Saturday, June 30, 2012

MAHA NS 2012

Assalamualaikum
Tajuk ye ye je kan..tapi tak de gambar..
tak sempat nak merayau
acik cerita makan je la ye.

Menu makan tengahari acik masa
 di MAHA NS tadi
bukan beli tapi makanan disediakan untuk yang bertugas
dan dihantarkan kebooth mana kita bertugas
walau pun rengkas..tapi sedap..kena dengan selera acik
bukan sebab acik lapo tau he he
acik makan tak habis pun sebab dah kenyang
tapi lauk goreng kentang,tempe ngan bilis
serta telur itik masak lomak cili api letak pucuk ubi ni memang sedap
 waktu pagi tu ramai jugak la..
ada jugak kawan acik masa diklia dan yang bekerja dikuantan tu datang
nasib baik kawan2 perasan kan acik,sebab acik tak tau
mereka nak datang dan dia orang pun tak tu acik 
bertugas hari ni
apa lagi..cerita panjang jugak la.seronok lama tak jumpa.
bila kawan2 dah beredar
mommy ZZ pulak sampai untuk menghantarkan
macaron yng acik order
sebab dah pernah jumpa dirumah dato'LF
cepat aje dia mengenali acik
terima kasih pada mommy ZZ,sebab sudi menghantar
sampai ke tempat acik bertugas tadi
acik belum pernah makan,
bila tanya mommy ZZ..dia kata..manis
memang manis dan sedap.

Ada kawan2 yang kata tak pernah makan
acik buka disana..bagi kawan2 rasa sama.
ni la macaron yang cantik berwarna warni dan sedap.

ok lah..nak rehat jap..jumpa lagi,Insyaallah.

Friday, June 29, 2012

TERIMA KASIH DAN ALHAMDULILLAH..

Assalamualaikum


Terima kasih pada semua yang mendoakan anak2 acik
hero kedua dah sihat 
hero bongsu masih pucat lagi..tapi dah beransur sihat jugak
acik dah bawak balik rumah tapi belum
 berkesempatan untuk
berjumpa dengan cik gu yang berkenaan
nak buat permohonan untuk tinggal dirumah seminggu
sebab nak pantau malam2 susah tidur dan susah nak 
bernafas lagi ketidak.

ni lunch acik hari ni
he he..jangan mare ye.tau perut bukan tahan sangat
tapi nak buat camana..dah sodap,..makan je la.
 Esok pulak kena bertugas disini,
tak dapat la acik nak masak2 macam  biasa.
tapi tak kisah le..bukan ada jualan macam dulu2 di booth tu
cuma tunggu je ..sampai jam 4 petang .
ok lah jumpa lagi,Insyaallah

Thursday, June 28, 2012

SEMOGA CEPAT SEMBUH ANAK2KU

Assalamualaikum

Sebelum subuh lagi hero bongsu dah telefon bagi tau
susah nak bernafas..katanya
dah dua hari dia demam
cuma makan ubat yang dibekalkan aje
acik pesan ngan dia cari warden
pukul 6 pagi dia ketuk bilik warden..
tapi tak buka katanya.

acik suruh dia minta surat untuk keluar
 sebelum  acik sampai
hampir kol lapan dia telefon balik
dia dah jumpa kerani katanya
kerani bagi surat ..minta hero pi cari 
cik gu yang nak sain surat
dah jumpa cik gu..cik gu marah2 ..cik gu kata..
'ini keje pejabat'
hero acik pi jumpa balik kerani tu
kerani pulak marah..sambil kata
'memang la kerja pejabat tapi yang nak sain ni kan cik gu'

tu yang dia terus telefon..biar ayah yang jumpa la..dia kata..dia dah tak tahan
bila en.suami sampai.. cik gu tu kata..
'kenapa tak pi klinik naik van pagi tadi..ayo e lahai..macam mana dia nak pergi 
sebab tadi cik gu marah2 dan tak sain surat.

Hero bongsu acik ni kalau demam batuk dan selsema memang dari dulu macam tu
memang dia susah nak bernafas..dah bawak klinik..
tak de asma pun..
selalunya bila dibagi ubat cair kahak..
insyaallah baik..

Hero kedua pun demam jugak ni.
dah dua orang demam buat acik risau..walau pun dan besar besar anak ni.
hati mak ni..sentiasa tak senang selagi tak baik.
Semoga hero hero acik cepat baik .

jumpa lagi,Insyaallah

p/s. maaafkan acik pada kawan2 yang bergelar cik gu ye..ni merujuk pada cik gu sekolah anak acik yang seorang tu dan acik dah biasa dengar budak2 bercerita tentang cik gu tu.

Wednesday, June 27, 2012

BIDARA APPLE

Assalamualaikum

jom makan buah ni 
lama dah tak makan..mahal sekarang ni
sampai RM15.00 sekilo.
tapi dah lama tak makan beli la jugak sekilo
kalau sesiapa nak beli,
boleh beli di Sendayan Valley

ada tak sesiapa tahu nama buah ni selain dari
nama bidara apple

Tuesday, June 26, 2012

ADA ADA AJE

Assalamualaikum

Semalam acik ngan en.suami ke sekolah hero bongsu
nak bayar yuran PIBG
lama baru dapat bayar...mulanya hero lupa
bawak surat balik
lepas tu ayahnya pulak lupa 
sudahnya pergi sekolah bayar
tak perlu guna no.akaun yang ada disurat tu.
tapi tu la kan..
macam tau2 je dia
mana pernah dia telefon acik jam 2.15 petang
tiba tiba je telefon
bila bagi tau..cepat cepat dia letak telefon..
aimi datang sekarang..ada rehat sekejap sebelum masuk kelas kol 2.30 petang katanya.

sekali tu kan..pengetua tegur
"Muhammad aimi..kecik kan badan sikit ye"
en.suami acik pun kata
Haaaa..kalau cik gu yang suruh..memang betul..
kalau saya tak boleh la..katanya
pengetua tanya balik..kenapa pulak tak boleh?
en suami kata..saya pun besar...he he..
tak pasal pasal pengetua tu gelak
tah apa apa je ayah aimi ni..
bukan dia kira sape kalau nak cakap.

sampai disini dulu bebel acik hari ni..
Insyaallah jumpa lagi.

Monday, June 25, 2012

HARI INI DALAM SEJARAH

Assalamualaikum

Dari muda..sampai la dah jadi orang lama ni.
dari bujang sampai la  dah kawen
dan dah ada 3 hero
acik memang tak pernah minum di kedai sorang sorang..memang tak pernah.
malu sangat rasanya bila dok sorang sorang tu
serba tak kena.
padahalnya ..tak de sape peduli pun..tak de sape heran pun
tapi nak buat camana kan.
pernah masa belajar lagi dulu
hampir pitam dalam bas..sebab lambat sampai kampung
perut dah lapar sangat2 dah.
nasib baik ada yang sama tempat turun..
dia la yang pimpin acik
sampai rumah..waaaaa.siap la kena dengar syarahan dari arwah bapak acik.
tapi hari ni..en suami acik paksa jugak acik masuk sini.
tengahari tadi.en.suami nak masuk bank.
.acik tak nak masuk
dia tak bagi tunggu dalam kete
takut lama..katanya.dok dalam kete nanti panas.
acik kata pasang ekon..dia kata bahaya kalau acik terlelap.
ish3 geram betul acik.
akhirnya..terpaksarela
acik masuk ke dalam TF tu sorang2.
nasib baik orang lain tak de masa tu..
cuma ada sorang pekerja.
bila dah dapat benda tu..acik dok tempat yang 
tak de orang nampak
asal dengar suara orang je..hati acik berdebor..he he..teruk betul orang tua ni kan.

tak senang duduk..akhirnya  acik keluar jugak dok dalam kereta.
nasib baik pun tak lama.

oklah..jumpa lagi.Insyaallah

Sunday, June 24, 2012

CARA MASAK INTI KELAPA

Assalamualaikum
Acik kongsikan disini camana cara nak buat inti kelapa
ada yang bertanya
masa acik tulis camana nak buat lepat hari tukan
 boleh la jadikan panduan
pada yang belum tau..dan ini cara acik la
cara orang lama kan..

Kalau dah inti kelapa
mesti la ada kelapa kan.
gambar kelapa yang muda dan sesuai nak buat inti 
tak de pulak
lupa nak ambik
kalau buat inti yang paling sedap
pada tekak acik le..elok dikukur
kalau tak ada..mesin pun tak pe
tapi isi putih aje.
kukur kelapa..acik beli dipasar payang dulu ni..tahun 2007 rasanya
 Kelapa yang dah siap dikukur
kalau 3 biji kelapa
acik masukkan gula kabung ni 2 keping.
inti kena maniskan
dan lebih kurang 300gm gula putih biasa.
tak sukat pun main agaknya..
lebur je dalam kuali
kelapa, gula pasir dan gula kabung serta 
2 helai daun pandan.
jangan campur air biasa..tapi guna air kelapa tadi tu
tu petua arwah mak acik untuk dapatkan inti yang sedap.
masak le sampai kering

dah sejuk simpan dalam tupperware dan masukkan 
dalam peti ais.
inti yang letak air kelapa ni tahan lama.
kalau kita simpan je tak guna lansung 
lagiii tahan lama..he he.

hari ni acik buat inti sebab nak buat lepat
tu yang boleh cerita camana nak buat inti ni.

 dah siap buat inti dan bungkus lepat..baru la
acik masak untuk makan tengahari
lauk telur itik campur pucuk ubi dan goreng ayam je
alhamdulillah..

ok la jumpa lagi,Insyaallah.

Saturday, June 23, 2012

SABO JE ..LA..

Assalamualaikum
cuba tengok gambar ..nampak tak..
kali ke tiga terjadi ni
nasib cepat sedar..bila nak jalan rasa lain
 Itu lah..lain kali jangan letak kasut/sandal 
lebih dari satu
ditempat kaki dalam kete tu
(tempat penumpang je..he he)
sebelum ambik gambar acik susun dulu
kalau elok tersusun gini..tak de lah terjadi
turun kete pakai sandal 
sebelah lain..sebelah lain kan.
sabo je la mak cik oiii..
salah sendiri..

ok lah jumpa lagi,Insyaallah.

Friday, June 22, 2012

LAPAR...MAKAN...TAK LAPAR PUN MAAAKKAAANN JUGAK.

Assalamualaikum
Laparnya.. belum sempat nak keluar makan..
tengok ada pulak gambar nasi  masa makan kenduri dulu
bertambah lapar la acik
tunggu en.suami balik solat jumaat jap lagi
nak pi makan jugak.

ada tak yang macam acik ni
acik kan..kalau ada perkara yang acik fikirkan
mesti acik  laaapaaar je..
kalau tak diselesaikan cepat
mau mengecut semua baju acik ... he he
acik tengah menunggu masa untuk face to face
tak mau melalui facebook.

ok lah jumpa lagi,Insyaallah

Thursday, June 21, 2012

MOHON MAAF YE.

Assalamualaikum

Acik mohon maaf pada semua
sebab semalam emosi sikit
rasa kasar sangat pulak bahasa yang keluar
mungkin sebab dah selalu  sangat baca
semalam datang pulak geramnya
 maaf ye..
Terima kasih pada semua yang
selama ini sentiasa datang menjengah acik disini 
bila baca komen2 tu semua
turun juga darjah kepanasan acik. 

terima kasih sekali lagi
jumpa lagi,Insyaallah

Wednesday, June 20, 2012

SAAABBBBAAARRRRR

Assalamualaikum
 
baik dan buruk nya dah banyak acik tau melalui pembacaan

Tapi..wajarkah..kalau digunakan untuk mengata..mengutuk 
sedara sendiri walau siapa pun dia
kalau yang berpangkat anak
mengutuk yang berpangkat emak
kurang ajar namanya
walau siapa pun dia
lebih lebih lagi yang tak tau apa2
melaluinya jugak boleh putus sedara
walaupun berdosa.

Sabar sabar dan sabar itu separuh dari iman.
Hanya Allah yang tahu
sungguh memalukan.

Ya Allah Ya Tuhanku
pelihara lah hati dan lidah ku

Tuesday, June 19, 2012

HILANG LAGI..

Assalamualaikum

Semalam buat kek lagi
untuk bekal hero bungsu bawak balik asrama
macam biasa la dia ni
mak jangan bagi banyak-banyak.
tahan berapa hari
dan macam macam lagi la
lepas tu telefon
mak kek dah abis..he he..tau dah..
mak dah boleh agak
bukan sorang dua..10 orang satu dorm tu
kalau dibekalkan sikit mana nak cukup.
kesian nanti kalau ada yang tak dapat merasa.
 
semalam mengadu duit syiling satu purse kecik dah hilang
sape ambik tak tau.
dulu kan acik cerita duit dalam locker pun boleh hilang
sejak ada sorang murid dah keluar dari asrama
dan dari sekolah..senyap dah cerita tu

kali ni hilang dalam kelas.
salah hero bungsu  jugak ni
tak bawak beg sekolah pi masuk bilik lukisan.

bila nak guna syiling untuk telefon maknya 
baru tau beg kecik 
yang berisi syiling tu dah hilang

tak pe la dik..dah tak de rezeki.
semalam dah bekalkan dia beg kecik 
yang lain untuk isi duit syiling
dan dah pesan..jangan tinggalkan dalam kelas lagi.

ok lah..jumpa lagi,Insyaallah.

Monday, June 18, 2012

ADA LAGI RUPANYA

Assalamualaikum


Semalam di Taman acik tinggal ni ada 
gotong royong Perdana.
sebenarnya acik pun kurang faham maksud Perdana
bukan ditaman acik je..sebelum tu.... lalu tempat lain pun
ada juga gotong royong perdana.he he

acik bukan nak cerita tu
tapi semalam..ada la sorang hamba Allah
dah marah dan memaki hamun 
orang yang bergotong royong tu
semua terkejut..
puncanya..ada yang dah tercantas pokok 
mangga ditepi jalan tu.baru sikit je
agaknya dia memang dah perati dari dalam rumah
(dia tak datang sama2 gotong royong)
rupanya pokok mangga tu dia yang tanam.

tak tercapai dek akal acik..dizaman sekarang ni..
ada orang tua yang masih lagi suka mengeluarkan perkataan2 teruk macam tu.

acik pun tua jugak..tu sebab acik kata tak tercapai dek akal..
malu patutnya nak memaki tu.
lagi pun kita ni .makin tua.
sepatutnya semakin pandai mengawal emosi..

kemudian barulah jiran jiran terdekat
dia bagi tau.
memang dah biasa tu..katanya
silap sikit maki2 orang.
oo alahai
ada lagi rupanya.

oklah jumpa lagi,Insyaallah.


Saturday, June 16, 2012

KEHABISAN TENAGA..

Assalamualaikum.

Menu tengahari ni simple je
masak lomak cili api pucuk ubi campur udang
dan goreng ikan keli berlada.

Hero bongsu pun ada dirumah
mintak maknya buatkan kuih badak berendam.
acik buat kan 10 ketul badak je.
dia makan sorang je 5 ketul.
oklah..ari ni acik kehabisan tenaga pulak
letih bebeno rasanya.
kalau la..boleh di caj macam bateri tu kan.

Jumpa lagi, jika panjang umur,Insyaallah

Friday, June 15, 2012

JIKA SUDAH ADA YANG BARU..YANG LAMA DILUPA JANGAN

Assalamualaikum

sesuai ke tajuk N3..he he
Jangan la pelik pulak bila tengok gambar 
dibawah ni ye..
acik cuma nak cerita..kerisauan acik.
semua kenal apa ni kan.
serkup kepala sebelum pakai tudung.

Punya la susah nak dapat sekarang ni
sejak fesyen tudung dah bertukar.
Tapi acik masih lagi bertudung feseyen lama dan masih perlu menggunakan benda alah ni
yang ada semua dah longgar.terpaksa la acik ikat ngan getah
 Yang atas ni lansung tak jumpa dah dikedai
yang ini masih ada..tapi tak tahan..sekejap je dah carik/koyak/berlobang.

Acik saja je nak bebel disini..memang tak boleh nak tolong pun dah kan..he he
aduhai..susahnya hati..mana la nak carik.

ok lah jumpa lagi,Insyaallah.


Thursday, June 14, 2012

PULUT MAKAN NGAN BUBUR DURIAN

Assalamualaikum..

Bubur Jagung durian
 Makan dengan pulut.
sedap..
 
ini mak pandai masak.
roti tempayan tak pandai.
tapi kalau ada kawan2 yang tau kongsikan
 resepi ngan acik ye.
tak sampai hati pulak bila anak mintak
asek terkenang kenang dan teringat ingat je
selagi tak dapat masak kan.

ok jumpa lagi,Insyaallah.

Wednesday, June 13, 2012

ROTI TEMPAYAN???

Assalamualaikum

Balik dari kerja
hero kedua acik bercerita

'mak ..tadi bangah makan 'roti tempayan'
sedap mak..katanya..
mula2 bangah mintak satu..sedap..bangah mintak lagi dua
orang kedai tu bagi free lagi satu keping,
malu la pulak katanya.
macam kuat makan ..sangat..
sedar pun he he.

siap  tauke kedai tu tanya..'tak pernah makan ke.'

mak tau ke roti tempayan..katanya..
acik jawab le..acik tau..dan pernah jugak makan.

Yang tak boleh tahan hero kedua ni
'mak buat la roti tempayan..cari la resepi kat internet'.
boleh..makan dengan kari mak masak.

terjerit acik..BANGAAAAHHHH!!!!!
bukan semua mak boleh buat tau..
mak tak tau lansung macam mana nak buat.
haaa kan daaahhh.
hero kedua paling cerewet bab makan luar.
mula2 dok asrama masa sekolah dulu
tak de satu pun dia kata sedap
ada je salah silap nya..
ada kayu la..ada lipas la..ada ulat la..ada pasir la..adui.penat acik dengar komplen dia.

bila tunggu spm..pi kerja sementara
kena makan dikedai
dia boleh kata..tah apa2 rasa mee orang tu masak
tak macam mak masak.

bila sambung belajar 
dia kata..dia makan kuah sayur dan telur goreng je.
dah orang cerewet kan..macam tu la.

alahai anak omak yang sorang ni
yang peliknya dia ni la yang paling susah nak kata
 maknya masak sedap.tapi kalau makan
nak jugak yang mak masak.

ok lah..jumpa lagi,Insyaallah

Tuesday, June 12, 2012

HANCUR BERKECAI PUDING KARAMEL KU

Assalamualaikum

Aduhai la puding karamel
hero kedua suka makan.acik pun buat la
dah lama tak buat.
pertama kali buat semula.rupa dah ada
sekali makan..terasa air gulanya pahit la pulak
 Buat lagi sekali..air gula  tak berapa nak menjadi jugak
bila masukkan air....terus jadi berketul..ketul..
ooo alahai
cuba lagi  sekali.
tak masukkan air dah..bila gula dah cair
cepat2 masukkan dalam acuan,
tuang adunan puding dan kukus
kemudian acik pesan ngan en.suami..
nanti jam 8.30 tutupkan api ye.
acik masuk kebilik  tunggu solat isyak.
sekali acik keluar dari bilik.
pi kedapur acik tengok..waaaaa.apasal ni.
ada  ke patut panas panas lagi dah diterbalikkan 
dalam bekas
lepas tu guna sudip besi..
habis lah hancur berkecai puding karamel
yang dah 2 hari acik mencubanya..

Aduhai..sabo je la..
padahalnya yang hancur ni memang dah sedap
kena sangat dengan piawaian tekak acik ngan hero kedua.

bayangkan aje rupa puding karamel yang hancur tu
macam gambar yang mula2 tu ye.

PUDING KARAMEL
10 biji telur
1/2 tin susu pekat
1 tin air
2 sudu marjerin.

1 cawan gula di jadikan karamel

tak perlu dipukul telur.dah bercampur 
putih dan kuning
tambah susu,kacau lagi kemudia tambah air.
dan masukkan marjerin.
marjerin biarkan macm tu aje..
nanti dah kukus dia cair sendiri kan.

resepi ni dari kakak yang dikampung.

Jumpa lagi.Insyaallah.