Pages

Monday, February 28, 2011

BERCUTI..SEBENTAR..

Assalamualaikum..


Akak akan bercuti dari menulis disini 
Tak lama..
dalam seminggu sahaja insyaallah.

Minggu ni akak sibuk sikit..
sampai tak sempat nak menjenguk dan tinggal komen di blog kawan kawan..


Ada hal yang perlu akak uruskan..
Insyaallah..bila semuanya selesai..akak akan kembali

Akak juga mengucapkan terima kasih pada kawan kawan semua
yang sentiasa ingatkan dan menjenguk blog akak.
Akak jugak mohon maaf sebab tak balas komen dalam N3 akak yang lepas.

Insyaallah..panjang umur kita akan berjumpa lagi.
Akak akan rindukan 
coretan kawan kawan semua.

Sunday, February 27, 2011

GENAP SETAHUN-ALFATIHAH

Assalamualaikum

27hb.Februari,2010
Mak akak telah kembali ke rahmatullah,
Hari ini..27hbFebruari 2011..
setahun telah berlalu.

ALFATIHAH.





Friday, February 25, 2011

KISAH KAWAN SERUMAH.

Assalamualaikum.
Minggu lepas..pada 13Feb.akak ke sungai besar.
memenuhi jemputan kawan serumah akak masa bujang dulu.
jemputan kenduri kahwin anak dia.
Gambar kawan akak..masa dia kahwin..akak cari gambar berdua dengan dia..tapi tak jumpa..dah berpindah randah ni..gambar banyak yang hilang.
 kawan akak ni..masa selepas kahwin..suami dia kata nak anak dua belas..
dah rezeki dia..dapat sembilan orang.
masa kawin anak sulung dia..akak tak dapat pergi..
yang kedua ni..dia siap talipun lagi.dan alhamdulillah..akak dapat menghadirkan diri.

 Yang ini seorang lagi kawan serumah masa bujang dulu..
ada dikuala selangor..
3 tahun lepas di serang strok..baru baru ni..dia pencen awal..sebab dah tak berupaya bekerja.
 setiap kali kesana..akak akan pergi kerumahnya untuk berjumpa kawan akak ni.
Disinilah rumah masa kami bujang dulu...bukan serumah dengan lelaki tau..tu jiran sebelah rumah.
masa ni dia dah memeluk islam..
tidak dapat melihat..tapi boleh berjalan ke pejabat tanpa tongkat.
cukup mengenali suara akak.
baru dengar suara pun dia dah tau siapa..

Thursday, February 24, 2011

KEK PISANG MARBLE COKLAT DAN BANANA BANANA BREAD.

Assalamualaikum..

Setiap kali akak buka blog  izah bila dia tayang kek yang dia masak
akak selalu teringin nak buat.
Izah memang pandai
kempen.
dan petang tadi balik kerja..
akak beli pisang.
yang ada masak pisang berangan..jadi akak guna pisang berangan aje la..
Izah.akak dah buat tau..dua sekali jalan.
kalau ada rakan rakan yang teringin..boleh ambik resepi di blog izah ye.

Atas kek pisang marble coklat..
izah..akak tak pandai nak buat..bagi cantik
tapi rasa..ada..sedap..

yang ini..banana banana bread..

Terima kasih ye Izah..akak dah buat dua2 sekali..

KENA TAG LAGI..

Assalamualaikum..

Ditag oleh sayang sayangibu untuk ikut menyertainya
nak kena tag 3 orang..sape yang belum ye..

1.Happirfa
2. cik azz..(jangan mare)
3.azi



Tuesday, February 22, 2011

SEMPAT JUGAK ..

Assalamualaikum.

 Ikan bilis goreng..letak bawang dan cili api
Rendang ayam.

Menu yang simple yang akak sempat masak petang tadi.

Alhamdulillah..dapat la anak makan sebelum pi tuisyen.
tak sempat nak masak sayur pun.
Tak pe la.sesekali tak makan sayur kan.

Sunday, February 20, 2011

TAK FAHAM

Assalamualaikum


Akak memang tak berapa pandai dalam dunia IT ni.
Tapi syukur Alhamdulillah..dalam tak pandai dan masih belajar tu
akak dah ada blog..
sebelum ada blog akak ada FB..tu pun anak sedara yang buat
sebab senang dia nak letak gambar anak2 dia untuk akak tengok

Mula2 dulu akak tak faham nak buat cam mana..
akak dah tanya sedara akak zino tu..macam mana nak buat.
dia dah ajar dah..yang peliknya..ada aje dalam inbox akak tu..mesej dari orang orang yang akak tak kenali
(lelaki dan semua dari luar negara) 

kalau perempuan akak tak kisah.
mula mula dulu akak jawab..akak bagi tau..akak dah tua..dah tak sesuai untuk berkenalan dengan sesiapa pun
tapi heran masih ada lagi..walaupun kita tak kenal siapa dan akak tengok negaranya jauh2..tapi seram jugak.
kalau yang dalam negara kita semua fahamkan..bila kita tulis (married).
heran tah apa lah yang dia orang tu tertarik
nak berkenalan dengan orang tua macam akak  ni.
dah boleh jadi nenek dah walau pun cuma  ada cucu cucu sedara aje.
Dah rasa takut pulak akak nak berFB ni..walaupun seronok..sebenarnya dapat jumpa semula kawan kawan lama.
ada tak sesiapa yang ada masalah macam akak.
boleh share camana nak buat.

SAJA SUKA2..JANGAN KETAWAKAN YE.

Assalamualaikum

Segmen senyum tak nampak gigi.
akak join dari blog juneaina..asalnya dari blog muazatuladawiyah.

Gamabr akak semasa dilangkawi tahun lepas.senyum la tu kan.
Sebenarnya sejak menulis disini.akak memang tak pernah join apa apa pun..sebabnya..malu..dah tua2 nak join orang2 muda punya segmen atau GA yang pelbagai tu kan.
tapi baru baru ni akak ada baca diblog yong
bila kita ikut serta tu..maknanya kita memeriahkan dan menghormati kawan..rasanya macam tu lah kot.
Tak pe..kali ni pun akak cuma suka suka.
sambil bersantai..malam tadi baru balik dari rumah abang akak..sebab dia buat tahlil arwah
akak masak kan rendang ayam.sebabnya arwah anak sedara suka makan rendang yang akak masak.
bila teringat tu akak pun masak rendang untuk dijamu makan pada yang datang untuk sama2
membaca yassin dan tahlil malam tadi.

Wednesday, February 16, 2011

KENANGAN ITU..

Assalamualaikum
Award dari kak long..terima kasih banyak banyak kak long.
akak suka dan amat menghargainya.


Hari ni Rabu dah 3 hari anak sedara akak meninggal kan dunia ini.
dan 3 hari jugak akak cuba menerimanya dengan redha dan cuba menghilangkan rasa terkilan dihati.
akak tau..tak baik....
Ya Allah Ya Tuhanku..ampunilah hambamu ini

Ahad..Tengahari..abang akak ada talipun,menangis dia..bagi tau..arwah nak balik dari hospital..tak mau tinggal dihospital lagi..
tapi..masa tu.akak tiada dirumah..baru sampai dirumah kawan nun..jauh di sungai besar sana.
abang akak bagi tau..tak pe..jangan kelam kabut katanya..
dan akak berjanji akan kerumah abang 
pagi isnin 14.2.2011 tu.

Hari tu jugak akak tak sihat..selepas pergi rumah kawan ,akak kerumah kak long yang juga disungai besar
solat dan merihatkan badan..selepas makan 2 biji paracetamol.
akak balik keseremban.
sampai diseremban..terus keklinik..doktor kata..panas sangat..
dan doktor bagi tau..selepas makan ubat nanti mengantuk.dan memang betul pun
akak terus tertidur sampailah jam 3.20am.. H/phone akak berbunyi..membawa berita 
yang menyedihkan itu.

selalunya kalau akak nak pergi melawat..mesti abang akak bagi tau.boboy ada dirumah..katanya..
biasanya jumaat malam..abang akak ambil dan ahad malam..hantar semula kehospital.
cuma beberapa kali aje akak tengok dia dihospital..
diwaktu lain semuanya dirumah abang atau dia yang akan datang kerumah akak.
kalau tak berkesempatan..akan talipun dia
dia akan kata..boy tak apa2 boy sihat..enok jangan risau
Tak pernah sekali pun kata dia sakit.

Tak boleh nak tulis lagi dah..sedih sangat..
sama samalah kita mendoakan semoga roh anak sedara akak
dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan
orang yang beriman
arwah memang anak yang baik..
kalau kawan kawan pernah baca n3 akak tentang anak sedara
yang akak panggil alang.
arwah adalah adik alang.budak kecik yang arwah dokong
adalah anak sedaranya..anak alang.


Tuesday, February 15, 2011

KAU PERGI JUA

Assalamualaikum

AL FATIHAH

Lahir-11 Oktober 1989

Kembali -14 Februari, 2011

Semalam Isnin..anak saudara akak..telah kembali kerahmatullah.
semoga  rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman.

Dimasukkan ke Hospital pada mei 2010.menurut doktor..kanser darah peringkat awal.
Tapi..dah takdir.belum setahun..dia telah kembali..sedih,pilu..tak boleh dibayang..tapi walau pun kita menyayanginya..allah lebih menyayangi dia.

Mohd.Fakaruddin Abdul Ghaffar.bersemadilah dengan aman.hanya iringan ayat2 suci yang dapat kami berikan buat mu..kami semua tetap sayang kan dirimu.








Saturday, February 12, 2011

UNTUNG KE RENTUNG

Assalamualaikum.

Sejak anak anak dah besar ni..ramai yang kata..akak beruntung.
.walau pun semua lelaki..rajin menolong didapur
rajin tolong basuh pinggan
akak akui tu.
tapi biasa la kan..
setiap yang ada untung..mesti ada yang rentung.

 ni pinggan yang akak guna masa budak2 kecik lagi..tak mau guna pinggan kaca
takut luka kena kaca kalau pecah
 yang ini pun sama..akak dapat dengan tukar kupon cosway.
 Bila  anak anak dah besar.akak tukar guna pinggan kaca.
memang rajin tolong basuh dan susun kat tempat pinggan
sampai akak tak sedar..pinggan dah berkurangan
bila hari cuti akak mengemas  baru tau.
pinggan kat atas tu dah tinggal 3 biji aje..
 Yang ini pun dah kurang
Yang ini..pinggan cukup..cawan pulak tinggal dua aje.
Yang ini..akak baru beli tahun lepas..yang diatas tu semua kira dah lama lah..
satu hari akak dengar anak anak akak bercerita adik beradik..
pinggan mak yang bunga hijau tu..masa basuh terlepas..jatuh kelantai.
pecahnya cantik aje..terbelah dua.tak macam yang lain tu..berderai.
Haaah!!! dah pecah lagi..
Aduhai..itulah dia putaran alam..kalau ada untung..mesti ada yang rentung kan..saba ajelah
dah semua lelaki buat kerja
mana tau lemah lembut.

Friday, February 11, 2011

REMPAH RENDANG /RENDANG ITIK

Assalamualaikum

Semalam..akak masak rendang..
rendang itik.
tapi kan..orang demam tak lalu nak makan
jadi akak masak bubur nasi untuk yang demam tu.

 Yang akak nak cerita ni..ialah..rempah rendang segera..
baru baru ni akak jumpa sedara akak yang dok satu taman masa kenduri
dia cerita pasal rempah rendang ni
akak pun terus la beli..bukan apa..nak juga cuba kan..
sebab senang sangat..cuma campurkan santan dan garam aje..
satu bekas diatas tu..untuk seekor ayam
sebab itik yang akak beli tu kecik je..
akak guna satu bekas tu jugak..
Betul kata sedara akak..memang sedap..cukup semua rasa.
pada anak anak..adik adik yang tak biasa buat rendang pun
boleh buat ..gerenti sedap..
boleh buat rendang bawak balik rumah mertua..
dah tentu mertua puji..menantu pandai masak rendang.
akak tak tipu..akak dah cuba..
rendang itik seperti dalam gambar tu..
anak anak akak yang cerewet bab makan pun kata sedap.

Thursday, February 10, 2011

CUTI..

Assalamualaikum..

Hari ni..akak cuti..minta cuti segera..cik abang demam..
Dah tak sihat dari hari selasa..tapi dia buat macam orang sihat je.
dah pagi tadi.tak tahan  sangat la tu..
memang biasa macam tu..dulu muda2 boleh lah kan..kalau buat degil macam tu.
.dan berumur ni..kena tau  sendiri..

Yang akak risau kalau cik abang demam..mudah sangat jangkit dengan anak2
.pagi tadi hero bongsu dah berair hidung..
Dah le kawan tu bersemangat nak pi sekolah
dengan cermin mata baru..he he

Terima kasih pada kawan kawan semua yang memberi pandangan dan pendapat juga petua..
buat masa ini..pakai cermin dulu..
dah siap akak ambil petang semalam.

Mula mula nak biasakan diri..berair mata..katanya.
Yang akak lucu..nak gelak pun ada..nanti merajuk pulak..
ada ke patut..nak makan pun susah dia kata.
apa kaitan demgan makan
akak pun tak tanya lagi 


Pilihan dia sendiri ni.muncung dia bila abang banyak komplen.
.tak sesuai dengan muka adik..katanya.
mak la kena reda kan keadaan..kata tak pe la..
yang penting adik selesa dan tak pening lagi.

Monday, February 7, 2011

KISAH HERO BONGSU LAGI..

Assalamualaikum..


Hero bongsu akak selalu mengadu pening kepala.
dua minggu lepas..akak mintak ayahnya bawak pi klinik..suruh periksa mata..
bila balik akak tanya dia..doktor cakap apa dik..
dia jawab..nurse tu kata..buat cermin mata aje la dik..katanya..

Semalam baru akak berkesempatan bawak dia pi kedai cermin mata..
kedai periksa guna komputer tu la kan..
katanya..sebelah kanan..powernya 500 dan sebelah kiri 400.
terkejut akak eh..ye ke..tingginya...
akak yang tua ni pun tak sampai macam tu tingginya untuk rabun jauh..

Nampaknya akak dah tak de jalan lain..
daripada dia terus terusan pening kepala..baik buatkan cermin mata.
dah la tahun ni  PMR kan..
harap harap selepas ni..hero akak tak de masalah pening lagi..

Sunday, February 6, 2011

MENGHADIRI JEMPUTAN.


Assalamualaikum..

Semalam 5.2.2011 akak ada jemputan di  melaka
Akak pergi satu kereta dengan irfa.
Gambar dibawah ni..ahli rombongan akak..

Kenduri perkahwinan putera sulong anie
 Bersama sya adik anie..yang sudi melayan kami
terima kasih sya.
 Luna juga turut hadir..bersama salwa dan anak2 ..gambar salwa tiada disini.
 Anie peminat rosyam nor..dan rosyam nor juga turut sama memeriahkan majlis anie..
irfa ambil kesempatan bergambar bersama rosyam nor..
akak..tak de lah ..malu..tak sesuai..dah tua..he he


Pasangan pengantin baru..sama cantik sama padan..
semoga berbahagia hingga ke anak cucu..

Lupa pulak..nak kacau anie sekejap untuk bergambar dengan dia..
Terima kasih buat anie dan keluarga sudi mengundang kami dan
makan yang dihidangkan.memang sedap.

Friday, February 4, 2011

CUTI CNY..

Assalamualaikum.

Sejak dua menjak ni..line internet sangat la teruk..bukan itu aje..laptop akak pun teruk jugak..
Akak dah pernah mintak no.talipun dengan acik lupakanje.
.tak tak jugak hantar kekedai lagi..

Cuti tahun baru cina ni..akak tak kemana pun..semalam ada kenduri di rumah sedara.
.majlis pertunangan anak sulung nya..kisah lanjut ada di sini.

Selepas kenduri..sedara yang datang dari kampung dan kelang..datang kerumah akak pulak..
jadi petang tu..akak cuma jamu dengan lempeng kelapa dan buat muffin aje..tak masak nasi lagi dah
sebab dah makan nasi dirumah kenduri.

Hari ni baru la akak masak nasi..
nasi daging..ambik resepi dari sini.alhamdulillah..dah masak pun
kita layan gambar masakan yang ringkas aje ye..
sebab akak memang takde kepandaian menghias hias..ni..tau masak aje..

Gambar atas ni..tak dimakan dengan nasi daging..tapi akak masak jugak..sebab akak suka 
sangat makan cendawan kukur ni.
masak lomak cili api..campurkan pulak dengan udang..sedap..

 sup daging ni baru lah akak makan dengan nasi daging.
 makan jugak dengan papadom
ni lah nasinya..jemput makan.