Pages

Sunday, May 29, 2011

LUPA LA PULAK

Assalamualaikumm


Baru mula..akak dah lupa.
Tadi kan..mulut mak biasa la..
'adik cepat gosok baju sekolah' dia diam.

lepas tu kan..sejam kemudian..panggil lagi
dah kali ke tiga kan..
dia pun cakap
'mak lupa ke'
'kan sekolah cuti.
'nanti dah nak sekolah baru la emi gosok' katanya

Alahai..mak dah terlupa pulak dah..
dah terbiasa
tiap hari Ahad..tu la soalannya.

Cuti sekolah yang tak akan kemana mana
sebab adik ada tuisyen.

Tak pe la..
Insyaallah tunggu lepas PMR ye.

Selamat bercuti pada kawan2 semua.
yang bercuti 
dan jalan jalan cari makan.

Tuesday, May 24, 2011

ADA PROBLEM LAGI KE..

Assalamualaikum..


Tak tau la..memang dia buat balik dah ke.
atau pun akaknya blog yang ada problem..
Dari tengahari akak cuba
tak dapat dapat juga..
siap  keluar tulisan.."error 404.."
ada nombor bagai.
asal akak nak publish komen je 
jadi macam tu.
akak cuma dapat baca je.
nak tinggal komen tak dapat.
minta maaf ye pada semua..
nak jawab komen
diblog akak pun tak dapat.
tak tau la akak apa masaalahnya.
baik la akak pi dapur je
nak masak pulut
dan makan dengan mangga.
Orang utara kata..'pulut mempelam'.
tengok gambar di FB kamisah tadi.
jadi teringin pulak.
Insyaallah esok kalau dah ok
akak tinggal jejak lagi ye..
jumpa lagi.

Friday, May 20, 2011

TERIMA KASIH PADA SEMUA

Assalamualaikum.
Terima kasih banyak pada semua yang bertanya khabar akak.
Lama akak menyepi..
maaf ye..
keadaan tak mengizinkan.


Gambar ihsan dari google

Insyaallah..bila masa dan keadaan mengizinkan
akak akan berkongsi cerita disini.

Sekali lagi..maaf dan terima kasih pada semua yang masih mengingati akak

Sunday, May 8, 2011

DAH DAPAT

 Assalamualaikum

Gambar bawah ni..gula enau
kali ni akak dah dapat beli dan ini lah rupanya
sebelum dibuka bungkusanya
N3 yang dulu.akak tunjuk gambar selepas dah dibuang bungkusannya.
semalam adik akak pi kuala pilah belikan gula ni
banyak jugak dapat beli
sebab nak guna untuk buat dodol nanti.
Alhamdulillah dapat dah.


Gambar ni..saja masukkan..pisang rebus ni
masa dok selangor dulu selalu makan.
rebus pisang..kemudian hancurkan..gaulkan dengan kelapa parut dan gula
kemudian ditekan2 dalam bekas..nak makan
potong ..sedap.
ada namanya ni..tapi akak dah lupa..cara buat ingat.

Dikesempatan ini..akak jugak mengucapkan

SELAMAT HARI IBU 

BUAT SEMUA KAWAN KAWAN 
YANG BERGELAR IBU.

Friday, May 6, 2011

GULAI BETIK+AYAM

Assalamualaikum.

Rasanya ramai yang tak pernah makan ni
tapi..akak suka..
balik kerja petang tadi
bila nampak betik tua ni..
teringin pulak nak masak gulai betik
dah siap masak dan dah siap makan gulai betik


guna betik yang dah berwarna merah tu.
bukan yang masih lagi putih.
campurkan ayam bahagian tulang2 tu..leher ke kepak ke.
letak serai 3 batang.
buat pekat2 
sedap..
tak perlu nasi..makan lauk aje..

Arwah mak akak paling suka masak betik ni
masa arwah ada..selalu jugak akak masak
lepas tu bawak balik kampung
makan sama2.

Sekarang ni..akak masak jugak 
makan le dengan suami, anak2 dan adik akak.


Monday, May 2, 2011

MASAK DAN MAKAN..

Assalamualaikum

Hari Sabtu teman adik, hari ahad..keluar lagi lepas tu petang ada mesyuarat adik beradik
hari Isnin..

akak dah tak kemana mana..
pagi selesaikan hal hal yang berkaitan dengan kain,
lipat dan gosok..
dah lepas asar baru mula masak

Jambu ni tak masak he he..apahal la kalau akak gulai jambu ni kan..

 cekodok pisang
 Pengat Ubi
 Goreng Ubi
Gulai ikan masin dan nenas...permintaan anak sedara
mintak tolong masakkan sebab mak sedara suaminya yang sakit nak sangat makan

Ok lah..nak rehat..terasa letih la pulak..
insyaallah jumpa lagi.