Pages

Tuesday, July 31, 2012

SUDAH DAPAT..ALHAMDULILLAH PUAS HATI

Assalamualaikum

dah dapat..ni hari ahad punya
 
 Tak puas hati,semalam beli lagi
 
ni gula gaul kelapa buat makan dengan putu mayam
Alhamdulillah..cukup la dah dua hari berturut turut..
puas hati. 

jumpa lagi,Insyaallah

Monday, July 30, 2012

HERAN BIN AJAIB..MANA PERGINYA???

Assalamualaikum

dah banyak kali jugak acik dengar cerita 
kredit telefon lesap
atau pun makin kurang.

acik pun perasan jugak..biasa top up rm 30
lama..tapi sejak dua menjak ni.. tiba2 perasan tinggal 
0.02 sen je.ada masa tinggal 0.07sen

tapi acik ingatkan mungkin sebab tersalah
 tekan atau pun tersalah call.
tapi semalam acik cuba top up lagi..belum guna
 dan belum pun tekan apa..saja2 cek baki
laaaa..dah tinggal tujuh ringgit.
ni le agaknya kalau guna bill
 yang kena bayar beratus2 tu.

heran..pelik..kemana..perginya?
sape yang curik.

oklah jumpa lagi,Insyaallah


Sunday, July 29, 2012

SAMPAI ESOK PUN TAK KELUAR...

Assalamualaikum

Alhamdulillah dah 9 hari kita berpuasa
dan dah dua hari meriah dirumah acik..masa berbuka..ramai 
(gambar ehsan google)

Masa nak masak acik mintak hero acik ambik kan 
daun pandan
kalau bulan puasa ni..sebut daun pandan je
mula la hero acik buka cerita lama.
acik pernah cerita disini dulu.

kisah en.suami ngan anak2 dirumah masa acik kerja shif petang diklia dulu
masa nak buat kuih buah melaka.anak2 suka letak 
air daun pandan
untuk mendapatkan warna hijau.

en.suami minta anak yang sulung untuk meramas(perah) 
daun pandan tu
siap  marah2 lagi.kuat sikit..katanya
badan je besar..perah daun tu pun tak boleh
bila dengar bising bising hero kedua terus
masuk  kedapur ..dan  bagi tau
bukan ke mak selalu blend daun pandan tu dengan air untuk dapatkan warna hijau.
baru lah en.suami teringat dan suruh hero sulung untuk blend daun tu.
tu le rupanya kalau mak tak de dirumah kan
kesian hero acik
kalau diperah daun tu macam perah kelapa..sampai esok pun tak keluar warnanya.

oklah..nak masak awal..hari ni..
nak hantar hero bungsu balik asrama dan dia
minta buatkan kuih kegemarannya
dah tentu guna air daun pandan

jumpa lagi,Insyaallah

Friday, July 27, 2012

ALHAMDULILLAH DAH SELAMAT KEMBALI

Assalamualaikum

semalam demam selsema
memang ramai yang demam sekarang ni kan
disebab hari ni
nak kena pi klia ambik adik
balik dari umrah
lepas je berbuka ..acik cepat2 makan ubat
sampai tak pi terawikh malam tadi
kepala sakit sangat
sahur tadi makan ubat lagi
alhamdulillah kurang sikit.
tak sangka pulak flight dari jeddah delay
lama la acik melepak di terminal
 Ngan cucu


 Adik icha ngan kakak ika.
acik telefon jugak dik irfa.
dapat lama jugak borak2 ngan irfa.
sorry dik ganggu sedang bekerja.

oklah acik nak masak 
abang anak anak nya dan adik akan berbuka 
dirumah acik hari ni

jumpa lagi,Insyaallah

Thursday, July 26, 2012

TERINGIN BERBUKA MAKAN PUTU MAYAM

Assalamualaikum

(Gambar ehsan google)

Teringinnya nak berbuka makan putu mayam
Tapi belum dapat lagi

Kalau masa sekolah2 dulu
bila nampak arwah mak dah rendam beras
rasa nak menangis
tau dah..mesti acik yang akan kena tumbuk
jadikan tepung dan kemudian kena tekan acuan putu mayam
acik dulu dari sekolah rendah
dah buat semua kerja
dah perempuannya acik dan adik je
yang atas2 semua lelaki.

sekarang bila nak makan beli..kalau tak de orang jual
tak merasa lah.
dah tak boleh nak buat sendiri
dah lupa.

kalau tak dapat diSeremban..
hari sabtu nak kepasar  ramadhan Rembau la jawabnya
tak jauh mana pun janji dapat beli.

ok lah..jumpa lagi,Insyaallah

Wednesday, July 25, 2012

NASI GORENG UNTUK SAHUR..

Assalamualaikum

Cerita hero acik lagi
sambut puasa dia ada balik
bersahur dan berbuka dirumah

Bang ngah bercerita ngan adiknya
kalau sahur diasrama ni tak best dik
asek2 nasi goreng
tukang masak tu malas
(amboi sedapnya mulut anak acik kan)
nasi tak habis masa berbuka dia goreng masa sahur katanya

Pagi tadi hero acik talipun
sedih je suara dia
"mak..betul kata bang ngah
dah berapa hari dah sahur asek nasi goreng je" katanya.
sian pulak acik ngan hero bungsu acik ni
acik tau dia ni memang tak boleh tinggal sahur..
dapat makan nasi panas dengan goreng telur pun dah berselera.

apa la dia orang buat macam tu ngan budak2 kan..
sian jenuh nak makan nasi goreng je 
untuk bersahur 
sampai sebulan puasa.

oklah,jumpa lagi,Insyaallah

Tuesday, July 24, 2012

DUGAAAAAANNNN

Assalamualaikum

Semalam hari pertama bekerja dalam bulan Ramadhan
Dugaan bagi acik dan en.suami
kereta rosak la pulak
tah apa yang bocor tak tau la
bila isi air terus mencurah curah keluarnya
talipun bengkel yang selalu hantar servis
tak ada pulak pi Kuala Lumpur katanya

akhirnya..balik tumpang kawan
Alhamdulillah sampai jugak kerumah
tapi tak sempat nak masak2 apa pun..beli je
beli ikan goreng sumbat sambal 2 ekor..RM 12 tu
tapi dua2 ekor tu sambalnya dah basi
tak jadi makan..goreng telur je sudahnya..alhamdulillah ada juga rezeki.

ok lah..jumpa lagi.Insyaallah

Monday, July 23, 2012

BADAK BERENDAM LAGI..

Assalamualaikum
 Bekal hero acik balik asrama semalam
kuih kegemaran dia
"badak berendam"
8 ketul dia bawak balik
dia dapat makan 3 katanya
tak sangka kawan2 suka
kawan yang dari Terengganu kata..
dia tak pernah jumpa kuih ni
betul ke ..acik pun tak tau..
mungkin di terengganu namanya lain kan

Ok lah jumpa lagi,Insyaallah

Saturday, July 21, 2012

PERCUBAAN PERTAMA

Assalamualaikum

Akhirnya acik buat jugak sendiri
dah lamaa Acik berminat dengan kek yang cantik ni
setiap kali acik keblog Anna Qawinna
mata acik lama terpaku melihat kecantikkan kek ni
ada ke orang tengok kek cantik?
adaaaaa.... acik le tu
kemudian acik email dan sms anna
acik kata nak order
tapi anna kata tak boleh pos..nanti hancur.
baru baru ni..sedar acik anymz mykitchen 
ada buatkan
tapi memang belum rezeki acik.
masa sepatutnya anymz nak hantar
acik tak de dirumah.
pagi tadi anymz telefon minta acik ambik dirumahnya
tapi acik tak sempat nak pergi
sebab pagi ada kelas mengaji
 Akhirnya balik mengaji tu
acik cari resepi diblog anna
acik tengok bahan2 semua ada..
yang jadi masaalahnya..acik tak pandai 
buat gula hangus tu
memang hangus le jadinya.
tapi acik buat jugak..ikut resepi anna yang sangat membantu
langkah demi langkah dia tunjukkan
akhirnya ini le hasilnya
memang tak cantik..sebab tangan cik ni bukan berseni
acik longgok kan aje satu senduk..satu senduk sampai habis..he he.
tapi alhamdulillah..masak jugak kek karamel percubaan pertama acik ni.

oklah jumpa lagi,insyaallah

Friday, July 20, 2012

SALAM RAMADHAN ..

 Assalamualaikum

Semalam ye ye je acik nak marah asterok kan
tapi acik tak jadi talipun
membuang kredit acik je

acik anto email je
dibawah ni jawapan dia

Dear Valued Customer,

Thank you for writing in to us. Your email is important and we are currently
addressing it. Our Customer Service Executive will be contacting you within 48 hours.

Have a nice day.




ni lagi satu

Salam sejahtera!
 Terima kasih kerana menghubungi Astro!
 Sukacita kami maklumkan bahawa kami 
telah menerima kad pintar
Jika Puan ada pertanyaan, sila hubungi Pegawai Perkhidmatan  kami  atau pun Puan boleh tinggalkan nombor telefon terkini Puan supaya kami boleh menghubungi Puan secepat mungkin untuk memberi bantuan.
Adalah menjadi tanggungjawab kami untuk membantu dan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada Puan sebagai pelanggan kami.

boleh pulak dia jawab dah terima 
kalau acik tak hantar no.pos..dah tentu bil dia 
akan datang lagi dan lagi

oklah stop pasal tu..acik pun dah putus ngan dia he he

acik juga mengambil kesempatan
mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa
pada semua..ampun maaf jika ada komen2 acik yang
mengguris perasaan.

jumpa lagi.Insyaallah

Wednesday, July 18, 2012

NAK MARAH SIKIT..BOLEH???

Assalamualaikum

Geram betul dengan asterok ni
masa kita nak potong
kekejap  talipun ..macam macam ditawarkan
bila dah potong 
kita pos kan smartcard..siap pos xpress lagi
katanya sebelum tiga bulan.
sebulan je pun dah pos.
tadi dapat jugak bil
'unreturned smartcard RM50'
tah apa apa je.
kejap lagi nak talipun nak marah sikit 
dan nak bagi nombor pos xpress tu.

Tuesday, July 17, 2012

TAK TAU NAK LETAK TAJUK APA

Assalamualaikum

Jom kita bersila buat kerja
sampai sakit sakit belakang mak cik ni.
tapi take pe
bos acik kata..anggap je sedekah jariah 
bila kita tolong buat walau pun bukan kerja kita.

Acik rasa la lelaki memang tak boleh jadi kerani 
dah bertahun tak buat failing 

oklah jumpa lagi,Insyaallah

Monday, July 16, 2012

SELAMAT HARI LAHIR

Assalamualaikum
 16/7/2011 setahun yang lalu
Icha selamat dilahirkan diHospital Serdang



hari ini genap setahun usia cucu yang sorang ni

Selamat Hari Lahir Icha.
semoga sihat sentiasa
membesar menjadi anak yang baik dan solehah.

SEMOGA DIPERMUDAHKAN SEMUA URUSAN

Assalamualaikum

Subuh 'sepie' ..ada jugak yang kata subuh 'adam'
acik dah sampai ke klia
hantar adik,abang,anak sedara dan suami sepupu,
semoga selamat pergi dan selamat kembali
dan dipermudahkan semua urusan
mereka ke Madinah dan Mekah untuk
 menunaikan ibadah umrah

                                       jumpa lagi,Insyaallah

Sunday, July 15, 2012

SIKAP..PERLU DIATASI

Assalamualaikum


walaupun ramai yang kata biasa berlaku bila
tinggal diasrama
tapi acik tulis jugak disini

Biasanya setiap hari jumaat petang acik hantar 
makanan untuk stok seminggu..
hari sabtu tengahari..hero bungsu acik telefon bagi tau
locker kena pecah dan makanan yang acik hantar 
dah habis kena curi.
Pagi sabtu semua murid tingktan 4 ada seminar
tu yang dorm tinggal kosong.
acik pesan suruh jumpa warden
kemudian hero telefon lagi..dia kata warden kata salah budak2 ni sebab tak kunci dorm
mak ai..dah kunci locker nak kena kunci dorm pulak..
bukan sorang, ke  dua..14 orang satu dorm

memang la orang boleh cakap..makanan je kan.
tapi bagi acik..sikap.tu perlu diatasi..
tak kan nak biar kan budak2 sekolah mencuri.
acik minta dia pergi mengadu  ngan ketua warden..

pagi tadi ketua warden dah kumpulkan semua budak2..katanya ..cik gu buat perhimpunan ..
memang cik gu marah sungguh2 katanya
kalau tak nak mengaku masa tu
esok cik gu tu minta datang ke bilik dia
untuk mengaku sendiri dan mintak maaf.

sekarang ni acik pulak rasa risau..acik harap hero acik dan kawan2nya dilindungi yang maha esa.
takut jugak..budak2 yang mencuri tu balas dendam dengan hero acik dan kawan2nya
kawan dia hilang duit..dan makanan.hero acik..duit tak tinggal dalam locker..cuma makanan aje yang hilang.

oklah..panjang bebel acik
sebab kerisauan la ni.
jumpa lagi,Insyaallah

Friday, July 13, 2012

PENYAPU MODEN PUN TAK BOLEH LAWAN..

Assalamualaikum

maafkan acik sebab letak gambar penyapu
bukan acik nak belasah orang dengan penyapu ye
tak berani acik.he he

acik masih lagi suka dengan penyapu  lidi
dulu2 lidi kelapa
lembut dan tahan lama
sekarang ni lidi sawit katanya
tak sampai  sebulan dah tinggal yang keras
yang halus dan lembut dihujung tu dah putus. 
dua bulan sekali acik beli dua.
maknanya sebulan satu penyapu ni musnah ditangan acik
tadi beli lagi.
mak ai..penyapu lidi pun dah naik harga?
(nak murah buat sendiri la ye tak)
mula2 beli dua RM2,lepas tu RM3,
kemudian jadi RM4,naik sikit lagi RM5
tadi acik beli RM6..tapi sikit je..pegang pun tak sedap.

ish3 apa lah mak cik ni..bebel hal penyapu pulak kan
tak pe la..janji ada.
kalau tak de lagi orang jual penyapu lidi ni..susah hati acik
rasa menyapu tak bersih je.
penyapu moden(vacum) pun tak boleh lawan ni.he he

ok lah jumpa lagi,Insyaallah

TERIMA KASIH TIHARA

Assalamualaikum

Terima kasih banyak  Tihara
yang pemurah dan baik hati
acik terima ni semalam.
semoga Tihara dimurahkan rezeki dan dilimpahi
 rahmat yang esa
acik sangat2 menghargainya
terima kasih sekali lagi.

Thursday, July 12, 2012

BAWAK BEKAL YANG SIMPLE..TAPI TAK MAKAN JUGAK..

Assalamualaikum

hari ni kena bawak bekal..bekal yang simple je
sebab tak de sape nak bawak pi lunch
sebiji epal
nasi
sambal telur puyuh
keropok

tapi dah tinggal sorang
sampai sekarang belum makan

oklah,jumpa lagi,Insyaallah

Wednesday, July 11, 2012

WW.. TEKA ..GAMBAR APAKAH INI?

Assalamualaikum

Tuesday, July 10, 2012

BERPADA PADA LAH..

Assalamualaikum

'PANDU CERMAT JIWA SELAMAT'
setuju tak..
ensuami acik pun tak la laju memandu
tapi tidak la sampai boleh menyusahkan pemandu lain

Pagi tadi..en.suami boleh memandu 60km je sejam
bukan kereta kami je..
bila ada selekoh acik sempat kira
ada 10 biji kereta mengekor kereta hijau yang didepan tu.
seronok je dia memandu santai 
sampai beratur kereta lain mengikut dari belakang
depan dia lansung tak de kereta lain

nak memotong tak boleh..sebab ada je kereta 
dari arah depan
ye lah kan..masa orang nak pi kerja
acik yang selalu nya tak banyak cakap masa en.suami memandu pun
boleh berbunyi jugak sudahnya...
alamak..merah le punch kad..
ensuami acik kata..tu jenis yang memandu tak tengok cermin pandang belakang.
biasanya kalau tengok cermin 
kereta berderet mengekor kita kena laju sikit..katanya.

santai betul dia bawak kete..
60km/jam je..
o alahai...
alhamdulillah..nasib baik sempat 
    ngam2 je sampai warna hitam lagi punch kad acik.

oklah jumpa lagi,Insyaallah.

Monday, July 9, 2012

BERTAHUN TAHUN TAK BERSALIN

Assalamualaikum..

Sebelum nak bertanya dan minta pendapat
 kawan2 yang baca blog acik ....
acik nak kongsi sikit.

sesiapa yang kenal ensuami acik mesti tau
 macam mana cara dia selalu bercakap.
tak berapa lama dulu
ada pegawai perempuan yang mengandung 
di pejabat acik
pegawai tu mengeluh la sikit
"tak laratnya saya nak mencangkung ni"
 
ensuami acik tanya..puan dah berapa bulan mengandung
pegawai tu  jawab dah 6 bulan
en suami acik terus cakap
puan baru mengandung 6 bulan
saya ni ha..dah bertahun tahun tak bersalin pun.
lagi la ..katanya
he he..boleh faham tak..maksudnya tu..(boroi le tu)

sebenarnya acik nak tanya ni kes 'bleeding'
kesian kawan diopis ni..
baru kawen hujung tahun lepas
dah mengandung sekali
belum 3 bulan keguguran.

kali ni mengandung lagi dan
minggu lepas dah mula  bleeding lagi
dia tidak ditahan diwad..tapi di bagi cuti sakit sahaja.
tadi cuti sakitnya dah habis
dia datang kerja seperti biasa dan masih lagi ada darah yang keluar
acik mana la tau nak membantu bila dia bertanya
cuma mampu suruh dia kehospital aje.

rasanya memang tak boleh buat apa2 
selain dari hospital kan..
ada ke cara..boleh kongsikan ngan acik.

Terima kasih dan jumpa lagi,Insyaallah.