Pages

Tuesday, September 27, 2011

ABIH CAMNO

Assalamualaikum.


Sekarang ni kan..tak kira tua ke muda kan.
kawan opis acik..muda lagi..baru nak kawen bulan 12 nanti..
lepas makan..pi ke kaunter nak bayar.
cashier tanya..meja berapa
pam 3 katanya..
tanya lagi..tetap jawab pam 3
kemudian cashier buat soalan ulangan
MEJA BERAPA..
baru perasan..alamak...sory..sory..katanya
saya ingatkan kat pam minyak tadi..katanya..he he
abih tu..camno..

Sunday, September 25, 2011

Assalamualaikum..

Sabtu..pagi2 dah kepasar tani..tapi bukan beli ikan 
dan sayur pun.
pi beli murtabak ,roti bom dan putu bambu.
Tak tau lah kenapa..sejak dah mula merasa..
memang acik dah jatuh centa dengan tiga makanan tu
yang dijual di pasar tani rembau.
orang yang sama ada menjual dipasar tani ampangan
tapi susah sikit..sebab hari selasa hari bekerja.
nak tak nak kena jugak kepasar tani rembau 
kalau nak makan.
Dah dapat apa yang diidamkan..acik terus balik kekampung,
rumah kakak..nak sarapan dengan kakak..rupanya anak sedara pun ada balik kampung.
Acik jugak ambil kesempatan kerumah 
arwah mak yang nditinggal kosong
dan berjumpa dengan sedara2 disitu.
seperti biasa..berjumpa dengan pak cik dan induk.
yang acik tak sanggup tu pak cik selalu sedih bila berjumpa dengan kami
dan mengatakan sejak arwah mak tiada..acik dan adik jarang balik.
pakcik kata dia rasa sunyi sangat dan masa tu mesti air matanya keluar.
tak sanggup acik tengok.

Kemudian kami kerumah abang acik yang 
diastana raja pulak.
kami dijamu makan tengahari
kakak ipar masak asam pedas batang keladi.
sedap betul rasanya.
sesekali makan lauk macam tu..memang 
membuka selera kan.

Ahad pulak..kerumah abang yang dipucung.
dapat le melepaskan rindu pada cucu yang kenit ni.
sekejap je dah nampak besar.
geram je..rasa tak nak balik nak gomoi je budak ni.
Tapi dah janji ngan hero bongsu..pergi kejap aje..emi banyak kerja..katanya.

Alhamdulillah..dah pun selamat sampai kerumah semula..

Insyaallah jumpa lagi..kerja dah menanti ni..
menggosok baju untuk seminggu.

Saturday, September 24, 2011

PERLU KE..

Assalamualaikum..

Selalunya bila pi pasar..acik memang tak pergi ke tempat jualan basah
kalau masuk pasaraya pun macam tu..
kalau terpaksa jugak acik main tunjuk je..
mintak udang sekilo ke..
ikan 3 ekor ke.
tapi..tengok le tu..
cik abang acik ni..nak beli udang pun nak pilih

Begitu jugak kerang.ish sabo je la acik.

Tu sebab dah puluh tahun kawen.acik memang tak dapat peluang membeli ni
kecuali tak de parking dan cik abang terpaksa tunggu dalam kete.
masa tu..bahagia betul acik..main tunjuk je..lansung acik tak usik atau pilih
cepat je keje membeli siap..
he he boleh ke macam tu.
kawan2,anak2 dan adik2 pulak camna..
pilih ke tidak.

p/s cik abang acik tak tau acik ambik gambar dia sedang memilih tu.
anymz kalau jumpo abang jalal..jangan bukak rahsio ni yo.


Thursday, September 22, 2011

ALHAMDULILLAH...GEMBIRA TAK TERKATA

Assalamualaikum


Alhamdulillah seronoknya hari ni
 hati berbunga bunga 
cube tengok mesej dibawah ni.

Acik
assalamualaikum.kak lang..ya allah rindu e ngan kak lang..ingat tak..erna

Zuraida Ahmad
waalaikummussallam sayang oooiiiiiiiii.....dh lamo kaklang caghi kek fb..dari namo glemo Erna & namo botol pun x jumpo..yg kluar org lain...alhamdulillah terubat rindu...

malam tadi ada kawan sekolah add kat fb.dari friend list kawan tu..acik jumpa nama kawan acik ni
acik terus hantar mesej kat inbox dia.
pagi ni acik dapat jawapan..sampai keluar air mata acik..seronok sangat.
Alhamdulillah dapat berhubung semula selepas dah lebih kurang 35 tahun tak berjumpa.

Ok ye pendek je..saja nak kongsi keriangan acik..
dengan kawan2 disini.
Insyaallah jumpa lagi.



Tuesday, September 20, 2011

SESSI LUAHAN PERASAAN

Assalamualaikum


Maafkan acik ..hari ni acik nak bebel sikit
hanya nak lepaskan perasaan
mungkin ada yang kata hal remeh.
tapi tak tau la..kali ni acik boleh terasa hati sangat..

nasib baik acik ni fikir dah tua..
dan fikir jugak acik ada suami..kalau acik balas balik..takut memalukan suami.
sebagai isteri kita kena jaga maruah suami.

Kisahnya

suatu hari..baru baru ni
tiba2 bos (perempuan) datang kebilik..
akak..kunci la pintu bilik air tu..orang lelaki masuk..kotor la..saya geli..katanya.
acik jawab..nanti kalau kunci kot ada yang mengamuk(acik pernah cerita pasal makhluk allah ni diN3 yang lepas2.(semua yang berkaitan dengan acik akan membuatkan dia naik angin/sakit hati.)
Tapi dia cakap lagi..geli la..apa la..bla bla..

Lama2 acik pergi cuci..kesan2 kotor di bilik air tu.dan acik terus kuncikan..
kemudian..acik bagi tau bos tu..nanti bagi tau orang tu..bagi kunci..kalau tidak nanti takut ada yang mengamuk.

Kemudian..tak lama tu..tiba2 acik terdengar suara orang marah marah..memaki2..bodoh.. bangang..semua keluar dari mulutnya.sebab marahkan pintu bilik air tu berkunci...terus dia ambik batu dan menghentam pintu bilik air tu..dia nak pecahkan kunci tu.sambil mulut tak berhenti..marah2

Acik dah cakap awal2..bukan mulut acik masin..tapi acik dah faham ..perangainya.
acik tak tahan..acik terus tinggalkan pejabat.itu saja cara untuk metenteramkan hati supaya tidak melawan.
buruk perangai kalau orang tua2 bergaduh..biar la dia memaki sorang..acik tak dengar.

Ya Allah acik Istighfar banyak2 semua orang terkejut tengok dia memecahkan pintu.
sekarang ni pintu dah berluang..sape yang susah..

dah macam2 dia buat..dia baling campak barang2 acik kelantai..tak pe..dia campak borang..kelantai..dia ingat acik punya..tapi orang lain punya..tak pe..
tak tau la kali ni.bak kata nani..hormon kot..acik boleh terasa hati sangat bila dibodoh bangangkan sesuka hati 

Minta maaf lagi sekali ye..sebab terpaksa baca cerita yang memalukan ni

Sunday, September 18, 2011

SERONOK MENERIMA TETAMU

Assalamualaikum.

Semalam hero bongsu dah terbuka selera nak makan
dia mintak maknya buatkan mee kari.
Dia punya makan..sampai ayah dia pun naik risau
bersungguh sungguh..berkali kali tambah dan berulang kali.

Lebih kurang pukul 4.15 ada kawan telefon..
kak ...syida dah ada depan rumah.katanya..
Hah?? terkejut jugak acik.
Alhamdulillah ada rezeki syida..dapat jugak merasa makan mee kari/beehoon




Acik bersama syida dan anak2nya.acik mengenali syida sebelum dia ada anak lagi..sekarang dah ada lima orang anak syida ni.
tapi..sekurang kurang nya setahun sekali kami tetap dapat bertemu.

Pukul 6 lebih..sedara akak anymz pulak telefon kata nak singgah rumah 
alhamdulillah  ada lagi juadah untuk dihidangkan buat   
anim 3 beranak.
kalau  dah jumpa anim..memang tak boleh sekejap..berborak panjang kami.
lansung tak ingat nak ambil gambar dengan anim.hero bongsu pun memikirkan mak lang agaknya lansung tak ingatkan maknya.kalau kawan2 mak dia pandai mengingatkan.

Hari ni nak sambung kerja rumah pulak..tugas2 hakiki dah menunggu..
Insyaallah jumpa lagi.

Saturday, September 17, 2011

ADAB ORANG BERTANYA.

Assalamualaikum..

Semalam..acik diluar dengan hero bongsu acik tu
Tiba tiba ada kereta berhenti
(rumah acik tepi jalan)
Tanpa keluar dari kereta orang tu terus panggil anak acik
Adik..alamat ni dimana..katanya.
anak acik pergi kekereta tu
ambik alamat dari tangan dia..nanti saya tanya ayah ye..katanya.(sila percaya ye..acik ni memang fail kalau nak menunjuk arah ni...anak2 pun dah faham tu sebab terus dia kata nak tanya ayah)
orang tu pun terus tutup balik cermin kereta dia
acik dok tercegat je berdiri disitu pandang kekereta dia.
sekejap tu suami acik keluar. acik bagi tau..orang nya dok dalam kete..tak keluar.
suami acik.terus lambai tangan..barulah dia keluar dan suami acik pun bagi tahu dimana tempat/alamat yang dicarinya

Acik dan suami pun selalu jugak bertanya,
tapi suami acik tu siap keluar dari kereta..bagi salam dan kalau lelaki bersalaman..pot pet sekejap..baru la dia bertanya.
tak pernah pulak dia bertanya dari dalam kereta..
lain la kalau tak de tempat berenti dan jalan sibuk.
macam macam ragam manusia ni kan.

Friday, September 16, 2011

CANTASAN BERAT

Assalamualaikum

Acik ucapkan terima kasih pada semua yang telah meninggalkan komen 
diN3 yang lepas..terima kasih banyak2.
Alhamdulillah..hero bongsu dah sihat.
Alhamdulillah syukur pada mu ya allah.
Selama dia MC dok rumah..acik pun sama bercuti
untuk melihat perkembangan dia.
Alhamdulillah.
semoga tidak akan berulang lagi.
Hari ni cuti 1 malaysia.
Dah siap kemas dan sidai kain diluar.
Tengok pokok mangga.
buah pun dah habis.
Apa lagi kan..teringin pulak nak buat kerja yang mengeluarkan peluh.
siap ambik tangga dan gergaji
Ini lah hasilnya.
Pokok mangga dah togel.
Dahan2 semua dah dipotong.jadikan rendah dan tinggalkan sedikit daun.
sekarang ni musim hujan.
Insyaallah pokok akan cepat mengeluarkan daun baru.
bila dah mula musim panas nanti..selepas tu kena musim hujan semula.
Insyaallah berbunga dan berbuah la semula pokok ni.

Dah siap satu kerja dan dah siap satu N3 kan
sedara akak ni..macama mana..dah dapat idea lom..he he.
Insyaallah jumpa lagi.

Tuesday, September 13, 2011

BANTU LAH

Assalamualaikum
Tak tau nak mulakan dari mana
tapi nak menulis jugak
hati haru biru
risau .
Baru minggu lepas..hero bongsu bercerita..
cik gu bagi tau dia..Muhammad Aimi..'wanted' turun bawah
dia pun risau..cemas katanya.
rupanya cik gu saja nak bagi suspen.
gambar hero bongsu dan kawan2 yang terpilih ada ditampal di board
dan tulis disitu,pelajar harapan cemerlang PMR 2011.
seronok dia..senyum aje.
Tapi..petang semalam..acik balik  seawal jam 3 petang
bawak dia pi klinik,badan dia naik merah2.
lepas doktor bagi injek tak lama kemudian tu dia muntah disitu.
doktor kata ada darah.
Ya Allah..rasa luruh jantung acik.
Terus klinik sediakan ambulan dan bawak ke Hospital besar.
Masuk bilik kecemasan.
doktor kata mungkin tak de apa2
kita tengok dulu katanya.
dan emi ditempatkan di wad pemerhatian(OR)
masuk air.sampai jam 11.30 malam tadi.doktor kata boleh balik.
Pagi ni acik tengok tebal lagi  timbulnya..aduhai.susahnya hati.


Tengok digambar ni.macam tu la jadinya kulit hero acik.
acik dah tak tau nak buat apa ..macam tak boleh nak fikir.
air mata ni nak keluar aje.

Acik mohon pada semua..minta tolong sama2 mendoakan kesihatan hero bongsu acik.
acik pun tak putus berdoa semoga allah memberikan kesihatan yang baik padanya.

Kalau ada kawan2 yang tau apa dan bagaimana untuk menghilangkannya boleh la bagi tau acik ye
semua pandangan kawan acik dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Acik pun tak tau camana boleh jadi macam tu.
doktor pun tak tahan wad dan tak cakap2 apa2.
suruh balik rumah dan rehat aje.
Bantu lah Acik.

Sunday, September 11, 2011

SABTU DAN AHAD YANG SIBUK(boleh percaya ke?)

Assalamualaikum.




Sebelum mula cerita 
mari kita tengok gambar cucu yang dah licin kepalanya,
dan gambar kakak yang sedih,rupanya terasa hati wa leka
menggomoi adik dia.

SABTU
Pagi2 cik abang acik dah tanya..pagi ni tak kemana2 ke.
acik tau dah kalau dah bertanya tu..mesti dia nak pi main tenis dulu.
acik pun jawab terus je..pi lah main dulu balik nanti kita pi pasar.
disebabkkan lambat kepasar,lambat le acik masak
ada 2 kete sedara yang datang cuma dapat makan kuih raya aje.

kemudian tu kawan dari klia pulak sampai.
Alhamdulillah yang kawan ni..sempat acik bagi makan..yang sedara acik tak sempat.
sebab tak mau tunggu nak cepat katanya.

Kawan balik aje..hero no.2 pulak bagi tau..kawan dia ngan keluarga nak datang.
acik cepat2 gorengkan mee aje.
alhamdulillah syukur..ramai jugak yang datang rumah dan acik rasa seronok bila ada tetamu yang datang
cuma sebab yang datang tu tak bagi tau dulu
tiba2 dah sampai depan pintu tak dapat la acik nak jamu
dengan hidangan sampingan selain dari kuih raya.
mana yang yang sempat aje la.

AHAD
Tak mau dah lambat2 masak..pagi2 lagi acik dah masak
dan seawal 9.30  pagi dah ada kawan dari klia jugak datang
bila kawan balik..acik masuk bilik..tengok henpon ada mesej.
Tokeh kuih tart akan sampai dalam pukul 11.30 di stesen komuter seremban katanya.
acik cepat2 mintak tolong adik hantarkan.
dan alhamdulillah dah dapat pun kuihnya..
Terima kasih pada azieazah.
sedap tart nenas tu



Tu yang acik pegang tu dalam palstik beg tu..tart nenas.
dalam kete acik dah bukak dan dah makan.
memang sedap.
tapi ada yang kurang la azie.
kurang banyak..sebab acik beli 2 aje..he he.
nak rasa dulu..Insyaallah nanti boleh beli lagi.

Friday, September 9, 2011

ALAHAI ANAK OMAK

Assalamualaikum
Semalam hero bungsu buat permintaan.
biasala bujang mak yang sorang ni memang pandai
ayat pun memang boleh melemah hati mak dia ni.
Semalam dia kata..esok kelas nak buat jamuan hari raya..katanya.
emi tanya kawan kawan emi semua kata nak bawak air.
kalau dah semua bawak air..abis tu nak makan apa katanya.

 Mak nya pun jawab le..ha ah ye la..tak kan nak minum aje.
masa tu le dia bagi tau..
boleh tak mak masak kan emi macaroni goreng.
wah..pandai anak omak.

Untuk memenuhi permintaan anak omak ni..pagi2 lagi seawal jam 5 acik dah bangun.buat persiapan untuk masakan dia macaroni goreng.
Hari ni hero bongsu acik seronok kesekolah..
Dapat bawak macaroni goreng kegemaran dia
terima kasih pada norsecubitgaram yang sudi berkongsi resepi macaroni goreng ni.
Nor akak mintak izin share kan resepi disini.sebab link yang akak buat ada yang tak dapat buka.
sekali lagi terima kasih nor.

MAKARONI GORENG PEDAS BEREMPAH
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
2 cawan makaroni ~ k.nor guna jenis shell
1 cawan daging cincang ~ boleh guna isi ayam
3 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
1 labu bawang besar *
1 biji tomato (besar) *
1/3 biji capsicum merah *
1/3 biji capsicum hijau * 
(* dipotong dadu)
1/2 batang carrot ~ disagat

1/2 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk cili kasar
1/2 sudu besar cajun
2 sudu besar sos cili
1 cawan air rebusan makaroni
1 biji telur ~ dipukul sedikit
garam
sedikit gula
daun sup ~ dihiris
minyak

Cara:
Rebus makaroni sehingga lembut dan toskan. (Asingkan 1 cawan air rebusan)
Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
Masukkan daging cincang dan masak hingga daging bertukar warna.
Masukkan tomato, carrot, capsicum merah dan hijau dan goreng seketika.
Masukkan pula serbuk lada hitam, serbuk cili kasar, cajun, sos cili, garam dan sedikit gula jika suka.
Masak hingga tumisan berbau wangi dan alihkan bahan2 ketepi kuali dan masukkan telur.
Biarkan telur masak sedikit lepas tu kacau hingga menjadi seperti scramble egg.
Masukkan makaroni dan juga air rebusan tadi (tujuan dimasukkan air adalah utk menghasilkan makaroni yg sedikit basah dan tidak terlalu kering.. boleh skip jika lebih suka makaroni yg kering)
Kacau goreng lagi sekejap dan bolehlah dihidangkan dlm pinggan.
Taburkan daun saderi sebelum dihidangkan.


Nor kata boleh guna isi ayam atau daging cincang
tapi acik belum pernah buat guna daging.biasanya guna ayam dihiris nipis2 je

Tuesday, September 6, 2011

SAYANG CUCU

Assalamualaikum.
Jom kita tengok gambar cucu


 Geram betul tengoknya.lahir pada 16/7 yang lalu..
cepat aje besarnya kan.Geraammm.
 Si kakak dak ika ni..bila wan nak ambil gambar adik..sibuk nak menyelit sama.sampai menangis adik.
sian ika..
mula2 acik dokong adik dia..dia renung aje sambil gigit jari dan berlinang air mata.
 
Ika dan Icha..wa sayang semua cucu wa le.
Ika tak pandai lagi sebut wan..
terus dia panggil 'wa' aje..

Ika dan Icha ni wan dia(kakak ipar) kan dah meninggal dunia bulan puasa 2 tahun lepas
tu sebab ibu dia orang selalu bawak balik kerumah acik..
kesian kat dia orang ni..
Cucu sedara pun bagaikan cucu sendiri kan.
seronoknya ada cucu.

Sunday, September 4, 2011

CERITA RAYA (3)

Assalamualaikum


Acik sambung jugak sikit lagi..cerita raya..
esok insyaallah nak mula puasa dan dah mula bekerja.

Syawal kelima acik berjalan lagi.kerumah sedara yang dikelang.
selepas makan tengahari dan menunggu solat zohor..acik dapat panggilan dari kak long 
bagi tau nak datang kerumah dengan  kak ngah.
Selepas selesai solat..acik terus balik..sampai lebih kurang pukul 3.00 petang..
kalau kak long dan kak ngah bagi tau awal..boleh le acik masak..bagi makan nasi..tapi sebab dah tak sempat..acik gorengkan beehoon dengan macaroni aje.
minta maaf ye kak long dan kak ngah jika kurang rasa masin manis nya..sebab nak cepat.
Dan acik jugak minta maaf jika ada kekurangan layanan masa dirumah acik
terima kasih kerana sudi datang,semoga tidak serik untuk datang lagi kerumah acik.
Ni aje gambar yang sempat diambil..comel aje kak ngah ngan kak long ni.

GA Onshop2u


Assalamualaikum.

Giveaway Sempena Onshop2u.blogspot.com



Tarikh tutup : 19 September 2011 
Bagi kawan kawan yang berminat dengan crochet yang cantik ni boleh le sama sama memeriahkan GA dari Herba Tihara
Terima kasih pada Tihara.acik dah join walaupun tak berapa pandai nak buat,tapi untuk bagi sokongan acik cuba jugak.


CERITA RAYA (2)

Assalamualaikum


Syawal kedua pagi pagi lagi acik dah bersiap untuk pi beraya,
rumah pertama.rumah sedara acik dikota..saripah dan adik2nya
kemudian ke rumah anymz.
keluar dari rumah anymz kami meneruskan perjalanan ke segamat
2 buah rumah disegamat..rumah abang dan rumah anak sedara.
sebelum kerumah anak sedara acik singgah dikedai..beli kek sebijik
Sebabnya raya kedua 31 ogos,2011 adalah harilahir hero sulung.
Acik saja nak bagi dia seronok 
jadi belikan kek dan potong kek dirumah anak sedara tu.

Syawal ketiga acik tak kemana pun siangnya dirumah aje..
acik masak nasi lemak..kalau ada yang datang acik nak jamu dengan nasi lemak aje selain kuih2 raya.
memang ada rezeki rupa..sebab ada yang datang.
malamnya sepatutnya kerumah anymz lagi tapi maaf ye nim..tak dapat datang sebab ada tetamu dirumah.

Syawal keempat 
sedara dari kelang,tebung dan tampin pulak yang datang
acik cuma masakkan nasi untuk makan tengahari dan menu pun lari dari ayam dan daging.
acik buatkan masak lomak cili api pucuk ubi,gorengkan ikan dan goreng telur.
sambil2 menunggu nak makan nasi acik buatkan jugak nasi impit goreng.
Alhamdulillah dapat jugak acik menjamu tetamu walau pun dengan masakan yang simple aje..


Insyaallah acik akan sambung sikit lagi sebelum mula bekerja dan nak nak mulakan puasa isnin nanti.