Pages

Saturday, August 27, 2011

SALAM SYAWAL

Assalamualaikum..


Dikesempatan ini akak mengucapkan Selamat Menyambut Hari Lebaran kepada semua.
Maafkan jugak salah silap,akak selama ini dan
akak juga memohon ampun dan maaf kerana sepanjang ramadhan ini akka tidak dapat menjawab komen 
seperti selalu.
akak sangat sangat menghargai setiap komen yang ditinggalkan dan terima kasih banyak2 diatas kesudian mengunjungi blog akak yang tiada apa2 dan hanya 
coretan  dan celoteh seorang tua.

Bagi yang bercuti dan ingin meneruskan perjalanan balik kekampung..semuga dipermudahkan semua urusan dan semoga juga selamat diperjalanan pergi dan balik.
dan insyaallah dapat kita berjumpa lagi.

Wednesday, August 24, 2011

WW


Assalamualaikum
 Rindu yang teramat 
AlFatihah buat ayah dan Bonda.

Tuesday, August 23, 2011

MEMENUHI PERMINTAAN..

Assalamualaikum

Hari Ahad lepas,,3 hero akak buat kerja berat.

he he,..berat ke..pada akak memang berat kerjanya
kerja mengecat dalam rumah..ruang tamu je

Akak memang tak de pun teringin nak tukar2 cat ni..baik akak belikan makanan untuk hero2 akak tu kan
Tapi dah hero no dua yang teringin nak tukar cat dan dia sendiri yang beli cat..akak biarkan aje lah..
Kesian pulak dengan hero bongsu akak tu.
bila dah siap dia tanya..
mak tak ambik gamber ke.
Patutnya tadi mak ambik gambar sebelum,semasa emi mengecat dan selepas dah siap..katanya.
Lepas tu mak masukkan kat blog.
ala hai..siannya dia..bulan2 puasa ni maknya tak teringat lansung nak buat macam tu..dia mengecat kat depan..mak sibuk masak kat dapur.tu yang tak teringat tu.

Jadinya hari ni..akak buat jugak cerita tentang mengecat ni..walaupun tak ada gambar.
nak bagi hati hero2 akak seronok.

Ok adik..mak dah buat cerita..walaupun tak bergambar ye.


Friday, August 19, 2011

PUTU MAYAM LAGI..

Assalamualaikum


Hari Rabu lepas akak ada buat cerita pasal putu mayam kan..
masa tu memang seronok betul dapat beli dan makan 
putu mayam
dua hari berturut turut akak beli
hari ketiga bila dah buka.akak terbau masam..rupanya kelapa dia dah basi.
akak buang aje kelapa dia dan ganti dengan kelapa sendiri.
lepas tu akak kata dengan cik abang..tak mau lagi dah putu mayam.
Tapi..tu la dia..cik abang akak tu kan..perangai dia memang la macam tu.kalau tau akak suka dia akan beli sampai akak jemu.
rupanya tadi dia pergi lagi kegerai yang jual putu mayam tu.
dan dia bagi tau semalam kelapa dah basi.
siap dia kena marah lagi dengan penjual tu..
dan kata mana ada basi.
lepas tu
dibelinya jugak lagi..masa nak berbuka..bila bukak aje..lagi kuat bau basi dari kelapa tu,
siap anak anak pun bising..apa ayah beli kuih basi..katanya.

kalau akak la..bila orang  dah marah  tu pun 
dah tak mau beli dah..
dan akak dah pesan tadi..jangan beli lagi..
akak dah puas hati dah dapat makan 2 hari berturut turut.

Patutnya bila ada yang bagitau kelapa tu dah basi..tak payah la marah2.
apa la salahnya terima dan mintak maafkan.
tu la dia..manusia memang macam2 perangai.

Tuesday, August 16, 2011

DUGAAN ..SABAR..

Assalamualaikum
 
Biasanya selepas pertengahan ramadhan kita akan terasa cepatnya masa berlalu
dan syawal makin menghampiri.
dah 2,3 hari jugak rasa macam tak boleh tahan
tapi sebab dah setiap tahun macam tu..tahankan jugak lah kan

kali ni ni perut kurang sakit..cuma rasa sebu..rasa angin banyak berkumpul sampai termuntah
nasib baik jugak masa sahur.
kalau dah siang baru nak muntah tak boleh akak nak bayangkan.

Sesaja merapu disini sekejap sebab rasa tak tertahan sangat nak muntah dah ni.
dah jenuh lumur minyak angin..

ok lah kita sambung lain masa insyaallah

Sunday, August 14, 2011

DAH 14 RAMADHAN

Assalamualaikum.

Alhamdulillah dah 14 hari kita berpuasa dibulan ramadhan,semoga semua amalan kita 
diterima yang maha esa.
ye la dah 14 hari..baju hero belum beli.nasib baik dia sibuk ngan periksa tak sebut2 lagi.
 Rasa tak larat nak tulis panjang2 
biar gambar aje la yang bercerita.nasi kuning ambil resepi dari nor
nor  terkejut akak terlebih warna kot.rasa macam masak pulut kuning pulak.
tapi rasa mesti sedap ni..bau aje dah semerbak satu rumah.
 Goreng beehoon lada hitam
 Sambal  kerang..permintaan dari hero kedua
Goreng daging resepi dari nor juga.

kalau tek de manis..memang tak boleh ..tekak orang yang dah berumur ni..
memang nak manis jugak bila berbuka.ni la dia..
pengat mee siput.

Saturday, August 13, 2011

Assalamualaikum
Pagi semalam masa tengok kat wall fb sya nysya
ada bagi resepi nasi mandhi.
terus rasa teruja nak buat sebab rasa macam senang je
dan ini lah hasilnya.
masak nasi aje..lauk2nya tak buat pun.
makan dengan pajeri nenas dan goreng ayam aje.
sementara tunggu nasi masak akak bancuhkan cekodok jagung.
ada kawan bagi jagung
dah siap bancuh cik abang tolong gorengkan.
 Kemudian akak buat pulak badak berendam
hero bongsu komplen yang akak beli sebelum tu inti sikit sangat..tepung aje kata dia
kesian ngan dia..buatkan jugak petang semalam

 dah siap masak badak berendam teringin pulak nak buat kuih sagu..akak buat jugak sikit
4 ketul je pun.
aduhai macam macam akak nak buat semalam sampaikan dah nak buka tu..letih ya amat.
Tapi masa berbuka tu..rasa hilang semua keletihan yang akak rasa..tengok anak2 dan ayahnya makan
berselera..seronok akak tengok..nasi pun sampai licin
dan semua kuih kuih habis sampai tak de yang tinggal.
berbaloi baloi rasanya akak masak tu.

Oh ye..gambar dibawah ni akak beli
adik yang jual tu kata..namanya tauhu bunga
isi dalamnya udang dan mixvege.
sedap.
Kalau ada kawan kawan yang tau dan ada resepi boleh sharekan ye.
akak teringin nak cuba buat sendiri..
ada jumpa kat dapur ibundo..tapi rupa dan intinya lain sikit.

Ok lah..jumpa lagi insyaalah..
akak nak masuk kedapur dah.

Thursday, August 11, 2011

MACAM SAMA..TAPI TAK SERUPA.

Assalamualaikum



Cuba tengok dua2 kad diatas tu..sama aje warna dia kan..
Hijau.
Jadi bukan la salah mak cik ni kalau tersilap kan..
he he.
semalam petang pi JJS2 beli barang
bila cashier tu mintak kad akak pun bagi aje la.
Kejap tu..dia cakap..
kak ni buka kad JJ katanya
Aduhai..malu la pulak
Terus cakap..mintak maaf dik..dah tua2 macam ni
tak berapa nak perasan pulak..lagipun warna dia sama hijau.
Budak tu senyum aje.
senyum tak pe..jangan gelak ye.
biar kawan mak cik sorang je yang gelakkan mak cik.
ish ish nak buat camanakan dah TERsilap.

Wednesday, August 10, 2011

NASIB BAIK SEMPAT...

Assalamualaikum

Ramadhan ke 9 semalam memang mencemaskan..
Alhamdulillah sempat jugak.

Selepas punch kad semalam akak masuk kete.
sekali kan..cik abang akak hidupkan enjin tak boleh start pulak tu
lepas tu akak dengar dia kata..alamak..bateri ni..masa ni pulak nak kong kata dia.
akak dah risau..bulan puasa ni balik nak kejar dapur..
sempat ke.

Nasib baik la ada kawan2 yang masih belum balik..tolong tolak kan kete.sampai enjin kete hidup dah boleh meneruskan perjalanan
sampai rumah..cik abang terus kekedai tukar bateri..akak kedapur.
nak cepat..akak buat aje yang segera.puff sosej
goreng telur dadar..letak bawang dan cili potong.
cik abang akak balik dari tukar bateri beli pulak satu lauk dan kuey tiaw goreng
hari sebelum tu akak ada buat agar agar cempedak..cukup la tu kan.
Alhamdulillah..sempat jugak akak sediakan untuk anak anak berbuka puasa.
Hari ni Ramadhan ke sepuluh..nak masak ape ye.
cuba kawan kawan bagi akak idea.
terima kasih ye.


Monday, August 8, 2011

KALUT

Assalamualaikum

Pagi yang mencemaskan risau  sampai la ni
Hari ni bermulanya trial exam PMR 
Hero bongsu pagi lagi dah siap.sampai 2 kali peluk cium maknya ni nak pergi sekolah
walaupun trial dia tetap risau

sebelum pergi dah tanya..semua keperluan dah bawak ke.
jawapan dia sudah.

Sepuluh minit kemudian..talipun berbunyi
akak ni memang jenis mudah gelabah
talipun berbunyi tengah malam atau awal pagi memang menggeletar  habis satu badan

rupanya hero bongsu talipun mintak hantarkan mykad.
aduhai sian dia cemas sungguh.
akak harap dia dapat menjawab dengan tenang dan melupakan kekalutan nya kerana tertinggal mykad.
Akak nak cerita sikit..kenapa akak jadi macam tu
Masa arwah ayah mertua meninggal
akak dapat panggilan talipun waktu malam
membawa berita duka itu,
Dan
masa arwah bapak akak meninggal pulak..dapat panggilan talipun diawal pagi.
Sampai sekarang trauma panggilan talipun diwaktu tengah malam dan diawal pagi tu tak boleh nak dihilangkan.

Ok lah..pada semua diucapkan selamat meneruskan ibadah puasa dan solat sunat  tarawikh.

Sunday, August 7, 2011

Assalamualaikum
 Hari ni baru la berpeluang masak2 lebih  sikit untuk berbuka dan sahur sekali untuk anak anak
 Laksa serawak.guna pes Haji Manan
resepi dia suruh ambik di blog Hasue.
 Kuih kelopong kata orang negeri akak
atau pun buah melaka.
 udang masak  lomak cili api bertempoyak ni untuk sahur
resepi sendiri ni.sejak dulu2 akak memang suka letak tempoyak dan daun kunyit bila masak udang
Nasi daging untuk berbuka
Tak tinggal juga ayam masak merah berempah.

Nasi daging dan ayam akak ambil resepi dari pantai timur
siapa lagi kalau bukan cheff yang sorang ni.
Terima kasih nor.

Terima kasih pada kawan2 yang ucap selamat untuk anak bujang akak ye

Insyaallah jumpa lagi.

Friday, August 5, 2011

SELAMAT HARI LAHIR

 
Assalamualaikum
Hari ni 5hb.ogos..21 tahun yang lalu..Hero kedua akak selamat dilahirkan
Akak memang lupa betul..dah tua2 ni kan..sian kat dia..
tapi belum terlambat
Selamat hari Lahir bang ngah..doa2 mak dan ayah sentiasa mengiringi bang ngah.
semoga menjadi anak yang solleh dan berjaya dalam hidup.

Dah 5 hari kita berpuasa..baru hari nak kongsi menu berbuka.
semalam akak buat macaroni resepi dari norsecubitgaram
 dah banyak kali akak buat ni..memang sesuai betul dengan tekak akak dan anak2 sebab pedas.
sempat jugak goreng cempedak semalam
cempedak jenis CH28 memang sedap dan manis.

Alhamdulillah dah hari ke 5 kita berpuasa ramadhan ini.
Insyaalah semoga kita semua diberi kesihatan yang baik 
untuk meneruskan ibadah puasa dan solat tarawikh

Thursday, August 4, 2011

MENJAWAB TAG KAKZAKIE.

Assalamualaikum

Hari ni nak menyahut seruan kakzakie untuk menjawab tag.

tapi sebelum tu..nak kongsikan cerita ni dulu.
dalam majalah RAPI ada ruangan 'ketawa'..akak suka baca dan kadang2 memang betul2 boleh buatkan kita ketawa.
akak kongsikan disini ye-
sumber dari majalah RAPI 1hb.ogos 2011.Bil.169.

3x2

Rahman pulang dari sekolah dan memberitahu ayahnya yang dia dapat F dalam matapelajaran matematik

Ayah - Kenapa dapat F
Rahman - Cik gu tanya 2x3 berapa jawapannya dan saya jawab 6.
Ayah - Tepat jawapan tu.
Rahman-kemudian cik gu tanya lagi,berapa jawapannya 3x2?
Ayah - apa ke jadah haram bezanya
Rahman - Haaaa..macam tu la yang saya cakap kat cik gu.
Merah padam muka siayah
Moralnya: Didiklah anak dengan bijaksana.

Tag dari kakzakie.
SEGMEN TAULADAN-JOM INGAT PESANAN IBU AYAH
akak ingat pesanan sewaktu kecil dulu

1- Tak boleh tengok cermin waktu malam.
2-Tak boleh usik kulit muka dengan tangan 
waktu malam jugak..
3-Jangan menggunting kertas waktu malam
4-jangan potong kuku waktu malam
5-Jangan keluar rumah waktu maghrib.
dan 
bila banyak sangat yang tak boleh akak akan bertanya..
kenapa dan kenapa
jawapan dari ayah..
pesanan orang tua2 kena ikut kalau tidak..
'TAK PATAH TIYEK'
 Kalau ada yang tak faham..kena bertanya ye..he he..

Terima kasih kakzakie..semoga terjawab ye.
Selamat meneruskan ibadah puasa untuk semua.
semoga kita semua diberkati dibulan yang mulia ini.

Monday, August 1, 2011

Assalamualaikum

Alhamdulillah dah dua malam kita semua dapat menunaikan solat tarawikah.
akak cuma nak bercerita.
dulu masa anak2 masih kecil..suami akak memang tak mengizinkan
akak ke masjid untuk solat sunat tarawikh.
nanti anak2 bising..mengganggu orang nak solat katanya.
Sejak anak2 dah besar dan boleh tinggal sendiri barulah akak kemasjid semula.
dan dah 2 malam ni..memang sedikit sebanyak tu akak rasa terganggu.
riuh suara budak2 bising bermain.
2,3 malam mula2 memang begitu..insyaallah harap malam2 seterusnya akak 
akan dapat membiasakan diri dengan kebisingan yang melampau tu.
dan barulah akak faham kenapa dulu akak tidak digalak kan membawa anak2..
kecuali solat sunat Aidilfitri dan Aidiladha sahaja yang dibenarkan.

Ok kita cerita lain pulak hari sabtu lepas 
Alhamdulillah dah dua kali akak berjumpa dengan blogger yang sorang ni
kali pertama tahun lepas dia datang kerumah akak bersama suami dan anak2nya.
kali ni katanya suami dia tidak berapa sihat dan akak cuma berjumpa dia dan anak2nya aje.

  
Ni la budak yang becuk..kalau bercakap memang susah nak berhenti.
Terima kasih anie sudi lagi nak berjumpa dengan akak.
sory..kali ni saja nak tunjuk gambar anie..
asek nak menyorok aje kan.

Ok anie..jangan mare ye..

Insyaalah jumpa lagi.
dan ucapan selamat menjalani ibadah puasa dan solat sunat tarawikh