Monday, October 31, 2011

SAMBAL CACAMARBA

Assalamualaikum

Rasanya ramai yang dah tahu..acik tak pandai memandu
bukan tak de lesen..
tapi sebab tak pernah dibenarkan..jadi tak tau lah kan

Bukan acik nak cerita tentang tu sebenarnya
Tapi..akibatnya.

hari Sabtu..acik tak kepasar..sebab nak pergi jumpa kawan..
yang ada acik buat cerita baru baru ni.

Kononya nak kepasar pagi pagi Ahad..
Belum sempat pergi lagi..baru pukul 6 lebih.pagi..kiranya lepas subuh la
kawan cik abang datang
ajak teman dia pergi berurut..sebab katanya dia tak sihat sakit sakit badan.

Alamak..apa nak masak ni..dalam peti ais dah hampir kering
acik pi dapur tengok
ada baki sotong sikit,ada ayam sikit
ikan bilis pun tinggal sikit.
Tengok beras herba ponni...dah habis...pulak.

Tinggalkan dulu..baik acik ngadap lappy..
dapat baca blog ngan FB
sekali acik tengok didapur yatie sinar kehidupan ada resipi
Nasi Lemak guna basmathi.yatie kata dia dapat resepi 
dari dapur CMG.
acik tak pernah buat nasi lemak guna basmathi
biasanya acik buat guna beras herba ponni je.

Acik panggil hero bongsu
tanya dia nak tak pi kedai belikan santan.
dia kata boleh.sementara hero kekedai..acik rebus telur 
yang ada 4 biji
acik keluarkan ayam dan sotong,kemudian ikan bilis.

Ayam acik goreng macam tu aje.
ikan bilis yang sejemput pun acik goreng
telur yang dah siap direbus.acik goreng jugak.

Acik keluarkan cili yang dah siap dimesin.
acik buat sambal sotong yang dah tinggal sejemput tu.
dah masak sotongnya.
acik masukkan telur yang dah digoreng dan ikan bilis tadi.
acik letak bawang besar sampai 2 biji.

Boleh bayangkan macam mana rupa sambal acik..
caca marba..ada ikan bilis sikit..ada sotong sikit dan 
ada jugak telur.
kalau la mak mertua acik ada lagi..memang tak lulus  
jadi menantu.

Akhirnya..masak la nasi lemak dan sambal acik
kami makan sarapan sampai
Makan  tengahari.nasib baik acik masak lebih sikit
Cik Abang balik pukul 4 petang..jauh pergi 
menemankan kawan dia
sampai ke melaka sana.

Serik..tak boleh buat lagi dah peti ais kosong macam ni.
Nasib baik hero bongsu memang tak banyak kerenah..
apa yang mak masak sedap aje pada dia.
Alhamdulillah

Pada yang belum pernah mencuba
buat nasi lemak guna basmathi
jangan tunggu lagi
memang sedap dan lembut
sampai ketengahari nasinya.

Terima kasih pada Yatie dan CMG.

Sunday, October 30, 2011

SILAP SEBUT

Assalamualaikum.


 Baca N3 kak pah masa bagi resepi chicken chop 
yang Anymz minta tu
tentang cerita anak kak pah  sebut chicken chop tu chopstick.

Mengingatkan acik  pada..kisah yang melucukan ni
 anak kak pah masa tu baru berumur 13 tahun
..ok jugak kan.

kisah acik ni berlaku..belum lama lagi

suami acik dengan yakinnya
mengorder 'chicken pox' satu..katanya..
budak tu terlopong je..
lepas tu..suami acik ulang lagi..'chicken pox.'.
sudahnya budak tu tak tahan..gelak besar dia..

'cik..bukan chicken pox..chicken chop..katanya..
chicken pox tu penyakit..dia kata..
alahai..baru la..suami acik perasan  kesilapan dia..
silap sebut tu..
ingat ye..silap sebut..bukan tak tau..he he
masa menulis ni pun..acik boleh gelak lagi.


Sekadar selingan hari ini

ok lah..acik berenti dulu..
Insyaallah jumpa lagi.

Saturday, October 29, 2011

AKHIRNYA DAPAT BERSUA MUKA.

Assalamualaikum.
Acik peluk dia macam tak sanggup nak lepas..he he

Acik pernah buat cerita tentang ini pada n3 yang bertarikh 22/09/2011.
Pertemuan semula hanya melalui FB
tapi hari ni..kami dapat bersua muka.
seronok tak terkata.
kawan acik boleh pulak cakap..nanti jap..nak nangis dulu..
aduhai...memang seronok sangat.
acik berjumpa juga dengan semua adik beradik kawan acik ni
yang paling seronok..semuanya ingatkan acik..
bila tengok je acik..terus cakap kak ina kan..
siap dengan nama sekali tu
dan yang paling lucu..mana boleh lupa..nampak tahi lalat je dah tau dah.kata adik beradik dia.
acik je yang dah lupa.
malu jugak sebab dah tak ingatkan adik beradik dia yang lain.

Acik berharap kami akan dapat berjumpa lagi.
Kalau la suami kawan acik ni mesra alam mesti lagi best
tapi kawan acik dah cakap awal2 dah suami dia tak mesra alam katanya..sebab dari kalangan dato datin..
cakap pun benda yang fakta aje..tak pandai bergurau katanya.
Acik pun dapat tau.kawan acik pun ada gelaran tu
tapi alhamdulillah...kemesraan dia bila berjumpa dan menalipun acik tidak berubah.'masih seperti dulu'.

Dalam bergembira pun sedih tetap ada
kawan baik yang sorang lagi
sepupu pada kawan acik ni
sedang sakit(kanser) katanya
tapi kuat semangat
masih bertenaga untuk bekerja kesana kemari
walaupun dah buat kimo beberapa kali.
Acik harap dapat berjumpa dengan kawan ni
dan acik juga berdoa semoga kawan ni
berjaya melawan penyakitnya dan sembuh
sepenuhnya dari penyakit yang dihidapinya.

Terima kasih pada kawan kawan yang meninggalkan komen di N3 'Hati Seorang Ibu'
Insyaallah acik akan buat buat yang terbaik
dan semoga yang empunya diri jugak bersemangat
untuk perubahan diri.
Azi
Luah Fikiran
Mokjadeandell
Roha
Nieda
Tihara
Sal
Cik Rose Cute
Ms.Lilies
Ati Masrif
Nuwairani
Kak ngah
Mama aini
Kamariah Awang
Ros
Akuzle
kak long
Iman shah
Mulan
Parijah
a.z.r.i.n.a.o3.07.
Kasih Ibu
mamasyaza
CT Norizah
Ibuhani
Acik
Mulut Payau
h4ni3
Yus
kakyong
Azatiesayang
Nieza
Gadisbunga
Ladybird
Terima kasih sekali lagi.


Friday, October 28, 2011

HATI SEORANG IBU.

Assalamualaikum
Sekali lagi terima kasih pada yang 
tinggalkan komen diN3 WW.

Sebelum acik sambung ni..tolong la jangan 
salahkan acik ye.he he
(Acik tau nanti ada yang kata acik suka masak)

Kisahnya..acik beli basikal tu dulu
untuk Abang(hero sulong) acik ni
acik risau sungguh
umur muda lagi
tapi berat badan dah melebihi 120kg.
Abang ni tak rajin buat xtvt luar selain dari
main bowling dan futsal
tapi tu la..bak kata ayahnya.
main futsal rajin..tapi  setakat peluk tiang gol aje.
acik pun beli lah basikal tu..
Dah lebih setahun jugak la.
masa baru2 beli dia kayuh la sekejap
lepas tu..pening kepala mak dia kata
turun dari basikal tu terus terbaring disitu jugak.
Abang suka tengok tv.jadi acik  letak
basikal tu depan tv.
tak jalan jugak.
Acik tak tau nak buat apa dah..risau betul
Kalaulah..acik tau..kita tak boleh sebut 'kalau'..
tapi itulah sebenarnya perasaan acik..kalaulah acik kaya
banyak duit..acik dah hantar dia pi slim world(eh..ada ke orang lelaki pegi sana ye)
atau pun acik hantar dia pi London W.M tu..janji dapat turunkan sikit berat badan dia.
Dari  tingkatan 5 lagi..dah mula naik..acik dan suami pernah berpakat tak mau 
bagi dia makan malam.
masa tu dia dah besar..pukul sepuluh malam
 dia masak nasi dan goreng telur sendiri.

Makin lama..acik makin risau.
acik tak kisah lah..ada yang tegur..apa dibiarkan budak ni jadi besar macam ni
acik tak biarkan..acik pun tak mau dia jadi macam tu.
tapi acik tak tau nak buat macam mana dah
acik selalu jugak tengok dia makan..tak la banyak sangat
sebab acik pun tak pernah masak lebih dari 2 cawan rice cooker tu
untuk 4 beranak tu makan.
Acik memang jarang makan nasi.



Acik pun tak tau dah nak buat macam mana.
kalau ikutkan sebelah ayahnya..semua ada penyakit darah tinggi,kencing manis,buah pinggang
tu lah yang buat kan acik risau sangat.
Tapi acik pun tak tau nak buat apa .dah puas 
 acik bercakap... acik tegur
kadang acik kesian dengan dia..sampai satu tahap dulu dia tak mau ikut pi rumah
sedara mara acik..pandai dia malu bila orang tegur
besarnya azri.
lepas tu acik pulak kena sekali..'apa lah dibiarkan budak ni jadi besar macam ni'
aduhai..acik pun tak nak dia besar macam tu.

Kalau acik je yang bersungguh sungguh
tuan punya badan tak usaha
tak jadi jugak kan.

sekarang ni hero bongsu pun nampak macam senang
nak naik..tapi dia rajin kayuh basikal tu
bangun tidur, lepas subuh kalau tak sekolah
mesti dia kayuh jugak walau pun dapat setengah jam aje.

Gambar raya baru ni..dah sebulan puasa pun cam tu jugak.

Kalau kawan kawan ada cara yang boleh dikongsikan  insyaallah acik akan cuba.
Terima kasih semua

Insyaallah jumpa lagi.

Thursday, October 27, 2011

PERTAMA KALI

Assalamualaikum

Terima kasih pada semua yang meninggalkan komen di N3 WW acik tu ye..sebenarnya ada sambungan dia..
Insyaallah nanti acik sambung,

Sekarang ni di opis tak de line internet.
belum dibaiki selepas tragedi hari tu.

Kemudian kawan acik kena emailkan laporan ke Putra Jaya.
dah beberapa kali dia ke CC dan ajak acik sama untuk menemani
Tapi acik tak pernah lagi ikut.
Tapi hari selasa lepas selepas hantar laporan..dia dah lupa ambik pendrive.
hari ni dia ke CC lagi untuk emailkan laporan dan mencari pendrive yang tertinggal.
Acik ikut sama menemankan dia.

Dan itu lah yang sebenarnya  acik nak cerita
Hari ini 27hb.Oktober,2011
Hari ini dalam sejarah.
Pertama kali acik menjejakkan kaki ke CC.

Agak agaknya ada tak kawan kawan lain
Yang Tak pernah ke CC macam acik ni.
 jangan ketawakan acik ye.
ketinggalan komuter.

Ok lah jumpa Lagi Insyaallah.

Wednesday, October 26, 2011

WW..

Assalamualaikum.


Saturday, October 22, 2011

ALHAMDULILLAH SAMPAI JUGAK

Assalamualaikum


Alhamdulillah hari ni berjaya jugak sampai kerumah anak sedara ditaman kelab ukay dan dapat berjumpa
dengan ramai sedara mara disana.
bukan acik tak pernah pergi
tapi tu la dia..suami acik ni..kalau nak ke kuala lumpur la memang dia malas.
malas nak tempuh jem..malas nak fikir mencari jalan nak ketempat tu..walaupun dah pernah pergi..
kalau nak pergi lagi.mesti bermasalah..kadang tu yang buat acik geram..geram jugak sesekali kan..
dah nak sampai baru dia cakap..betul la ni..ni la tempatnya.alahai.

Kali ni..acik nak pergi jugak..nak jumpa anak sedara yang nak berangkat ketanah suci malam ni
jadi sebelum tu.acik mesti akan sms talian hayat acik dulu..yang sedia berkhidmat.
yang selalu jadi penyelamat acik kalau nak kerumah sedara mara acik diKL tu.
itu pun kalau ada hal..kalau sesaje jalan..malas acik..
suami acik ni.kalau nak rumah abang..anak sedara yang jauh sampai kejohor tu boleh aje.
kalau nak keKL..baaaannnyyyyaaaakkkk sangat alasan dia..
bukan tak mau pergi...tapi macam acik cakap le...kalau acik tak usaha sendiri sms talian hayat tu..maknanya tak sampai la acik kesitu.

tu sebab keinginan acik nak ke perjumpaan blogger esok dirumah kakcik seroja anjuran Dr.faiz tu..
terpaksa acik lupakan..sebab acik malas nak bersoal jawab..nanti jawapan nya..mesti tak tau nak cari..kalau setakat ada alamat aje.ish..susahkan..

Eh..kan dah..dah bebel pulak acik ni.
oklah .berenti bebel dulu..jumpa lagi  Insyaallah.
Tak sabar nak tunggu cerita dan berita dari kawan2 yang ke perjumpaan tu.
dapat merasai kemeriahannya melalui gambar2 pun dah cukup baik bagi acik.

Wednesday, October 19, 2011

SMARTAG

Assalamualaikum.

Dah bertahun guna smartag.masih silap lagi
Sepatutnya yang atas tu dihalakan kan kedepan kan..

Boleh tersilap..yang bawah ni pulak..

patut tak terangkat.
undur kebelakang pun tak jugak.
sampai datang budak yang jaga tu.
"CIK TERBALIK TU."
ha ha ha..aduhai..camana nak pencen sampai 60 tahun ni.
penumpang yang dok sebelah  ni pun boleh tak perasan.
nasib baik lepas tu
tak perlu pandang belakang dah..
kalau tidak..mau tutup muka ngan tudung.
MALU!!!!!!

Tuesday, October 18, 2011

TRAGEDI

Assalamualaikum

Petang semalam jam 4 lebih petang
hujan turun.
Tiba tiba..angin bertiup kuat..dari dalam pejabat wanita
kedengaran bunyi benda jatuh
rupanya.atap
Dah berlubang.
seorang pegawai ada didalam masa tu.
alhamdulillah.
atap yang jatuh tu.tidak terkena ke badan dia
cuma habuk dan kotoran dari syiling aje yang terkena kebadan
 ada sesetengah paku yang dah hampir tercabut
kalau angin kuat tidak berenti lagi..rasanya mau habis semua atap terbang.
 Ada jugak kereta yang diparking depan pejabat pentadbiran
satu kereta.calar sedikit..dan yang satu lagi selamat.
 keadaan dalam pejabat.
bila dah terbang atap..ramai2 bergotong royong dalam hujan tu mengalihkan
semua komputer,printer,mesin fax dan mesin photostate
ketempat yang selamat 
Teruk..jugak keadaan dalam bilik ni.
dengan kepingan2 atap yang jatuh.

begitu lah keadaannya kan..
kebanyakan pejabat lama yang dah uzur.

Sekarang ni bila hujan je..
acik dah tak berani rasanya nak dok dalam opis.
Tapi  nak keluar pun takut jugak..
dibuatnya atap terbang lagi
tak ke naya.

Apa apa pun Alhamdulillah..
semuanya selamat

Sunday, October 16, 2011

BICARA SANTAI

Assalamualaikum

Dah siap semua kerja..
acik ngan hero bongsu..dok relax kat depan rumah.
acik pun saja tanya ngan dia..
nanti kalau dapat dok asrama..nak pergi ke.

Kalau ada yang masih ingat..acik pernah bercerita disini macam mana
kelam kabutnya kehidupan acik selama sebulan
masa dia diterima masuk asrama selepas upsr dulu.
satu hari 7/8 kali  menalipun..menangis setiap kali talipun.
sampai kan maknya ni 
makan tak kenyang..mandi tak basah..tidur tak lena..
selepas sebulan..terus uruskan..pertukaran dia.
bawak balik dan bersekolah dekat dengan rumah..
baru senyap.

Acik saja tanya ngan dia..lepas PMR ni pulak 
macam mana.
Senang aje dia jawab..kalau dapat aimi pergi la ..katanya.

Acik tanya lagi..betul ke..
Tapi..eh..dah ada tapi pulak dah..
Tapi kalau dapat sekolah Teknik yang boleh ulang dari rumah..
aimi nak masuk sekolah teknik je..katanya.

Sebenarnya kawan kawan opis 
masih ingat lagi macam mana acik kelam kabut masa yang dia asyik menalipun tu.
Tu sebab ada yang bertanya.
"kak nanti aimi macam mana..nak dok asrama ke'

tu sebab bila dok berdua dengan dia tu acik saje2 tanya.
walaupun macam mana pun hari tu akan tiba 
dan acik harap hero bongsu akan berubah.
dia pun dah besar kan.

Acik doakan aje yang terbaik buat hero bongsu.



Saturday, October 15, 2011

DUA TAHUN TELAH BERLALU

Assalamualaikum..


Tadi bila baca blog SariYusa..baru teringat
Acik jugak mula menulis pada tarikh yang sama 2 tahun lalu.

Terima kasih pada happyirfa. dan zino.
kerana mereka berdualah adanya acik menulis disini.
walaupun tidak ada yang membanggakan..cuma tulisan biasa.
serta bebelan dan leteran seorang acik yang bukan muda lagi
(he he..kenapa tak tulis dah tua.
tak mau tulis..sebab nanti kak long marah)
tapi acik tetap rasa seronok menulis dan beceloteh disini.

Adik Irfa dan sedara acik.. zino kata...acik dah lawan tokeh
tak tau la apa yang acik dah lawan 
mereka berdua tu  he he.

Apa pun acik ucapkan terima kasih pada 
mereka berdua dan pada semua
yang sudi berkunjung ke sini..mewarnai hari hari acik
dengan komen2 yang sangat2 acik hargai.

Jutaan terima kasih sekali lagi.

Friday, October 14, 2011

KENANGAN

Assalamualaikum

Terima kasih pada kawan semua yang meninggalkan komen supaya kawan acik tabah.
Acik memang  dah lama berkawan dengan dia.
sebagai jiran dia memang baik
 kawan acik ni kerja sebagai jururawat..jadi ada syif.
kalau dia kerja petang.
pagi mesti masak dulu kan
waktu rehat tengahari..acik mesti balik rumah
waktu tu..dia dah siap buka pintu dapur.
nampak je acik lalu..mesti dia panggil
"na..mai singgah sini dulu..ambik lauk" katanya..
apa lagi..seronok sangat la kan.
kalau waktu nak raya..acik sama sama berkongsi buat kuih raya dengan dia.

Kalau sakit demam dia la yang dulu membantu
Pernah anak yang tua kena air panas masa tinggal dengan 
pengasuh..dia jugak yang bawa kehospital
dan tiap2 hari datang untuk cuci luka kesan melecur tu.

semuanya tu tak mudah untuk acik melupakanya.
18 tahun lamanya kami berjiran.
acik dan suami jugak kenal baik dengan mak,ayah dan adik beradik dia.
mak ayahnya pernah datang kekuaters tempat kami tinggal dan acik jugak ada beberapa kali ke Perlis 
ikut kawan ni balik kampung.

Sekarang ni dia dalam kesedihan..
sayang nya..acik dah berada jauh..
yang dapat acik bantu..
cuma berdoa
dan memberikan kata kata semangat 
semoga dia  tabah.

Thursday, October 13, 2011

SEMOGA TABAH

Assalamualaikum.


Tarikh yang tidak pernah acik lupakan..AlFatihah.
11 tahun telah berlalu arwah bapak meninggal kan 
kami semua.

Selepas solat dan membacakan ayat2 suci al quran.
acik dapt sms dari kawan/jiran lama acik 
masa tinggal diSungai Burung.
acik memang baik ngan dia..masih baik
sampai kini walaupun acik dah 
meninggalkan selangor  sejak
awal tahun 1998  lagi.

kawan bagi tau  ayah dia sedang sakit dihospital.
ada ketumbuhan diotak dan telah merebak 
kehati dan paru paru dan 
dia jugak mintak acik doakan 
yang terbaik buat ayahnya.

kawan acik jugak risau sebab anak bongsu dia akan menduduki peperiksaan SPM.dia pula perlu berulang alik dari selangor kePerlis untuk melawat ayahnya.

Sekinchan ke Perlis tu boleh tahan jugak jauhnya kan.
Semoga kawan acik tabah menghadapi dugaan ini.
Yang baju pink..kawan/jiran acik .
dan anak dara dia dua orang yang pakai tudung hitam.