Assalamualaikum..
Dah lama akak fikirkan..akhirnya akak ambil keputusan..untuk menulis disini..
Bukan cerita akak..tapi..cerita kawan satu opis..akak memang kesian ngan dia..baru kerja 2 tahun lebih..tapi pandai buat kerja..
baru setahun kerja dah confirm..
Kisahnya bermula..selepas..bos lama dia..gred 41..berpindah kesarawak..dia dapat bos baru..perempuan..
bos baru dia..awal2 dah cakap..tak suka kerja dengan perempuan..tapi nak buat camanakan..bos dia dah berusaha untuk menukarkan dia dengan staff bawahan lelaki..tapi masih tak dapat..
Mungkin sebab itulah..bos dia..cuba menyusahkan dia..
sebenarnya dari minggu lepas lagi..kawan ni demam..batuk batuk sampai hilang suara..yang lebih membuat dia teruk..dia ada asma..akak dah suruh pi klinik..tapi..budak ni..memang penakut dengan klinik..
jadi hari selasa lepas..dia pergi jugak klinik..sebab dah tak boleh tahan..susah tidur dan tak boleh bernafas..
doktor bagi MC..itulah yang membuatkan bos dia marah yang amat sangat..sebab..kebetulan..bos dia sepatutnya kena bagi ceramah kepada pegawai2 FAMA..
bos dia..memang tak pernah bagi ceramah ..kalau ada..mesti dia akan suruh kawan akak pi..padahal..sepatutnya dia yang pergi..dan kawan ni..tak pernah mengelak..di turuti semua..
Tapi hari selasa tu.dia MC dan tak boleh pergi..bos dia telah mengarahkan dia buat surat tukar..
Bos dia bagi sms..yang peliknya..bos dia tak pernah bagi apa2 arahan berdepan..mesti melalui nota..atau sms.
antara sms..yang dihantar oleh bos dia.dan difowardkan ke akak..
1.AWAK MEMANG MENYUSAHKAN SAYA..
AWAK MINTAK PINDAH LA..
bila kawan akak diam..tak buat surat lagi..dia hantar lagi sms
2.MANA SURAT PINDAH AWAK..CEPAT LA!
SAYA TAK INGIN ADA PEMBANTU MACAM AWAK LAGI.
3.AWAK TAK ADA KAT SINI LEBIH BAGUS,
4.KENAPA TAK SUBMIT LAGI SURAT PINDAH AWAK!TAK PAYAH TUNGGU LAMA2 BARU NAK APPLY.TAK DE MAKNA AWAK KAT SINI..AWAK KERAP SANGAT AMBIL MC.
pelik betul akak..budak ni..satu bilik ngan akak dari masuk kerja..pi klinik pun penakut dan pertama kali dia mc..camana boleh dia kata kerap mc..heran..heran..
Akak kesian..tapi tak boleh buat apa2..dari mula lagi..segala meeting..ke perancangan ke,..budak ni la..pandai2 buat..nasib baik dia pandai..
komputer pun pandai..perancangan tahun depan pun..budak ni kena rancang..tah apa gerd 41 tu buat akak pun tak tau..gred 17 juga kena buat semua.
kawan ni selalu kata..malu nak pi meeting..semua pegawai2 tapi dia tak ada pilihan..dia tak pernah melawan..ikut aje..akak pulak naik geram..
dah punya baik dan memikul tanggung jawab bos dia pun..masih lagi tak puas hati..hanya kerana satu sebab..MC..kerana semput..
satu lagi sms..dia mintak lapuran..
SAYA NAK SEMUA LAPURAN SELAMA AWAK PERGI MEETING MANA2 SELAMA NI..YANG LENGKAP .FAHAM..
Ada jugak ke pegawai yang tak berani pi meeting..semua dibebankan pada orang bawahan..
Baru2 ni..bos dia arahkan pi meeting perancangan 2011.di langkawi..awak mesti pergi..tak kira macam mana pun..katanya..
kawan akak tanya.ada lagi ke duit untuk buat tuntutan..dia kata ada..
bila balik..di potongnya sampai RM500.00..kesian..
kawan akak kata."kak..habis duit gaji saya..katanya..dengan minyak..tol..bilik hotel 3 malam..feri..dia potong semua..
sms yang difowardkan ke akak.
SAYA TETAP AKAN POTONG TNT AWAK KELANGKAWI TU,INI ARAHAN SAYA SEBAGAI PEGAWAI.YANG LAIN AWAK TANGGUNG SENDIRI..
Alahai..macam ini punya manusia pun ada..
Update oleh yang empunya diri..akak bagi dia baca semua komen dan bagi peluang dia menulis disini.
Assalamualaikum..
Saya kwn kpd kak erna(insan yg teraniaya) di dalam kes ini. Previously, saya berada dalam keadaan yg amat tertekan krn maruah n imej sy telah dijaja oleh pegawai sy sendiri
kpd pegawai2 negeri2 lain yg sblm ini sgt baik dgn sy
dan kini telah bertukar seperti musuh.
Apa lg yg sy blh buat selain drp sabar...
tp xsangka kesabaran sy dipermainkan.
Sehingga kini sy masih bersabar krn xnak panjang cerita.
Saya boleh ke peringkat atasan dan membuat aduan
tapi aduan sy boleh menjejaskan imej pegawai sy
dan akan mengganggu kenaikan pangkat beliau ke gred 44 tidak lama lg..
sy sedar sy hanya pegawai bawahan sahaja
tp sy juga ada maruah diri. Yang sy pelik, knp masih ada lagi wanita yg berpelajaran tinggi.cantik,bijak,beragama Islam sanggup menganiaya bangsa sendiri..
Maruah sy di dalam jabatan juga di mata org yg tidak tahu hal sebenar telah tercemar..
Jalan terbaik sbg seorang Islam hanyalah BERSABAR..
sampai mana tahap kesabaran sypun sy xpasti...
Terima Kasih di atas segala komen,pendapat,nasihat yang telah anda semua berikan.I'll appreciate it..
Thanks a lot. Wassalam..