Followers

Thursday, May 31, 2012

Assalamualaikum

Hari ni cuti..sebab tu sempat la masak untuk makan tengahari.
cuti tak kemana pun
sebab nak repair dan upgrade tenet yang selow melow ni
walapun hero bongsu cuti
tapi tak boleh la nak tinggalkan dia sorang
buatnya orang tu mintak bayaran susah pulak kan.

Menu acik hari ni
 Udang masak lemak cili api..tempoyak dan 
daun kunyit tak boleh tinggal.
tapi tak nampak pulak daun kunyitnya  dalam gambar..
punya la mahalnya udang,
tapi beli jugak la..dah nak makan kan.
acik  minta 10 ekor je.siap minta orang tu kira he he.
tu pun dah  RM20
beli daging lagi murah kan.
tu dia..hitam legam gambarnya
tapi acik puas hati ni..terima kasih pada Q yang tak lokek kongsi ilmu.
dari pagi sampai tengahari
garing dan rangup lagi paru ni.
hero kedua siap cakap..macam ni la sedap mak..
rangup katanya.

Jumpa lagi Insyaallah

Wednesday, May 30, 2012

LANGKAH DEMI LANGKAH..BOLEH KE?

 Pisang kapas
 Daun pisang
 Layur dulu untuk mengelakkan pecah semasa membungkus
 Tepung Pulut

inti
 Guna ni untuk melenyek pisang
 Dah siap lenyek
 dah siap tepung  campur pisang(air tak guna)
 Siap letak inti dan bungkus
Dah siap bungkus
kukus la sejam.
Jadi la lepat pisang macam n3 semalam
selamat mencuba.

kalau ada yang suka makan kuih lama
boleh la mencuba buat ni
senang je
biasanya kuih lama ni orang lama je suka makan kan..
tapi anak2 acik suka sebab
acik selalu buat.

Tuesday, May 29, 2012

TENGOK GAMBAR AJE LA..

Assalamualaikum

Masa acik pi kenduri rumah yang kedua 
Ahad lepas,Jumpa kawan satu kumpulan 
masa kerja di KLIA

Nampak muka acik je terus tanya 
lepat aka timpan pisang
acik kata..ko ingat muka aku ni macam
 muka timpan ke..he he

Isteri dia bagi tau acik
tu la Na..kalau makan lepat
dia asek kata..tak lawan lepat ina katanya.
kawan acik ni ada 2 isteri
sorang orang Johor dan sorang dari Terengganu
dan dia sendiri asal Kuala Pilah.
 
acik dah tolong ajarkan isteri dia pun tak menjadi..he he
jadi bukan la salah acik kan.


meh tengok gambar lepat pisang acik ni.
nampak sedap tak..he he

ok lah jumpa lagi,Insyaallah
 

Sunday, May 27, 2012

JEMPUTAN

Assalamualaikum..

27hb.mei,2012 ada 3 jemputan
Tapi acik sempat pergi 2 majlis sahaja
Majlis pertama disini
Sedara sekampung yang dah menetap diKajang
 Pelamin Yang cantik.
acik dah nak balik baru pengantin sampai
acik ngan kakak pada mak pengantin
 Kawan sekolah acik dari darjah satu sampai tingkatan 5.
mak saudara pengantin jugak ni.
 sama sama pi jemputan zino ngan mem dan adik,sedang menjamu selera.
Tak sah kalau tak  dokong baby,
nasib baik baby ni lom pandai cakap.kalau tidak baby panggil acik onyang tau
aduhai..kalau selama ni acik rasa dah tua..tapi sekarang laaagggiiii rasa dah tua sangat..he he.

Menu yang sangat sedap
macam macam ada ,sambal tempoyak,
sambal belacan,ayam, daging dah tentu ada.
masak lemak cili api cendawan ngan udang
ada laksa johor, ada bubur jagung..cendol jugak,
pulut kuning ngan rendang dan sambal tumis.
tak dapt nak rasa semua
dah kenyang,
bila  sampai rumah kedua,
acik hanya mampu makan buah je.

ok lah jumpa lagi,Insyaallah.



Saturday, May 26, 2012

LICIN SEMUA-ALHAMDULILLAH

Assalamualaikum


terima kasih pada semua yang meninggalkan
 komen di N3 acik yang lepas
keputusan masih belum dibuat
nak bincang lagi dengan hero bongsu

semalam hero acik bercerita kisah hari guru 
dan makanan yang acik hantar.
kawan2 siap terkejut katanya.."mak ko yang masak semua?"
he he..geram dia bila ada yang tak percaya..

Jamuan dikatakan akan bermula jam 2 petang.
aimi pi solat dulu katanya.
bila masuk kekelas semula..macaroni goreng dan licin..
aimi dapat merasa mana yang tertinggal
 kat senduk aje..katanya
acik kata..tak pe la dik..adik kan dah selalu makan.

kisah kuah kacang dan rendang hancur tu
mulanya tak berapa nak dimakan..
dalam hati aimi kata..tak nak makan sudah..
sekali bila dah makan..sampaikan bila dah 
habis nasi impit nya
ada yang makan biskut oreo..cicah kuah kacang dia kata..
dan ada jugak kawan2 yang buka beg lagi..bila ditanya..
katanya nak cari rendang dan kuah kacang..padahal 
semua dah habis.
yang aimi tak sangka kuih bahulu,bila buka aje beg
kawan2 kata..apa tu..kuih bahulu
semua serbu katanya.semua suka,
acik pun sempat la kenakan hero..sebab mulanya dia tak bagi acik hantarkan kuih bahulu tu,
takut tak de yang nak makan.

sampai sini dulu..jumpa lagi,Insyaallah

Friday, May 25, 2012

APA YANG BEST DIJOHOR..

Assalamualaikum

Cuti sekolah dah bermula
hero bongsu dah balik

sebelum tu dia dah bagi tau..nak pi bercuti
tapi nak kemana ye..
bulan mac hari tu dah ke Kelantan dan Terengganu
Bulan Sebelas nanti dah rancang ke Utara

Katanya nak ke Johor
Johor kemana? nak tengok apa?
acik pun tak tau..sekolah2 dulu ada la jugak kerumah sedara di Johor Baharu tu.
kalau tidur di JB ada sekali masa ikut rombongan menghantar pengantin anak zino

selalunya setakat Air Hitam dah kerumah abang 
di Segamat je. 

Tak tau lagi lah.
nanti acik fikir fikir dulu.
Jumpa lagi,Insyaallah.

Wednesday, May 23, 2012

KUAH KACANG..KETUPAT SEGERA

Assalamualaikum
 Ketupat segera dah siap direbus
 Kuah kacang dah masak
Ayam pun dah  masak..hancur digodek hero yang sulong

kuih bahulu pun dah siap ditempah

Pagi esok tinggal nak goreng macaroni je

Semua yang dimasak ni untuk jamuan hari guru sekolah hero bongsu esok
untuk kelas katanya.Mintak maknya hantarkan kesekolah pagi2 esok.
setiap orang kena bawak makanan sendiri,
tapi biasalah hero acik tu,
mintak simpati.tak de yang  bawak makanan berat.
katanya..semua bawak kuih2 je.
mak boleh tak gorengkan macaroni..
hero bongsu mintak macaroni goreng je,
yang lain2 tu acik yang nak buatkan,
tambahan..semoga budak2 tu gembira dengan 
sambutan hari guru tu nanti.

Ok lah jumpa lagi,Insyaallah.

Tuesday, May 22, 2012

KENANGAN...RAGAM HERO PERTAMA

Assalamualaikum


baca blog kak pah dengan tajuk 'tak puas hati'. 
acik tertarik dengan kisah cucu nenda yang tak puas hati.
menggamit memori lagi

masa acik melahirkan anak kedua
anak pertama baru berumur 3 tahun

memang macam macam ragam dia buat
dari acik mengandung..sampai la dah ada adiknya
acik pulak kalau mengandung
keluar masuk hospital 
dah selamat bersalin pun keluar masuk hospital lagi
anak kedua memang banyak cabaranya
cuma Allah masih mengizinkan acik untuk bersama membesarkan hero2 acik tu.

kisah si abang ni..kesian pun ada ngan dia
ada masanya ayah yang penyabar pun hilang kesabaranya

betul2 buat perangai dia masa tu.
bayangkan kalau nak buang air..dia bukan pi bilik air
boleh dia lari keruang tamu..naik atas kusyen..dan buang air disitu.
kalau nak buang air besar..dia lari pulak dalam bilik..
menyorok balik pintu..

kalau letak adik atas katil baby tu..dia panjat..siap duduk atas perut  adik
ada sekali..masa ayahnya tolong pakaikan acik bengkung..
tiba2 terdengar rengekan si adik..sekali keluar dari bilik..
tengok2 dah jauh adik yang berbedung tu di golekkan nya..macam golek kan tong tu..
aduhai..semput nafas ayahnya..he he..bila diingatkan balik memang lucu..

tu belum lagi..tiba2 tengok muka adik yang dah penuh dengan bedak..
masuk mata..mulut dan hidung..alahai abang..
masa tu..bila tengok ayahnya cubit sebab dah 
tak tahan geram..sedih acik..keluar la air mata.

Arwah bapak acik pernah minta 
bawak balik kampung untuk dijaga, sementara
acik habis pantang..tapi acik tak sanggup 
nak lepas kan pulak,

masa dalam pantang ketiga2 hero...
acik memang tak balik kampung
en.suami  yang jaga sendiri,

Masa tu mungkin silap acik jugak,
masa mengandung alahan yang teruk dan keluar masuk hospital acik tak dapat nak melayan abang
mungkin itu punca nya dia buat perangai.

dah bersalin pun selama 10 hari selepas bersalin
acik demam,lansung tak boleh bangun,
rupanya ada cebisan uri yang tertinggal
sampai acik tumpah darah,bawak kehospital 
dok wad lagi  hampir 10 hari

sebab tu la kurang dapat memberi tumpuan 
pada siabang,asik dok hospital je.
apa lagi..tunjuk perasaan la dia kan.
memang banyak kenangan abang masa kecil
dia jenis lasak dalam diam.
pernah pengasuh bagi tau
kalau abang diam...cepat2 cari..mesti ada kerja yang dia buat..katanya.

oklah..dah panjang pulak,
jumpa lagi Insyaallah.

Monday, May 21, 2012

SEMAKIN HAMPIR

Assalamualaikum


Esok dah masuk bulan Rejab..cepatnya masa berlalu
kemudian Sya'aban dan datang nya Ramadhan,
mungkin  bukan acik aje..kawan2 yang lain pun sama rasanya..maaf kan acik jika tersalah

Setiap kali menghampiri Ramadhan
kenangan semasa bersama ayahbonda tercinta 
mesti menjelma
walaupun acik dah bekeluarga..ada anak2...tapi kenangan itu tetap datang

Teringat arwah bapak..bila datangnya Rejab..pesannya..Puasa la diawal..tengah 
dan hujung bulan..
kalau nak ambil sebulan takut tak larat..katanya.betapa perihatinnya arwah bapak

Semalam semasa dikampung..rasa itu datang lagi
kenangan itu muncul lagi
dan kesedihan itu terasa dihati.
rindunya pada yang telah pergi..
AlFatihah buat Ayahbonda tercinta..

Oklah,jumpa lagi,Insyaallah
cerita yang acik nak tulis dah lari
yang lain pulak muncul bila membaca
coretan di blog Q tadi.

Sunday, May 20, 2012

TAK DE TAJUK PUN TAK PE KAN..

Assalamualaikum

Mula minggu ni..sampai habis cuti sekolah
 rasanya cerita hari minggu..acik
cerita pi kenduri aje.he he


Acik letak gambar cenderahati je
kenduri tadi dikampung acik.dah dikampung sendiri
malu la pulak nak ambik2 gambo ni..he he
dah semua kenal kan.
Lagi pun acik memang tak sanggup 
nak lama lama dikampung.
sejak kedua ayahbonda dah tak de..
dan rumah tinggal kosong..kalau balik mesti rasa sedih.
tadi adik acik pi jugak tengok rumah.
sebab sedara yang ada depan rumah bagi tau..
ada orang dah masuk dan ambil apa yang ada.
dah mintak tolong kakak ipar ambil pinggan mangkuk dan 
periuk yang besar2 bawak balik kerumah dia.

sampai disini dulu..Insyaallah jumpa lagi.

Saturday, May 19, 2012

BERJAYA JUGAK AKHIRNYA

Assalamualaikum

hari ni terasa letih la pulak...
 mula mula buat kek
nak bawak pi kenduri dirumah sepupu di kota.
Dah siap 2 jenis kek,
hero kedua pulak bertanya
mak tak jadi buat tart telur ke.
oooalahai..sebut lagi..dah banyak kali dia sebut,
acik order la dengan anna qawina crust nya tu,
tapi belum sempat acik buat filllingnya
dah habis kena makan.
nasib baik la acik ada beli tepung segera khas 
untuk buat tart
gagahkan jugak la diri buat
dalam hati acik berkata ...pertama dan terakhir la acik buat sendiri ni.
penat..kena dok lama baru dapat banyak.he he..
dah tetua ni mana la larat kan.
walau macam mana pun..alhamdulillah..
anak2 suka sangat..sedap mak katanya.
 Gambar dibawah ni 2 jenis kek yang acik buat untuk dibawa ke jemputan  kenduri
memang nampak beno malas nya acik kan..
dalam satu bekas sumbat dua2 jenis kek.
tak kisah la kan..janji makan.

oklah jumpa lagi,Insyaallah

MERISIK KHABAR

Assalamualaikum


dua hari acik tak dapat mencoret disini
Alhamdulillah pagi ni..baik hati pulak dia..
tapi acik masih dapat melawat kawan kawan semua..Alhamdulillah
berita rengkas aje ni
Insyaallah nanti kita jumpa lagi
Pagi pagi macam ni banyak tugas kan..

Jumpa lagi

Wednesday, May 16, 2012

DUA TIGA KALI TEKAN..BARU DAPAT BACA...

Assalamualaikum

Geram betul..tapi sabar..he he..
setiap kali acik nak masuk blog kawan2
mesti yang keluar "google chrome could not find....."
cam tu la lebih kurang tulih nya.
acik tekan..tekan..tekan lagi..kadang2 
satu blog sampai 3..4..kali baru la dapat baca
lepas satu satu masalah yang datang.
mau bersara kalau macam ni..he he

oklah..sampai nak telolap acik dah
jumpa lagi,Insyaallah

Tuesday, May 15, 2012

SUKUN OH SUKUN

Assalamualaikum
 Goreng sudah
buat bubur pun sudah.
sukun kalau nak buat bubur kena yang betul2 tua
memang sedap,rasa macam pengat ubi.
petang tadi adik ngan abang datang rumah makan
siap tanya..mana ambik ubi ni..sedap,lembut je..
he he tertipu jugak.

tinggal nak buat cekodok je lagi.
sebab dah ada yang masak sangat.

jumpa lagi,Insyaallah

Monday, May 14, 2012

"SEPAT RONGGENG"

Assalamualaikum

Lamanya tak makan ikan sepat ni.
tadi pi ke Tanjong Karang
kebetulan hari Isnin ada pasar.dah jam 11 lebih..dah ramai yang berkemas pun
jalan laju laju nak cari tauge jawa..
tiba2 nampak ikan sepat ni.
ikan sepat kecik ni..orang sana panggil 'sepat ronggeng'
terus beli..sedap ni..tak masin.


dan dapat rezeki lagi..ikan masin dari Sabah dan ikan pekasam 
terima kasih zar.

masa jalan2 tu en suami terjumpa kawan lama 
masa kerja sana
lucu jugak masa berbual tu.
dia kata..dia diminta bekerja sampai umur 60 tahun
dan dia jawab..
'aku dah tua tua ni mata tak berapa nampak
kalau aku tersalah kira duit..halalkan aje la ye'
katanya he he.
bila dah nak balik..en.suami kata..
nanti kirim salam ngan kawan2 lain ye..
kawan tu jawab..aku nak sampaikan pada sape..
kawan kawan kita ramai yang dah mati..
mak ai..senang nya dia menjawab..

macam tu la kan..dah tua2 ni..
satu masa nanti akan sampai juga giliran kami.

oklah..jumpa lagi..Insyaallah.

Sunday, May 13, 2012

TAK DIBENARKAN 'OUTING'

Asslamualaikum

Dari mula masuk 9.1.2012 dulu
belum pernah lagi hero bongsu acik tak balik kerumah
biasanya kalau outing parent hari Ahad walaupun sekejap balik juga kerumah
semalam dia dah call..macam biasa berpesan
jam 11 nanti ambik Aimi.
tapi tadi jam 9 pagi dan telefon.
cik gu tak bagi outing hari ni..katanya
dari suara dia pun acik tau dah..
suara nak hujan.
bak kata lagu mastura
"alahai anak omak..alahai anak omak"
acik buat kan pulut kuning rendang ayam dan 
goreng ikan bilis
kegemaran dia.
 Senang aja kegemaran dia ni..
tak mau sambal letak bawang..tapi acik dah blend kan bawang
jadi ada rasa aje..tapi dia tak nampak bawangnya.
tu dia..jom makan.
pulut susu ni sedap..acik memang suka sangat..lembut..lemak..
lemak sebab acik letak santan ngan garam..kalau tidak mana nak lemak kan.he he..

ok lah nak tunggu kek masak,
nak gosok dan lipat baju hero ni 
pas solat asar nanti acik nak hantar.
biar lambat sikit.
ada ke suruh maknya bekampung kat sekolah 
dari kol sebelas,

tak kuasa mak dik oi..lepas Asar ye.

oklah jumpa lagi,Insyaallah

Saturday, May 12, 2012

TAK SANGKA..TERKEJUT DEN..

Assalamualaikum


Siang tadi acik ke kelang
menghadiri majlis kenduri kawen anak mama aini.

acik bertolak awal dari rumah.kononnya nak sampai awal
jemputan mesti belum ramai..jadi boleh la lama sikit berkenalan dengan mama aini.

Tapi kita cuma merancang..Tuhan yang menentukan
sampai ke jusco bukit tinggi 11.45..
tapi acik jumpa tempat kenduri jam 1 lebih..lama acik memusing
tapi en suami memang sabar..dia rajin berhenti bertanya..
akhirnya sampai jugak.

terima kasih pada mama aini..belum sempat acik nak perkenalkan diri
dia dah sebut dulu..acik erna..cepat nya kenal..he he.

Sebelum jumpa tuan rumah acik lak terkejut dulu.
acik nampak seseorang yang acik kenal..
dia pun sama terkejut.
eh..kak..ni kenduri anak buah saya..camana akak kenal kakak saya..katanya.

oo alahai..adik mama aini..kerja sama jabatan..walaupun bukan satu pejabat
memang la kenal sangat kan..

Terima kasih sekali lagi pada mama aini
kerana sudi menjemput
dan makanan yang dihidangkan pun sedap2.

ok la..jumpa lagi,Insyallah