Pages

Saturday, December 31, 2011

CERITA BIASA

Assalamualaikum

Apa khabar kawan2 adik 2 anak2..harap semuanya sihat ye
Lama rasanya tak dapat berkunjung kerumah
kawan2..nak buat macam mana kan
ada keperluan lain yang lebih utama.
en.suami yang jarang mengadap lappy
kali ni dia nak buat kerja..kita kena mengalah
tapi tah apa yang lembab
streamyx ke..lappy ni..sudahnya dia kena jugak pi opis semalam walaupun cuti..
sampai maghrib selesai satu ..dan malam tadi sambung dirumah sampai jam satu.
bila talipun hq diputrajaya katanya hrmis memang terganggu sikit minggu ni.sabo je la.
Cerita lain pulak.

Acik cadang nak buat tempoyak..pi beli durian RM50.00..
banyak betul dapat.gambar ni sebahagian aje ni.
tapi kan belum jadi tempoyak
hero  acik makan..sedap katanya.
acik makan jugak ..ada la 5 ulas...tu pun dah sakit tekak..batuk 
tu sebab acik tak nak makan durian mentah ni..kena buat bubur  ke..baru boleh
hari ni nak pi kenduri lagi..kalau tak..boleh makan bubur durian

ok lah..acik nak pi melawat rumah kawan2 sebelum pi kenduri ni

jumpa lagi.Insyaallah


p/s terima kasih pada semua yang meninggalkan 
       komen disini

Wednesday, December 28, 2011

DURIAN BELANDA/DURIAN MALAYSIA

Assalamualaikum

Masa tengok diblog Amie..
smoothie Durian Belanda
dah teringin sangat nak buat
tapi susah nak dapat Durian belanda
Baru baru ni terjumpa la
ada orang jual



Tapi kan..punya la mahalnya..teringin punya pasal
beli sebiji kecik tu harganya RM8.50 
Sekilo RM12.00
Tapi dah 5 hari tak masak2
dah berubah warna pun jadi hitam
mengidam lagi la anak tekak ni(ikut kata (Ati)
 nak minum smoothie
durian belanda.
(gambar ehsan google)

Durian Malaysia ni pun tak semahal itu kan
Agaknya sebab datangnya dari Belanda
menyeberangi lautan
naik kapal terbang lagi
tu sebab mahal.

Jumpa lagi,Insyaallah

p/s terima kasih pada semua yang 
       meninggalkan komen disini


Tuesday, December 27, 2011

SUSHI? CAMANA NAK BUAT.

Assalamualaikum


Gambar diatas ni..beras dari jepun yang dibawa oleh 
anie nagoya.
tapi yang mengantarkan kerumah acik
Anymz..sedara acik ni
anymz kata dia bagi acik beras ni
untuk acik buat sushi.
alahai..tak pernah seumur hidup acik makan sushi ni
camana rasa pun tak tau
tikar hitam(acik yang kata tikar ye..he he) 
yang buat gulung tu pun
acik tak tau dimana nak beli.
Anymz pulak dah berlepas ke negara cina untuk bercuti.

Simpan la dulu jawab nya ni kan.
dah tau cara dan mana nak beli nanti
baru acik cuba.

Jumpa lagi..Insyaallah.

p/s terima kasih pada semua 
yang  meninggal komen disini
terima kasih banyak.

UCAPAN TERIMA KASIH BUAT UCU FARIDAH.

Assalamualaikum
Gambar kek dibawah ni adalah pemberian
Terima kasih yang tidak terhingga buat ucu
yang sudi memberi kek ini
walaupu di alam maya
dah ambil dan letak dirumah acik ni ye ucu.
sangat bererti dan tersentuh hati.
Terima kasih ucu
bukan sekali tapi berkali kali.
akan dikenang selamanya.
Insyaallah.

Jumpa lagi,Insyaallah.

p/s-terima kasih banyak pada semua yang 
meninggalkan komen disini.
maaf acik belum berkesempatan menjawab komen

KENANGAN ..MENGHIBURKAN BILA DIINGAT.

Assalamualaikum.


Masa balik dari Perak acik ikut jalan Sabak Bernam
dapat la singgah rumah kawan acik
yang pernah acik cerita dulu
bertanyakan keadaan kesihatan ayah dia
Alhamdulillah ayah dia semakin sihat katanya.

Kalau dah berkumpul..macam macam cerita 
yang diulang kembali
anak anak kawan acik pun ada balik bercuti.

Acik mengimbas semula cerita
bagaimana kawan acik bercerita ngan acik
"Na..apa aku nak buat ngan Ali(suami) ni katanya.
nak aku mandikan ke dia dengan air garam ni"

Alkisahnya..kawan acik pesan dengan suami dia
beli gula sekilo..yang dibawak balik..garam sekilo.

Sekali anak sulong dia menyambung cerita
"bukan dulu je bapak macam tu acik
sekarang pun sama"katanya
"kak long bagi tau bapak..mak suruh beli gula sekilo
sekali bapak bawak balik kicap sebotol"

Ya Allah ,..masa tu memang gamat rumah kawan acik
tak boleh tahan..kami semua gelak
acik tanya kawan acik tu.
"kenapa ko Li..dari dulu sampai sekarang sama aje.
"tu la..kata dia..bila sampai kedai..aku dah lupa dah
anak aku pesan apa..sekali aku nampak botol kicap..aku teruslah beli kicap sebotol" katanya.

Aduhai..macam ini pun ada kan..dari muda sampai sekarang 
tak berubah perangai dia.

Walau macam mana pun
Alhamdulillah kawan acik dah bergelar USAHAWAN
dah berjaya dia.
keputusan dia untuk pencen sebelum umur 50 dulu
memang berbaloi.

Lupa lupa dia pun syarikat dia dah maju
sekarang ni.Alhamdulillah.
semoga dia terus berjaya.

Insyaallah .Jumpa lagi.

Monday, December 26, 2011

SEMOGA BERBAHAGIA..

Assalamualaikum


Hari sabtu acik kejemputan kenduri kawin di Ipoh.
walau pun ada 4 jemputan..tapi acik cuma
sempat pergi yang diIpoh aje..sebab jauh
punya la santainya suami acik memandu..
dari seremban ke Ipoh ambik masa 5 jam.
kalau dulu 3 jam pun boleh sampai.
 
Pengantin Perempuan ni satu pejabat ngan acik
kalau ada yang masih ingat
yang sampai pitam dan pengsan
makan ubat nak kurus yang acik pernah cerita tu 


Masa acik sampai..Pengantin lelaki
belum sampai..tu sebab
tak ada gambar berdua .
acik pun tak tunggu majlis persandingan.

Terima kasih pada semua yang meninggalkan komen 
di N3 ulangtahun perkahwinan acik.
Jumpa lagi
Insyaallah.

Sunday, December 25, 2011

ULANGTAHUN

Assalamualaikum
Alhamdulillah..syukur padaMu YaALLAH
hari ini genap 29 Tahun acik dan suami
hidup bersama
Menghadapi segalanya bersama,
disamping 3 hero
Kurniaan Allah s.w.t.
yang tidak ternilai buat kami.

(Gambar Raya tahun ini.hero bungsu yang edit)

Insyaallah..acik akan ke rumah alam maya
kawan2..anak2 dan adik2 semua
2 hari tidak membaca..rasa
banyak yang ketinggalan.rindu
(zino jangan ngato se ketagih yo)
Insyaallah 
jumpa lagi.
p/s acik update jugak supaya tidak terlepas tarikh hari ini
walau pun rasa penat sangat.


Thursday, December 22, 2011

TAHNIAH BUAT HERO BONGSU.

Assalamualaikum


Masih teringat lagi
suatu hari sebelum subuh jam baru menunjukkan 5.30 pagi..
Talipun acik berbunyi
terdengar suara hero bongsu
memulakan bicara dengan kata kata yang membuatkan maknya tak senang hati
"mak..aimi mintak ampun..mintak maaf.sebab dah menghampakan harapan mak
aimi sayang mak..
kalau mak nak aimi belajar..mak bawak la aimi balik"

Aduh masa tu..kelam kabut acik.air mata jangan cakap la
kejut cik abang..suruh dia buat pertukaran sekolah 
anak segera.

Alhamdulillah..hari ni adik dah buktikan
walaupun dia tak tinggal diasrama
dia dapat jugak semua A..
Alhamdulillah Syukur PadaMu Ya Allah.

Lepas ni..adui..acik susah hati dalam gembira..
kalau dia diterima ke asrama lagi.
berulangkah..atau pun tidak
kali ni dia nekad..nak pergi katanya..
dulu pun nekad jugak..

Tapi..dulu mungkin dia  kecik lagi kan
sekarang dah besar..tentu dia dah pandai jaga diri


Malam tadi tak boleh tidur hero acik ni
bila balik dia kata..baru aimi rasa lapo dan ngantuk
alahai anak omak.

Jumpa lagi..Insyaallah.

p/s terima kasih pada semua 
yang meninggalkan komen dan 
mengucapkan tahniah  
pada hero acik.terima kasih sekali lagi.


TERIMA KASIH

Assalamualaikum


Semalam..cik abang bawak acik lalu dikawasan kemalangan angah.
balik tu bawa ke malam..hati acik sedih betul
rasa nak menangis meraung
macam macam yang terbayang diruangan mata

Pada mereka2 yang membantu anak acik dan yang
menalipun ambulan acik ucapkan berbanyak terima kasih.

Syukur Alhgamdulillah anak acik selamat 
dengan bantuan mereka2 yang baik hati tu.
Pagi ni ke klinik..bawa angah..
kerana katanya pinggang/belakang sakit sangat..
semoga tiada apa yang serius.

Jumpa lagi..Insyaallah


p/s.Terima kasih buat semua 
yang meninggal kan komen disini..

Monday, December 19, 2011

SALAM BERSAMBUT UKHWAH BERTAUT

Assalamualaikum
Terima kasih banyak pada Dato' dan Datin
serta kak cik ,ayu dan AzieAzah.
Terima kasih yang tidak terhingga.



 Terima kasih jugak pada cik abang yang nak bawak acik
ke perjumpaa ini.














 Terima kasih mamawana
 Terima kasih GB gadis manis.
 Ini bukti acik dah kesini,jangan tak percaya.

Terima kasih pada hero bungsu,
semua gambar dia yang ambil
maknya langsung tak pegang kamera.

Terima kasih sekali lagi pada semua 
maaf..apa yang acik dah rancang nak tulis pun dah hilang
sebab kes hero kedua acik
acik masih lagi rasa kesian ngan dia
Hilang motor,hilang topi keledar dan hilang handset.
Badan pun sakit kesan kemalangan

Insyaallah jumpa lagi.

HILANG??? BETUL KE POLIS???

Assalamualaikum
Alhamdulillah hero kedua ada dirumah
tiada kecederaan yang lain cuma kaki
yang luka..
membuat kan Angah agak sukar untuk berjalan
Terima kasih pada semua yang sama mendoakan.
Tapi kes belum selesai
masa hero dibawak naik ambulan
ada orang katanya mengaku polis
bagi tau hero acik.
jangan risau katanya..
pergi hospital dulu
nanti motor tu dia akan hantar 
ke balai polis Rahang.
Angah bagi tau..masa tu dia antara sedar dan tidak
bila kata polis angguk je katanya
Tapi sehingga sekarang
jam 12 tengahari motor
masih belum ditemui.
Hilangkah?
betul ke yang kata nak tolong hantar motor 
ke balai tu.. polis?

lapuran kemalangan pun
belum dapat dibuat
sebab motornya tak ada.
nasib baik no.kereta tu dapat
dicatitkan.
risau jugak kalau tuan punya kereta 
buat lapuran dulu.
Tak tau nak fikir apa dah.
acik harap dipermudahkan semua urusan.

p/s terima kasih pada semua..alhamdulillah..setelah seharian suami acik mencari motor angah..dah kebalai polis dan ada yang nasihatkan cari di bengkel2 motor tetap tidak ditemui tapi.. masuk hari yang kedua alhamdulillah malam tu ada yang menalipun dan memberitahu.
motor telah ada dibalai polis..alhamdulillah..terima kasih pada semua kawan kawan..

CEMAS

Assalamualaikum


Malam tadi lebih kurang pukul 11 lebih talipun rumah berbunyi.
waa..hati acik terus berdegup kencang..

Acik terus keluar dari bilik..
tengok suami acik jawab talipun.
bila dengar dia sebut Astaghfirullah..
menggeletar terus acik..siap tanya..kenapa.kenapa.
cemas tak tentu arah..rasa susah nak bernafas.

rupanya dari hospital
bagi tau hero kedua acik jatuh motor
nak balik dari kerja shif petang
kena dijalan Rahang..dah dekat dengan rumah pun.

Alhamdulillah syukur..tidak serius sangat.
hari ni acik dan suami mintak cuti segera/kecemasan
nak tengok keadaannnya macam mana.

Macam tu la hati ibu kan
cepat je cemasnya.
risau ya amat bila anak2 keluar rumah.

Acik selalu kena marah ngan sedara mara dan kawan2
kata anak acik tu lelaki..biarkan keluar rumah
tak payah bagi tau pun acik dah tau
lahir2 je doktor dah bagi tau
'anak puan lelaki' betul tak..
semua pun macam tu kan.

Semoga hero acik cepat sihat dan tiada yang serius.

Insyaallah jumpa lagi.

Saturday, December 17, 2011

TELUR PINDANG

Assalamualaikum


Telur Pindang
sedap..acik suka betul makan
dapat masa pi kenduri di Muar tadi.
dapat 4 biji
sebiji dah selesai dalam kete je.

Letih ni..nak tidur awal dan esok bangun awal.
nak masak sikit untuk dibawa ke BBB.

tak sempat nak buat macam macam
acik nak bawak nasi,
goreng ayam,sambal tempoyak dan goreng ikan masin je.
Orang kampung..kena la bawak masakan kampung aje kan..
Tambahan nasi impit goreng
dan kuihnya bahulu,kuih bombai(nak tau camana rupanya 
tengok esok aje ye... dan bubur jagung.

Buah kundang manis ni pun acik bawak
jugak .kot ada yang suka makan kundang.

Insyaallah.
panjang umur kita jumpa disana.

KE MUAR PULAK..

Assalamualaikum


Hari ni tak masak lagi
nak pergi ke Muar pulak mengantar pengantin
orang Negori kata ' hantar MENYALANG' sebab hantar
Pengantin perempuan kerumah pengantin lelaki.

Acik mohon maaf sebab dihari cuti sekarang ni 
mungkin kurang dapat bertandang ke blog kawan2 dan tinggal komen
faham aje lah kan..musim kenduri ni
Terima kasih pada semua yang meninggalkan komen diblog acik.

Insyaallah jumpa lagi.

Wednesday, December 14, 2011

LEMAU

Assalamualaikum.
Rasanya semua dah tahu bila tengok gambar dibawahkan
Acik je yang ketinggalan.
semalam kawan acik ajak pi beli benda alah ni.
Acik pun tanya..boleh beli ke
sambil ketawa dia jawab..boleh la..
sape kata tak boleh.bukan orang tengok wayang je boleh beli.katanya
bila tengok bekas tu..
terus mulut acik tersebut.
besarnya..boleh habis ke.he he
sampaikan budak yang jual tu pun gelak
mana lah acik nak tau..dah berkurun acik tak tengok wayang.
kawan acik kata..nanti kalau dah mula makan
acik tak boleh berenti katanya.
sungguh la bagai dikata.
walaupun tak boleh habis tapi acik makan sampai kenyang.
sampai malam tak makan lagi dah.
jam 12.45 pagi..acik rasa perut pedih.
haa sudah..gastrik dah datang tanpa diundang.
acik cuba bertahan tapi tak boleh.
bangun jugak cari ubat.
dah makan pun tak hilang lagi..bergulung kejap..sapu minyak
lama jugak acik berperang dengan sakit tu
Alhamdulillah hampir jam tiga pagi..rasa sakit berkurangan.
dan..dapat la acik tidur.
pagi ni rasa 'lemau' pinjam ayat mama aini.
rasanya petang ni baru nak keklinik jumpa doktor.
ok la acik berhenti dulu 
jumpa lagi insyaallah.

Sunday, December 11, 2011

Assalamualaikum

Terima kasih pada kawan2 semua yang tingal komen 
di N3 sebelum ni..maaf belum sempat nak membalas komen.
Hari ni rasanya nak masak satu lauk je
sebab nak mengemas,melipat dan menggosok
Tapi kakak dan kakak sedara singgah rumah
acik tambah jugak dengan
goreng telur dan.goreng ikan masin

Alhamdulillah dapat juga menjamu makan tengahari
dengan hidangan ringkas.

Dari Hari Jumaat lagi acik ke Bangi.ada kenduri kawen
Jumaat malam sabtu majlis akad nikah dan 
Hari Sabtu kendurinya.



gambar ni ambil dari fb pak ngah pengantin-Abah Zino
Sebelah kanan sekali tu la bapa pengantin(Tuan Rumah)
adik kepada  zino.
Hero bongsu acik tak dapat ambik
gambar banyak sebab
bateri kamera kong..acik lupa nak caj.
dia ambik gambar guna talipun maknya.
Alhamdulillah ada jugak la gambar kan.

Jumpa lagi Insyaallah

Thursday, December 8, 2011

TERIMA KASIH ADIK

Assalamualaikum


Terharu..
terima kasih buat hero bongsu acik.
Tadi balik kerja.
kakak ada dirumah.
kakak siap bercerita
hero bongsu yang bagi makan
siap sendukkan nasi
buatkan air
dan selepas makan pandai hidangkan 
bubur jagung durian yang maknya buat semalam
nasi dan lauk dah siap masak pagi tadi
sebelum acik pi kerja

Syukur Alhamdulillah
walaupun acik tak de anak dara,
anak bujang acik pun pandai melayan
dan bagi makan ibu dia(Ibu panggilannya untuk kakak acik)
tak la lapar menunggu sampai maknya balik kerja 
pukul 5.30 petang.

Terima Kasih dik.

JAWAPAN WW

Assalamualaikum

Terima kasih pada yang sudi tinggal komen 
pada WW semalam.
Jawapannya pokok SALAK.

Ada sebab kenapa pokok tu jadi macam tu
Minggu lepas pejabat dapat panggilan dari 
tuan tanah/tuan punya pokok
melalui talipun dia kata pokok salaknya semua betina 
dan tak berbuah
minta datang tengok

masa pergi tengok pokok tu acik pergi sama
 kami yang datang terkejut tengok pokok salak
apa sudah jadi.
rupanya bila kami berjanji nak datang tengok
tuan punya pokok dah cantas pokok sampai jadi macam tu.
katanya malu nanti kalau orang dari pejabat pertanian datang
pokok rimbun macam tak berjaga.
Tak pe lah kan..belum tahu..macam tu la jadinya..
insyaallah lepas ni  dah  tentu tak jadi macam tu lagikan
dah diajar dan dibagi tau cara2 yang betul.

dan pokok salak tu pun bukan semuanya betina.
ada pokok jantannya.
gambar yang acik letak tu bunga jantan pokok salak.
dan kami juga dah jumpa buah salak 
cuma buahnya tak besar.
kalau di jaga dan dibaja,Insyaalh.

kakzakie
lieynilaz
kak asma
tirana
junaina
ucufaridah
kak ngah
ms.lilies
ieda
alien
yunus badawi
tihara
nazayiena
kunang kunang
cikk azz abu bakar
sal
zaitun
mama aini
ieta
azatiesayang
embunrosaliza
nieda
ladybird
yati
mulan
azi
anymz
zareda
ratusiput
maya mayana
kasihredha
yan
mulut payau
anie
papa mifz
kasih ibu
rai
Fatin Mraz

Terima kasih pada semua
Insyaallah jumpa lagi