Pages

Saturday, April 30, 2011

MISI DITERUSKAN

Assalamualaikum


Pagi ni..misi diteruskan..he he..
ye ye je akak ni kan.

majlis semakin hampir..
misi menemankan bakal pengantin mencari
keperluan

Doakan segalanya berjalan lancar ye.
nanti akak berkongsi cerita..berkongsi rasa.

Doakan la yang terbaik buat adik akak.

Rasa sedih tetap ada
kedua ibubapa dah tiada.

Semoga akak dan adik beradik yang lain dapat memberi yang terbaik buat dia.

Thursday, April 28, 2011

TAK KESAMPAIAN

Assalamualaikum

kecewa betul hari ni
tadi pi kuala pilah
dari pagi
ada kursus NF

masa disana akak tanya la..dimana ada jual
gula enau yang ori.

dah tau tempatnya..tapi tak singgah
terus pi sambung kursus lepas solat zohor.

dah habis kursus..
lalu semula tempat tu..
sekali kan..
dah tutup

tanya kat warung sebelah..
orang nya dah balik awal nak pi jalan.

huwaaa..frustnya..
tak dapat beli.
ibuintan tolong.
######################
Tambahan sikit..

disebabkan ramai jugak yang tanya akak 
camana rupa gula enau.
akak edit dan tambah gambarnya..dibawah ni le gula enau /gula kabung.

Wednesday, April 27, 2011

TERINGAT

Assalamualaikum..

akak ingat lagi..pada 1 Ramadhan 2005,
 masa tu akak baru balik dari kerja shift petang(kerja diklia) 
sampai dirumah pukul hampir pukul satu pagi.
akak baru nak salin uniform..
talipun akak berbunyi

bila akak angkat akak dengar suara cemas
'na..tolong na..nawi ni tah apo kono e.'

bila dengar suara tu..akak tau dari siapa
dan akak jugak sama cemas.

dalam kelam kabut akak talipun suami akak di tempat kerja
masa tu suami akak kerja malam
akak bagi tau minta tolong dia kerumah kawan akak tu..
tengok apa dah jadi.
akak tak puas hati akak talipun pulak
kawan kawan yang lain.
Akak cuma talipun aje..mudah2an ada yang cepat sampai untuk membantu kak cik
kawan akak tu,maklum la kan..masa tu dah tengah malam
dah nak pagi pun
(akak kan tak pandai memandu
jadi itu saja cara akak menolong kak cik)
dan alhmadulillah..ada yang sampai dulu
dan membantu kak cik untuk membawa suaminya keklinik
kesihatan salak tinggi
dan ikut serta ke hospital seremban untuk menghantar suami kak cik
yang menaiki ambulan.

baru baru ni kak cik ada talipun..nawi suaminya kena lagi sekali dan telah dirujuk ke IJN
selasa lepas 19hb.April..akak dapat sms dari kak cik
mengatakan suaminya telah selamat dibedah.Alhamdulillah.

Akak teringat nak menulis disini..sebabnya tadi akak call kak cik tak jawab,
sms tak jawab..jadi akak risau
akak talipun la semua kawan2 diklia dulu bertanya.

Rupanya kak cik tak dapat menjawab..sebab diklinik,
buka jahitan katanya.
 aduhai..apa la akak ni kan..dah tua2 macam tu lah
mudah kelam kabut.

Alhamdulillah..suami kak cik sihat dan harap kawan2 semua disini 
turut sama mendoakannya 
walau pun tidak mengenalinya.


Monday, April 25, 2011

TER..TER..APA PUN TAK TAU NAK KATA..

Assalamualaikum


Sejak dua bulan lepas..rasanya akak dah kena penyakit 
makin hari makin teruk..
tak tau nak buat macam mana dah
nak tinggal pun tak boleh..
sebab dah mulakan..
selagi tak habis..
tak boleh berhenti.

GIANT...
LOVE YOU THOUSAND TIMES
MIDAS...
MY EX & THE NEIGHBOURS
DARING WOMAN
 SIGN..
sign ni baru je habis
sedih betul cerita dia
gantinya akak malas tengok dah.

Dah habis semua siri ni akak malas dah nak tengok.
boleh ke..
boleh aje kan.
kalau dah sangkut cerita korea ni tu la dia..
susah betul..
macam penyakit pulak kan..

Saturday, April 23, 2011

CERITA PENDEK

Assalamualaikum

Pagi lagi akak dah masak hari ni
masak lomak cili api ikan siakap campur terung ratna.
dah campur terung tak perlu nak masak sayur dah..
senangkan.
senang tau bukan malas he he.

Kemudian akak goreng daging letak bawang 
ngan cili potong aje.
 Masak awal sebab lepas ni akak nak keluar
dengan adik.
banyak benda dia nak beli.


ok jumpa lagi.

Wednesday, April 20, 2011

SEMALAM PUNYA CERITA.

Assalamualaikum

Kebiasaannya kan..kalau pergi mana mana..
kedai buku ke..klinik ke..kedai makan ke..
mana mana saja lah
kalau ada orang pandang.
akak akan senyum..
rasanya tak salah kan.

pada akak la..kalau orang tak kenal 
pandang kita kita senyum..
kalau orang yang kenal kita tegur.

Sekali kan..bukan dua kali tau..SEKALI  
petang semalam dikedai buku..
ada sorang tu sedang pilih pilih dan belek belek majalah..akak ada dibelakang dia nak tengok buku jugak..

dia toleh kebelakang..akak pun  senyum lah kan..

dia boleh pandang akak lama lama dan tanya..kenal ke..kita kenal ke..
aduh mak..tu lah..mak cik oii..sapo suruh sonyum..ha kan..dah..
tapi nak buek macam mano..dah terbiasa berkurun lamo e..

mano akak nak sorok muko ni ha..
tolong...

Tuesday, April 19, 2011

RESEPI KUAH DAL

 Assalamualaikum


Lama dah akak ada berjanji dengan seseorang nak letak resepi kuah dal disini.
sampai akak dah lupa akak janji dengan siapa..

Tapi tak kisah la kan..dah lupa nak buat camana..
akak cuma tunaikan janji..akak tuliskan juga resepinya disini.akak pernah buat ni.
.memang sedap..anak anak akak pun suka.
Akak dapat resepi ni masa akak pi kursus sejukbeku untuk  ahli puspanita.
kursus disampaikan oleh Pusat  Pembangunan Produk & Teknologi
Seksyen khidmat usahawan J.Pert.


KUAH DAL

Bahan Bahan:

Kacang Dal -1/2 kg.
Bawang Merah  -  6 ulas
Bawang Putih  -  2 ulas
cili kering  -  8 tangkai
Halba campur  -  2 sudu besar
Daun kari  -  6 tangkai
sedikit serbuk kunyit jika suka
garam secukup rasa

Cara:

1.  Kacang dal direndam hingga kembang kemudian
 direbus hingga lembut 
   
2.  Bawang merah dan bawang putih dihiris 
dan cili kering digunting kasar
     
3. Tumiskan bawang merah.bawang putih
,cili kering,daun kari
     dan halba campur hingga wangi   
    masuk kan kedalam rebusan kacang dal
yang telah lembut 
    tadi dan tambah kan air jika perlu.
4.  masak hingga kepekatan yang dikehendaki.
..................


Kalau makan roti canai..akak memang suka kuah dal..tu sebabnya belajar buat tu..
resepi roti pun ada..tapi akak rasa semua dah tau buatkan.

Boleh la cuba buat pada sesiapa yang teringin nak buat roti canai dan makan dengan kuah dal.
dan pada sesiapa yang akak pernah janjikan tu..akak dah tunaikan janji.
akak minta maaf la..sebab dah lupa betul dengan siapa akak janji..

akak terlupa ni..bukan sebab terminum air bersemut tau..
dan sampai masanya umur macam akak ni..terlupa tu perkara biasa..maaf la ye.. 



Sunday, April 17, 2011

BELUM DAPAT APA YANG DIHAJAT.

Assalamualaikum.

Malam tadi..bapa saudara akak
adik arwah mak datang kerumah..sorang diri je..
Tiba2 je sampai.
alamak.nak bagi makan apa ni
semalam hari M akak..
akak masak rengkas aje..petola campur soon,sambal belacan dan ikan goreng.
bila malam dah selesai.
selepas berborak sekejap..apa lagi.ajak  la pi kedai
aduhai.apa punya anak sedara la ni kan..

minta ampun maaf ateh..lain kali bagi tau..anak sedara ni boleh bersedia.
ada masa nya maaalllllaaaaass nak masak berbagai jenis.
masa malas tu pulak ada tetamu.
nasib baik ateh faham.

siang tadi akak masih tak de mood nak masak..masak lomak telur itik... satu aje.

dah siap masak...akak ajak en suami pi round kedai cermin mata dengan nak belikan selipar/sandal 
hero bongsu yang dah tersenyum

akak paling risau kalau apa2 kepunyaan hero bongsu ni rosak.
bukan senang nak beli baru..cerewet sikit dia ni
kalau suruh pergi pilih dengan ayah..mesti merajuk punya.
mak aje yang bersabar..walaupun kadang2 'myblood go upstairs'jugak
beli sandal aje..apa la yang susah beno nak pilih kan.

Tadi pi bata jusco..tak de saiz.
pergi pulak ke bata giant..
last2 nya..akak terlupa..bila balik..sampai kerumah
Ya Allah dik..mak lupa nak cari selipar kat kedai lain

dia boleh jawab..tak pe la..lain kali pun tak pe..
padahal selipar dia dah rosak teruk.

cermin akak pun tak dapat jugak..tak sesuai dengan harga..
ha ha..alasan.

saja tepek gambar ngan hero bongsu akak ni..
tah ikut sape la..cerewet betul pilih barang.
maknya tidak tau..
kalau nampak cantik dimata sendiri terus beli je.

p/s terima kasih pada yang sudi tinggal komen di n3 kontes..terima kasih banyak pada semua ye

Saturday, April 16, 2011

MARI KITA MERIAHKAN CONTEST KOMENSEN

Assalamualaikum..

Teringin nak turut serta walau pun tak berbakat ..
 Hari ni bila bw..ramai yang dah mula..
mari kita memeriah contest anjuran KOMENSEN ni.
sempena birthday mak ngah.

                               


Pak ngah : Yang..copek yang..tolong dah tak boleh bangun ni


Mak ngah : Kan dah koba an tadi..jangan makan banyak  bona
                      haaa...kan daahhh.

Thursday, April 14, 2011

PATAH HATI..ADUHAI..

Assalamualaikum..

Aduhai..macam mana boleh jadi macam ni..
Macam mana pecah dan patahnya cermin mata ni..
macam tu jugak la hati akak.
Tolong...

Nasib baik ada satu lagi
Tapi cermin ni paling akak suka pakai dirumah..
maklum le.umur dah meningkat ni nak potong bawang pun nak guna cermin mata.
Boleh ke digam ye..

Terima kasih pada noorsafone
yang mengingatkan akak supaya
ambil award..
cantik 
memang akak suka dengan
bunga ros ni..
terima kasih.


Tuesday, April 12, 2011

TERIMA KASIH

Assalamualaikum.

Terima kasih pada nieza 
yang bagi kad yang cantik ini sempena 
1st Blog Anniversary nya.

Akak kagum dengan tuan punya blog yang pandai buat dan beri macam2 award pada pengikut dan pembacanya..tapi sayang.akak memang tak pandai nak buat tu semua.

 
akak sharekan gambar ni ye..
mesti semua dah tau buah apa kan.


Akak ucapkan terima kasih pada semua yang sudi jenguk blog akak yang cuma cerita cerita biasa.
akak amat menghargainya..
Jumpa lagi..Insyaallah.

Sunday, April 10, 2011

JAMU MATA

Assalamualaikum.
sesuai dengan cerita tentang makan2
akak tepek kat sini award dari izzah
terima kasih izzah..cantik.
terberangan pulak nak pakai macam chef ni.








Pucuk paku campur udang masak lomak cili api 
 goreng pisang tanduk
 bubur sukun
 lepat pisang

 rebus ubi
sambal belaca
Air carrot susu...
hero bongsu akak yang buat sendiri
mintak mak letak disini.sedap katanya.puas mintak mak rasa
tapi dah mak tak minum susu..camana.
minta maaf la ye dik..
nanti buatkan air lain mak minum.

Hasil dari n3 lepas yang tunjuk bahan2 yang belum dimasak
selama 3 hari dari jumaat petang
ini la hasilnya.
terima kasih kawan2 semua.
minta maaf tak dapat nak jamu..sebab jauh.cuma dapat jamu mata aje ye.

Friday, April 8, 2011

DALAM DILEMA

Assalamualaikum..

nak masak apa untuk minum  petang nanti  ye

Pisang kapas nak buat lepat..tapi daun pisang belum beli


 goreng pisang tanduk ke..
atau pun goreng ubi kayu atau buat pengat ubi kayu.
sempat fikir lagi ni..
ada idea?
terima kasih

Wednesday, April 6, 2011

TAK TENTU RASA




Assalamualaikum

Akak ni jenis yang mudah risau
tu sebab agaknya suami akak
tak mau bagi tau apa2

Tulis disini la biar akak lega sikit bila dapat
baca komen dari yang sudi menjengok kesini.

Suami akak dah dekat 3 minggu batuk dan hilang suara
dah ambik contoh kahak..
tapi tak tau la apa keputusannya.

Awal bulan lepas ambik  sample
'bahan buangan'(n....s)

Pun akak tak tau apa keputusannya.
 Bila akak tanya suami akak..
katanya tak ada apa2 lah..tak perlu risau
Tapi akak tetap juga risau

Dah la banyak perkara nak diurus ni.
Bulan mei nanti akan ada majlis..sempena
perkahwinan adik akak

Mak bapak dah tak de..jadi akak dan akak yang sorang lagi
yang akan sibuk la 
adik beradik yang lain lelaki
risau jugak akak ni
dah nak demam rasanya ni

Akak harap suami akak diberikan kesihatan yang baik dan dilindungi allah s.w.t

Monday, April 4, 2011

BERTAMBAH DAN BERKURANGAN

Assalamualaikum

Alhamdulillah syukur pada mu ya Allah..

Hari ni bertambah setahun dan berkurangan juga usia akak.
Alhamdulillah juga kerana telah diberikan kesihatan yang baik sehingga kini dan dapat menikmati
hidup ini disamping suami dan hero hero akak yang bertiga.

Terima kasih pada kawan kawan dan sedara mara yang memberi ucapan Selamat Hari Lahir melalui FB dan juga sms.
Paling seronok juga dapat sms dari kawan dari sekolah rendah yang masih ingat kan akak.
ucapan dia membuatkan akak tersenyum sendiri..katanya..
'walaupun kita ni dah masuk ke umur warga suasa..'

akak pun nak tukar jugak..masa birthday kak pah..kak pah kata nak tukar ke aunty kak pah..
tapi akak tukar ke acik erna.
.ok kan..baru lah 
ada gaya warga suasa..

Semoga jugak keluarga akak akan terus dirahmati
dan dalam perlindungan yang esa.

Sunday, April 3, 2011

MACAM MACAM HAL

Assalamualaikum

Semalam lagi akak nak menulis..tapi tak berkesempatan.
Pagi..bawa hero bongsu ambil gambar untuk kerja sekolah dia
mulanya dia dah cari di google aje
tapi..cik gu tak terima..tak de gambar dia di depan bangunan tu..katanya
jadi pagi2 dah bawak dia pi ambil gambar,
balik dah pukul 12 tengahari hari.

akak terus masak
buat puding jagung dulu
 dah siap masak puding,masak pulak sambal tempoyak

Semalam tu..akak kerumah abang dan nak melawat sepupu yang sakit dirumah anak dia.
Tu la yang akak masak tu..dapat buat puding dengan sambal tempoyak aje.
dah tak sempat nak masak  yang lain
walaupun macam2 yang akak nak buatkan untuk sepupu 
dan suami dia

Sedih akak tengok sepupu akak tu.
semoga dia tabah dengan penyakit yang dihidapinya
dan semoga jugak suami dan anaknya tabah

Suami sepupu akak tu tak kering air mata sejak dia sakit..
selalu sedih dan menangis.
semalam bila nak balik dan suami akak pesan supaya tabah pun
boleh mengalir airmata dia.

semoga dia dapat menerima apa saja yang ditakdirkan.