 2012

BERAKHIRNYA CUTI RAYA..

Assalamualaikum
hari  ahad..masa untuk menghantar hero bungsu
 balik ke asrama
baju dah siap gosok.gosok sendiri tu

yang lipat pun dah siap.sempoi je dia guna 
beg mydin...beg roda tak mau.
nanti sampai dia susun dalam locker
beg2 tu bagi mak bawak balik.

biskut dan roti pun nak jugak.buat sarapan katanya

 Air pun dah siap.cukup sampai hari khamis ni
biskut raya pun ada sikit.

lepas ni mak kena bangun la kalau ada apa2 nak ambil
kalau tidak..sedap je mak..membesarkan badan
main panggil je.
"dik..ambik tu..ambik ni"..tumbukkan mak cili..kupas kan bawang"
lepas ni buat la sendiri ye..he he

suspen jugak petang ni nanti..
tau je la hero acik ni..air mata diakan banyak..tak padan dengan dah beso nya.

oklah jumpa lagi,Insyaallah.

Friday, August 24, 2012

SIMPAN GAMBAR DISINI..BUAT KENANGAN..

Assalamualaikum

Gambar raya lagi
gambar kandid.betul la anak anak sedara ni kan
macam buruk makan mak sedara ni..he he
sebenarnya acik pegang bekas kuih yang abang acik bagi
diambil dari dapur tu..dia tau adiknya suka
makan kuih bangkit.
ni cucu dua beradik elok lagi berbaju kurung

ni anak sedara yang suka sangat ambik gambar kandid
dia cantik je berposing kan he he.
 dalam rumah acik ni..anak sedara yang baru kawen bulan 3 hari tu,
suami isteri sedang makan.
 ni abang sulung pengantin tadi tu..datang mah acik..suka makan didapur.
abaikan dapur acik yang berselerak tu ye
petang raya pertama..adik beradik sedang makan dirumah acik
jalan ramai2 adik beradik dan anak2 sedara serta kakak2 ipar
naik kerumah sedara dikampung.
bergambar ramai dalam rumah sedara acik.

ni pulak diluar rumah kakak..dah tak larat nak makan 
semua berehat diluar.
 Ni abang acik dengan dua anak yang masih sekolah.
kakak ipar dah meninggal 4 tahun dulu.
cucu yang cantik berbaju kurung
dah tak berbaju dah..panas..

ok lah acik rasa cukup dah gambar hari raya buat kenangan.
jumpa lagi,Insyaallah

Thursday, August 23, 2012

KEBAHAGIAAN YANG DIRASAI..

 Assalamualaikum.

Sambung lagi kisah raya
sebenarnya selepas pergi semua rumah.....
abang abang dan anak sedara  nak
 kerumah acik pulak
nak makan nasi katanya.
kalut sekejap acik. cepat2 balik kerumah dulu.
terus masak nasi beriani
lauknya goreng ayam dan sambal kentang 
dengan ikan bilis je
sebab rendang  semua ada lagi.
abang2 sampai..ngam2 je nasi acik masak.
fuuhhh legaaaa.
alhamdulillah semua dapat makan.
dan satu perasaan yang acik rasa...
mungkin orang lain pun merasainya
hati rasa lapang....suka tak terkata
itulah kebahagian adik beradik yang sebenar
walaupun ibubapa dah tiada.
Gambar yang boleh nampak muka acik..
sebelum ni nampak kening je he he.

oklah jumpa lagi,Insyaallah

Wednesday, August 22, 2012

KERJA LA PULAK

Assalamualaikum

Hari ni mula bekerja
acik cuti sebelum raya..selepas ni giliran ke 
pejabat la pulak kan.
 tetamu acik malam tadi.sikecik comel ni..
kalau ada kawan kawan yang dah biasa ke blog umi dia mesti kenal siapa.
 abam dan ayah.
abam tak mau makan nasi,makan spaghetti je
 umi ngan kakak makan nasi
adik ajaa makan kuih je.

Dik irfa..maaf jye..hidangan simple je yang dapat disediakan kali ni.

Acik juga mengucapkan terima kasih pada
sya yang sudi datang berhariraya kerumah acik
pertama kali bertemu sya yang datang bersama 
suami dan anak anak.

ok lah jumpa lagi,Insyaallah

Monday, August 20, 2012

DAH HARI KEDUA..

Assalamualaikum


Alhamdulillah dah hari kedua kita menyambut hari lebaran
ada ke yang dah mula berpuasa hari ni
acik belum mula lagi,
Insyaallah raya ke empat rasanya baru nak mula.

Semalam..seperti biasa selepas solat aidilfitri
acik kerumah abang2..mulanya kerumah abang yang di pinggiran senawang,
kemudian di cuai baru,rumah kakak di kampung dan rumah abang di Astana Raja
bergambar ramai masa dirumah abang 
dikampung Cuai Baru
kebetulan 4 dari 5 abang acik semuanya ada 
bersama keluarga masing masing.
nampaknya gambar acik nampak kening je he he
dok belakang terlindung.

bergambar dengan hero hero acik.
kali ni guna telefon je
gambar pun tak berapa nak terang
kamera lupa nak bawak balik.

selamat berhari raya pada semua
dan hati hati dijalan raya.

jumpa lagi,Insyaallah.

Saturday, August 18, 2012

SEMUA DAH SIAP..TUNGGU NAK MAKAN JE..

Assalamualaikum

Insyaallah esok kita mungkin akan menyambut
kedatangan syawal.
hari ni semua sedang membuat persiapan raya
termasuk la acik.
tahun ni buat lemang di rumah acik je.cari
tempat lapang sikit dibelakang rumah adik
abang acik yang jaga api lemang
jam 11 dah siap masak.
rendang pun dah masak. rendang daging dan ayam
hero acik kemain rajin ambil gambar.
kuah kacang,ketupat segera,rendang..tapi acik dah letih.malas nak upload.

ok lah..jumpa lagi,Insyaallah.
selamat berbuka dan bertakbir raya,insyaallah

Friday, August 17, 2012

SELAMAT HARI RAYA ..MAAF ZAHIR DAN BATIN

Assalamualaikum
Salam Lebaran buat semua
Maaf andai ada salah dan silap acik disepanjang menulis 
dan ketika meninggalkan komen.

Wednesday, August 15, 2012

SUSPEN...ADA KE TIDAK..

Assalamualaikum

hari ni dah 26 Ramadhan..tinggal beberapa hari je 
lagi kita berpuasa
semoga kita diberikan kesihatan yang baik untuk bertemu lagi Ramadhan yang akan datang

Selalunya..setiap hari cuti sabtu dan ahad
dibulan ramadhan ni acik akan mula mengemas
rumah nak kena kemas jugak kan
tapi tahun ni..rasa letih je
bila umur dah banyak..tenaga pun dah kurang

Anak anak awal2 lagi dah minta maknya buat kuih raya
baru terasa nak raya katanya.
tapi hero2 tak cuti
tak larat pulak nak buat dengan ayahnya aja.
jadinya acik order je,
lama dah..sebelum puasa lagi
semalam acik tanya..belum siap katanya
alamak..cam mana ni..esok acik dah mula cuti
kesian dengan anak2 acik yang memang kuat 
makan kuih raya
tak de istilah kuih raya tak bermakan dan tak habis dirumah acik ni
semuanya suka makan.

acik akan tunggu sampai petang ni
kalau tak de juga
esok acik akan marathon..buat atau beli..belum pasti

semoga kuih yang acik oder akan sampai jugak menjelang petang ni.
ok lah jumpa lagi,Insyaallah

Sunday, August 12, 2012

TUDUNG RAYA JE????

Assalamualaikum

Shopping raya..
semua tau kan acik ada 3 hero je
yang acik belikan baju pun yang hero bungsu je
semalam dah pun belikan dia seluar dan baju.

Acik pun beli sekali
tapi kan..acik dapat beli tudung je.
memang biasa beli tudung dulu baru baju.
kawan2 kata..terbalik..dia orang beli baju 
dulu baru tudung.
memang dari dulu acik buat macam tu
sebab tudung acik susah nak dapat.
tapi sekarang ni alhamdulillah
senang nak beli.
tapi di bangi la..tempat lain pun susah jugak nak jumpa.
dah beli tudung..baju semua tak de saiz
padan le muka acik kali ni
tapi tak pe..janji  tudung dah ada..
baju bila2 boleh beli kan

 ni la jenis tudung yang acik suka.
dulu2 donatello,kemudian valantino fiobre
sekarang dua2 tu dah tak jumpa..
yang ada tudung akel..tak kisah la janji tudung jenis ni.

ni dia..tudung 4 segi..acik kena jahit dulu sebelum pakai.
jadi  macam ni tinggalkan untuk bahagian muka je 
acik bantai jahit tangan je.
tak guna mesin pun.

Disini juga acik ambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih pada azatiesayang
Alhamdulillah kuih batang buruk dan kuah pecal dah selamat sampai.
Terima kasih atie


oklah la..nak kacau cendol pulak.
permintaan abang..nak makan cendol

jumpa lagi,Insyaallah

Friday, August 10, 2012

'MISTERI BULAN'

Assalamualaikum..

mulanya acik malu nak cerita disini
nampak macam soalan 'bodoh'
tapi nak tulis jugak
selepas bertanya ngan kawan kawan di opis
tak dapat jawapan
tanya jugak ngan bos yang pompuan
masih tak dapat jawapan.
kemudian acik tanya dengan yang lelaki
baru lah acik dapat jawapan
ada kak..katanya
tapi 'dia' lambat munculkan diri
cuba bila bangun sahur
akak keluar mesti nampak.
Alhamdulillah baru acik berpuas hati
dan benarlah bagai dikata.

kisahnya..tahun ni acik kemasjid naik motor
sebab anak tak guna motor
setiap kali balik dari terawikh..
masa atas moto tu..acik suka dongak kelangit
memerhatikan BULAN
suka tengok..dari bulan sabit sampai penuh
selepas 15hb, bila acik kemasjid semula
macam biasa bila balik acik dongak
eh..tak nampak..mana bulan
2..3..malam lepas tu pun tak muncul jugak
tu yang acik sibuk bertanya..he he
kawan2 pun pelik..
semalam baru lah acik puas hati.

kawan2 yang tau acik ada blog kata..akak tulis la kat blog
acik kata malu la..dah tua2 nak tanya soalan macam tu.
bila dah dapat jawapan pasti baru la 
acik berani kongsikan disini.

jangan la ketawakan acik ye.
tah ape2 je kan. 

oklah jumpa lagi,Insyaallah. 

p/s maaf ye kalau ramai yang kurang faham
senang aje sebenarnya soalan acik..
kenapa bulan tak kelihatan dilangit selepas 15hb.
jawapan yang acik dapat
bulan lambat kelihatan selepas 15hb. 
tu yang disuruh acik keluar rumah
masa sahur kalau nak tengok bulan

Wednesday, August 8, 2012

REZEKI ....

Assalamualaikum

Alhamdulillah rezeki
 Strawberry boleh buat smoothie
 Lettuce..buat makan dengan oblong daging Ramly burger
 
goreng je balik nanti

Alhamdulillah..semoga yang memberi bertambah 
murah rezeki

'BLACKOUT'

Assalamualaikum

malam tadi jam 1.12 minit pagi..acik terjaga dari tidur
en,suami bertanya..lampu suluh mana?
laaa..tak de letrik rupanya..'blackout'
tengah tengah malam pulak tu.
cari lilin jumpa juga 2 batang

takut lama tak de letrik
pi pulak kedai tujuh sebelas tengah tengah malam tu
dah habis la pulak..

Alhamdulillah jam 3 pagi tu..letrik ada semula.
kalau tidak..bersahur guna cahaya lilin la jawabnya,

pagi ni..mengantuk sangat..rasa macam nak tidur je
dah berjaga menunggu letrik datang he he..

Disini juga acik mengambil kesempatan mengucapkan 
selamat ulang tahun perkahwinan buat
sedara acik zino.
Alhamdulillah dah 31 tahun usia perkahwenannya.
kawen pun dengan kawan sekolah acik.
dia rajin datang kesekolah acik dulu,
muda muda ramai peminat ni
dari kalangan kawan2 acik ,
kemain baik ngan acik masa tu
rupanya terpikat ngan sedara acik..he he
kenangan manis semua tu.

 ok lah..jumpa lagi,Insyaallah

Monday, August 6, 2012

CEKODOK JAGUNG

Assalamualaikum

Alhamdulillah dah 17 hari kita berpuasa
dan ada negeri2 yang bercuti hari ni
sempena Nuzulquran.
Tapi acik tak cuti

menu untuk berbuka hari ni
balik kerja sempat jugak buat cekodok jagung
dan pengat keledek.
Jagung dan keledek kawan bagi
sebab Jumaat tu dia balik  Cameron Highland

 Dan yang pentingnya
Terima kasih pada hero sulong
yang beli laptop baru
dapat la maknya guna.
rupanya dia dengar je maknya bebel
laptop dah susah nak menulis..banyak huruf yang tak mau
bekerjasama.
 ni la rupanya
warna putih,besar dan jelas
dari maknya punya dulu.
Alhamdulillah

oklah..jumpa lagi,Insyaallah

Sunday, August 5, 2012

DAH 22 TAHUN..ALHAMDULILLAH..

Assalamualaikum..

Nak jugak update ni
hari ni rasa letih sangat..
tapi masak masak tetap dilaksanakan
bekal hero bungsu balik ke asrama tetap tak lupa

Hari ni juga..5hb Ogos,2012 hari lahir hero kedua
 acik yang ke 22 tahun
dibulan Ramadhan ni memang tak de la keluar makan2 kan
acik cuma masak kan nasi tomato kegemaran dia,
dan buatkan kek biasa.
semoga bangah menjadi anak yang solleh dan tak lupakan
kewajipan sebagai hamba Allah
serta berjaya dalam hidup..Insyaallah

Saturday, August 4, 2012

JOM KITA MASAK..

Assalamualaikum


Hari ni nak cerita pasal makan je  boleh kan
semalam ada majlis berbuka puasa di sekolah 
hero bungsu
tapi en suami je yang pergi
acik tak dapat pergi sama
sebab semalam adik ngan abang berbuka dirumah
abang memang setiap hari berbuka dirumah acik

tak sanggup berbuka sorang2 katanya
11 ramadhan tahun ni..genap 4 tahun 
kakak ipar acik meninggal
sebelum ni abang acik dok di pucung 
dengan anak nya 
baru tahun ni dia tinggal diseremban sebab dah pencen.

Hari ni pulak kami akan pi berbuka
dirumah abang di Rembau
acik nak bawak lauk siap2
nak masak tulang gulai lomak cili api..
nak buat lepat pisang
goreng kacang panjang..dan goreng ikan kering..
cukup la kan.
 ok lah dah kol sepuluh pagi.
nak mula masak dah.

jumpa lagi,Insyaallah

Friday, August 3, 2012

MENU YANG DIMASAK SEMALAM

Assalamualaikum

ni je yang sempat dimasak semalam
masak lomak putih soon+fucuk+petola

 rebus kacang bendi
sambal belacan(ada rupa sambal belacan tak)
dan goreng ikan
Alhamdulillah

hari ni nak fikir lain pulak

jumpa lagi,Insyaallah

Thursday, August 2, 2012

MENU APA HARI NI?

Assalamualaikum

Alhamdulillah dah 13 Ramadhan hari ni.
sampai la masanya
macam tak tau nak makan apa dan nak masak apa

kawan kawan disini ada yang dah masak?
masak apa ye...boleh kongsi?
ye ye je tanya kan..macam la banyak sangat
masa nak masak.. balik nanti

ok lah jumpa lagi,Insyaallah

Wednesday, August 1, 2012

WW.PISANG KAPAS.ADA NAMA LAIN??

Assalamualaikum