Wednesday, June 29, 2011

RABU YANG TIDAK BISU

Assalamualaikum..

Susah betul nak upload gambar arini.
2 jam menunggu
sampai hilang mood nak bercerita.he he

 Goreng beehoon untuk berbuka tadi
Dan puding telur..
hari ini dalam sejarah
pertama kali akak buat ni
biasanya main order je dengan kakak yang dikampung tu
Hero akak kata..
mak buat rasanya sama macam ibu buat
(anak2 akak panggill kakak ibu)
tapi rupa tak sama.
ish budak2 ni tau lah maknya tak seni lansung.
tak cantik pun tak pe..
asalkan  sedap kan..
(bukan puji diri anak2 yang cakap he he)

Nak cerita jugak hal semalam
hero bongsu lupa bawak kunci rumah
Akak sampai rumah pukul 5.30 baru dapat masuk
masa akak sampai dah terlelap dia sambil duduk dan bersandar kat  pagar .
keian  dah tentu letih dan lapar.
esok pagi2 akak kena ingatkan dia.
masukkan kunci rumah dalam beg.
ok..jumpa lagi..Insyaallah

Sunday, June 26, 2011

TAK TAU NAK KATA APA..

Assalamualaikum.


siang tadi kan..gerammmmm sangat 
Dah tua2 macam akak ni pun..
sesekali datang jugak geramnya.
tapi tak tau la.
nak marah ke nak gelak.

Siang tadi..akak ke Tampin
pi kedai gambar
nak cuci gambar
orang ramai dan kereta banyak la pulak.
en abang tak dapat parking
jadi dia turunkan akak dengan hero bongsu
dan dia pi cari parking
memang biasa macam tu...bila dah selesai urusan
akak akan talipun 
dan en.abang akan bagi tau dia dimana.

Tapi..
tadi kan berkali kali akak talipun
tapi tak berjawab.
dah mula dah rasa nak hangin.
hero bongsu bila tengok maknya macam tu
terus jalan perlahan lahan. cari ..

dah masuk kereta..akak pun tanya
kenapa tadi tak jawab talipun
dia boleh bercerita
tadi sedang berdiri diluar kereta tu.
dengar lagu
seronok pulak..sampai bergoyang goyang kepala..katanya
lepas tu..gerimis..masuk dalam kereta semula.
Eh..radio kereta tak pasang pun.
mana datang lagu..
lepas tu..tengok talipun..eh..ada misscall.
oooo..lagu dari talipun rupanya..
Ya allah..apa akak nak buat masa tu..nak marah ke nak gelak
..ish..geram

Suami akak punya talipun..nada deringnya..bunyi kucing
semalam dia teringin la pulak..
suruh tukar lagu.
dah jemu bunyi kucing..
kemudian tu..dia dah lupa la pulak..
tu yang naik tumpul jari akak menekan talipun call dia tak angkat..
ish ish ish..sabo je la mak cik..
dah tua tua ni macam tu le..
dah nak 30 tahun hidup bersama..
tak kan tak faham lagi kan.

Ok lah ye..minta maaf kalau terpaksa baca 
bebelan mak cik  ni..
Insyaalah 
jumpa lagi.

Saturday, June 25, 2011

NAK LETAK TAJUK APE YE..

Assalamualaikum

Lambat akak masak hari ni..
baru siap.
Pagi tadi bawak hero bongsu
pi ambil gambar di MPS lagi
lepas tu terus ke JJS2.
untuk cuci gambar
Hari isnin nak hantar ke cik gu katanya
Dulu dah ambik.print sendiri dengan kertas A4 je
cik gu tak mau kata dia.
Gambar pulak tak simpan.
kena la ambik lagi sekali.

Balik dari JJ baru la mula masak
ini je la yang akak masak.
oo ye.baju akak mengecut bukan sebab ni semua ye.
akak masak dan rasa aje..
tapi akak tak makan..
betul..he he..
 Udang masak lomak cili api
 Goreng tauge kasar
Rendang daging.
Itu aje menu hari ni.
Jumpa lagi..
Insyaallah.

Thursday, June 23, 2011

MENGECUT???????

Assalamualaikum

Sejak cuaca tak menentu ni kan..
akak pun ikut sama susah hati

Panas 
dan hujan cuma turun sesekali
sebab tu la

kebanyakan baju akak dalam almari tu.
mengecut
sampaikan .banyak kain yang dah tak boleh pakai.

aduhai..camana nak buat ni..tak kan nak beli baru.
ada sesape boleh tolong mak cik ni..

Tolong bagi  tau 
cara macam mana nak kembangkan
semula kain kain yang dah mengecut tu.
Kesudian semua membantu akak 
dahulukan dengan ucapan 
ribuan terima kasih.

Wednesday, June 22, 2011

RABU YANG BISU..BISU KE..

 


Assalamualaikum
 Jom makan goreng Pisang Rangup
Nak resepi jom pi jepun sila la ke rumah.ida,japan
Terima kasih Ida.


Sunday, June 19, 2011

BILA KERAJINAN MELANDA..

Assalamualaikum

Hari ni akak terajin la pulak
Buat kek sampai 2 jenis.
satu yang biasa akak buat
satu lagi akak ambik resepi dari anymz.
Tapi kan macam biasa la..akak tak pandai nak
buat cantik2 belang nya tu..
asal ada belang aje.


Dah siap kek..buat pulak cili sos
cili sos dah habis..anak2 dah bising nak makan keropok goreng tak de cili sos.

Semalam akak baca n3 suri solehah..dia dah buat macaroni goreng
yang resepinya ada didapur Nor
 akak pun dah cuba buat.terima kasih nor dan juga suri.
Nor.memang betul2 sedap..akak buat betul2 ikut resepi 2 cawan macaroni
tak puas pulak anak2 akak makan..dah lelaki semua kan..
mana nak cukup.he he.
Insyaallah akak akan buat lagi..anak2 betul suka.
sedap sangat katanya.
Terima kasih lagi sekali pada nor yang sudi berkongsi resepi yang sedap ni.

Pagi tadi..ada sedara akak datang.hantar kad jemputan kawen anak dia
tapi masa tu..akak belum mula satu pun lagi.
Jadi akak cuma dapat hidangkan air aje.
Cik Na..minta maaf ye kiah..kiah pun datang tak bagi tau.
tak dapat la kiah makan apa yang Cik Na masak hari ni.

Ok lah..nak rehat dulu..letih la pulak dah..ye la kan..
tenaga dah seiring usia..
Jumpa lagi..Insyaallah.

KISAH SEORANG AYAH.DI HARI BAPA

Assalamualaikum.


Kali ni akak cerita lagi kisah bapa/ayah kepada hero akak.
Apa yang akak tuliskan nanti akan jadi kenangan buat anak2 bila kami dah tiada lagi didunia ini

dalam N3 lepas akak ada cerita tentang goncang botol susu kan.
ayah anak2 akak ni kalau pasal anak2 masa kecil memang cukup teliti.
mungkin sebab lama menunggu..sehingga lima tahun..baru dapat sorang tu yang teruja sangat tu..sampaikan
tak percaya akak boleh buat..semua nak buat sendiri.
Mandikan anak,bagi makan.sampaikan kalau anak buang air pun..mesti dia yang nak cucikan..
masa anak dah pandai cakap.dia boleh tanya..
ada buang air tak.sape cucikan..kalau jawab mak.mak cuci bersih tak..sabun tak..mula2 mau gaduh tu..lama2 akak dah biasa..akak biarkan aje.

Kawan kawan akak.lelaki ke perempuan..selalu cakap..untung akak dapat suami akak ni kan..
kalau perempuan..biasa la kan..ni kawan lelaki pun cakap macam tu..
jawapan akak biasa la..'yang untung kau nampak..yang rentung?..he he..
adik Irfa..dah biasa dengar ayat akak ni.,

Akak pernah baca Blog YB..tajuknya Delima Orang peramah..kalau tak salah akak tajuknya.

Suami akak memang teramat peramah orang nya.
sesiapa yang dah kenal tau sangat..
semua orang dia tegur..tak kira kenal ke tak kenal..semua orang dia boleh buat macam dah kenal lama
pernah jugak kawan tanya..ada tak orang yang tak layan dia bila ditegur..maklum la kan..bukan semua orang peramah dan suka ditegur..akak kata mungkin ada..tapi akak tak pernah nampak pulak.

kalau naik motor..dia kan tegur orang dengan cara angkat tangan..dan jerit Assalamualaikum.
kalau naik kereta..dia akan tegur orang dengan cara bunyikan hon.

mula2 dulu akak pelik jugak..tanya..sape tu..dia jawab..tak kenal..
kita naik kereta..dia jalan kaki..katanya..kita hon la..tanda bagi salam.
sampai macam tu la..peramahnya dia.

Yang buatkan jadi dilema tu..kalau kita pi pasar tani ke..pi pasar ke..
setiap gerai yang kita pergi tu..dia akan bagi salam..tanya apa khabar..sihat ke..baru la dia pilih2 apa yang nak dibeli..
Mau sampai pasar tutup baru dapat balik.

Sempena hari bapa ni.akak sangat menghargai suami akak yang telah menjadi ayah yang baik buat anak2 akak.

Alfatihah buat bapa akak jugak yang telah pergi
hampir 11 tahun yang lalu.


Friday, June 17, 2011

OBSES

Assalamualaikum


Semalam waktu akak berbuka puasa. hero akak yang dua orang ada sama..

Bukan main seronok lagi dia orang tu bercerita.

'mak..tadi kan..kat tv..canel 731 ada satu rancangan..namanya OBSES  katanya

sebiji macam ayah mak..dia kata. ada juga orang yang perangai macam ayah..bukan la ayah sorang katanya.
lagi teruk dari ayah pun ada..tambahnya lagi.
mak nya pun sama rasa lucu..
Gelak sakan pulak kami.
ayah nya tak marah pun..ikut sama gelak ada la..

akak pun tak tahu..perbuatan tu dinamakan OBSES.
bagi akak tu tabiat je.

Suami akak tu rasanya sejak dari dulu 
memang macam tu la dia.
dulu2 akak selalu jugak marah
'sudah2 lah tu..runtuh la pintu tingkap tu nanti'
tu la ayat yang selalu akak gunakan.
tapi dia macam tu jugak.

Nak tau apa perangai atau tabiat suami akak tu.
kalau tutup/kunci pintu ke tingkap ke..
dah siap kunci tu..boleh pulak goyang2kan pintu tu..
lepas tu siap kira pulak tu..satu. dua tiga.
tang kira tu akak tak de la kisah sangat..suka hati la kan.
tang goyang tu..elok2 pintu dah kunci
mau rosak ke tercabut ke..kerana digoyang2 tu.
tapi bila dah lama2..akak pun dah tak larat nak tegur dah
selagi larat..goyang la ikut suka.
kalau dah tercabut..ganti le..he he.

Masa anak2 kecik dulu..kalau bancuh susu..
kalau tak cukup bilangan 20 kali goncang susu tu
selagi tu suami akak goncang.
selalu jugak akak marah..anak dah menangis2 
nak minum susu.
dia boleh terus goncang botol susu tu selagi tak cukup 
bilangan nya.
katanya...kalau goncang sikit..susu tak betul2 hancur dalam air tu...ooo  alahai.sabo aje la akak masa tu.
Bila anak menangis nak susu
memang tak de can akak nak bangun buatkan susu.
tak dibaginya.
akak goncang sekejap sangat katanya.

Tak sangka pulak..sampai tv pun buat rencana tentang tu.
ramai rupanya orang lain yang ada perangai yang 
pelik pelik nikan.
kalau nak tau lebih lanjut boleh la kawan2
 tengok canel tu ye...
ok ye..esok dah hari sabtu..
selamat bercuti pada kawan2 semua ..


Wednesday, June 15, 2011

KUAH PECAL

Assalamualaikum.

Kuah pecal.senang..bancuh dengan air panas aje.
sedap.


Sunday, June 12, 2011

RINDU..

Assalamualaikum

Semalam macam yang akak bagi tau ..
akak pi kenduri.
kali ni jauh kendurinya
jiran akak masa dok Sungai Burung dulu

 Bila dah sampai kesana..dah tentu la akak nak menjengah rumah yang akak duduki selama 16 tahun disana 
 Rumah yang dah bertukar warna..masa akak tinggal dulu warna hijau..semalam akak tengok dah warna kuning.dulu tak la nampak lapang macam ni.banyak pokok yang akak tanam.ada 5 pokok dan semuanya pokok mangga.macam yang akak pernah cerita..dirumah ni semua suka ya amat makan mangga..he he.
sekarang nampaknya tinggal sepokok aje.mungkin dah lama dan pokok pun dah tua tuan yang tinggal sekarang dah tebang.
 Kalau dah sampai kesini..dah tentu la kak bertemu dengan jiran jiran lama..seronoknya dan terasa rinduuu sangat dengan suasana semasa akak tinggal disini.



Gambar gambar kenangan akak dengan jiran jiran dan kawan kawan satu pejabat.
Tak tau lah kenapa..akak suka sangat tinggal disana
tapi apakan daya..
dah akak bukan orang sana kan..sampai masa..dah tentu la kena tukar juga.
Insyaallah akak akan kesana lagi..walau pun tak dapat masuk kerumah..sebab dah ada penghuni baru dan akak pun tak kenal siapa dia.Tapi kan..dapat tengok rumah pun jadi lah..

Saturday, June 11, 2011

KEMANA KITA

Assalamualaikum..


Sabtu datang lagi..
agenda utama hari ni..kenduri..
insyaallah nanti akak  share ke mana ye

kemudian nak kehospital..
melawat sedara akak yang sakit.

kawan kawan kemana hari ni
esok dah ahad.
hari isnin dah sekolah kan.

Insyaallah kita jumpa lagi.

Wednesday, June 8, 2011

SARAPAN

 

 


Assalamualaikum..
Jom Sarapan

Sunday, June 5, 2011

JEMPUTAN

Assalamualaikum
Semalam memenuhi jemputan kenduri..
tapi tak bawak kamera..
sebab hero bongsu tak ikut..
jadi..mak pun lupa.
gambar ditempat kenduri tak ada..cuma ada gambar cenderahati.
Rumah pertama yang akak pergi.
rumah rakan blog dan FB..Tuan Haji Hamzah di LH.
akak janji pergi sama dengan annie.\
awal kami sampai.
Alhamdulillah..meriah kenduri Tuan Haji dan makanan pun menepati  selera..sedap
terima kasih pada tuan rumah dan isteri sudi menjemput dan menjamu dengan hidangan yang enak

rumah kedua..kawan yang jugak pernah datang kerumah jadi guru mengaji
kenduri kahwin anaknya di sikamat.

Rumah letiga..kenduri kawen adik kawan satu pejabat.
disendayan valley.
sampai kesini..bak kata sedara akak zino..touch n go aje..
dah tak larat..abang akak minum air je..
maaf en.Din..perut dah kenyang sangat tak boleh isi dah.

Alhamdulillah dapat akak memenuhi jemputan..
kalau dah cuti sekolah ni..macam tu la kan..
macam mana kawan kawan yang lain..sama jugak macam akak agaknya..kan.
ataupun masih lagi berjalan cuti2 malaysia..
yang masih lagi bercuti..selamat bercuti..semoga selamat diperjalanan.

Thursday, June 2, 2011

SAMBAL HITAM

Assalamualaikum..

Akak pernah baca kat blog tentang sambal hitam ni.
tapi tu la..akak  lupa lagi... dari blog sape
sebab dah lama.
sejak baca tu..teringin sangat nak rasa
akhirnya..dapat jugak akak rasa.

sedap pulak tu..pedas ada..masam ada.
tapi akak tak tau buat.
resepi pun tak de.
akak dapat ni anak sedara yang kerja diJerantut belikan
sebab akak pernah cerita ngan anak sedara tu
tentang sambal hitam,
tu yang dia belikan.
alhamdulillah dapat jugak akak makan.
dan memang la sedap sangat.
Terima kasih pada anak sedara akak.
kawan2 yang tinggal di Pahang
tentu tau sambal ni kan.

Wednesday, June 1, 2011

SELAMAT HARI LAHIR

Assalamualaikum.
Gambar suami akak..selepas 6 tahun kawen ngan akak
elok je kurus lagi kan


Gambar diatas ni selepas 29 tahun berumah tangga.
akak pun tak tau la..
salah siapa la ni..boleh jadi macam ni
Kesian kat dia..
Kalau akak ada la 3 kali perut akak jadi macam tu..selepas melahirkan
alhamdulillah kecik balik

Tapi suami akak ni tak dapat la akak nak menolongnya..
dok macam tu je
tak kempis2.

Sebenarnya hari ni ialah hari lahir suami akak
Akak sentiasa mendoakan yang terbaik buat suami akak
semoga dirahmati allah sentiasa dan diberikan
kesihatan yang baik.
Terima kasih kerana sentiasa menjadi suami yang baik dan
bersabar melayan akak hingga kini.