Pages

Saturday, July 31, 2010

KENDURI..



Assalamualaikum...

Program aku hari ni..nak pergi kenduri...marhaban cucu sedara..cucu abang aku yang tinggal di felcra ramuan cina kecil..

aku dah set awal awal nak pergi jam 10.30 pagi..jadi paginya sempat la aku nak berkemas sikit..maklum la kan..kemas dalam erti kata "berkemas " cuma dapat dilakukan pada hari hari cuti sahaja..

jam 8.15..anak sedara talipon..bagi tau..abang aku..ayahnya ajak pergi sama..aduhai..dah pukul 8.15..aku tak siap apa pun lagi..

dalam kelam kabut nak cepat..aku ambil baju nak gosok..dah siap sembur..tak juga licin2 makin kesat pulak...sekali tengok..alamak..tak pasang suis.pun..patut sejuk je..nak cepat jadi lambat..

Abang aku yang sorang ni..sebijik perangai arwah bapak aku..tak suka lambat2,kalau nak pergi mana2..macam mana dia nak cepat masa pergi..macam tu juga dia nak cepat masa balik..sabo aje la..kan.

mari kita tengok gambar baby yang diraikan...yang tarik lahirnya sama dengan wan sedaranya ni..4hb.April...

ketika acara menggunting rambut..
ni la sicomel nurul Izzah.serba pink hari ni..
Tu dia penuh bunga rampai atas kepalanya..
Baby dengan mak su nya..anak abang aku yang bongsu..dah 5 tahun berumah tangga nampaknya belum rezeki dia untuk menimang anak sendiri..manjakan anak sedara aje la..
Lagi gambar baby montel ni..geram...



Hari ni menunya..kambing masak kari..kambing mesti ada kan...rendang ayam,..sambal tumis udang dan masak sambal tempoyak daun kayu..tapi tak letak gambar la..

setakat ini sahaja untuk hari ini..nak sambung kemas balik..tapi..nak tiduuuurr dulu..itu pu kalau mata mau lelap.


Thursday, July 29, 2010

SAMBUTAN MAJLIS DUA DALAM SATU..




Assalamualaikum..


Pada 28hb.julai,2010..pejabat kami di PPKS..menjemput ustaz untuk memberi tazkirah menyambut ramadhan..

Tazkirah dari ustaz..patut nya bermula pukul 10.30 pagi..jadi bermula jam sembilan pagi..kami dipejabat membuat majlis sambutan harijadi untuk kakitangan yang lahir dari bulan april hingga september..

kerana tak dapat mencari masa yang sesuai.kerana ada sahaja kakitangan yang berkursus..mesyuarat..memberi ceramah dan macam macam hal lagi..sambutan yang sepatutnya dibuat dibuat 3 bulan sekali tak dapat dilakukan..itu lah yang terjadi..sampaikan 16 orang sekali diraikan...dari april hingga september..


kek ..kalau tak de kek macam..tak meriah pulak kan..
antara yang hadir..menikmati kek
acara penyampaian hadiah



Dah selesai semua dan dah minum pagi..ustaz telefon..bagi tau..lewat sedkit..akhirnya..jam 12 tengahari barulah tazkirah bermula..

secara ringkasnya ...antara isi kandungannya.ustaz..kata..betapa adanya umat islam yang tak merasakan bahang nak menyambut ramadhan.. ada yang terlupa di awal ramadhan..sampaikan ada yang bersarapan..dengan alasan lupa..kata ustaz..

untuk lelaki..ustaz nasihatkan jangan tinggalkan solat berjemaah..sepanjang ramadhan..nikmatnya akan dirasakan selepas aidilfitri ..cuba lah katanya..

Perkara yang teringin sangat aku dengar dari mulut ustaz sendiri..berkaitan puasa selepas 15 syaaban..alhamdulillah..hati ku dah tiada ragu ragu lagi..selama ni..aku cuma membaca..tanpa dapat bertanya kepada sesiapa..

Menurut ustaz..kalau kita tidak berpuasa walaupun sehari sebelum 15 syaaban..haram hukumnya jika kita berpuasa selepas 15 syaaban..kecuali puasa ganti.

Alhamdulillah..aku dah puas hati..dah terjawab apa yang ingin aku ketahui..
sebenarnya banyak lagi yang ustaz..berikan..tapi tak dapat nak aku tuliskan disini..
masa sejam lebih..tak terasa berlalu..sampaikan ada kawan yang berkata..tak terasa masa berlalu..macam sekejap sangat ustaz bercakap katanya..

Insyaallah..lain masa dan ketika..aku berharap..dapat menjemput ustaz lagi..
Sebenarnya..ustaz lebih banyak menyentuh tentang orang yang tinggal solat dan tidak membaca alquran..
aku sendiri rasa terkejut bila ustaz kata ada orang meletakkan quran dibawah tapak kaki...
rupa2nya bagi ustaz..orang yang lansung tidak pernah membaca alquran tu yang diibaratkannya saperti itu..

Wednesday, July 28, 2010

AL KISAHNYA...




Assalamualaikum...

Pagi tadi dalam perjalanan ke tempat kerja..masa lampu isyarat merah..tiba2..aku dengar..en.abang cakap.."amboi..lama dah tak nampak uniform tu" katanya..

aku terus..dapat menangkap apa yang dikatakannya..dan aku rasa sayu..biasalah kan..aku ni..tak pernah nak tunjuk kat en.abang..

aku balas juga..ingat uniform arwah ayah ye..kataku..ha ah..katanya..dan dia terus bercerita sepanjang jalan tu..kenangan bersama arwah ayah...(arwah Ayah..Bapa mertuaku)...

Gambar aku bersama en.abang pada 2005.



Aku rasa sedih juga..tak sensitif betul aku ni ..menjelang ramadahan ni..en.abang juga rindukan ayah bondanya..
ayah mertua telah pun kembali kerahmatullah..26 tahun yang lalu..diikuti oleh ibu mertua...100 hari selepas pemergian ayah..

Ayah mertua meninggal pada tahun 1984..aku hanya sempat merasa ada ayah dan ibu mertua, selama 2 tahun sahaja..

Alfatihah untuk kedua ibu bapa mertua dan kedua ibubapa ku..

Monday, July 26, 2010

KENANGAN DI BULAN RAMADHAN.

Assalamualaikum..

Saja tepek gambar kenangan semasa bertugas di klia..bersama kawan kawan satu shif..
Dalam gambar diatas..hanya tiga orang yang masih tinggal..yang lain telah berpindah..

Gambar diatas..aku dan kawan satu shif juga..hanya tinggal seorang diklia..aku dan seorang lagi..telah berpindah..


Sebenarnya aku teringat kenangan ketika ramadhan di klia..
masa kerja disana..kerja shif..bermula kerja petang..4-12mlm,pagi 8-4ptg dan malam 12-8pagi..tiga hari bekerja..off sehari..

kalau dibulan ramadhan ni..aku selalu rasa nak cuti aje..kalau banyak cuti..memang cuti memanjang aje la..kalau orang muda mungkin tak rasa sangat..tapi bagi aku ..memang terasa sangat.......letihnya..

shif kerja bermula dengan kerja petang..balik dah tengah malam..jam4.30 dah nak bangun sahur..kemudian nak masuk pulak kerja pagi...balik kerja pagi..lepas berbuka..dapat rehat sekejap..nak masuk balik untuk kerja malam pulak..begitu la pusingan nya..

memang aku letih betul kalau bulan ramadhan...tapi dah tugas kan..kerja mesti diteruskan..tapi walau bagaimana pun alhamdulillah..sempat juga lah aku bertugas hampir sembilan tahun di sana..sehingga permohonan tukar aku diluluskan...

bila masa bekerja dibulan ramadhan ni..berbuka bersama kawan2..begitu juga masa bersahur..rasa sedih jugak..teringat anak anak kat rumah..masa tu anak anak selalu tanya..mak kerja ke.....mak kerja ke.....tanya banyak kali..aku tahu..anak anak pun rasa tak seronok..berbuka tanpa mak dirumah...

Sekarang ni alhamdulillah..aku dah 4 tahun..menyambut ramadhan..tanpa kerja shif..dan sentiasa berbuka dan bersahur bersama keluarga..

Sunday, July 25, 2010

PILIHAN KU..BUKAN PILIHANMU.


Assalamualaikum..

Amboi mak tajuk..tak sedar diri betul..he he..

dulu masa hero heroku masih kecil..aku akan belikan baju baju dia orang ikut suka aku...ikut cantik dimataku..

tapi..sejak dah makin besar ni..mereka suka pergi beli dan buat pilihan sendiri..
hari ini..aku dan hero bongsu..pergi beli baju untuk raya nanti..baju untuk hero bongsu sahaja ..

hero bongsu ni..warna2 pilihan dia aduh mak..sakit mata aku..tapi nak buat macam mana kan..dia dah besar dan ada selera sendiri..selain dari..suka pakai baju tangan panjang..dia juga suka warna2 gelap..

meh kita tengok gambar pilihan dia..



seluar warna hitam
seluar warna kelabu
baju belang warna hitam dan kelabu
Seluar slack juga warna gelap..hitam..
baju kemeja warna hitam jugak..
Ini lah satu2 nya baju yang aku ambik..dan hulurkan semasa dia ada dalam fitting room..suroh cuba..akhir nya dia cuba juga..dan tanya aku..warna ini mak..aku pujok dia..kata aku teringin nak
dia pakai warna ini..cantik dimata aku..

aku nampaknya kena sedar.....warna pilihan mereka tidak sama dengan warna kegemaran ku..aduhai..

nasib baik la..hero sulong ni..jenis tak kisah..apa saja yang aku beli dia pakai..sebab badannya yang besar..tidak membolehkan dia membuat pilihan..

satu lagi..hero bongsu tahun ni..tak nak baju melayu..dia kata nak pakai baju kemeja dan seluar slack tu..nak pi sembahyang raya..nanti..katanya..lepas raya..boleh guna lagi..kalau baju melayu..nanti lepas raya..dah tak pakai katanya..pepandai aje dia..

Tak apalah janji dia sukakan..nanti kalau mak bising2 merajuk..lansong tak nak apa2..

Saturday, July 24, 2010

MACAM MACAM ADA...



Assalamualaikum....



selalu nya cuti sabtu, memang tak de kerja lain la..mesti masak..masak..dan masak...kan..biasa la..semua kaum ibu yang bekerja pun macam tu kan.....

hari ini.lauknya..masak cili api ketam , tumis sayur bayam dan goreng ikan siakap..

dah siap masak tu..aku buat pulak..pengat pisang tanduk..kemudian..buat..badak berendam..dan last sekali buah melaka..

Lepas zohor nak kerumah abang aku dipucong..nak melawat anak sedara yang lukemia tu..sekarang ni..doktor dah bagi dia balik dan tidur dirumah setiap sabtu dan ahad..jadinya jumaat malam sabtu dia balik kerumah dan...ahad malam masuk balik wad..untuk teruskan rawatan kimoterapi ....

Disini cuma ada cara nak masak badak berendam aje ye..mungkin lain negeri ..lain nama kuih ni...



tepong pulut..campur sikit tepong gandum...di bancuh dengan air daun pandan..dah jadi doh tu..di leperkan letakan inti ditengahnya..seperti gambar diatas tu lah..


sebelum tu tadi dah masak air dalam periuk kan..masukan adunan yang dah siap letak inti dan dibulatkan tadi kedalam air yang telah mendidih tu..


masakan sampai..adunan tu terapong didalam air..dan biarkan sehingga betul2 masak..mula2 nampak dah terapong tu..jangan angkat terus..mungkin belum betul betul masak..biarkan lama sikit..


Alamak..dah tertinggal satu gambar pulak..tapi tak pe..boleh cerita ajekan..masakkan santan..campurkan sedikit tepong kastad untuk membuatkan santan tu pekat dan letakkan garam sikit..
ada juga yang buat letakan tepung pulut sedikit untuk memekatkan kuahnya..tapi aku tukarkan tepung pulut dengan tepung kastad..rasanya lebih sedap dan warnanya lebih cantik..
bila dah diangkat dari periuk tu..masukkan kedalam santan yang telah dimasak tadi..
jadilah dia berendam macam gambar kat atas tu...tapi..tak tau pulak..mana dia dapat nama BADAK tu...


gambar dibawah..buah melaka..dah adunanya sama dengan badak berendam..boleh la buat sikit...


sampai disini dulu...nak bersiap untuk solat zohor kejap lagi dan kerumah abang..bawak kuih muih yang aku dah masak tadi..

Friday, July 23, 2010

IKUT PERASAAN

Assalamualaikum..

ketika menulis ni..tangan ku menggeletar..menggigil..hati ku tak tentu rasa..dah lama aku menghadapinya dengan sabar..dari tahun 2008..aku bersabar..dan mengalah..dan akhirnya aku mendiam kan diri..

Aku tak pernah meluahkannya di sini..cuma sikit..gambaran sahaje..aku rasa..jika aku menulis disini seolah2 aku membuka keburokan diri sendiri..
sebabnya bila ada orang yang tak suka dengan kita..diri kita lah yang tak sempurna..aku malu..

Tapi hari ini..Ya Allah Ya Tuhan ku..ampunkan dosa2 ku..aku terpaksa menulis..seolah olah kesabaran ku dah semakin tipis..

Kisah nya bermula..bila aku berpindah kepejabat sekarang..sebelum aku pindah..ada kawan yang bagi tau..jangan pindah kesana..kerana ada sipolan..tapi..aku jawab balik..aku pindah..bukan nak cari musuh..dan bukan nak susah kan orang...aku nak dudok rumah sendiri..

dan akhirnya...hujong tahun 2006...aku dapat juga la berpindah kesini..
Baru2 pindah..aku tak banyak kerenah..aku ikut sahaja..apa yang sipolan tu suroh buat..macam2 diarahkan..aku ikut..tak pernah membantah..
sehingga la aku rasa..ada yang tak boleh aku buat..dan aku mula mengurangkan..mengikut aktiviti yang disurohnya..

bila keluar juga aku lebih suka pergi sendiri..atau pun..dengan orang lain...
Tahun 2008..aku diarahkan kerja luar..dan aku pergi dengan pekerja sambilan disini..dengan kebenaran bos..

dan kisah pun bermula...sipolan mengamok bagai nak rak..dan pergi berjumpa dengan bos..memarahi bos..kerana membenarkan pekerja sambilan itu pergi bersama dengan ku..

Bila balik..macam macam cerita yang aku dengar dan sipolan juga menghempas dan menyepahkan barang2 kepunyaan ku..aku masih berdiam diri..aku tak mau melawan...kerana sipolan tua 5 tahun dari ku..aku tak mau dikata kurang ajar..

Bermacam macam cara dibuat sipolan untuk menyakitkan hatiku..aku tak pernah melawan..aku mendiamkan diri..lagi aku diam..lagi sipolan sakit hati..

nak jadi cerita..baru 2 tahun aku disini..bos bagi pulak aku Anugerah Perkhidmatan Cemerlang..dan bertambah lah sakit hatinya..siap pi jumpa bos kata aku tak layak..tak pandai buat kerja dan bermacam2 lagi..dan bukan setakat diopis..sipolan sanggup menalipon opis lain untuk menceritakan keburokan aku..

nasib ada yang mengenali..dan kesian kan aku dan cerita itu sampai juga pada ku..

apa saja yang aku pakai..dari hujong rambut ke hujong kaki..menjadi umpatan dia..dan termasuk lah..kalau kerja luar..aku tidak mau tidur hotel murah..selalunya..aku akan ikut rate..kalau layak RM120.00..aku ikut..kan dapat balik nanti..apa pulak masalahnya..

Pagi ini..tak semena mena..dia buat lagi...sebab opis akan ke CH..untuk booking hotel..dia boleh kata..dia ni orang miskin..biasa tidur atas tikar..tak biasa tidur hotel mahal2..dan macam2 lagi..Ya allah ya tuhan ku..berilah kesabaran pada ku...
aku dah tarik diri..aku tak akan pergi lawatan ke CH tu..

Minta maaf ye..pada yang sudi membaca..mungkin bahasa aku tunggang langgang kerana menulis ikut perasaan..

Wednesday, July 21, 2010

MARI MAKAN CEKODOK PISANG..PANAS ..PANAS...




Assalamualaikum...

Balik dari kerja tadi..terus solat asar..
dah siap solat..terus kedapur..ada projek..apa lagi kan..nak buat lepat pisang..
sekali tengok..alamak..daun pisang yang dibeli dah rosak..sebelum pi kerja..tak tengok pulak daun tu..kalau tidak boleh ambik daun pisang kat opis tu..

dah daun tu tak elok..tukar haluan..mesin pisang+gula kabong+gula putih sikit..dah siap..gaulkan dengan tepong gandum..jadi la..cekodok pisang..

dah lama tak buat..punya la sukanya budak2 ni makan...siap kata sedap lagi...cekodok pun sedap..katanya...



Gambar atas ni..hitam..sebabnya..dah en..abangnya jenis peramah..aku kata..mintak tolong tengokan sekejap..nak basuh ikan..dia boleh pi keluar rumah sekejap..lepas tu..jiran lalu..dia pun sembang le..apa lagikan..sekali hero bongsu panggil..mak dah hitam katanya...

aku tanya ayah mana..ayah kat luar..borak ngan kawan dia..katanya..ha..tu la dia..dapat la cekodok pisang yang hitam macam tu..

yang dibawahnya tu..baru lah cantik cekodok pisang aku..tapi betul jugak..kata budak2 ni..dah lama tak buat cekodok pisang..makan pulak panas2..sampai mengah aku..makan terbanyak pulak..

tapi..macam biasa la..en.abang aku tu..makan cekodok manis pun..tetap nak ada sambalnya..jadi tadi..masak sambal sardin...dia makan lah..cicah dengan sambal sardin tu..


Sunday, July 18, 2010

MASAK MASAK DAN MAKAN DIHARI MINGGU...



Assalamualaikum..

semalam..aku pergi la ke muzium tu..untuk sama2 meramaikan pesta persekutuan adat..tapi..tak tau lah..mungkin..apa yang aku nak tau..dengan apa yang dipamirkan..lain..jadi..aku tak dapat apa yang aku nak tau..

Lagi pun pesta itu diadakan sempena pelancaran buku dan dvd adat perpateh...kalau aku nak tau..maknanya aku kena beli buku dan dvd nya nanti..insyaallah aku akan beli untuk mengetahuinya..dulu 2 aku tak kisah pun..tapi sejak2 dah pindah balik ke n9 dan anak2 rajin bertanya...aku kena belajar...supaya senang aku nak menjawab..


Setiap khemah ada menyediakan hidangan ini..tapi minya maaf ye..dah lupa la..orang panggil apa ni..
Yang ini..dipamerkan..dulu2 punya teko...namanya teko ganjil zaman cheng ho.
Bekas boko.biasanya dah disi..akan diikat pula dengan kain..(penerangan Mak cik tu la semalam)
Ini pula..penggosok baju..(seterika) la kita panggil sekarang
yang ini pula dipanggil capah..capah ni digunakan sebagai bekas untuk memerah kelapa untuk mendapatkan santan..diperbuat dari kayu..




Tak boleh nak cerita panjang tentang semalam.aku takut salah pulak nanti...sebab semalam rasanya tak ada disediakan kaunter penerangan untuk aku bertanya lebih lanjut..

baik aku sambong cerita untuk hari ini..apa lagi..cerita masak2 la kan...
masa dalam perjalanan balik..aku nampak orang jual itik..jadi berentilah..beli seekor..nak buat rendang..harga itik sekarang ni..amboi mak..sekor tu..RM30.80..tak bolih kurang walau pun 5 sen..bukan besar pun ...kecik je...rasanya selepas ini..aku tak mau beli itik dah..


Rendang itik aku dah masak..
sempat juga buat bubur sukun..tengok kat blog rosaliza tu..tak boleh tahan..aku usahakan juga..pi merayau pasar tani..dapat juga beli sebiji..hm..sedap..goreng dah buat bubur sikit...
ikan masin sepat goreng cili api..yang ini biar aku cerita sikit camana nak masak ye..kat rumah ni..semua orang suka..sampai aku selalu bising ngan en.abang..aku kata..dia tak boleh makan..nanti sakit perut..tapi..masa aku tak ada kat dapur..dia makan juga..alasannya..rasa sikit aje..tapi..sampai nak habis sambal tu dimakan...



Cara nak buatnya..ikan sepat masin..direndam dulu....kemudian ....dipotong kecil kecil dan digoreng..garing....macam gambar diatas tu...

tumbuk cili api..campur dengan bawang putih dan bawang merah..bawang merahnya kena banyak..selepas tumbuk..digoreng..sampai cili api garing dan masuk kan ikan sepat masin tadi..

cuba la ye..garenti tak menyesal punya..aku selalu buat ni..sebagai pembuka selera..bulan puasa kan selera nak bersahur tu kurang...sambal ikan masin ni la..yang aku buat...

o.klah ketupat segera aku pun dah masak..nak makan dengan rendang itik..

Friday, July 16, 2010

JOM PI PESTA

Assalamualaikum..

Pagi tadi ..sewaktu ke wisma negeri..aku terbaca di papan kenyataan nya..satu tajuk yang amat menarik minta ku..

"PESTA PERSUKUAN ADAT PERPATIH"

Itu lah dia bunyi nya..aku jadi teruja pulak..bagi tau en abang..nak pergi tengok..
aku bagi tau ..aku ni nama je..dilahir dan dibesarkan di n9..tapi aku cuma pandai sebut suku aje..yang lain2 langsung tak tau..dan aku memang teringin betul nak pergi..diadakan di muzium diraja seri menanti..

Ha..tu la masalahnya..aku belum pernah pergi pun muzium tu..tapi tak pe kan..bukan jauh pun..sejak ada jalan baru tu..sekejap aje sampai ke kuala pilah dari seremban tu..

pada sesiapa yang nak pergi tu..jom la kita pi sama sama..boleh kita tau..kenapa dinamakan pesta persukuan..dan apa yang nak dipestakan...

Insyaallah..semoga semuanya berjalan lancar..dan tiada halangan ..

Wednesday, July 14, 2010

BERITA RENGKAS..

Assalamualaikum..

Lama dah tak tulis kat sini kan..Tak berapa sehat sebenarnya..sejak terperangkap dalam asap hari tu..mula..ceri beri..sampai pi klinik..kemudian tu..hari ni..sakit kepala pulak..macam2 sekarang ni.tapi..sakit tu datang dari ALLAH kan..tak pe..ada sebabnya tu..redha aje la terima..

Lagi pun sekarang ni aku dah mula rajin puasa..memang biasa macam tu..nak biasakan perut untuk sambut ramadhan nanti..aku ni ada gastrik yang terok juga..
biasanya isnin khamis aje..masuk bulan rejab dan syaaban ni..aku buat lebih sikit..
bila dah puasa tu..lepas buka..letih..mata pun nak lelap aje..

mintak maaf ye..insyaallah..jumpa lagi..

Sunday, July 11, 2010

KELEMAHAN DIRI..





Assalamualaikum..


Sebagai seorang manusia biasa..kita mesti punya kelemahan..begitu juga diri aku....kelemahan diriku..ada dua..yang selama ini..susah sangat untuk aku ubah.yang satu ni.aku dah mula bolih kawal..aku buat tak tau aje..

kelemahanya..aku paling tak suka..dengar adanya orang lain diumpat kerana melakukan kesalahan..bagi aku..kalau dikata,diumpat dan dikeji dibelakang..mana dia tau dia salah..dan selamanya la dia tak akan dapat membetulkan kesalahanya tu..

dan disitulah..kelemahan diri ku..selalunya..aku akan menegur orang tu..tapi..aku tak kan bagi tau apa yang orang lain dah kata..seolah..semuanya itu adalah dari diriku sendiri..apa yang penting..dia akan membetulkan kesalahanya(dalam pekerjaan la..hal peribadi tak berani aku)


satu lagi..kelemahan aku..tak bolih ada yang mengadu atau nak mintak tolong(bukanlah berkaitan dengan duit..sebab aku bukan kaya dan berharta)..cepat aje aku kesian dan nak membantu..yang ini aku betul2 lemah..dan aku merasai kelemahan aku..ketika ditempat kerja ini..sebab..kelemahan aku yang ini lah..membuatkan ada yang tak sukakan aku..apa saje yang aku buat..semuanya dia tak suka..setiap hari..ada saje kesalahan aku..sampaikan..perhubungan baik dengan kawan,dengan suami,dengan bos,..pun jadi salah dimatanya..sampaikan apa yang aku pakai..dari hujung rambut sampai hujung kaki juga salah..

aku pun tak tau bagaimana aku nak keraskan hati ni..bila ada yang mintak tolong..aku buat tak tau je..kadang kadang..orang tak mintak tolong pun..bila ada yang bercerita atau pun bertanya..aku aje yang suka rela..nak membantu..

Aku pun tak tau kelemahan aku ni..membuatkan ada yang sakit hati..macamana lah aku nak mengubahnya..rasa dah terlewat..orang kata...kalau kita nak berubah..sebelum umur 40 tahun..ni..aku dah terlajak hampir 12 tahun..entah lah...

o.klah aku sambung cerita..

baru2 ni ada..budak yang praktikal di pejabat aku tu...dah dapat kerja tetap..dan minggu lepas dia talipon aku..mintak tolong..carikan orang yang bolih dia belajar..mengenai semaian padi...
jadinya..semalam aku pun bawaklah dia pi ke sungai burung..kebetulan..sekarang ni..memang musim menyemai..aku bawak dia jumpa kawan yang dah pencen awal untuk membuat kerja2 padi secara sepenuh masa..


hero ku jugak seronok..dapat tengok anak benih padi..dia siap ambil gambar letak tangan lagi..



Diatas adalah gambar2 yang hero bongsu ambil...layan lah ye..gambar2 yang cantik dan saujana mata memandang..kehijauannya memang menyejukkan mata memandang...

Thursday, July 8, 2010

TRAGEDI -----KEPULAN ASAP..

Assalamualaikum...

Nak jadi cerita ari ni....semalam dah dapat notis..kata arini nak buat semburan..asap..untuk nyamuk aedes tu la..selalunya..dia orang ni datang buat semburan.selepas maghrib..

balik kerja tadi..aku relax kejap..dalam pukul 6 petang..aku solat asar..rupanya..orang tu dah masuk rumah semasa aku sedang solat....terus semburkan asap tu..hero sulong dah panggil katanya..dan dia keluar..orang tu terus masuk dan semburkan asap...tak tanya dulu semua orang dah keluar kebelum dari rumah...

selesai solat..aku bukak pintu bilik..aku dah panik..asap dah penuh satu rumah..aku cuba keluar dari bilik..tapi aku dah tak nampak jalan keluar..pintu pun dah tak nampak..aku rasa lemas..dan sukar bernafas...

aku cuba..raba dinding..dan aku pegang dinding..untuk kebilik semula..akhirnya..aku jumpa pintu bilik..aku masuk semula kebilik dan..pasang kipas laju2.dan aku masuk kebilik air..untuk basuh muka..supaya aku dapat bernafas semula..

Alhamdulillah..rasa lega sikit..selepasa aku basuh muka..dan aku terus dudok kat dalam bilik air..sebab kurang sikit kepulan asapnya...

hampir setengah jam aku..dalam bilik air..hero bongsu balik dari sekolah..dan bila abangnya bagi tau mak masih dalam rumah..hero bongsu pulak yang panik...

dia buka baju sekolah..buat tutup muka dan dia pulak serbu masuk kerumah dalam kepulan asap tu untuk mencari mak dia..sian hero bongsu..panik..takut maknya dah tak bernafas dalam asap tebal tu..dan kerana kesian kan dia..dan asap pun dah berkurangan sikit dan bolih nampak nak jalan aku pun keluar rumah..dengan hero bongsu...

hari ni pulak puasa..dan jadi hari ini dalam sejarah la pulak..aku berbuka di luar ..di tempat letak kereta..sebab..dalam rumah tak bolih masuk...bau asap dan racun masih kuat lagi...


Tuesday, July 6, 2010

HILANG TAH KEMANA..

Assalamualaikum..

tadi dah siap buat n3 dah publish pun..tapi..bila tengok..tak de apa2 pun..yang keluar..alahai kemana perginya..betul ke..line tenet..kena sawan sekarang ni..

dah cari kat draff pun tak jumpa..dah la masa mula nak buat tadi,..aku upload gambar tak bolih..terpaksa panggil hero bongsu..dia dah tolong godek2 kan..jadi..dapat la aku upload gambar..

aku dah siap upload..dan tulis..dengan panjang lebar..sampai masa publish..tak ada ape2 pun yang keluar..cuma ada tarikh dan ruang komen..jadi ..aku dah padam kan ..dan aku tulis semula disini..

Buat sedara ku zino..semoga dah bertambah tenang sekarang..dan semuanya kembali saperti sedia kala..aku juga turut sama merasa apa yang dirasakannya..seharian hari ni..aku risau dan sentiasa..teringatkan..dia..alhamdulillah..nampaknya dah kembali saperti sedia kala..

Sunday, July 4, 2010

MAKAN CEKODOK CICAH SAMBAL TEMPOYAK..





Assalamualaikum...


Biasanya bila kepasar tani.aku akan sediakan duit kecik..seringgit seringit..untuk memudahkan aku nak membeli..dan mudah juga untuk penjual tu..


Begitu jugalah semalam..dah ke pasar tani..tu aku terus pulak kegiant..beli barang juga..biasa la..biskut dan susu segar tu..untuk anak2 minum..pepagi.sebab biasanya dia orang tak minum panas..susu yang dah sejok dalam peti tu.dia orang akan minum..


nak bayar kat cashier..aku ditanya..ada duit kecik tak..aku pun bagi la..yang hujung nya tu..o.klah..dia pun tak cakap apa2 dah..terima je..(Tijah pernah buat N3 berkaitan ni dulu)

Kemudian..aku pi pulak ke watson..barang yang aku beli..tiga puloh lebih..jadi aku bagi la RM50.00...sebab..masa aku pi ambik duit di atm mesin tu..dia tak bagi aku duit kecik..yang keluar duit 50.00 jadi..aku pun bagi la..cashier tu tanya juga duit kecik..aku kata..dah habis dah..aku tanya kat hero bongsu..pun dia kata..duit dia tak cukup..

aku pun bagi jugak la..duit 50.00 tu..budak tu bolih berleter kat aku...alahai..selama ni..kat manapun aku membeli..memang aku akan bagi duit yang secukupnya..tapi bila sekali ..tak ada duit kecik..dileterkan dek budak muda..kecewa juga aku...

Budak tu bolih cakap..tahu la dah gaji..katanya..tak kan bagi duit besar je..kadang2 tu..beli seringgit dua pun nak bagi duit besar.dia kata...alahai..kalau nak marah kat orang lain pun..jangan la leterkan aku yang dah tua ni...aku membeli..dengan harga 31.50..itu pun yang RM1.50 tu pun aku dah bagi..guna duit hero bongsu..masih juga dia nak berleter..hish..kecewa betul aku..masih juga mintak duit 30.00 ringgit tu..

dia tak tau ke..orang keje gomen..dah gaji 24hb tu lagi..bukan baru tau...



Baik kita layan makan je la kan..cekodok jagung aku dah masak..meh kita makan...


Ni pulak..sambal tempoyak aku..dah masak juga..kali ni..aku buat pedas..banyak cili..selalunya ikut selera en.abang yang tak makan pedas..ari ni..aku dah bagi tau..pedas..tak tahan jangan makan..aku dah teringin makan pedas...


o.k sampai disini..jumpa lagi..nak makan pulak dah ni..nanti cekodok jagung sejuk pulak..makan cekodok jagung...cicah sambal tempoyak....

Saturday, July 3, 2010

TIMPAN PISANG (LEPAT)

Assalamualaikum..

Dah lama tak cerita makan kan..hari ni kita cerita buat kuih la..dah lama hero yang sulong mintak..tapi tak sempat nak buat sebab tak ada inti..
kebetulan hari ni.aku tak pi kenduri..en.abang pi sorang..jadi aku memulakan operasi..
alahai tak pandai sangat upload gambar ni..jadi dulu kemudian pulak gambarnya..tak ikut aturan..tapi tak pe la kan..aku tulis aje la..dibawah gambar tu,...
ni dah siap bungkus dan masukan dalam pengukus..untuk dikukus selama satu jam..
Leperkan tepung atas daun pisang dan letak inti ditengahnya..barulah dibungkus..
inti yang dah siap masak..
adunan yang dah siap untuk dibungkus..pisang campur dengan tepung pulut..tak boleh bancuh dengan air..nanti keras..
tepung pulut..
Pisang yang dah siap dilenyek..

Inti kelapa..masih lagi dalam kuali..belum kering lagi ni..
kelapa yang telah siap di parut..campurkan dengan air kelapa,gula kabong dan gula pasir..masakan sampai kering..


Dulu..masa awah mak ajar aku buat inti kelapa..dia selalu pesan..masukkan air kelapa tu..katanya..bila aku tanya..kenapa...arwah bolih cakap.."buek yo la..banyak bona tanyo"..he he..macam tu la..orang dulu2 ngajar anak masak...ikut je..kalau tak betul..dia kan cakap..contohnya masak lauk.."apo kuah ni..boleh buek air basuh muko"..ha..tu maknanya cair la tu..pandai2 sendiri la..betulkan...

Sambong cerita kuih tadi..mak aku kata.."TIMPAN PISANG..kalau orang lain rasanya namakan lepat...guna tepung pulut,pisang kapas..sebab pisang kapas wangi bila kuih dah masak nanti..dan inti kelapa.

Ada lagi satu..lepat pisang yang..tak ade inti..tu mak aku namakan "TIMPAN POKAK"..aku pun tak tau lah..kenapa namanya boleh ditambah jadi pokak..tak berani nak tanya..sampai la sekarang aku tak tau...

o.klah..jumpa lagi..insyaallah...nak makan kuih pulak..panas..panas ...sedap...