Pages

Monday, January 30, 2012

RISAU..BIMBANG DAN YANG SEWAKTU DENGANNYA..

Assalamualaikum

Terima kasih pada semua yang meningggalkan 
komen diN3 yang lepas
ada yang bertanya acik masak apa kan
Acik masak lauk tak banyak pun
sebab hero bongsu ada..bercuti..acik masak ayam setiap hari.
hari sabtu..acik masak nasi beriani.
lauk ayam masak merah
hari ahad..goreng ayam biasa..ikan masak sambal dan sayur labu masak lemak,
buatkan jugak biskut coklat chip untuk hero 
bawak balik asrama dan muffin untuk makan dirumah.
muffin tu acik beli tepung muffin je..senang sikit .

masa hantar hero bongsu..bila sampai masa maknya 
nak balik..
keluar jugak air mata dia.kesian la pulak.
aduhai..bila la dia nak ok ni.
pagi2 tadi dah talipun..
masa dia tidur..muka kena bedak dengan tepung gandum
acik ingatkan dah habis waktu orientasi habis lah..
rupanya ada lagi
tu yang acik bimbang tu..takut  boleh menggugat keimanan dan ketenangan dia diasrama.
sedih je suara dia. 

Acik minta maaf kalau nanti tak sempat nak melawat
rumah kawan kawan.
laptop acik dah ok.
line streamyx pulak buat hal.
lampu di modemnya lansung tak menyala,
tak tau la acik apa penyakitnya tu.
belum sempat nak talipun TM.

Ok la sampai disini dulu
Insyaallah jumpa lagi.

Saturday, January 28, 2012

MERAPU DIPAGI SABTU

Assalamualaikum


Selamat pagi Sabtu semua
Rasa banyak betul benda yang nak buat hari ni
tapi rasa letih la pulak..layu bak kata mama aini
satu kerja pun tak mula lagi
selain ngadap lappy ni..he he

esok hero bongsu akan balik semula ke asrama 
selepas cuti lama sempena CNY.
nak masak apa pun tak tau untuk dia bawa balik
ke asrama
kalau ditanya..dia tak mau apa apa
selain dari biskut ..
minggu depan balik lagi katanya

Apa apa aje lah dik
janji nak tinggal diasrama.

oklah..cik abang dah balik dari pasar
nak meneruskan tugas pulak

Jumpa lagi..Insyaallah.

Friday, January 27, 2012

TERIMA KASIH ANIE..

Assalamualaikum

Balik dari kerja tadi..tengok ada ni atas meja
 Bila buka..ya allah seronoknya tak terkira..suka sangat
 Dan ini..
Dua dua acik suka..suka sangat sangat.

Terima kasih pada Anie yang telah menghadiahkan acik telekung yang cantik ni
Dah macam macam anie bagi acik.
tapikan..memang acik tak patut..belum ada satu pun cenderahati yang acik bagi anie.
Maaf ye anie..Insyaallah suatu hari nanti.

Acik ni memang suka sangat dengan telekung
sebelum raya tahun lepas ada kawan bagi telekung
dia kata sebab dia nampak acik minat sangat dengan telekung
baru seminggu lepas adik acik pulak bagi telekung
sebab ada kawan dia pi Jakarta.
Hari ni telekung dari anie pulak sampai
tu yang suka sangat tu.
Alhamdulillah bersyukur pada Allah.

oklah acik nak sambung belek telekung dan tasbih..

Jumpa lagi..Insyaallah


Wednesday, January 25, 2012

TARIAN PIRING

Assalamualaikum

Tuesday, January 24, 2012

MENU MAKAN TENGAHARI..TANPA GAMBAR ..

Assalamualaikum

Hero bongsu acik ada bagi tau..
Mak kita pergi melaka hari selasa nak..katanya
acik kata..tak nak la dik..tak mau terlibat dalam kesesakan acik jawab
tapi kan..semalam  isnin pun.. sesak..sabo je la
dah tua tua ni tak sanggup dah rasanya 
nak menempuh jalan sesak ni

Masuk je dalam Supermarket tu..nampak bunga ni terus nak bergambar.acik ikut kan je la
cantik mak bunga ni.kalau tak  musim tahun baru cina..
 tak de ni..katanya.
Kawan2 semua dah makan tengahari? 
acik dah siap masak ni
ada yang nak datang makan ke..
mari la..menu ringkas je arini
masak lomak cili api ikan tenggiri campur jeruk maman
goreng kangkong
dan pecal.Pengat pisang pun ada
hero bongsu ada kan
jadi..ayam goreng wajib ada..he he


ok lah jumpa lagi Insyaallah.

Monday, January 23, 2012

MARI TENGOK GAMBAR MAJLIS KENDURI

Assalamualaikum
kenduri kawen sedara dikampung 


 Pasangan pengantin yang sama cantik
 Tarian piring dihadapan pengantin
 Atuk pengantin dan nampak tak bapa sedara pengantin 
yang  jadi paparazzi....he he
 Tarian piring lagi
sesiapa yang dari NS mesti tau macam mana tarian ni
acik lupa nak bawak kamera
kalau tidak boleh rakam.guna h/phone tak pandai acik nak rakam.
 Ni pun bapa sedara pengantin
 Bapa sedara pengantin dengan geng FB yang dijemputnya.
Rakan FB acik jugak..dari mula ada FB lagi
akhirnya berjumpa dimajlis kenduri ni.

Hari ni rasanya nak bawak hero bongsu jalan jalan
dah tentu ke Melaka tempat yang disukainya.

Jumpa lagi Insyaallah.

Sunday, January 22, 2012

JOM MAKAN KENDURI

Assalamualaikum


Malam tadi balik kampung nak tolong2 sikit
untuk kenduri kawin hari ni dirumah induk 
dan pak cik..kenduri kawin cucu nya
tolong kacau je
lepas maghrib..sesi makan nasi
ni la lauk yang dihidangkan sedap bila  makan ramai ramai.
 amboi..pak sedara pengantin makan sampai tak toleh kiri kanan
lapar ke sedap tu..he he

satu lagi yang sedapnya semalam
cendol buatan kakak dikampung
kakak ni kalau buat cendol
memang sedap.
dah disetkan..kalau masa buat cendol tu. mesti kacau selama 3 jam..baru jadi katanya
memang sedap betul..semalam makan dengan pulut.

ok lah  kejap lagi nak pi kenduri lagi
mulanya nak pi jemputan rumah mak Tijah.kena pergi ni
sebab menghormati jemputan dari Tijah yang sanggup datang kerumah acik menjemput.
Terima kasih Tijah sudi jemput.

kemudian baru balik lagi kekampung
hari lansung kenduri dikampung hari ni jugak.

Jumpa lagi Insyaallah.

Saturday, January 21, 2012

LETIH MAK ..RAMAI KEMAIN..

Assalamualaikum

Acik pernah dengar baucer satu Malayisa
tapi acik tak pernah pulak nak bertanya
sebab tak terlibat kan

Tadi pergi kedai buku popular
sebab hero bongsu nak beli peralatan sekolah
acik tengok..mak ai..ramainya orang
masa dikaunter barulah acik tau 
dan nampak sendiri
anak2 muda beli barang dan bayar dengan baucer tu.
yang jadi lama dan lambat tu
barang yang dibeli 
tak boleh kurang dari nilai baucer..
lebih tak pe.
budak2 tu pun tak mengira dulu jumlah apa yang nak dibeli..main ambik je
bila kurang..pergi lagi capai apa saja.
itu baru sorang..kalau dah sepuloh orang
aduhai.sabo je la acik tadi..2 jam nak menunggu 
giliran untuk membayar
kalau tak memikirkan takut 
nanti kedai tutup sebab CNY dan hero bongsu nak balik semula keasrama selepas habis cuti 
tak sanggup acik nak tunggu..
nak pitam rasanya letih berdiri.
maaf ye "terbeleter" pulak acik ari ni

Ok lah..jumpa lagi insyaallah

Friday, January 20, 2012

SELAMAT BERCUTI

Assalamualaikum
Surat tawaran hero bongsu ke SBP..bila tengok surat tu
belum buka lagi dia dah bagi tau ngan mak dia
emi nak tengok je tau emi tak nak pergi
bila buka..tengok kesana
lagi la dia tak nak.
acik pun tak nak hantar..
dekat pun sehari 5 kali talipun acik
kalau sampai dekat 8 jam perjalanan ni
mau fengsan acik nak ulang alik.
tak pe la dik..
yang  penting sekarang ni belajar.
teruskan aje la bersekolah di sekolah sekarang ni.

Selamat bercuti pada yang bercuti
berhati hati dijalan raya
semoga selamat perjalanan kawan kawan yang nak balik kekampung ataupun yang nak bercuti
Insyaallah jumpa lagi.

Thursday, January 19, 2012

TERIMA KASIH

Assalamualaikum


 Terima kasih pada Tihara..lambat acik dapat buat ucapan kerana
laptop yang masuk wad.
baru petang semalam laptop acik ni keluar wad.

Terima kasih jugak pada kawan
yang bagi cenderahati sempena perkahwinan
dua gambar diatas tu.

Orang memberi kita merasa
haruslah kita mengucapkan terima kasih
walaupun tidak banyak mana..terimakasih jugak pada nuffnang.

Dan kisah hero bongsu acik
masih lagi begitu
nak kesekolah talipun rumah dulu
lepas kelas dan nak prep talipun lagi
sebelum riadah petang 
dan sebelum tidur.
nasib baik la..suami acik suka kumpul syiling
dapat la dia bawak keasrama.

Oklah sampai disini dulu
jumpa lagi,Insyaallah.

Wednesday, January 18, 2012

WW-TUTUP PERIUK DAH ROSAK.

Assalamualaikum..
dah ternganga aje..camana nak masak nasi.


p/s.Terima kasih pada semua yang meninggalkan komen disini..

Monday, January 16, 2012

ALAHAI ANAK OMAK.

Assalamualaikum

Hero bongsu acik dah buat pilihan
dia kata tak nak SBP dan tak nak MRSM.
dia nak ke Sekolah Menengah Teknik.
Acik tanya jugak dia..macam mana boleh pilih Sekolah Menengah Teknik
Selepas PMR cik gu dah bagi penerangan
kata dia.ikut dah habis tingkatan 5 nanti dah jadi apa atau pun nak ambik jurusan apa.
Kalau dah itu kata dia..acik ikutkan aja.
Hari isnin lepas..acik dan suami hantar la dia
kesekolah yang menjadi pilihan dia.
dari cara hero bongsu
acik rasa mesti tak apa2 ni.
lagi pun dia kan dah besar.
acik dan suami tunggu sampai habis program
dan acik pun dah rasa yakin dengan pilihan hero bongsu
bila mendengar taklimat dari pengetua sekolah.

Dah siap hantar dia ke Dorm Asrama
waktu pun dah pukul 12 tengahari
acik dan suami pun balik kerumah.

pukul 5 lebih talipun acik berbunyi.
dengar suara dia
yang dah macam nak menangis
alamak..jadi lagi macam dulu ke ni
aduh..acik dah risau.
petang tu..suami acik pi jumpa dia
nasihat macam2.siap kata dia dah besar..
jangan fikir apa apa yang 
penting belajar.
satu hari 5 kali dia talipun acik.
sudahnya acik bagi tau suami..tolong hantarkan
bantal yang acik tidur.mungkin dia rindu ngan maknya kan..
lepas tu..memang pun.kurang sikit.
bila nak tidur malam je dia call.
dia kata nak dengar suara mak sebelum tidur.
alahai anak omak.bukan salah dia pun..salah acik yang memanjakan dia
tu yang tak boleh berpisah tu kan.
sabtu baru ni ambik bawak balik rumah.
dia kata diasrama tak lalu makan
makan sehari 4 kali..tapi emi makan sekali je katanya
mak cik kantin masak tak macam mak masak..
aduhai..ada ke..agaknya anak kawan2 yang lain 
ada masalah macam ni.
acik kalau boleh tak mau bawak dia balik
biarlah dia kekal dok asrama.
nanti insyaallah bila dah berjaya
masuk ke IPT bukan ada universiti 
keliling rumah acik ni punkan.
ok lah..sampai disini dulu.
Insyaallah jumpa lagi.


p/s terima kasih pada semua kawan2 yang meninggalkan komen disini.

Thursday, January 12, 2012

HAMPIR BERMALAM DIWAD.

Assalamualaikum

Alhamdulillah..berjumpa lagi kita
Sebenarnya bukan lappy aje yang masuk wad
tuannya pun hampir masuk sama.
sabtu pagi..acik sakit perut.
rasa tak tahan nak tunggu klinik bukak.
selepas pi klinik dapat satu das.
biasanya baik..
tapi kali ni..tidak
malamnya tu kena pulak kewad kecemasan dihospital besar.
dan masuk air..Alhamdulillah ada rasa elok sikit
bila doktor tanya acik terus kata dah kurang
dapat la acik balik kerumah.
Ok la..ini aje yang acik dapat kongsikan hari ni..
Insyaallah bila dah elok lappy 
acik akan melawat kawan2 semua.
Insyaallah jumpa lagi.


p/s terima kasih pada kawan2 smua yang sudi meninggalkan komen disini

Wednesday, January 11, 2012

WW

Assalamualaikum

Monday, January 2, 2012

BERCUTI SEMENTARA

Assalamualaikum


Minta maaf pada semua kawan ye
rasanya acik kena bercuti sementara
Laptop acik ni kena masuk wad.

Dah teruk ni
walau macam mana pun Alhamdulillah
dah 5 tahun usianya baru esok nak hantar masuk wad
masa acik guna desktop dulu tak sampai dua tahun
dah kena repair dan dah 3 kali beli..tiga2 dah out.
keputusan  ganti dengan laptop dulu 
memang tepat la..sebab dah hampir 5 tahun 
baru nak hantar repair.
banyak blog yang acik tak dapat tinggalkan komen
dan acik jugak tak dapat nak menjawab komen.
Acik minta maaf ye.

Acik harap cepat laptop ni sembuh dan keluar wad.

Jumpa lagi Insyaallah


p/s terima kasih pada semua kawan2 yang sudi meninggalkan komen disini

Sunday, January 1, 2012

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2012

Assalamualaikum

Selamat Menyambut Tahun Baru Masihi 2012.
Terganggu tidur  malam dibuatnya..
macam nak raya
masih lagi dengan bunyi mercun
pelik kan
tah datang dari mana la mercun tu

kita sambung cerita lain la
Punya lama nya acik cuti hujung tahun lepas
dah bertukar tahun 
baru acik
berkesempatan masak2 didapur sendiri

meh kita tengok apa yang acik masak ari ni
 Nasi tomato dengan ayam masak merah
 Puding tauhu lagi resipi dari Nor 
terima kasih nor
rendang itik

pagi tadi acik pi pasar tani 
acik nampak ada orang jual itik
ada 2 ekor je
acik tanya seekor berapa
RM30 katanya,
mak ai..tahun 2012 seekor itik dah jadi RM30.00
tahun lepas acik beli seekor RM20.00
dan paling mahal RM25.00
tak pe lah kali ni acik beli..
sebab dah berangan nak buat rendang itik
lepas ni acik tengok je la..

Jemput makan ye
acik pun nak keluar lagi ni
nak cari seluar hero bongsu.
malam nanti baru acik 
pi melawat rumah kawan kawan semua ye.

Jumpa lagi Insyaallah