Pages

Saturday, March 31, 2012

LAGI LAGI AYAM...

Assalamualaikum

Hero bongsu acik ada balik jadi...lauk acik tak boleh lari dari ayam
dia kata diasrama tukang masak tak pandai (jangan marah anak acik dengan kenyataan dia ni ye.he he)
masak lomak cili api sebab belum pernah ada ayam masak lemak cili api katanya.
kalau dia balik acik masak kan la.
pagi tadi beli ayam kampung yang makan makanan ayam bandar
jadi la kan..nak cari ayam kampung betul susah disini.
 Ni dia..dah masak pun
acik jugak buat sambal tempoyak.
hiris daun ni guna pisau yang hulu merah tu
mak ai..syoknya..laju je..sekejap je siap..maklum le..pisau baru dan tajam

jemput makan..

Friday, March 30, 2012

BILA RINDU

Assalamualaikum
Gambar abang acik yang tinggal diPucong..
awal tahun baru baru ni
abang acik ni bersara @ pencen  pada usia 55 tahun.

sekarang ni sedang membersihkan rumah.,mengecat dan macam2 lagi la dia nak buat kan
rumahnya diseremban jugak.

yang buatkan acik bercerita tentang abang ni,sebab rasa kesian pulak acik ngan dia
ye la kan..selama ni anak abang yang dah kawin ada sorang yang tinggal ngan dia dipucong tu
maknanya ada 3 orang cucu yang dok sama.
bila dah 3 hari tak balik pucong mesti dia sebut2 cucunya tu..kesian acik dengar
mesti rindukan cucu2nya tu.acik  yang sesekali jumpa pun boleh rindu..apa lagi la
 abang yang dok serumah ngan cucu.
tapi kata abang..biarlah anak dia belajar hidup sendiri.
.dah kawin..dah ada anak.katanya.kena la suami anaknya belajar menguruskan perbelanjaan rumahtangga sendiri
selama ni dok ngan pak mertua..makan.minum,,sewa rumah semua pak mertua yang tanggung
sekarang ni pak mertua dah pencen kan..dah tak de punca pendapatan(bukan pencen gomen).

masa arwah kakak ipar sehat dulu..sebelum meninggal
arwah pernah bagi tau acik..abang acik dah pencen nanti nak dok seremban..dekat dengan adik2 katanya.
tu la juga antara sebab agaknya abang acik ni 
nak dok diseremban.
teringatkan kata kata arwah isteri  dia.
dak icha ni cucu abang le..dan kakaknya ika yang patah dua belah tangan tu.

petang ni acik nak pi tengok rumah abang tu..
dah siap cat ke belum.Nanti dah siap semua abang akan tinggal dengan dua anak dia yang masih bersekolah.
tapi tak tau lah kan..kot dah pencen ni bertemu jodoh pulak ada la orang rumah nya nanti.

ok lah..bertemu lagi, Insyaallah.


Thursday, March 29, 2012

KISAH DISEBALIK PISAU BERHULU MERAH

Assalamualaikum.
Terima kasih pada semua yang meninggalkan komen semalam.

Tak sangka pun acik boleh beli pisau ni.tu la dia kalau dah tergoda dengan kata kata
penjual di pasar
lepas acik pi klinik ambik darah tu..acik lalu Ampangan..nak beli roti bom
boleh makan dalam kete.dah kalau nak ambil darah kan kena puasa dari jam sepuloh malam.
kelaparan la acik lepas siap ambik darah tu.
Hari selasa tu ada pasar tani diAmpangan.
masa nak ke gerai yang jual roti bom dan murtabak tu..acik lalu depan orang yang jual pisau tu
dan acik terdengar(mestilah dengarkan dah dia guna pembesar suara)
katanya pisau tak perlu diasah acik memang tak pandai asah pisau.bukan makin tajam..akan jadi makin tumpul pisau tu jadinya.
bila orang tu tunjuk potong daging boleh jadi nipis..lagi la acik berminat
senang nak buat 'lompap'ni
masa tu acik tak pi dekat pun..acik terus pi beli roti bom.masa balik acik lalu lagi.tak de orang pulak tu
acik nampak pulak ada pisau hulu merah..terus la acik terjatuh cinta dan terbeli.
harap2 betul la kata orang tu,pisau seramik tajam dan tak perlu diasah
acik dah cuba potong daging..memang mudah..


Tu la kisah nya..tak sengaja..he he

jumpa lagi.Insyaallah


Wednesday, March 28, 2012

WW-sudah dapat idaman kalbu..

Assalamualaikum

Tuesday, March 27, 2012

TUAN..HATI HATI LA BUAT KERJA YE..SAKIT TAU..

Assalamualaikum


Tadi..temujanji ambil darah diklinik.
bila dah umur macam acik ni..macam tu la kan
tak tau la dah tua tua ni  mula takut bila nampak jarum
dulu masa muda2 takpe pun 
acik rasa takut dengan 'HA' yang sorang tu.lelaki..dah 2 kali acik terkena ngan dia
tadi masa ambik nombor..berdebar je rasa hati tu..jangan la kena  ngan dia
tapi tu la..asek nak mengelak..terkena jugak.
'HA' tu kerjanya kasar sikit.
dua bulan lepas tu..dah elok2 ikat tangan acik ngan getah..boleh pulak dia menjawab talipun dulu
dah lama lepas tu baru cucuk jarum ambik darah..bila cabut jarum terkeluar le darah acik..
terkena lengan..nasib baik acik ada kertas nombor ditangan..kertas tu le acik buat lap.

tadi kena lagi..bila dicabut jarum..meleleh lagi darah..nasib baik kali ni dia tolong lapkan dengan kapas.
lepas tu darah yang dalam tabung pun menitik
 jugak ke meja..
alahai..kenapa la dia macam tu..ingat senang ke nak kumpul darah
tau la baju2 acik semua dah kecut..tapi sayang kan tengok darah..sampai meleleh dan menitik macam tu.
kalau ambik darah ngan staff nurse belum pernah 
acik kena cam tu.
ok lah saja bebel kejap..he he

Jumpa lagi,Insyaallah

Monday, March 26, 2012

NI JE YANG SEMPAT...

Assalamualaikum
sebelum tu acik nak ucapkan terima kasih pada semua yang meninggalkan komen di N3 'misteri'
hero acik kata..mereka semua ramai2 baca surah almulk
disurau setiap malam dan baca yassin dalam dorm.

Hari ni balik kerja sempat jugak
 Masak lomak kacang panjang +udang
 Goreng udang guna tepung magik
goreng satar frozen beli dikemaman ari tu
dan ikan goreng ..tu je  masak untuk makan malam
Tapi acik makan ni je..botol keempat ubat batuk.setiap satu berlainan jenis.

doktor pun kata makan antibiotik pun tak berkesan.
sebab virus dan bakteria dah bergabung katanya.entah la..tak faham acik.

ok la..jumpa lagi insyaallah.

Sunday, March 25, 2012

MISTERI..

Assalamualaikum


Hari ni hero bongsu acik ada balik sekejap,
dia ada bercerita kisah misteri diasrama nya
acik ni pulak lebih penakut dari anak..camna nak bantu ni..

Cerita di asrama ni memang mana2 pun ada kan..
zaman acik dulu pun ada.
tapi bila hero cerita..acik tetap jugak ada rasa seram sejuk dan ada rasa  takut.ish3 dah tua2 pun penakut gak
abih tu camno.

Malam tadi katanya ada kawan kena rasuk..bila ditanya buat apa tu..tak jawab..tapi gaya marah katanya
lepas tu siap boleh gali lubang..tanam botol..satu besar ..satu kecil dan tanam kayu..satu panjang dan satu pendek katanya....yang kena rasuk tu imam solat isyak
 malam tu..katanya..

Dah pukul dua pagi..ada kawan2 dia yang pi panggil pelajar tingkatan 5 dan  pelajar ting.5 tu seramai 2 orang bergilir gilir azan..alhamdulillah tak lama lepas tu budak tu sedar katanya.

Malam ni..selepas prep..semua budak2 diarahkan oleh senior untuk membaca yassin dan merenjiskan air yassin tu disekitar kawasan dalam dorm.
.harap2 berkesan la..ikhtiar budak2 tu semua.

Acik jugak berharap..hero acik
kuat semangat.dan semoga gangguan2 jugak akan
berakhir..Insyaallah.

Saturday, March 24, 2012

MAKAN BUBUR JE

Assalamualaikum

menu simple hari ni
buat bubur nasi untuk diri sendiri
tak boleh nak makan yang goreng2 batuk menjadi jadi
 Masak lomak pucuk paku campur udang dan goreng ikan
untuk seisi rumah dan abang yang datang dari pucong
hero bongsu tak balik hari ni..esok 'outing' 
nak balik rumah katanya
menu esok dah tentu ada ayam.
Terima kasih pada semua yang meninggalkan komen dan beri cadangan
semua tu akan acik cuba insyaallah

Friday, March 23, 2012

BATUK OO BATUK CEPAT LA KAU PERGI

Assalamualaikum
ubat batuk dah habis sebotol
ubat batuk yang pil pun dah makan
madu pun dah hampir separuh botol
gula batu pun dah hisap

tapi batuk sikit pun tak berkurangan
nak makan apa lagi ye.. susah bernafas jadinya
tidur malam pun tak lena.batuk je sampai sakit dada.
dah seminggu dah ni.

oklah jumpa lagi ye..Insyaallah
batuk lagi dah ni ha
rasa nak putus nafas acik dibuatnya.

Thursday, March 22, 2012

NASI KABSA

Assalamualaikum

Terima kasih pada semua yang meninggalkan komen di N3 ww semalam..terima kasih banyak
Sebenarnya dah lama acik teringin nak cuba masak nasi tu tapi rempahnya tak ada
kebetulan satu hari tu acik jalan di giant senawang..tujuan acik nak cari kurma..tiba2 acik terpandang botol rempah ni..terus teringatkan nasi kabsa yang acik pernah tengok resepinya diblog nor secubitgaram.
rupanya sekali masak satu sudu je guna rempah ni..berbaloi sungguh acik beli satu botol ni RM5.00 boleh masak banyak kali jugak ni.Terima kasih nor. 
Sedap nasi ni..anak2 acik pun kata sedap..anak2 acik  kalau pasal nasi nasi ni no.satu..kalau tak kena kat tekak masing2 sedap je komplen...kalau sedap terus kata sedap mak..berulang kali.
Minta izin dari nor untuk kongsikan resepi nasi kabsa disini


NASI KABSA

resipi : ResipiRaidah
Bahan-bahan:

1 ekor ayam (dibelah 2) @ 1 kg daging kambing + tulang

3 pot/cwn beras basmati ~ cuci dan rendam 30 minit, toskan
4 1/2 pot/cwn @ secukupnya air panas
2 sudu minyak masak
1 sudu minyak sapi
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
2 biji bunga cengkih
1 biji bawang besar - dipotong dadu
3 ulas bawang putih - dipotong dadu
1 batang karot ~ diparut
1 biji buah tomato - dikisar
2 sudu tomato puri
1/2 sudu kecil pewarna kuning (saffron)
1 sudu besar rempah kabsa 

1 biji lemon hitam/kering - dicucuk bahagian tengahnya ~ k.nor tak letak

1 biji lada bengala merah (red capsicum) ~ dipotong dadu

1 sudu kecil lada hitam biji/serbuk
2 biji cili merah ~ jgn potong
1/4 cawan kismis
Garam secukup rasa dan gula (kalau suka)

Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak dan minyak sapi. Tumiskan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga, bawang putih dan besar dan goreng sehingga wangi.
2. Masukkan buah tomato, tomato puree, lemon, saffron dan rempah kabsa dan goreng sebentar.
3. Kemudian masukkan ayam dan masak sehingga ayam masak. Tambahkan garam secukup rasa dan juga gula.
4. Masukkan karot, capsicum, cili merah, kismis dan beras. Masukkan air panas secukupnya dan masaklah nasi sehingga masak.
5. Kacau/gembur nasi bila nasi betul2 masak, selepas 30 minit supaya nasi tidak hancur.

**
utk lemon kering tu K.Nor gantikan dgn sedikit perahan lemon.
utk sukatan air, setelah ayam masak, terdapat air dari ayam bercampur dgn rempah ratus tu jadi K.Nor kurangkan sukatan air sebanyak 3/4 cawan. Alhamdulillah elok jer nasi masak dan tak lembik tak juga keras. tapi kena ingat ya, sukatan air ni bergantung pada jenis beras yg digunakan.

Sos:

1 biji tomato ~ hiris 

5 biji cili besar hijau (nk pedas tmbh lagi) ~ hiris
1 tangkai batang ketumbar ~ dihiris halus 
Garam 
Gula 
Perahan lemon.

Cara penyediaan:


~ Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.


Wednesday, March 21, 2012

WW- LEWAT PETANG

Assalamualaikum


Tuesday, March 20, 2012

ADA YANG TAU ATAU PERNAH MAKAN?

Assalamualaikum
Acik cuma nak berkongsi.keberkesananya pun acik tak tau
mulanya tak ambil kisah sangat..tapi ramai orang dari negeri lain..talipun bertanya
dan sanggup datang dari jauh untuk mendapatkan pokok dan daun ni
Acik harap kalau ada sesiapa yang tau dan pernah makan atau tau sesiapa yang pernah makan 
boleh kongsikan disini ye
terima kasih acik ucapkan pada sesiapa yang sudi.

Nama Biasa pokok ni Drooping clinacanthus,Sabah snake grass
Nama Melayu Pokok Belalai Gajah
Nama saintifik Clinacanthus nutans
Bahagian pokok yang digunakan seluruh pokok

Biasanya yang mencari pokok ni untuk mengubati kanser.baru baru ni kawan acik yang dari selangor talipun untuk mencari pokok ni dan acik tolong dapatkan.
Harga bagi 400 helai daun RM25
dan harga satu anak pokok tu RM10

Acik harap ikhtiar dan usaha kawan acik ni akan berhasil.

Monday, March 19, 2012

ADUHAI..KENAPA LE KO JADI MACAM NI

Assalamualaikum
Mulanya  jadi macam gambar diatas ni
kemudian jadi macam ni.lepas tu lagi teruk
kena hantar repair.tanya bajet..katanya RM400
Haaa...terkejut gajah acik..mahalnya.dulu masa tv besar gedabak tu dapat 3 kali repair harga macam tu
aduhai tv..apasal la ko rosak. Nampaknya kena biar je la dulu..mahal bebeno nak repair.
dengar radio je la lepas ni.

Sunday, March 18, 2012

KAN DAH KATA..

Assalamualaikum


Cuti sekolah selama seminggu dah berakhir
seminggu jugak la acik bercuti.rasa cepat je masa berlalu kan.

Hari ni jugak acik kena hantar hero bongsu balik ke asrama
Pagi tadi semasa acik siap2kan bahan nak masak
tiba2 acik terdengar perbualan dua beranak ni.

Ayah: nanti ayah sorang je anta aimi balik ye,
            sebab lepas   anta aimi senang ayah nak 
            terus pergi main tenis
Anak : tak boleh..mak wajib anta aimi
Ayah :.Ala..tak payah la mak anta.sekarang ni pi 
             peluk mak kamu tu..biar ayah yang masak
Anak : tak mau mak wajib anta aimi

Acik dah mula geram dah..ayahnya mula la nak cari penyakit ni,suka je nak buat mood anak tu hilang
acik pandang muka hero bongsu..dah mula bersegi dah(muncung) he he

Acik pergi jugak antar..ada masalah pulak dengan loker dia tak boleh buka
memang sah ayah nya tak dapat pi main..ayah dan anak sama2 pendam rasa nampak nya ari ni.

Dan seperti yang acik dah jangkakan..memang lebat le hujan bila nak tinggalkan tadi
geram betul acik rasa nak rotankan ayahnya
suami acik ni memang hobi dia..dari anak kecik sampai la dah besar..suka sangat menyakat anak bagi menangis,
pernah sedara acik kata..agaknya suara anak menangis tu hiburan bagi pak cik katanya.
kalau sehari dia tak menyakat anak sampai 
menangis tak sah.

Lepas ni bermula jugak la handphone acik berdering paling kurang 3 kali sehari.sebelum subuh jam 5.30/5.45pagi
jam 2.30/3.00petang dan jam 10.30/11.00malam.
bila acik kata ngan hero bongsu..sehari 
sekali je la talipun mak.tak boleh katanya
kalau aimi susah hati..bila dengar suara mak hati rasa tenang.aduhai boto2 anak omak la budak sorang ni.
apa2 lah jang oi..janji belajar.

Saturday, March 17, 2012

SEEDDAAAPPPNYA..BILA LA NAK MERASA LAGI

Assalamualaikum

sebelum cerita pasal kuih
acik ucapkan terima kasih pada semua yang ucap
selamat dan mendoakan yang baik2 buat 
hero bongsu acik
Terima kasih sekali lagi.

 Kuih kuih yang dijual dipasar pagi Machang
kuih gomok ni mulanya acik beli RM2.00
seminit je licin.
acik beli lagi RM10.00
Kuih ulat bulu ni pun sama..sedap sangat

bila la acik dapat makan lagi ni.

ada sesapa yang nak balik kelantan nanti bagi tau ye
acik nak kirim..betul2 sedap kuih2 ni.

Ok la..nak gosok baju hero bongsu pulak
jumpa lagi Insyaallah

Friday, March 16, 2012

Dah bosa anak omak

Assalamualaikum


16hb.Mac, 16 tahun yang lalu
selepas subuh acik ditolak ke bilik bersalin
dan jam 2.30 petang selamat melahirkan hero bongsu
Alhamdulillah dah 16 tahun umur hero acik ni
Selamat hari lahir Muhammad Aimi
semoga menjadi anak yang solleh.
Tabahkan hati,kuatkan semangat
teruskan kehidupan sebagai pelajar
walaupun adik diasrama. mak dirumah..
mak tetap sayang adik..tak mau nangis lagi setiap kali nak balik asrama ye
adik  dah besar.dah 16 tahun..
mak hantar adik keasrama bukan sebab tak sayang..tapi demi masa depan.

Doa mak sentiasa mengiringi semua anak anak mak
semuga adik sentiasa dirahmati yang Esa.
update gambar kek
acik tempah ngan anymz

(sorry nim comot sikit boleh nampak kan tebal mana,terima kasih banyak2 sedap
bangah yang paling cerewet tu pun makan kata sedap)

Thursday, March 15, 2012

cuti cuti malaysia 2

Assalamualaikum


Alhamdulillah..walaupun sebelum ni suami 
 belum pernah memandu sendiri  sampai keKelantan.
(Biasanya menaiki kereta jabatan kerana berkursus
atau ada tugas lain)
kami selamat pergi dan balik.Alhamdulillah
walaupun  menempuh sebelas jam perjalanan pergi
dan berhenti sebanyak lima kali
kami semua sampai jugak ke Kampung Pangkal Meleret
Machang Kelantan.
Percutian kali ni tak dapat nak lama
hero kedua ada temuduga pada hari Rabu 14hb.
12hb.kami bertolak ke kuala Terengganu,
tidur satu malam
dan 13hb.baru bertolak balik.

walaupun cuma dua malam diKelantan
tapi sempat jugak
(tengok la budak ika tu..tak padan tangan patah dua dua belah boleh mengadap lagi api lemang tu)
 Buat lemang.Besan abang sekeluarga
 suka sangat makan lemang
yang biasa dijual tak sedap katanya.
 Sempat jugak acik buatkan rendang itik,
3 ekor itik tuan rumah sembelih.
mulanya dia nak sembelih kambing sekor
tapi acik cepat2 menolak.
acik tak makan..macam mana acik nak masakan.
Sambil kacau rendang boleh lagi mengelek cucu
Tapi rendang dan lemang  tetap masak on time

Sampai disini dulu..nak masak kejap
abang datang pulak
jumpa lagi,Insyaallah.


Wednesday, March 14, 2012

cuti cuti malaysia

Assalamualaikum.


Terima kasih pada semua yang meninggalkan komen di WW-Mendobi
Acik bukan beli mesin dobi tu yang baru
tapi acik tengah mendobi baju baju yang banyak selepas balik dari bercuti

Hari sabtu 10 mac acik bertolak ke kelantan lebih tepat lagi kampung Pangkal meleret di Machang.
rumah besan abang acik,atuk pada budak icha ni..bapa  pada ayah icha..
konvoi 4 kereta, adik,abang acik dan mak dan ayah icha.
dah selalu tok ba dan tok ma icha tanya
bila nak datang kesana
Alhamdulillah akhirnya kami semua sampai jugak.

Kerja2 mendobi belum siap lagi ni.
kalau dok kampung boleh acik pasang tali keliling rumah
sidai kain,ni dok taman
sabo je la..esok sambung lagi mendobi.
esok je la acik kongsikan percutian acik ye

jumpa lagi.Insyaallah.

WW-MENDOBI

Assalamualaikum
(Gambar ihsan google)